Utusan Malaysia, 04/04/2008, Oleh ZUARIDA MOHYIN
Firman Allah SWT: Orang yang solat tahajud akan memperoleh bermacam-macam nikmat yang menyejukkan pandangan mata (as-Sajdah: 16 hingga 17), tutur kata yang berkesan, mantap dan berkualiti, qaulan tsaqila (al-Muzzammil: 5).
Manakala dalam surah al-Israk ayat 79 menjelaskan pengamalnya memperoleh tempat yang terpuji, maqaman mahmudah, baik di dunia mahupun di akhirat dan di sisi Allah.
Selain itu, bersolat tahajud juga dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit. (riwayat al-Tirmizi)
Dalam hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa solat tahajud itu memiliki manfaat praktis, baik dari segi keagamaan mahupun dari sudut kesihatan. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa solat tahajud ini dapat menjaga homeostasis tubuh.
Surah al-Jasiyah ayat 15 yang bermaksud: Sesiapa yang menjalankan amal soleh, maka itu adalah untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri.
Lantaran itu, penerbitan buku berjudul, Terapi Solat Tahajud-Mukjizat Penyembuh Penyakit oleh PTS Millennia akan mengetengahkan penemuan-penemuan saintifik melalui kaedah psikoneuroimunologi mengenai kuasa penyembuhan yang dihasilkan melalui solat tahajud, teknik dan panduan bagi mewujudkan kuasa penyembuhan dalam solat tahajud yang kita lakukan serta bukti dan fakta-fakta benar yang dapat meningkatkan keyakinan mengenai mukjizat solat tahajud. Bahkan mereka yang menderita sakit-sakit kronik juga mempunyai peluang untuk sembuh melalui kaedah terapi solat tahajud.
Sedikit mengenai penulisnya, Dr. Mohammad Salleh adalah pengasas klinik terapi solat tahajud yang terletak di Masjid al-Akbar, Surabaya, Indonesia. Ramai orang yang mendapat manfaat dari klinik ini dan terbukti, ramai yang semakin sihat serta bertambah kekuatan rohaniah.
Monday, December 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment