Secara amnya nafsu terbahagi kepada 3 kategori-
1.Mutmainnah. Nafsu yang mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga.
Surah Al-Fajr [27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
[28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
[29] Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
[30] Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
2.Lawwamah. Nafsu yang juga mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga, tetapi apabila tidak dapat dilakukan kebaikan itu ia kemudian mencela dirinya kerana tidak dapat melakukan kebaikan.
3.Ammarah. Nafus yang mendorong kearah kejahatan dan membawa ke neraka.
Nafsu berada didalam darah dan subur apabila makanan masuk kedalam badan. Syaitan ambil peluang melalui nafsu yang tercetus. Puasa dapat mengurangkan nafsu kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah taqwa (takut kepada Allah).
Wednesday, December 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment