Wednesday, December 3, 2008

Surah Al-Mulk (Tabaarakallazii)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasullullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk".

Surah ni adalah salah satu surah yang ayah aku hafaz. Dalam kesibukan
urusan harian dia, dia sempat hafaz surah2 Quran.

Aku pun ada belajar tafsir surah ni time sekolah dulu dan dpt ingat
sikit2 ayat dlm surah ni. Ia berkenaan orang yang mendustakan ajaran
nabi dan siksa neraka dan penyesalan ahli neraka (yang aku ingatla, rasanya banyak jugak kisah lain kot).

Dari buku yang aku baca, disebutkan hadis2 kebaikan surah ni. Antaranya menjadi peneman di kubur dan penghalang dari siksa kubur dan api neraka. Adik (8th) aku kata surah ni akan menjelma menjadi lelaki kacak pada orang yang membacanya.

Wallaahua'lam.

Aku galakkan adik-beradik aku baca surah ni dan sedekah untuk ayah.

No comments: