Harap kita terpelihara. Mengumpat ni dah jadi macam amalan seharian.
Dalam bahasa Arab, dipanggil ghibah. Sahabat bertanya pada Nabi jika boleh ghibah kalau yang diperkatakan itu betul. Jawab baginda "Jika yang engkau sebut itu betul maka itulah ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buthan (membuat pendustaan). Hadis ini dari Abu Hurairah.
Ibnu Abi Najih r.a. berkata ada seorang wanita pendek telah datang ke rumah Rasulullah. Setelah dia tinggalkan rumah, Aisyah r.a. berkata "Alangkan pendeknya wanita itu". Rasulullah segera tegur "Engkau ghibah". Aisyah jawab "Aku tidak sebut melainkan apa yang sebenarnya ada padanya." Tegas Nabi "Engkau telah menyebut yang paling buruk padanya".
Allah memberitahu Nabi Musa dgn amaran "Barangsiapa meninggal dunia sedang dia sudah bertaubat dari ghibah, maka dia itula yang terakhir masuk syurga dan barangsiapa yang meninggal dunia sedang dia terus mengumpat (tak sempat taubat) maka dia itulah yang pertama masuk neraka".
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa selama umurnya menghibah sekali sahaja maka Allah akan menyeksanya dengan sepuluh macam seksaan.
Pertama: Dia mejadi jauh dari rahmat Allah
Kedua: Malaikat memutuskan persahabatan dengannya (tidak mahu menghampirinya)
Ketiga: Dicabut rohnya dengan sakit yang amat sangat
Keempat: Dia menjadi dekat dgn neraka
Kelima: Dia menjadi jauh dari syurga
Keenam: Sangat dahsyat seksaan kubur terhadapnya
Ketujuh: Amal baiknya dihapuskan
Kelapan: Roh Nabi berasa sakit kerananya
Kesembilan: Allah murka terhadapnya
Kesepuluh: Dia akan jadi orang yagn muflis di timbang amal kebajikannya dia akhirat.
Sabda Nabi lagi: Barangsiapa mengumpat saudaranya sesama Islam maka esok pada hari kiamat, Allah memindahkan laluan qubulnya ke duburnya.
Dari Ali bin Abi Talib, RAsulullah bersabda: Jauhilah olehmu sekelian dari ghibah kerana sesungguhnya di dalam ghibah ada tiga bencana iaitu doanya tidak dimakbulkan, kebaikan tidak diterima dan keaiban diri nampak bertambah2. Ghibah sebenarnya boleh dihidu seperti bau yang datang dari kilang asap getah kerana diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah bersiar2 bersama sahabat, tiba2 mereka terhidu bau bangkai busuk lalu baginda bertanya "Tahukan sekalian bau apakah ini?". Para sahabat menjawab Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda menerangkan ini ialah bau orang2 yang mengumpat seseorang yang beriman."
Monday, December 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya copy post ini ye . buat kongsian dgn umat Islam yg lain . terima kasih , halalkan ye :)
Post a Comment