Tuesday, December 2, 2008

Tazkirah Ustaz - Hutang Si Mati

Ustaz kata, bila mati je seseorang, perkara yang paling utama adalah hutang.Selagi tak setel, memang susah le si mati. Dia kata segala amalan2 baik tak dapat membantu selagi hutang tak setel. Aduhai...mcm susah nak setel kan. Nasib baik ada cara dia yg selama ni aku tak pernah tahu.

Ustaz kata, sebelum nak bawak jenazah ke kubur, keluarga kena berpakat melantik seorang dari kalangan mereka (waris) untuk ambik beban hutang tu (pindah hutang). Si waris kena maklumkan pada jemaah yg hadir bahawa segala hutang si mati telah berpindah kepadanya. Dikira si mati takde berhutang apa2 lagi. Barangsiapa yang si mati ada berhutang, kena jumpa si waris tu untuk setel hutang.

Digalakkan pengumuman dibuat melalui banyak channel i.e. announcement di masjid, surau dan suratkhabar pun boleh.

Ustaz kata kaedah berhutang sebenarnya kena penghutang dan pemiutang ada rekod dan sama2 saling tandatangan dan ada saksi (2 orang kalu tak silap). Tapi byk orang yang tak ikut benda ni.

No comments: