Monday, April 30, 2012

Dajjal

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya. Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal. Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,"Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya. Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong. Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati. "Tertulis di dahinya perkataan, 'Kaf-Fa-Ra' (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca. "Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia," jelas Fadlan. Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, "Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka." Keistimewaan Dajjal Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya : Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga. Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan. Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, "Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti ?" Rasulullah menjawab, "Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka." Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, "Kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini ? " Nabi menjawab : "Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang." Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah. Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, "Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah." Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah. Bila Dajjal Dilahirkan ? Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai Al-Masihi Ad-Dajal. Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog antara Tamim dan al-Jassasah. Al-Jassasah : Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu. Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi. Tamim : Siapakah kamu ? Dajal : Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu ? Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu. Tamim : Kami adalah orang Arab, kami sesat. Dajal : Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah ? Tamim : Ya. Dajal : sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya ? Tamim : Airnya banyak lagi. Dajal : Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani. Tamim : Banyak dan masih digunakan oleh penduduk. Dajal : Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya ? Tamim : Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya. Dajal : Betulkah itu ? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah Al-Masihi Ad-Dajal. Sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku. Tempat Persembunyian Dajjal Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya, : "Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur. Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan." - Riwayat al-Tarmizi. Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan." - Riwayat Imam Ahmad. Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal. Menerusi penyelidikan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah Cara Mengelakkan Fitnah Dajjal Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi. http://kedah2u.com.my/angker/ancaman-al-masih-dajjal.html

Friday, April 27, 2012

Beri salam, beri makan dan tahjjud supaya masuk syurga dgn selamat

Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw ‎(Sebar luaskan salam, berilah makanan bagi yang membutuhkan karena tak mampu dan SHOLAT TAHAJJUD) “Wahai sekalian manusia, sebarluaskanlah salam dan berikanlah makanan serta SHOLAT MALAMLAH [tahajjud] diwaktu manusia sedang tidur, SUPAYA KAMU MASUK SURGA DENGAN SELAMAT.”(HR Tirmidzi) “Seutama-utama shalat sesudah shalat fardhu ialah shalat sunnat di waktu malam [tahajjud]”(HR. Muslim)

dialog Antara Agama Ustaz Jamnul Azhar Mulkan UUM 2005

Dengar di IKIM fm pagi ni. ustaz kata dia jadi panel dlm dialog tu yg dihadiri oleh ahli panel Hindu Sanggam, Buddha, Kristian dan dia sendiri. ada dlm 5 ribu hadirin, majoriti bukan Islam. katanya penuh dewan hingga ke luar. Bila hujan, mereka tak berganjak. ustaz ni tak cerita byk dlm radio, tapi satu perkara saja. pastor kristian tanya kat dia "kenapa org islam mesti selawat pada nabi muhammad seolah2 dia tak selamat dan kena umatnya doakan utk dia masuk syurga". Ustaz jawab dgn memetik ayat quran bermaksud "sesungguhnya Allah dan malaikat2 berselawat ke atas nabi muhammad. Wahai org beriman selawatlah ke atas Nabi". Ustaz kata, satu selawat ke atas nabi, Allah akan selawat balik ke atas org tu sebanyak 10 kali. Maka benefit adalah kepada org yg selawat, bukan kpd nabi. Tambahan pula, selawat sebagai satu cara utk umat nabi connect dgn baginda. Ustaz pun tanya satu soalan sebagai balasan satu soalan yg pastor tanya. Sbb dlm dialog, ahli panel tak bertanya sesama mereka, yg tanya adalah pengerusi. tapi sbb pastor dh tanya ustaz satu soalan, maka ustaz pun tanya lah datu soalan kat pastor. Dia tanya "awak percaya pada second revelation tak? Pastor jawab ye, org kristian percaya Ustaz tanya kenapa? Pastor jwb "untuk melengkapkan agama kristian" Ustaz tanya "maksud awak, agama kristian skrg ni belum lengkap" Pastor jawab "tak tahu" setelah teragak2 Seorang pelajar kristian dari sabah bangun dan tanya pastor "awak tahu tak jawapan? Kalau tak tahu jgn jwb" Pastor pun terpaksa mengaku yg dia tak tahu Pelajar tu pun kata kat ustaz "now it's your turn, ustaz (to answer)" Ustaz pun jwb dgn memetik hadis nabi bahawa nabi isa akan turun di damsyik syiria dari bangunan/ masjid kubah putih, pakai baju kuning, rambut hitam...... (so detailed). Perkara pertama yg dia buat adalah hancurkan salib2, then bunuh semua babi, bunuh dajjal dan yakjuj makjuj. Tiba waktu subuh, Imam Mahdi tgh nak jadi imam dan dia nampak nabi isa dan jemput dia jadi imam. Nabi isa jawab, bila islam muncul, syariat agama yg dia bawak dah terbatal dan dia suruh imam mahdi jadi imam. Nabi isa dan imam mahdi bersama2 akan ajak org kristian masuk islam dan menentang yahudi

Hadis: 6 sifat org yg mengenal Allah

Ustaz Mohd Kazim Elias FB Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.

Thursday, April 26, 2012

Orang yg bijak

Hadis Nabi Manusia yang Sebenar-benar Bijak Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.” Huraian Hadith: Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan beramal seperti yang dituntut oleh agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang benar-benar dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong. Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat. Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup di akhirat. Wajib bagi seseorang mengelakkan diri daripada dikuasai oleh hawa nafsu yang akan membawa kepada kehancuran diri dan agama. Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/manusia-yang-sebenar-benar-bijak Like · · Share · 95212191 · 3 hours ago ·

hadis: tipu daya wanita

Jauhi Godaan Wanita Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.” Huraian Hadith: Tergoda pada wanita boleh berlaku dengan pergaulan bebas dan memandang kepada bahagian tubuh yang membangkitkan nafsu (bagi wanita asing yang bukan isteri) atau berseronok dengan isteri hingga terlupa menunaikan kewajipan agama. Kita hendaklah mengambil pengajaran daripada kisah umat-umat terdahulu, kerana apa yang berlaku kepada Bani Israil tidak mustahil berlaku kepada orang lain jika mereka melakukan sebab-sebabnya. Pengaruh dunia dan nafsu boleh menjauhkan manusia daripada bertakwa kepada Allah. Manusia telah diberi penghormatan oleh Allah di muka bumi ini dengan menjadikannya sebagai khalifah Allah. Setiap gerak-geri manusia sentiasa diperhatikan Allah. Bertaqwalah kepada Allah untuk mengelakkan diri daripada berlakunya fitnah kerana fitnah itu sering berlaku disebabkan kemewahan dunia dan disebabkan wanita. Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/jauhi-godaan-wanita

Tipu daya wanita

Jauhi Godaan Wanita Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.” Huraian Hadith: Tergoda pada wanita boleh berlaku dengan pergaulan bebas dan memandang kepada bahagian tubuh yang membangkitkan nafsu (bagi wanita asing yang bukan isteri) atau berseronok dengan isteri hingga terlupa menunaikan kewajipan agama. Kita hendaklah mengambil pengajaran daripada kisah umat-umat terdahulu, kerana apa yang berlaku kepada Bani Israil tidak mustahil berlaku kepada orang lain jika mereka melakukan sebab-sebabnya. Pengaruh dunia dan nafsu boleh menjauhkan manusia daripada bertakwa kepada Allah. Manusia telah diberi penghormatan oleh Allah di muka bumi ini dengan menjadikannya sebagai khalifah Allah. Setiap gerak-geri manusia sentiasa diperhatikan Allah. Bertaqwalah kepada Allah untuk mengelakkan diri daripada berlakunya fitnah kerana fitnah itu sering berlaku disebabkan kemewahan dunia dan disebabkan wanita. Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/jauhi-godaan-wanita

Hadis Nabi tentang mmemutuskan silaturrahim

Muhamad Noor shared Hadis Nabi's status update. Hadis Nabi Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian baginda menjawab, Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu. Huraian Hadith: Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang. Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya. Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/berbuat-baik-dan-bersabar-di-atas-perilaku-manusia-0 Like · · Share · 7 hours ago · Ahmad Yusri and 3 others like this.

Panasnya Neraka

Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Sahabat fb ustazah yg dikasihi, Jom kita gambarkan suhu panas api neraka dengan membandingkannya dengan api yang paling panas di dunia ini· Misalnya permukaan matahari memiliki kepanasan yang mencapai 6 ribu darjah celcius, manakala suhu di pusatnya pula lebih kurang 15 juta darjah celcius. Samada batu @ logam @ besi yang ditempatkan di sini akan lebur dan hancur. Manakala api neraka pula panasnya tujuh puluh kali ganda daripada ini·Bayangkan kesakitan dan penderitaan yang tidak terkira sakitnya yang akan dirasai oleh manusia yang dimasukkan ke dalam api neraka· Setiap kali hangus dan melecur kulit mereka Allah gantikan dengan kulit yang baru agar mereka terus merasai kedahsyatan azabnya.Moga kita bertambah insaf & sentiasa ingat dosa & pahala.Ya,Allah,takutnya kami akan azabMu ya,Allah.Tolonglah bimbing kami ke jalanMu&jauhkanlah kami dari azabMu ya Allah,amin. Like · · Share · 6,909274975 · 20 hours ago ·

Wanita tontonan orang

Prof Dr Muhaya FB: Kauam wanita fikir apakah kita murah atau mahal, ekslusif atau tidak. Lagi buka aurat lagil murah dan tidak ekslusif tontonan semua. Di dunia terhina di akhirat papa lagi. Jangan ikut amalan ramai orang. Kaum masuk syurga kaum yg sedikit. Jangan ikut adat ikut ibadat
Zaharuddin.net Jangan memperkecilkan ketaatan yang sedikit kerana konsistennya memberi kesan kebaikan, dan jangan meremehkan dosa yang sedikit, kerana berterusannya memberi kesan sangat buruk. Demikian nasihat Imam Ibn Qudamah

Friday, April 20, 2012

Tiga Cahay di Hari Kiamat

‎~ TIGA CAHAYA DIHARI KIAMAT ~ Dihari kiamat ada 3 cahaya yang berlainan Cahaya pertama seperti bintang-bintang Cahaya kedua seperti cahaya bulan Cahaya ketiga seperti cahaya matahari Apabila ada yang bertanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab. "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika didunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila mendengar azan" "Cahaya Yang kedua adalah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan" "Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mesjid sebelum azan lagi" TIGA MACAM ORANG BERAGAMA 1. Orang yang selamat (dari siksaan akhirat) yakni orang yang senantiasa memenuhi segala perintah dan menghindari segala larangan 2. Orang yang beruntung yakni orang yang atas kehendaknya sendiri, berbuat kebajikan yang mendekatkan orang kepada Allah dan menunaikan yang sunnah 3. Orang yang merugi, yakni orang melalaikan kewajiban yang diembankannya. Jika engkau tak mampu menjadi orang yang beruntung, maka setidaknya berupayalah menjadi orang yang selamat TIGA MACAM ORANG SEHUBUNGAN DENGAN YANG LAIN 1. Orang yang bisa menempati kedudukan para mulia dan malaikat yakni dengan mencurahkan dirinya untuk membahagiakan sesamanya 2. Orang yang menempati kedudukan binatang dan benda benda mati yakni orang yang tidak menguntungkan ataupun merugikan sesamanya 3. Orang yang menempati kedudukan kalajengking, ular dan binatang buas pemangsa, yakni orang yang tidak bisa diharapkan akan memberikan kebaikan , tetapi dikhawatirkan akan merugikan TIGA DAPAT LINDUNGAN 3 macam orang yang Allah berikan perlindungan. 1.Orang yang masuk mesjid karena Allah, ia menjadi tamu Allah hingga pulangnya kerumah. 2. Orang yang berziarah kepada saudaranya seakidah karena Allah , hingga kembali pulangnya kerumah 3. Orang yang berhaji dan umrah karena Allah , ia menjadi tamu Allah hingga kembali kepada keluarganya dirumah TIGA PERKARA YANG MENJADI PERISAI API NERAKA 1. Sedekah Rasulullah SAW bersabda : Buatlah diantara kamu dan neraka tutup pemisah walaupun cuma dengan (bersedekah )dengan separuh butir kurma 2. Berzikir Rasulullah saw bersabda, Ambillah perisai kamu sekalian ( yang bisa menjaga kamu ) dari api neraka , ucapkanlah 'Subhanallah (maha suci Allah) Walhamdulillah ( segala puji bagi Allah) Walaailaahaillah (tiada Tuhan selain Allah ) Wallaahuakbar (Allah maha besar)", Karena kalimat ini pada hari kiamat akan menjadi mukaddimat (yang berjalan di depan kamu) mu'aqqibat (yang berjalan dibelakang kamu ) dan menjadi Mujannibat (yang menjauhkan kamu dari api neraka). Kalimat ini adalah al- baaqiyat ash- shalihat (hal-hal yang baik yan masih tersisa) (HR an-nasa'i dan al- Haakim dari Abu Hurairah r.a) 3. Mempunyai anak perempuan dan mendidiknya dengan baik Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw. "Tiada seorang dari umatku yang menanggung kehidupan tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan , lalu ia berbuat baik kepada mereka kecuali mereka akan menjadi tabir (pencegah) bagi dia dari api neraka (HR al Baihaqi dari Aisyah r.a) Semoga 3 hal diatas bisa mengingatkan kita untuk lebih meningkatkan ketakwaan dan menjadi penyemangat dalam meningkatkan kualitas beribadah. Aamiin...
by: Betapa Kecilnya Kita di Hadapan Allah

Thursday, April 19, 2012

Sedekah yg Paling Besar Pahala

Abu Hurairah r.a berkata : Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab: Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah Memilikinya

waktu Doa Mustajab

Wall Photos
DOA MUSTAJAB

1.“Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi)

2.Ketika ayam berkokok. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada golongan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan".

3.Tidak terburu-buru (sabar). Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan di kabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.

4.Doa Ibu Bapa...

5.Doa ketika sujud:kerana masa itulah seorang hamba paling dekat dengan tuhanya..
Semoga apa yang dikongsikan sekit-sedikit dapat berkongsi ilmu,, sabda nabi..sampaikanlah kepadaku walaupun sepotong ayat
by: MENCARI REDHA ALLAH

Wednesday, April 18, 2012

Mati dan Bakar Kapal Sebab Dakwah.

Nabi Muhammad pernah berdakwah ke Taif tapi tak diterima penduduknya.
Malah baginda dibaling batu sejauh sepuluh kilometer berdarah2 hinggakan bertakung darahnya dalam kasut.
Baginda disuruh mendoakan bencana ke atas penduduk Taif tapi katanya biarlah, mungkin anak cucu mereka akan beriman.

sahabat2 Nabi dan anak2 sahabat2 Nabi keluar ke serata dunia untuk berdakwah. ada seorang ( tak ing apa nama) yang tak serik pegi ke Taif. nabi dah kata, jgn pergi lagi dah, kalau kau pegi naya, mati kau.
tapi dia tetap bersemangat dan pergi. Sudahnya betul mcm Nabi kata, mati dia kena bunuh.

pendakwah yg sampai ke Sepanyol ( nama lama Andalusia kot?) sampai di sana dan bakar kapal. Dia kata biar kita mati, jgn agama islam mati. masa tiba tu 1 Syawal. Kalau kita lah mana nk ingt dakwah lagi. Ingt nak raya aje.

Itulah betapa kuat dan beraninye org Islam, tak mcm kita zaman skrg, nak dakwah hujung jari pun takut. nak dakwah kat jiran2 pun takut , nak dakwah kawan2 pun takut, dakwah kat adik beradik dan sedara mara pun takut. Yg sesama Islam dah takut, yg kafir lagi la takut kan

(aku mengata diri sendiri yg penakut)

Saturday, April 14, 2012

Anak / isteri derhaka

Dgr kat IKIM.fm.

Ustaz/ ustazah cakap : barangkali anak/ isteri derhaka dgn kita sbb kita sendiri derhakakan Allah

Mari sama2 semak diri masing2

Ganjaran Seribu Kali Ganda utk Kontraktor yg Bersedekah

Kisah ni dgr kat IIKIM.fm oleh ustaz zulkifli ramli (kalau tak silap).

Hamba Allah, sorang kontraktor ni berada di kawasan org kurang berada, budak2 sekolah yg nak makan kat kantin/ kedai. So kontraktor ni ckp ke budak2 tu mkn lah apa saja, dia akan belanja.
Bil semua RM23.70. Dia pun bayar. Tak lama lepas tu dia dpt kontrak bernilaiRM23,700. Kagum lah dia dgn rezeki Allah yg kebetual angka sama dgn yg sedekah utk budak2 sekolah dulu tu.

Suatu hari surau/ masjid kawasan rumah dia mintak sumbangan RM19,000 diperlukan segera utk upgrade/ renovation. Dia adslah simpanan utk luar jangka utk bisnes dia. Last2 dia pun bg jgk la RM19,000 tu. tak lama kemudian, dia dpt kontrak bernilai RM19juta. Menangis lah dia krn terharu dgn rezeki Allah berkat dia bersedekah.

ustaz kata kalau kita suka memberi, malaikat akan mintak / doa utk Allah bagi ganti semula.
Byk org yg murah rezeki sbb suka bersedekah. aku kenal sorang yg mcm tu, laki bini suka sedekah, derma dan belanja kawan2 mmg hidup dia prosperous. Sanggup cari org susah melalu email yg dia dpt dan berikan sedekah.

Tuesday, April 10, 2012

Tidak patut minta tapi....

Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Assalamualaikum.Salam syg buat semua shbt fb ustzh.Jom hayati kata2ku ini sbg pedoman.
Tidak patut seorang yg berdoa meminta hidayah tetapi berat hati utk menghadiri majlis ilmu.Tidak patut seorang yg memohon utk mendapat rezeki yg halal tetapi malas berusaha & malas bekerja.Tidak patut seorang yg memohon kesihatan yg baik. tetapi tetapi tidak menjaga makanan yg halal.Jadi berdoalah..nescaya kita tidak akan bersendirian dlm menghadapi apa jua masalah & kebuntuan kerana ada yg sentiasa mendengarnya..namun berdoalah selaras dgn usaha yg bersungguh2 tanpa berputus asa..

Keistimewaan Solat

Kupasan menarik dari Ust Uthman El-Muhammady tentang keistimewaan SOLAT:

1. Satu2nya kemuncak "Ibadat" drpd segala ibadah manusia yg difardhukan khas kpd kaum muslimin sahaja melalui israk mikraj RasuluLlah saw penganugerah terhormat secara langsung dari Pencipta sekalian alam.

2. Satu2nya ibadat yg mana manusia berinteraksi 'live' dgn Allah Ta'ala dan Rasul-Nya, itu sbb hadis menyebut tentang larangan menganggu org yg sedang dlm solat sehingga dihukum bunuh yg berlalu di hadapannya, ini kerana Allah Ta'ala sediakan atmosphere suci disekitar yg sedang solat.

3. Solat adalah pintu soalan kpd segala soalan, kegagalan menjawabnya membatalkan soalan2 yg seterusnya. Ini kerana di dlm solat telah tersedia lafaz penyaksian umat kpd Pencipta semuanya terkandung di dlm satu ibadat, perjanjian, doa, puja-pujian, selawat, tasbih, tahmid, takbir, wirid, zikir, puasa, zakat, akuan kekalifahan dan yg utama sekali SYAHADAH.

Ilmu yg diperolehi ketika mengikut pengajian tasawuf kitab al-Risalat al-Imam Qusyairy, malam ini tadi.
-Lebai Pekan