Ada seorang ibu berkata kepada bahawa ibubapa gembira bila anak2 hulurkan duit kepada mereka. Bukanlah mereka mahukan sangat duit tu, tapi sebagai tanda ingatan anak2 terhadap mereka.
Ye lah, bayangkan ibubapa berhabis beribu2 ringgit, mungkin jugak berjuta untuk besarkan anak2 dan beri pendidikan elok2.
Kalau kita buat baik pada mereka mesti mereka akan doakan kita.
Ada kisah dlm majalah Anis pasal sorang anak yang hidup susah jugak merungut bila ayhnya minta duit time dia balik kampung. Nak taknak dia berilah walaupun RM 5 je. Tapi bila dia nak balik dari kampung, ayahnya akan selitkan duit pada kocek anak2nya dan jumlah tu mesti lebih dari duit yang dia beri kat ayahnya.
Berkat dia memberi kepada ayahnya secara konsisten, rezeki dia makin lama makin bertambah hingga daripada naik bas balik ke kampung dia dah boleh beli kereta Kancil. Suatu hari ayah dia kata "Nanti besarlah kereta kamu ni".
Tak sampai 3 tahun, dia pun bertukar kereta yang lebih selesa. Hidup pun dah lebih senang sebagai ahli korporat. Tapi ayahnya tetap memberi pada anak2 dia. Rupa2nya dia beri bukan kerana kekurangan atau kelebihan anaknya tu tapi kerana mahu mencontohi Allah al-Wahhab.
Pesanan dia:
Ibu ayah yang tua bukan bebanan atau liabiliti bahkan aset. Rugi siapa yang mengabaikan ibubapa.
Memberi kepada ibubapa hakikatnya memberi kepada diri kita sendiri kerana rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka jadi kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah seperti sabda Rasulullah "Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibubapa (dan aku tambah sikit (hadis jugak), marah Allah terletak pada marah ibubapa)".
Wednesday, December 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment