Sunday, January 18, 2009

Mesir Pengkhianat (Israel-Palestin)

Aku baru baca Harakah pasl interview ngan orang Palestine pasal situasi di sana.
Kata sorang tu (nama tak ingat), Mesir seolah lagi teruk dari Israel. Katanya walaupun Israel kawal pintu keluar masuk ke Palestin, mereka masih beri kebenaran makanan dan ubat2 dibawa masuk. Tapi bantuan langsung tak boleh melalui Mesir. Mesir tak bagi masuk la tu.

Yang aku heran Mesir macam berkuasa mengatur hubungan/ situasi Israel -Palestin. Katanya, Mesir pulak beriya2 suruh Palestin lanjutkan tempoh presiden Mahmood Abas masa Hamas menang.

Sekarang ni bila Israel dah serang, Mesir taknak bukak pagar utk orang Palestin dptkan perlindungan. Katanya lagi yang menghalang bantuan sampai ke Palestin adalah Mesir. Ish, pengkhianat betul. Aku heran awat la negara2 Arab sibuk nak buat hubungan diplomasi ngan Israel. Rasanya Malaysia lagi elok sikit dari negara2 Arab ni. Langsung tak rasa berdosa menaniaya sesama Islam.

Friday, January 16, 2009

Ikut Yahudi & Nashrani

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". (H.R. Muslim)

Tuesday, January 6, 2009

Mahsyar: 1 Tahun Akhirat = 50 Ribu Tahun Dunia

Dari buku "Bertemu Janji Allah" - Nik Aziz.

Di akhirat, tiada peredaran matahari dan bulan.

Para sahabat bertanya Nabi berapa lamakah manusia akan berada di mashyar. Nabi membaca ayat "Malaikat2 dan Jibril naik mengadap kepada Tuhan sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun" (Al-Ma'arij 70:4)

Sahabat berkata "Alangkah lamanya". Kemudian Nabi bersabda "Demi jiwaku yang beradi di dalam genggamanNya, sesungguhnya Allah meringankan (tempoh masa di akhirat) bagi orang mukmin hanya sekadar lama masa bagi tempoh waktu melakukan solat fardhu".

Dataran berhimpun seperti perak dan memeritkan kaki jika dipijak kerana dipanaskan matahari. Manusia dan jin dikelilingi malaikat yang jumlahnya berlipat kali ganda (pendapat imam mengatakan 70 kali ganda). Padang mahsyar jadi sempit hingga satu tapak kaki ditindih oleh beribu kaki2 lain.

Taubat (Mendekati dan Didekati Allah)

Dari Buku Taubat dan Doa Para Rasul (lebih kurang le).

Dari Abu Musa r.a. Rasullullah bersabda “Sesungguhnya Allah membuka “tanganNya” pada malam hari untuk memberi keampunan kepada orang yang melakukan dosa di siang hari dan membuka "tanganNya" di siang hari untuk memberi kempunan kepada orang yang melakukan dosa pada malam hari (terus berlangsung demikian) hingga (datang masanya) matahari terbit dari barat (kiamat - pintu taubat tertutup)." (HR An-Nasaai)

Dari Abu Hurairah r.a. Rasullullah bersabda “Jika kalian melakukan dosa sehingga dosa kalian sampai ke matahari kemudian kalian bertaubat, nescaya Allah akan ampuni kalian" (HR Ibnu Majah)

Dari Jabir r.a. “Di antara kebahagiaan manusia ialah panjang usianya dan Allah memberi rezeki taubat kepadanya." (HR Al-Hakim)

Dari Anas r.a. “Seluruh anak Adam cenderung melakukan kesalahan dan paling baik orang yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat.” HR At-Tramizi, Ibnu Majah)

Dari Abdullah bin Ma’qal: Aku masuk bersama ayahku kepada Abdullah bin Mas’ud r.a. dan ayahku berkata kepadanya: "Aku mendengar Nabi bersabda: Penyesalan adalah taubat” (Al-hakim). Maksudnya perkara paling utama dalam taubat ialah penyesalan. Tekad meninggalkan dosa adalah penting untuk mencapai taubat yang sempurna.

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda “Allah berfirman: Aku sesuai dengan sangkaan hambaKu, dan Aku akan bersamanya ketika ia berzikir kepadaKu dan Allah lebih senang dengan taubat seorang manusia daripada seorang yang menemui kembali bekalannya di padang tandus. Barangsiapa yg mendekatiku satu hasta Aku akan mendekatinya dengan satu lengan, dan barangsiapa mendekatiKu dengan satu lengan nescaya Aku dekatinya dengan dua lengan, dan jika ia menghadapku dengan berjalan maka Aku akan menemuinya dgn berlari. (HRBukhari & Muslim). Subhanallah! … lebih hebat dari lagu2 cinta yang ada.

Sunday, January 4, 2009

Abu Hanifah v/s Dahri - Debat Kewujudan Tuhan

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.

Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah.

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.

“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.

Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.

“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.
“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.
“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.
“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.
“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.
“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...,” Abu Hanifah berhujah.
“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.
“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.
Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”
Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”
Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”

“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti...” soal Dahri lagi.

“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Tidak terfikir

Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”

“Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.

“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.

“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah kedua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.

Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.

Saturday, January 3, 2009

33 Larangan Rasulullah Terhadap Wanita

Dari sebuah buku tajuk seperti di atas

1. Mendedahkan aurat
2. Berpakaian menyerupai lelaki
3. Bergaul bebas dgn lelaki bukan muhrim
4. Bersalaman dgn lelaki bukan muhrim
5. Berpakaian menyerupai orang kafir
6. Menyambung rambut
7. Mencabut, mencukur dan menipiskan alis
8. Mengikir (menjarangkan) gigi i.e. gigi berlapis2 supaya tersusun rata
9. Membuat tatu (inai yang gambar bukan2 pun haram serupa tatu)
10. Melihat aurat sesama wanita atau bergabung dalam satu pakaian/ selimut (aurat sesama perempuan antara pusat dan lutut)
11. Memakai wangian agar dikagumi orang lain/ menarik perhatian lelaki
12. Melakukan Musahaqah (lesbianism)
13. Memasuki pusat rawatan kecantikan awam (menanggalkan pakaian selain dari rumah sendiri i.e. spa
14. Berkhalwat dgn lelaki bukan muhrim
15. Tidak melayani kehendak suami
16. Menceritakan rahsia hubungan suami isteri kepada orang lain (serupa perangai syaitan)
17. Menerima tetamu lelaki bukan muhrim tanpa izin suami
18. Keluar rumah tanpa izin suami
19. Membenci dan sakiti hati suami
20. Mengingkari perintah suami yg baik
21. Bermusafir tanpa muhrim
22. Menceritakan sifat (kecantikan) wanita lain kepada suami - takut timbul keinginan suami pada wanita itu
23. Puasa sunat tanpa izin suami
24. Menginfak (sedekah) harta suami tanpa izinnya
25. Kufur terhadap kebaikan suami - suami selalu berbuat baik, tapi oleh kerana satu kesilapan perempuan mencerca dgn mengatakan suami takde yg baik padanya
26. Menyumpahi anak - seperti mendoakan buruk2 dan takut diaminkan malaikat
27. Memaksa suami menceraikannya
28. Memakai emas (perhiasan) dengan bermegah - hadis Nabi: sesiapa yang ingin pakai perhiasan syurga (emas) dan sutera, janganlah pakainya di dunia)
29. Menyakiti jiran tetangga
30. Mencakar dan merobek pakaian ketika ditimpa msibah
31. Meratapi kematian
32. Berkabung atas kematian seseorang (selain suami) melebihi 3 hari
33. Menziarahi kubur dgn tangisan.

Friday, January 2, 2009

Salah Faham Tentang Iddah (Edah)

Bila ayah aku meninggal, timbullah isu2 iddah. Untuk orang mati suami 4 bulan (or 4 bulan 10 hari) Ada sorang sedara kata kalau keluar rumah dlm tempoh iddah, kena ulang balik kiraan hari lepas keluar rumah tu.

Ni aku ambik dari website http://drhasanah.com:
Dalam satu kertas kerja yang ditulis oleh pensyarah saya semasa belajar di Universiti Mu’tah, Jordan, iaitu Dr. Abd al-Hamid al-Majali (ArabLawInfo.com: 2002), dijelaskan tentang hikmah disyariatkan iddah bagi wanita yang kematian suami. Beliau antara lain menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih sayang. Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian.

Al-Majali menambah bahawa iddah antara lain dapat memastikan rahim wanita bersih dari benih suami, mengenang kebaikan dan keindahan hidup bersama suami, menzahirkan kesedihan atas pemergiannya, memelihara kehormatannya serta mengelakkan fitnah. Wanita ialah makhluk tuhan yang dianugerahkan dengan roh dan jasad. Dalam keadaan yang sangat sukar selepas kematian suami, wanita memerlukan masa untuk membiasakan dirinya dengan kehidupan baru yang pastinya jauh berbeza dengan kehidupan semasa suaminya masih hidup.


Ustaz Hashim hari tu kata perempuan dlm iddah boleh keluar tapi elok lah dgn tujuan tertentu, bukan saja2 dan boleh menibulkan fitnah. And no such thing as kena ulang kiraan hari kalau keluar rumah dlm tempoh iddah. Katanya lagi tak kira dlm iddah atau tidak, perempuan boleh keluar rumah dgn ditemani muhrim. Itu yang penting.

Wasiat Abu Bakar bin Habib

Sewaktu hampir ajalnya, dia berwasiat kepada murid2nya "Aku berpesan kepadamu tiga hal:
1) Hendaklah kamu selalu bertakwa kepada Allah. (ikut yg aku faham masa belajar dulu taqwa asalnya dari perkataan takut)
2) Tanamkanlah perasaan selalu diintai (diperhatikan) Allah sekalipun kamu sedang kesepian
3) Takutlah hari yang aku hadapi ini (takut mati)."

Godaan Syaitan Menyesatkan Ahli Ibadah

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani seorang ahli ibadah. Suatu hari dia mendengar syaitan bersuara kononnya sebagai kalam Allah dgn membawa berita bahawa Syed Abdul Qadir telah dinaikkan makamnay di sisi Allah kerana banyak beribadat. Sebagai kurniaan ia dibebaskan dari tuntutan syariat (boleh buat apa saja).

Syeikh Abdul Qadir pun menimbang dgn ilmunya. Fikirnya mana pula Allah berkata2 dgn kalam yang bersuara dan berhuruf ada dahulu dan ada kemudian. Ini tentu suara makhluk.

Lalu dia beristighfar. Kemudian dia dengar suara lagi "Wahai Syeikh, selamatlah engkau dari tipu dayaku. Sesungguhnya aku telah menipu ramai ahli ibadah setandingmu dan mereka tertipu dan masuk neraka."

Sentiasa ingat nasihat Al-Hasan bin Salleh "Sesungguhnya syaitan itu akan membuka (menganjurkan) pintu kebaikan sebanyak 99 pintu. Tetapi daripadanya akan diarahkan tujuannya kepada satu jalan kejahatan.

Jalan kejahatan yang menghancurkan segala amalan kita ialah RIAK.

Bersangka Baik Pada Allah

Kita disuruh berbaik sangka sesama makhluk lebih2 lagi tehadap Allah. Bersangka baik pada Allah hukumnya wajib. Salah satu sifat mahmudah ialak sifat roja' atau harap rahmat.

Firman Allah "Katakanlah; wahai hamba2 Ku yang sering melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah bersifat mengampuni segala dosa2 semuanya (jamii'an). Sesungguhnya Dia adalah maha pengampun lagi maha penyayang. Kembalilah kepada Tuhanmu dan berserahlah diri kepadaNya sebelum datang azab kepada kamu yang kemudiannya kamu tidak dapat ditolong lagi" (Az-Zumar 53-54)

Firman Allah "RahmatKu meliputi semua perkara. RahmatKu aku berikan kepada mereka yang bertakwa..." (Al-A'raf: 156)

Firman Allah "... dan kamu sering berburuk sangka. Sebab itu kamu menjadi kaum yang rugi" (Al-Fath: 12)

Firman Allah dalam hadis Qudsi "Aku menurut (laksanakan) apa saja yang hambaKu sangkakan" (Bukhari)

Mendapat Iman

Sekadar pemahaman aku melalui pembacaan
---------------------------------------
Hendaklah sentiasa kekalkan diri dalam iman. Sabda Rasulullha "Siapa yang di akhir hayatnya (ketiak hampir mati) sempat menyebut LA ILAAHA ILLALLAH, pasti dia masuk syurga" (Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-hakim).

Cara mendapat iman:
1) Melalui mujahadatunnafsi (melawan hawa nafsu). Latih melalui 3 peringkat iaitu:
Takhalli (usaha buang sifat2 mazmumah). Tahalli (isi jiwa dgn sifat mahmudah). Tajalli (rasa nikmat jauhi mazmumah dan rasa nikmat buat baik).

Orang yang hatinya bersih syaitan tak dapat tembusi lagi hatinya. Sabda Nabi "Jikalau tidak ada syaitan2 yang kelilingi hati manusia, nescaya mereka dapat memandang tembus hingga ke alam malaikat" (Ahmad dari Abu Huraira r.a.)

2) Amalan sunat khususnya di malam hari (tahajjud), puasa, sedekah, melakukan maaruf

3) Tafakur (berfikir dan merenung kebesaran Allah), rasakan kehebatan Allah melalui kejadian alam.

Orang Menyakiti Jiran Ahli Neraka

Tersebut kisah seorang wanita ahli ibadah di malam hari dan puasa di siang hari tapi jiranny amerasa tak senang sebab selalu diganggu oleh wanita itu. Kisahnya disampaikan kepada Rasulullah dan baginda bersabda "Dia adalah ahli neraka" (Ahmad dan hakim).

Dalam hadis lain RAsulullah bersabda seseorang itu dianggap belum beriman di mana jirannya tidak aman dari gangguannya (Imam Muslim).

Juga hadis riwayat Imam Muslim "Tidak akan dapat amsuk syurga orang yang jirannya tidak merasa aman dari gangguannya".

Sakaratulmaut

Kata Imam Abu Hanifah "Kebanyakan iman seseorang hamba rosak di waktu nazak"

Seperti yang telah Nabi sabdakan bahawa bila tengah nazak akan datang syaitan yang menyerupai ibubapa/ datuk nenek yang telah mati dan mengatakan bahawa mereka telah mati menganut agama Nasrani dan Yahudi dan itulah sebaik agama.

Sabda Rasulullah "Apabila kematia sudah menimpa seseorang maka hartanya untuk waris, nyawanya untuk malaikat maut, dagingnya untuk ulat, tulangnya untuk kembali menjadi debu dan segala kebaikannya buat para musuhnya" (Manshur bin 'Ammar)

Doa dimudahkan sakaratulmaut "Ya Allah, ringankanlah bagiku sakaratulmaut" (Imam Bukhari dan Muslim). Doa yang biasa dibaca lepas solat "Allaahumma hawwin 'alaina fii sakaraatil maut (permudahkanlah sakaratulmaut) wannajaati minan naar (dan jauhkan dari neraka) wal 'afwa 'indal hisab (dan keampunan dlm hisab)."

Tanda Mati Derita dan Bahagia

Antara tanda seseorang mati dalam keadaan terseksa dinaytaka dalam rimaya oleh Sayyidina Usman r.a "Perhatikanlah orang yang hampir mati. Apabila dia berdengkur seperti orang tercekik, pucat dan mulut bertambah lebar bererti dia mendapat seksa dari Allah".

Sementara orang yang hampir mati mendapat rahmat Allah, menurutnya "Perhatikanlah orang yang hampir mati. Apabila kedua matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan lubang hidungnya membesar bererti rahmat Allah telah turun kepadanya."

Neraka - Tingkat dan Golongan di Dalamnya

1. Neraka Jahannam
2. Neraka Sa'ir
3. Neraka Saqor
4. Neraka Jahim
5. Neraka Huthomah
6. Neraka Lazo
7. Neraka Hawiyah

Para penghuni neraka merasa sungguh siksanya mereka dan minta dikembalikan di dunia untuk diberi peluang kedua berbuat baik dan taat pada rasul2 supaya lepas dari neraka.

Rasulullah bertanya kepada Jibril tentang penghuni setiap tingkat neraka.
Jibril menjawab "Neraka tingkat ketujuh adalah tempat orang2 munafik.
Tingkat keenam adalah tempat orang2 derhaka dan mendakwa dirinya tuhan.
Tingkat kelima adalah orang2 yang sombong dan aniaya.
Tingkat keempat adalah orang yang sombong dan kufur.
Tingakat ketiga adalah tempat orang Yahudi.
Tingkat kedua ialah tempat orang2 Nasrani."

Kemudian Jibril pun diam. Jadi NAbi pun tanya tentang penghuni tingkat pertama. Akhirnya Jibril jelaskan "Penghuni neraka tingkat pertama itu adalah orang2 derhaka dari umatmu." Rasulullah pengsan mendengarnya. Bila dah sedar baginda menangis tersedu2 dan mengurungkan diri dalam rumah dan bermunajat kepada Allah.

Jibril pun datang bawa berita gembira bahawa Rasulullah mempunyai 'Syafaat'.

Banyakkan berselawat untuk mendapat syafaat. Dalam satu hadis, Jibril berkata kepada Nabi "Celaka lah dia yang apabila namamu disebut dia tidak berselawat" dan Nabi kata "Amin".

Thursday, January 1, 2009

Petua Hindar Mudharat

Doa utk tolah kemudharatan yg ada di langit dan bumi:
Bismillahillazii laa yadhurru ma'assmihi syai-un fil ardhi wa laa fissama'(k) wahuwas samii'un 'alim. (Baca 3 kali pagi dan 3 kali petang)

Ada satu hadis pasal seornga jumpa Nabi dan bagitau dia kena sengat jengking. Nabi kata (lebih kurang), kalau kau baca "A'uuzu bikalimaati llaahi ttaammati min syarri maa khalaq" nescaya takkan kena sengat.

Sebelum keluar rumah baca ayat Kursi dan "Bismillaahi tawakaltu 'alallaah. Wa laa haula wa la quwwata illaa billaah".

Dari pengalaman aku sendiri ayat Bismillaahillazii memang berkesan, Alhamdulillah dgn izin Allah. So far takde accident teruk, bahkan terselamat dari accident depan mata yg melibatkan banyak kereta. Aku dan suami di kelilingi oleh kereta yang accident kat PLUS highway, time aku pregnant pulak tu. Lagi, so far aku tak kena rompak / ragut. Rumah pun so far selamat dari pencuri.

Yang kat atas tu apa yang aku mampu amal aje. Banyak lagi doa2 dan ayat2 lain yang boleh bantu.