Monday, May 23, 2011

Qailulah

Ustaz Zahazan Mohamed FB


Sabda Rasulullah SAW; "Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah." (Riwayat al-Tabrani)
p/s: Sebaik bangkit dari qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 min, tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus. Trylah amalan sunnah ni, insyaAllah bagus untuk kita!

Friday, May 20, 2011

Sumpah Laknat / Mubahalah - Mirza Ghulam Ahmad Qadyani

Ustaz Dr. Zulkifli di Radio Ikim petang tadi.
Tabik la ustaz ni mmg best dgr dia ckp walaupun slow je (dgn loghat tranu kite nye) tapi menarik kupasan dia. Dan soalan2 pun dpt dijawab dgn kaitkan dgn kisah2 yg lagi senang nak paham dan ingat.

Sumpah laknat tak ramai orang berani buat walaupun berada di pihak benar. Apatah lagi kalau org warak lagi la takmau buat sumpah laknat2 ni.

Ada seorang yg bernama Mirza Ghulam Ahmad Qadyani yg mengaku Nabi dan bawak fahaman Qadyani. Bila ditegur/ disanggah, dia akan ajak orang tu sumpah laknat. Orang memang takut nak sumpah laknat diri sendiri, maka makin menjadi2 nabi palsu bernama Mirza ni. Hinggalah suatu hari ada seorang alim/ ahli sufi yg sanggup sahut cabaran sumpah laknat Mirza.

Ditakdirkan Allah tak lama lepas tu Mirza sakit dan mati. Dan dibawa lah pulang (naik keldai kalu tak silap) berhari2/berminggu2. Demikian mati dia dlm kehinaan sebab permainkan sumpah.

Panjang lagi ustaz ni cakap tapi aku ambik yg pendek ni je lah.

Org yg lebih mulia beri salam

Ustaz (radio Ikim - Ustaz Jamlul kut namanya) kata - org zaman skrg, murid bg salam kat cikgu, staf bg salam kat bos

Padahal Nabi dulu, mesti dia yg berisalam.
Sahabat2 byk yg cuba cuba nak beri salam kepada Nabi tapi tak berjaya.
Hingga ada yg sembunyi balik pokok supaya Nabi tak nampak dan mereka akan bagi salam dahulu. Tapi Jibril sentiasa bgtau Nabi ada org sembunyi di sebalik pokok, sekian2, dan Nabi yg akan sempat bagi salam dulu.

Ingat lagu nasyid lebih krg gini "Jikalau engkau ingin disayangi, hendahlah engkau dulu menyayangi. Jikalau engkau ingin dihormati, hendaklan engkau dulu menghormati"
Harap aku dpt contohi Nabi yg memuliakan2 sesiapa saja termasuk kanak2.

Bernard Shaw Kata Pasal Nabi Muhammad

The Irish playwright George Bernard Shaw, though an atheist, said:
"I have always held the religion of Muhammad in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion which appears to me to possess that assimilating capacity to the changing phase of existence which can make itself appeal to every age. I have studied him - the wonderful man and in my opinion far from being an anti-Christ, he must be called the Saviour of Humanity. I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world, he would succeed in solving its problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today

Shaw also stated that "If any religion has a chance of conquering England ,nay Europe, within the next hundred years, that religion is Islam."

He said about the prophet Mohammad (PBUH) : He was by far the most remarkable man that ever set foot on this earth. He preached a religion, founded a state, built a nation, laid down a moral code, initiated numerous social and political reforms, established a powerful and dynamic society to practice and represent his teachings and completely revolutionized the worlds of human thought and behavior for all times to come

Nabi, Orang Badwi & Pokok Kurma

Dgr di Radio Ikim pagi ni. Aku cerita ikut yg aku paham/ingat.

Suatu hari orang badwi terjumpa Nabi. Dia tahu Nabi adalah Nabi (paham ke?) - sbb ada rupa Nabi (mungkin maksudnya dia tak pernah jumpa org yg mcm tu, dan meyakinkannya org itu adalah Nabi.

Dia pun kata - kalau benar lah engkau ni Nabi, mesti kau ada mukjizat (boleh buat benda2 pelik), cuba kau suruh pokok kurma ni (yg dh mati/ jadi tunggul) bercakap.
Nabi pun pergi cakap ke org badwi tu "kau pergi beritau pokok kurma tu, aku kirim salam"
Org badwi tu pun pergi ke pokok kurma sampaikan salam Nabi.
Pokok kurma tu jawab salam dan bergerak menuju ke arah Nabi dan sujud kepadanya.
Org badwi tu pun masuk Islam.

Nabi ceritakan kepada sahabatnya kejadian tu.
Saiyyidina Umar r.a. kata lebih kurang "izinkan kami sujud kepada mu"
Nabi jawab "Aku diutuskan utk hentikan penyembahan kepada makhluk" contohnya Nabi Isa yg disembah/ puja oleh org Kristian sbg anak tuhan. Nabi kata lagi "kalaupun ada makhluk yg boleh disembah, aku mahu semua isteri sembah kepada suami2 mereka".Ini aku pulak tambah "kalau suami yg baik2 la, mcm Nabi dan sahabat2 Nabi, tapi kalau suami mcm hantu? hahhahahaa

Thursday, May 19, 2011

Nikmat Besar dalam Hidup

Hadis Nabi - Ada 4 nikmat yang besar dalam hidup di dunia, iaitu:

1. isteri yang solahah
2. anak-anak yang Taat
3. Jiran yang baik
4. Rezeki di kampung sendiri.

Ambik dari keretamayat.blogspot

Istighfar & Rezeki

FB Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw

“Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.” (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Yahudi yg Tunggu Nabi Terakhir & Awan

Ni sambungan dari Ustaz Jamaluddin di Ikim.fm. Hari tu ustaz cerita pasal paderi kristian tunggu rombongan Nabi dari Mekah masuk Palestin.

Orang Yahudi pun menunggu2 kedatangan Nabi jugak. Kata Ustaz, org Yahudi gunakan air2 jampi - tgk dlm air jampi dan dpt bayangan. Oleh kerana itu, salah satu sbb Allah perintahkan awan ikut Nabi supaya terhalang org Yahudi yg menilik dari melihat Nabi. Bahanyanya kerana kalau mereka tahu Nabi itu bukan dari bangsa mereka, mereka akan bunuh - demikian yg mereka azamkan. Sbb tu lah mereka ni golongan "maghdhubi alaihim" - org yg dimurkai Allah kerana tahu kebenaran tapi berdegil tak mahu terima Nabi yg bukan dari kalangan mereka. Alangkan Nabi di kalangan mereka pun dibunuh jgk.

Ustaz cerita jugak pasal awan / asap berguna utk halang spy melihat guna satelit.
(Sbb tu la bila ujan je, Astro signal kong). Ustaz kata kalau peluru berpandu yg guna isyarat dari satelit terhalang oleh awan maka selamatlah sasaran.

Bidang ni mmg aku tak pandai - dgr yg ustaz cakap je lah.

Ustaz ni pun sambung kisah suatu zaman yg pokok dan batu akan bercakap memberitahu org Islam ada Yahudi sembunyi di sebaliknya kecuali pokok gharad - orang Israel byk tanam. Dan ustaz kata "jadi jgn la tanam pokok krismas" hmm..ada ke kat Malaysia ni pokok krismas? Dan adakah pokok itu sama dgn pokok gharad yg Yahudi Israel tanam?

Saturday, May 14, 2011

Lagi Kisah Org Warak yg Enggan Bersumpah

Dengar di Ikim.fm, tetamu Dr. Zulkifli.
Kata Ustaz/dr. ni, ada seaorang warak bernama Abu said berjiran dgn sorang wanita. Wanita ni telah tukar batu tanda kawasan tanah jadilah tanah dia makin luas dan tanah Abu said makin kecik.

Abu Said disuruh bersumpah utk nyatakan kebenaran dakwaannya. Oleh kerana kewarakannya, dia enggan bersumpah sewenangnya. Sebaliknya dia berdoa 3 perkara ut wanita tu:
1. Jadi panjang umur
2. Murah rezeki
3. Mati dlm tanahnya

Dan makbullah doa Abu said yg teraniaya oleh angkara wanita itu.
Wanita tu dh tua2 pun masih tak mati2 hinggalah suatu hari, dia terjatuh dlm perigi dlm tanahnya lalu mati. Org kampung pun buat keputusan tanam terus je dlm perigi tu.

Kebersihan Gigi dan Ketahanan Badan

Dulu2 ada baca bahawa gigi/ gusi rosak dan jadi sarang kuman dedahkan kepada bahaya penyakit2 berkenaan jantung.

Islam pun sarankan gosok gigi (sugi) setiap kali nak solat (hadis Nabi kalu tak silap)

Tadi dgr di Radio Ikim, doktor yg jd tetamu sarankan setiap org gunakan dental floss utk kebersihan gigi. Katanya kalau gigi tak bersih, badan akan lawan kuman2 gigi jadi ketahanan badan utk lawan sakit2 lain jadi kurang

Mengumpat rosakkan dunia dan akhirat

Tgk video Ustaz Kazim.

- Sabda Nabi maksudnya lebih kurang gini: sapa yg rosakkan dunia org lain (kerana umpatanny pd org tu), maka rosaklah akhirat dia (si pengumpat)"
- Org yg mengumpat muflis di akhirat.
- Juga sabda Nabi: siapa yg mengata2 dosa seseorang yg telah bertaubat nasuha nanti dia pun akan jadi mcm tu.
- Ustaz bari contoh, kalu ngata pasal pelacur, dia pun akan jd pelcur. kalau tak dirinya, anak atau cucunya
- Dosa Mengumpat adalah sama mcm dosa riba' besar
- Mengumpat merosakkan peribadi

Saturday, May 7, 2011

Kelebihan surah al-kahfi

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

copy frm http://pkasih.blogspot.com/2009/05/kelebihan-surah-al-kahfi.html

Hasan Albasri dan Zuhud

Suatu hari Hassan ajar anak muridnya pasal zuhud. Mereka faham zuhud ialah menyukai yg halal secara sederhana.
Pada hari tu Hassan pakai selendang mahal harga 4 ribu dirham = RM40 ribu.
Murid2 hairan kerana krn dia ckp pasal zuhud tapi dia sendiri pakai pakaian mahal2.
Sorang murid pun bertanya apsal Hassan pakai pakaian mahal2. Dia ckp zuhud maksudnya “tak letakkan dunia di hati”. Dia kata sapa nak ambik selendang dia ambik lah.

Ada sorang miskin dalam kelas tu. Dia mintak duit utk beli makanan krn beberapa hari dia tak mkn. Hassan pun beri selendang mahal yg dipakainya tu. Selamba je kan, tak rasa sayang pun nk bagi benda mahal tu.

Orang miskin tu pergi ke bandar utk jual selendang tu tapi takde org yg mampu beli. Duduklah dia hingga petang dan sorang hartawan terkejut tgk selendang mahal pada org miskin tu. Dia tanya dari mana dia dapat selendang mahal tu. Org miskin jwb "Hassan berikan pada aku utk aku jual dan beli makanan."

Hartawan ni pun beli selendang tu yg pernah dihadiahkannya kpd Hassan dia dan hadiahkan kembali kepada Hassan.

Esoknya terkejut anak murid Hassan sbb tgk selendang tu dh ada balik dgn Hassan
Allahu akbar. Kalu rezeki tak kemana, bak kata Hassan.

Hasan Albasri dan pencuri

Hassan ditanya apa yg buat dia sentiasa tersenyam. Dia jwb, dia yakin kalau rezeki dia takkan ke mana.

Satu hari, sorang pencuri masuk ke rumah dia utk mencuri. Rumah yg besar tapi kosong takde apa2 perabot. Yg ada cuma almari pakaian.
Pencuri tu pun bungkus2 pakaian utk dicuri. Muncul la sorang tua, dia kata dia pencuri tua, sama2 bungkus pakaian utk dicuri. Pastu dia kata “ada satu lagi almari”. Dpt la 5 bungkus pakaian. 3 bungkus pencuri muda bawak dan 2 pencuri tua bawak. Yg muda kata “ko kan dh tua, buat apa mencuri lagi” Aku tak curi dah aku cuma nak tolong ko aje. Sampai ke satu tpt pencuri mudah semnunyikan brg curi. Dia kata ko ambik la 1 sbg tolong mencuri. Si tua kata, taknak, aku tlg ko dgn ikhlas.
Si muda ni termangu2 dgn jwpn si tua. Esoknya dia pegi balik ke Bandar tu utk tau ttg berita kecurian, dan heboh dikatakan rumah ulamak besar kena curi.

Dia rasa bersalah, dah la mencuri, pegi curi umah ulamak pulak tu. Dia pun pergi ke umah tu, dia terkejut tgk pencuri tua sbg tuan umah.
Hassan tanya “ko nak curi apa lagi”
Pencuri kata dia menyesal dan bertaubat. Dia pulangkan sume baju yg dicuri
Anak2 murid Hassan terkejut tgk peristiwa tu. Mereka dh pun kumpul dana dan beli baju baru utk Hassan.

- Radio IKIM - motivasi pagi

Friday, May 6, 2011

Nabi Muhammad Ditunggu2 oleh Paderi Nasrani

Dengar di Radio IKIM. Kisah ni dah didengar byk kali tadi ada sikit details yg aku tak pernah dgr sblm ni.

---------------------------------

Nabi SAW umur 8 tahun ikut datuk ke Syam (Palestine)- rombongan besar, berpuluh2 ekor unta (orangnya tak pasti pulak berapa ramai.
Beberapa puluh ekor unta yg pergi – rombongan besar
Sampai di sana ramai paderi2 menunggu2 kedatangan rombongan dari Mekah tu.
Ada awan ikut unta Nabi.
Bila rombongan sampai, makin ramai paderi tgk bila sedar ada awan yg ikut unta nabi.
Paderi besar pun pegi kat rombongan dan tanya Abdul Mutalib datuk Nabi.
Dia tanya - Ada tak budak2 umur 8 tahun dlm rombongan,
Abdul Mutalib kata ada, iaitu cucunya.
Paderi tu mtk jumpa nabi.
Abdul Mutalib kata pergilah kat unta depan tu.

Nabi oleh kerana boring, dia pegi kat satu taman dekat2 situ. Ada satu pokok pelik, Sebatang je takde dahan dan daun besar2, semua daun dah gugur kecuali satu.
Nabi duduk kat situ, jatuh satu daun yg last jatuh dan nabi sambut dgn tangan.
Semua paderi dan org2 yg saksikan terpegun.

Paderi tanya Abdul Mutalib 3 soalan.
1 – Betul ke nabi lahir selepas ayahnya mati? Abdul Mutalib kata betul
2 – Betul ke mak dia jaga sampai umur 6 tahun dan dia mati, dan skrg datuk jaga? Abdul Mutalib jawab Betul.
3 – Paderi kata lagi "Yg ni kau mesti taktau jawapan. Betul tak belakang dia ada rambut2 halus antara 2 tulang belikat sbg tanda kenabian?" Abdul Mutalib kata aku mmg tak tau.

Paderi2 tunggu kedatangan Nabi kerana dikatakan dlm injil Matthew – ada rombongan dari Mekah akan masuk ke Palestin 630 tahun slps Nabi Isa wafat. Ustaz tu kata lg injil dulu lah, injil skrg dh byk pindaan.

Sumpah

Dengar sikit di Radio IKIM tadi.
Tak sempat dgr habis, so ini sikit info je dan ikut kefahaman ku sendiri:

- Sumpah biasa dibuat oleh orang yg didakwa
- Orang yg mendakwa kena kemukakan bukti, bukan sepatutnya bersumpah
- Sumpah dilarang selalu dibuat utk memelihara kesuciannya dari diguna sewenang2
- Bukan sesiapa2 aje boleh suruh orang bersumpah. Antara yg boleh suruh adalah org /institusi yg ada autoriti i.e. qadhi/ mahkamah. Jadi ustaz tu kata kalu ntah sapa2 suruh bersumpai, boleh abaikan je
- Org yg disuruh bersumpah boleh memilih untuk tak bersumpah

Ada kisah seorang yang warak yg menjual hamba dgn harga 800 dirham dan disuruh bersumpah oleh qadhi/mahkamah (yg ada autoriti) bahawa hamba tu tiada cacat cela. Orang alim ni memilih untuk tak bersumpah. Hamba itu dipulangkan dan dia dapat jual kepada org lain dgn harga 1500 dirham (lagi tinggi harga). Dlm kes ini ustaz kata orang warak biasanya tidak mahu bersumpah. Dia tidak offensive dan tak juga defensive, hanya berserah pada Allah.

-

Thursday, May 5, 2011

Dapat ilmu dengan 6 perkara

Imam Syafi'i berkata Saudaraku, engkau tdklah mendptkan ilmu, kecuali dgn 6 perkara, kukabarkan kepadamu rinciannya dgn jelas:
1.kecerdasan,
2.kemauan keras,
3.sungguh2,
4.bekal cukup,
5.bimbingan guru,
6.waktu yg lama.
(Diwaan Imam as-Syafi'i)

-Dari FB Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw

Kebaikan Bersujud

Dari FB Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw

Istimewahnya Bersujud dalam shalat 5 kali sehari.
<<>>Secara spiritual, kita semua tahu bahwa sujud adalah saat2 terdekat kita dengan Sang Khaliq....... Secara medis.... سُبْحَانَ اللّهُ !!! Banyak manfaatnya, Antara lain :

1. Mengalirnya darah ke otak.Aliran getah bening dipompa kebagian leher dan ketiak. Posisi jantung diatas otak menyebabkan darah yg kaya akan oksigen bisa mengalir maksimal ke otak. Karena itu lakukan sujud dgn tuma'ninah agar darah mencukupi kapasitasnya ke otak. (Dr. Fidelma, neurolog dari Amerika)

2. Apabila otak mendapatkan pasokan darah dan kaya oksigen, mk dpt memacu kerja sel2nya. Dengan kata lain, sujud yang tuma'ninah dan terus menerus dapat memacu kecerdasan.(Prof. Sholeh, risetnya telah mendpt pengakuan dari Harvard Univesity, AS)

3. Melatih kekuatan otot tertentu, termasuk otot dada, dimana terjadi kontraksi pada otot tersebut. Kebiasaan sujud mengembalikan serta mempertahankan organ2 perut pada tempatnya kembali /fiksasi.

4. Radiasi yg ditimbulkan oleh tekhnologi listrik dapat memberikan efek samping dan menbahayakan organ2 tubuh, terutama otak. Dimana kl dibiarkan akan menimbulkan penyakit kejang otot, radang tenggorokkan, mudah lelah,stress,migrain,hingga pikun diusia dini. Nah ketika sujud,kelebihan ion2 positif yg ada didlm tubuh kita akan mengalir ke bumi, krn bumi adalah tempat ion2 negatif. Maka terjadilah proses penetralisiran radiasi listrik dan magnet tsb.

Sujud yg sempurna adalh dengan menempelkan 7 anggota badan (dahi,hidung, kedua telapak tangan, kedua lutut, dan kedua kaki) ke bumi. (Dr. Muhammad Dhiyaa'uddin Hamid, dosen jurusan Biologi dan ketua department radiasi makanan pd Lembaga Penelitian Tekhnologi Radiasi). Alhamdulillah. Bersyukur kita sebagai umat Islam diberi kesempatan utk sujud lebih banyak dalam shalat kita.
by: Muhammad Al Islam

Monday, May 2, 2011

Allah sembunyikan enam perkara

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari

Hadis solat sempurna hapus dosa

"Tidaklah seseorang memasuki waktu shalat wajib kemudian ia berwudhu dengan sempurna dan shalat dengan khusyu, sambil memelihara ruku'nya(tidak tergesa2 dalam shalat), melainkan akan terhapus dosa-dosanya yang telah lalu selama tidak melakukan dosa besar, hal itu berlaku sepanjang masa".(HR. Muslim)