Tuesday, December 2, 2008

Tazkirah Ustaz - 'Pelaburan' yang Dividen Tinggi

Kami tanya ustaz pasal amalan2 kami untuk sampai kepada ayah kami. Antaranya yang paling glemer ialah tahlil. Ustaz kata, tahlil (panggil orang ramai) ni bukan dividen tinggi. Dia kata lagi kita tak tau setakat mana keikhlasannya.

Daripada buat tahlil yang one off (maksudnya lebih kurang makan dan jadi bahan buangan), adalah lebih baik melabur di tempat2 pulangan tinggi contohnya sedekat utk buat tempat menunggu bas, buat masjid, buat sekolah pondok yang melahirkan ahli2 agama etc.

Aku cadangkan kat mak aku buat tahlil kami anak beranak je, sbb tahlil panggil orang ramai ni, satu hal sibuk hal makanan dan jadi mcm pesta/ kenduri pulak. Ustaz sendiri kata keluarga si mati bersedih tapi org orang lain tak pun, lebih jadi mcm kenduri. Katanya lagi tang masak-memasak pun bercampur lelaki dan perempuan, so tak berapa molek.

Yang lain tu biasa lah, doa, mengaji etc.

No comments: