Friday, October 12, 2012

Regret the speech - Umar Al Khattab


“I have not regretted my silence once. As for my speech, I have regretted it over and over again.” - Umar ibn Al-Khattab (RA)

Kata-kata Mufti Zainal Abidin Berkenaan Dakwah


Mufti Zainal Abidin kata jika ingin diterangkan hukum dakwah ini, maka ia di atas segala fardhu. Fadhu diatas segala fardhu. Ini kerana bila umat meninggalkan dakwah manusia akan meninggalkan amalan agama dan Islam itu sendiri. Perintah pertama dibuat oleh nabi Saw dan sahabah ialah dakwah. sebelum perintah lain datang, perintah dakwah adalah yang pertama. Malangnya umat tidak merasakan berdosa meninggalkan dakwah. Sehingga kita anggap kita adalah penceramah, menteri, guru, pengarah, kerani, orang melayu, orang cina. Kita terlupa kita adalah khalifah ALLAH, penyambung kerja Nabi, Pewaris Al-Quran. Bila dakwah ditinggalkan manusia akan meninggalkan masjid, zina menjadi berleluasa, judi, riba, penipuan dan semua perkara haram akan terjadi sehingga manusia dipinggir kemurtadan dan kekufuran. Orang bukan Islam tidak dapat Islam. Manusia akan beramai -ramai masuk neraka. Jalan terpantas untuk dekat diri pada ALLAH dan meningkatkan kecintaan pada Nabi SAW dan iman ialah melalui dakwah. Ibu segala tarikat dan sunnah Nabi SAW ialah dakwah. Kebanyakan masa hidup Nabi berjumpa dan memujuk manusia kepada ALLAH dan menangis didepan ALLAH. Dakwah dan iman tidak boleh dipisahkan seperti irama dan lagu. Dakwah ibu segala amalan. Bila kita buat dakwah iman kita akan terbina. Umar mula-mula masuk islam, terus buat dakwah. Sepatutnya kita akan kata, umar kau jahat, taubat dulu, tuntut ilmu dulu. Tapi diceritakan sebaik sahaja ucap syahadah terus Umar RA ajak orang lain kepada ALLAH. Sedangkan guru yang paliNG alim dan wara berada didepannya iaitu Nabi SAW. Ini kerana jalan untuk iman seseorang terbina dengan bercerita dan memujuk manusia kepada ALLAH. Malangnya hari ini, umat tidak menganggap dakwah ini sebagai perintah ALLAH dan ia hanya sunat atau pun fardhu kifayah. Sedangkan bila tidak buat dakwah iman jadi lemah. untuk pergi masjid pun tida kekuatan. Ramai orang mengadu pada saya dalam ceramah, susah nak cukup solat, malas nak pergi masjid, selalu jadi malas, tidak boleh menangis, tiada kekuatan nak buat baik dan meninggalkan yang haram. Ini kerana kita tidak bercakap kebesaran ALLAH dan akhirat kepada orang lain.(dakwah) Duit ada rm1 cuma boleh beli 2 coklat. RM 100 DAPAT 200 coklat. RM 1 JUTA, lagi banyak. Sama lah iman rm 1, cuma boleh solat 2 waktu. Iman kuat macam sejuta semua amalan jadi mudah. Semua yang haram senang dijauhi. Sahabat kata ya Rasulullah kenapa tidak terima 50 waktu solat. Mereka ingin ramadhan sepanjang tahun. Malam turun perintah aurat, esok pagi semua dah tutup aurat. Ada kawan saya kata masa dalam kereta di highway, lajunya semua kereta. Saya kata, bukan kereta laju tapi dia yang perlahan... Sama juga bila kita nak cepat dan bawa laju, kita rasa semua kereta perlahan. Amalan agama ini manis dan mudah. Tapi kenapa rasa berat. Sebab iman kita lemah. kerana meninggalkan dakwah. Ya ALLAH ampunkan dosa kami semua kerana meninggalkan dakwah dan kami tidak rasa berdosa. hinanya kami semua. Lidah kami kelu untuk bercakap kebesaranmu.- ebit lew

Thursday, October 4, 2012

Mimpi Jumpa Nabi Tiap Malam - fb ust Ebit Lew


NabiRindu nak dengar kisah ini. Kecintaan pada Nabi SAW Hadrat Sa'di Rah seorang alim yang terkenal. Beliau sangat mencintai Nabi SAW. Satu malam beliau terlalu rindukan Nabi SAW. Beliau menyiapkan satu selawat dan doa untuk dibacakan depan maqam Nabi SAW. Sepanjang malam dia menyiapkan selawat dan doa itu. Dia tertidur sebelum menyudahkan syair itu. Dalam mimpinya beliau mimpi jumpa Nabi SAW dan Nabi SAW menyudahkan doa itu. Maka beliau sangat gembira dan awal pagi bertolak untuk menziarah maqam Nabi SAW. Sepanjang perjalanan beliau menangis dan mengulang2 selawat dan doa itu. Ditakdirkan bila sampai di Madinah beliau telah dihalang untuk ziarah Maqam Nabi SAW dan telah ditangkap oleh pengawal raja. Ini kerana raja bermimpi Nabi SAW dan menghalang Sa'di Rah dari menziarahinya. Pengawal memukulnya. Maka raja mimpi jumpa Nabi lagi dan menegur perbuatan raja memukul Sa'di. Sepatutnya raja cuma menghalang sa'di bukan tangkap dan pukul. Sa'di Rah balik dalam keadaan menangis dan terlalu sedih. Seorang yang datang dengan harapan dan kecintaan yang membuak-buak terhadap Nabi SAW. Sepanjang perjalanan beliau menangis dan menangis sambil membaca selawat itu. (Saya teringat lagi syair itu dibaca oleh syeikh Umar palangpuri ketika membaca syair itu. Sangat merdu). Sehingga beliau tertidur di satu pokok. Dalam tidurnya beliau mimpi jumpa Nabi SAW yang bertanya wahai Sa'di kamu mencintai aku ke? Sa'di jawab, ya aku sangat mencintaimu. Janganlah sedih,aku halang kamu dari meziarahiku kerana jika kamu memberi salam, aku akan menjawab salam mu. Jika kamu peluk aku, aku akan memelukmu. (Ini akan menimbulkan fitnah.) Aku juga cintakanmu. Wahai Sa'di jika kamu benar-benar mencintaiku buatlah kerja aku yakni mengajak manusia kepada ALLAH. Ya ALLAH jauhnyalah diri ini dari cintakan Nabi SAW dan berdosanya kami kerana meninggalkan kerja Nabi SAW.- Seorang rakan saya yang sangat kuat buat dakwah, bila berjumpa dengan seorang alim ditanya apa kamu dapat dari kerja dakwah dalam tempoh beberapa bulan ini. Maka dijawabnya, setiap malam saya mimpi jumpa Nabi SAW. Tanya orang alim tadi macam mana Nabi SAW berjalan. Dia pun menunjukkan cara Nabi SAW berjalan.. Bukanlah mimpi itu satu perkara ajaib. Tapi soalnya apa keinginan dalan hati kita. Seorang yang bercinta, selalu membayangkan wajah kekasihnya setiap hari dan ingin berjumpa suatu hari nanti. Bagaimana seorang yang kata cinta. tapi tidak pernah ingat walaupun sesaat. Lalu di hati juga tidak. Seorang yang bila kekasihnya marah atau sedih,dia tidak tenang dan dapat merasainya. Sehingga waktu malam pun termimpi-mimpi. Bagaimana perasaan Nabi SAW ketika ini. Adakah kita merasainya? Setiap kali kawan-kawan bercerita mimpi jumpa Nabi SAW dan sahabah atau mimpi yang indah demi Islam. Saya menangis kerana saya tidak mimpi seperti itu. Masa sedar pun tidak dapat berbuat demikian. Bagaimana mungkin LIDAH mengatakan mencintai Nabi SAW, ketika Islam keluar dari diri orang ISLAM, kehidupan Sunnah keluar dari diri dan anak-anak, agama dihancurkan. Sikit pun tidak menangis dan berdoa. Ampunlah dosa-dosaku Ya ALLAH - EBIT LEW — at Lagend Cherating Resort.. Lagend Cherating Resort.. Local Business

Sunday, September 16, 2012

Berzikirlah Sebanyak2nya


Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw Allah Ta’ala berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.” (QS. Al Ahzab: 41-43) mari kita gunakan waktu kita sebaik baiknya, dengan memperbanyak zikir, menyebut asma Allah subhanahu wata’ala. Ketika jalan, duduk bahkan berbaring pun kita masih bisa melakukannya, ringan di mulut. Berat ditimbangan. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ’anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada dua buah kalimat yang ringan di lisan namun berat di dalam timbangan, dan keduanya dicintai oleh ar-Rahman, yaitu ‘Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil ‘azhim’.” (HR. Bukhari [7573] dan Muslim [2694]) Semoga kita senantiasa mengingat Allah subhanahu wa ta’ala dalam keada’an apapun... __________________________ • MARI JADI ORANG BAIK • • JAGA IMAN - JAGA SHALAT - JAGA AKHLAQ - TUTUPLAH AURAT • • follow twitter @QURANdanSUNNAH See translation Like · · Share · 1,58750117 · 13 hours ago · Options

Close the Deal dlm Berdakwah


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya selalu ditanya bagaimana caranya untuk “close the deal” mengajak mad’u kita memeluk agama Islam. Ini adalah di antara kaedah yang saya gunakan setakat ini dan saya dapati sangat berkesan. Sila sebar dan kongsikan, insya-Allah. Cara "closing the deal" Sebelum memulakan usaha hendaklah berdoa memohon kepada Allah agar kita dan mad'u kita diberi hidayah oleh Allah SWT. Sepanjang menyampaikan juga hendaklah diselangi dengan zikir kepada Allah dan doa berterusan agar mad'u kita diberikan hidayah. Hendaklah mewujudkan suasana yang mesra, ceria dan penuh keberkatan. Cara kita yang penuh dengan rendah diri, kasih sayang dan senyuman mesra memenangi hati mad'u. 1. Hendaklah dipastikan klien (mad'u) bersedia untuk berbincang menerima kebenaran (jika belum lagi maka mungkin memerlukan lebih banyak masa bersama agar wujud kepercayaan mad'u kepada kita). 2. Hendaklah dipastikan kefahaman mad'u mengenai Islam (Apa yang anda faham mengenai Islam?) Boleh ingatkan mungkin mad'u pernah belajar daripada sekolah, kawan-kawan, jiran, TV dan lain-lain. 3. Hendaklah dipastikan kefahaman mad'u mengenai Allah dan sifat-sifat-Nya yang asas seperti Keesaan, Kekuasaan, Keagungan, hakikat Allah Maha Pencipta dan selain Allah adalah ciptaan-Nya, tidak ada rakan, anak, isteri, bapa, emak. Pada masa ini hendaklah dijelaskan mengapa Allah itu Esa dan bahaya syirik. 4. Hendaklah ditanya adakah keraguan mengenai agama Islam dan jika ada dijelaskan dengan sebaik-baiknya. 5. Hendaklah dijelaskan kepadanya rukun Iman (Allah, Malaikat, Kitab, Nabi, Akhirat, Qadha & Qadar). 6. Hendaklah dijelaskan kepadanya rukun Islam (maksud dua kalimah syahadah, tuntutan solat, kewajiban puasa bulan Ramadhan, membayar zakat dan haji) 7. Pastikan mad'u boleh menerima rukun-rukun dan tidak ada keraguan (Adakah anda boleh menerima rukun-rukun tadi? Ada keraguan pada mana-mana rukun?) Sebarang persoalan mestilah dijawab dan dijelaskan sehingga mad'u boleh terima. 8. Tanya mad'u adakah boleh faham dan menerima semua rukun-rukun tadi. 9. Tanya mad'u adakah keraguan lagi mengenai Islam. Jika ada, hendaklah dijawab dan pastikan sekali lagi bahawa mad'u tidak ada keraguan lagi. 10. Jelaskan bahawa jika mad'u sudah boleh menerima kesemua rukun Iman dan rukun Islam, beliau sebenarnya sudah pun menjadi seorang Muslim di sisi Allah SWT. 11. Oleh itu, sebaiknya beliau melafazkan dua kalimah syahadah untuk merasmikan kemasukannya ke dalam Islam. 12. Ajarkan kalimah syahadah kepada beliau pada masa itu juga dan jika ada saksi, maka sahlah pengIslamannya pada masa itu juga. Jika berjaya mengislamkan, yakinlah itu Hidayah daripada Allah dan kita hanyalah perantara Allah. Bersyukurlah kepada Allah. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hj Nicholas Sylvester Pengerusi JK Dakwah IKRAM

Friday, September 14, 2012

Kenapa nabi suruh baca surah al-kahfi


كلنا مسلمون (We All Are Muslims) ═✦════✦SECRETS OF SURAH AL-KAHF✦════✦═ Ever wondered why Prophet Muhammad(SAW) asked us to recite Surat Al-Kahf every Friday? Let’s find out today inshaAllah… This Surah has Four stories in it,having some morals,lets see them and understand what they are saying to us: 1) The People Of The Cave Its the story of young men who lived in a disbelieving town, so they decided to migrate for the sake of Allah and run away. -Allah rewards them with mercy in the cave and protection from the sun - They woke up and found the entire village believers. MORAL:TRIAL OF FAITH. 2) The Owner Of Two Gardens A story of a man whom Allah blessed with two beautiful gardens, but the man forgot to thank the One who blessed him with everything and he even dared to doubt Allah regarding the afterlife.So His garden was destroyed - He regretted ,but was too late and his regret did not benefit him . MORAL:TRIAL OF WEALTH. 3) Musa(AS) and Khidr(AS) When Musa(AS) was asked-“Who’s the most knowledgeable of the people of earth?”” Musa(AS) said:Me…,but Allah revealed to him that there’s someone who Knows more than him.Musa(AS) traveled to the man and learnt how the Divine Wisdom can sometimes be hidden in matters which we perceive as bad. MORAL:TRIAL OF KNOWLEDGE. 4) Dhul-Qarnayn Its a story of the great King that was given knowledge and power and was going around the world,helping people and spreading all that’s good.He was able to overcome the problem of Yajooj-Majooj and build a massive dam with the help of people whom he could not even understand. MORAL:TRIAL OF POWER In the middle Allah mentions Iblees as the one who stirs these trials: Behold! We said to the angels “Bow down to Adam”: they bowed down except Iblis. He was one of the Jinns, and he broke the Command of his Lord. Will ye then take him and his progeny as protectors rather than Me? And they are enemies to you! Evil would be the exchange for the wrongdoers! Now let us see what’s the relationship between Surat Al-Kahf and the Dajjal (Anti-Christ)? Dajjal will appear before Day of Judgement with the 4 trials: ***He’ll ask people to worship him and not Allah: Trial of Faith . ***He’ll be given powers to start/stop rain and tempt people with his wealth: Trial of with his wealth. . ***He’ll trial people with the “knowledge” and news he gives them: Trial of Knowledge . He’ll control huge parts of the Earth. Trial of Power . How to survive these trials? The answers are in Surat Al-Kahf ●Survival Kit 1: Good companionship● “And keep thy soul content with those who call on their Lord morning and evening, seeking His Face; and let not thine eyes pass beyond them, seeking the pomp and glitter of this Life; no obey any whose heart We have permitted to neglect the remembrance of Us, one who follows his own desires, whose case has gone beyond all bounds.” (Surat Al-Kahf, verse 28) ● Survival Kit 2: Knowing the Truth of this World ● “Set forth to them the similitude of the life of this world: It is like the rain which we send down from the skies: the earth’s vegetation absorbs it, but soon it becomes dry stubble, which the winds do scatter: it is (only) Allah who prevails over all things” (Surat Al-Kahf, verse 45) ●Survival Kit 3: Humbleness ● “Moses said: “Thou wilt find me, if Allah so will, (truly) patient: nor shall I disobey thee in aught.””(Surat Al-Kahf, verse 69) ● Survival Kit 4: Sincerity ● “Say: “I am but a man like yourselves, (but) the inspiration has come to me, that your Allah is one Allah. whoever expects to meet his Lord, let him work righteousness, and, in the worship of his Lord, admit no one as partner.” (Surat Al- Kahf, verse 110) ● Survival Kit 5: Calling to Allah ● “And recite (and teach) what has been revealed to thee of the Book of thy Lord: none can change His Words, and none wilt thou find as a refuge other than Him.” (Surat Al-Kahf, verse 27) ● Survival Kit 6: Remembering the HereAfter ● “ One Day We shall remove the mountains, and thou wilt see the earth as a level stretch, and We shall gather them, all together, nor shall We leave out any one of them. And they will be marshalled before thy Lord in ranks, (with the announcement), “Now have ye come to Us (bare) as We created you first: aye, ye thought We shall not fulfil the appointment made to you to meet (Us)!”: And the Book (of Deeds) will be placed (before you); and thou wilt see the sinful in great terror because of what is (recorded) therein; they will say, “Ah! woe to us! what a Book is this! It leaves out nothing small or great,but takes account thereof !” They will find all that they did, placed before them: And not one will thy Lord treat with injustice.” (Surat Al-Kahf, verses 47-49) — with Adewunmi Abdul'Azeez Oladele, Rafeeqah Sterris, Ahmad Hamdalat Titilayo, Adewunmi Saheed and Adewunmi Bravo Abass.

Saturday, August 25, 2012

Istighfar yg paling Baik


Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Sesungguhnya istighfar yang paling baik adalah, kamu mengucapkan: 'ALLAHUMMA ANTA RABBI LAA ILAAHA ILLA ANTA KHALAQTANI WA ANA 'ABDUKA WA ANA 'ALA 'AHDIKA WA WA'DIKA MASTATHA'TU A'UUDZU BIKA MIN SYARRI MAA SHANA'TU ABUU`U LAKA BIDZANBI WA ABUU`U LAKA BINI'MATIKA 'ALAYYA FAGHFIRLI FA INNAHU LAA YAGHFIRU ADZ DZUNUUBA ILLA ANTA (Ya Allah, Engkau adalah Rabku, tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui dosaku kepada-Mu dan aku akui nikmat-Mu kepadaku, maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain-Mu) Beliau bersabda: 'Jika ia mengucapkan di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu sore, maka ia termasuk dari penghuni surga. Dan jika ia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk dari penghuni surga.'(HR.Shahih Bukhari :6306) __________________________ • MARI JADI ORANG BAIK • • JAGA IMAN - JAGA SHALAT - JAGA AKHLAQ - TUTUPLAH AURAT • • follow twitter @QURANdanSUNNAH See translation Like · · Share · 1,3288577 · about an hour ago · Options

Hadis - anybody who believes in Allah...


“Anybody who believes in Allah and the Last Day should not harm his neighbour, and anybody who believes in Allah and the Last Day should entertain his guest generously and anybody who believes in Allah and the Last Day should talk what is good or keep quiet.(i.e. abstain from all kinds of evil any dirty talk).” Sahih Al Bukhari Vol.8, Book 78, No.6018

Calmness of Heart - Mufti Ismail Menk


Maizura Pokmai Mohamad shared Mufti Ismail Menk's status update. Mufti Ismail Menk The calmness of the heart is a stage beyond mere happiness and that only comes through true worship & remembrance of the Almighty. When we learn to look at things positively it draws us closer to the Almighty. When we become closer to the Almighty we praise Him upon all conditions and remember Him. When we engage in the remembrance of the Almighty, we attain the calmness of the heart. May the Almighty grant us both happiness as well as calmness of the heart. May He guide us to look at things positively and to engage in His Praise & remembrance upon all conditions. Like · · Share · 35 minutes ago ·

Hidup sihat dan bahagia - dr. azizan osman


Maizura Pokmai Mohamad Hidup sihat Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman Ada 7 perkara yg anda boleh buat utk hidup sihat & bahagia, Insya- Allah :- 1. Minum Air Banyak 2. Exercise, mulakan dengan kempen berjalan kaki 30-60-min di dalam keluarga anda. Ajak anak-anak anda berjalan bersama samada sabtu dan ahad pagi lepas subuh atau setiap pagi/petang 3-4 kali seminggu. Benda yg paling susah adalah utk memulakan dan konsisten berdisiplin. Mari kita ubah keluarga dan keturunan kita utk hidup gaya sihat. Bukan kita takut mati, tapi kita mahu hargai "pinjaman" dan amanah Allah swt kepada kita dengan baik serta hidup sihat. 3. Tidur yg cukup (Mesti tidur antara pkl 10malam - 12 malam supaya Liver kita dapat bekerja utk Detox badan kita secara natural dengan sempurna) 4. Kurangkan makan especially Carbo (Nasi, Tepung), Gula elakkan, makanan bergaram tinggi dan stop MSG. 5. Banyakkan sangat makan sayuran 6. Dptkan khidmat nasihat pakar utk makan supplement yg betul, bukan beli daripada mrk yg promote sesuka suki melalui internet atau MLM, mungkin produk mrk bagus tp consult Doktor yg bagus dalam food and nutrition. Percayalah bahawa 11 orang drpd 10 org mempunyai sistem hormon dan nutrient tidak seimbang dalam badan. Masanya utk repair, rosaknya sejak kecil tidak tahu, maka ia boleh menghidupkan sel kanser atau melemahkan sistem imuniti 7. Solat Tahajud secara konsisten serta perbaiki solat kita. Betapa hebatnya Islam & Rasulullah saw di mana ia membawa satu amalan yg holistik dengan Lifestyle yg jika kita praktiskan dengan bagus, ia akan merubah hidup kita, jasad, akal, hati dan ruh kita akan hidup serasi berdansa bersama. :)p Ingatan ini utk diri sendiri. Pagi-pagi ahad ni, apakata gi jalan kaki jap kat luar rumah tu! - Azizan Osman Like · · Share · 6 minutes ago ·

12 Barisan di Akhirat


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut: BARISAN PERTAMA Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” BARISAN KEDUA Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” Baca lagi -> http://feryco.com/12-barisan-di-akhirat

Selepas 5 tahun perkahwinan

Prof Dr Muhaya 11 hours ago Warna sebenar pasangan akan nampak selepas 5 tahun. Seseorang yg cinta pada Allah akan cinta manusia kerana Allah. Jangan jangka mencari kebahagiaan dalam perkahwinan tetapi bawa kebahagiaan ke dalam rumah tangga- ustaz Pahrol . Dpatakan buku tentang cinta oleh ustaz pahrol 224Like · · Share Nur Sakinah Abdul Samad and 2,430 others like this.

Berkahwin dgn 3 orang

Prof Dr Muhaya 11 hours ago Bila kita berkahwin kita berkahwin dengan 3 orang. 1. 1. Dia Yang kita sangka, 2.diri dia sebenar dan 3. siapa dia jadi selepas berkahwin dgn kita. Yang ketiga ini paling penting- ustaz Pahrol . Jom mula jadikan diri kita baik dab berubah untuk sama ubah pasangan kita mulai saat ini. Hentikan sifat menyalahkan 391Like · · Share 3,443 people like this.

Siksaan meninggalkan solat

Mari muhasabah diri,mari jadikan diri kita takut pada azab Allah. Apa akan terjadi bila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita? Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat” 1. Enam siksaan semasa di dunia + Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan + Rezeki tidak diberkati + Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh + Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh + Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah + Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah Baca lagi -> http://www.islamituindah.my/azab-wanita-lelaki-yang-meninggalkan-solat-fardhu Azab Wanita & Lelaki yang Meninggalkan Solat Fardhu | Islam Itu Indah www.islamituindah.my Mari muhasabah diri,mari jadikan diri kita takut pada azab Allah. Apa akan terjadi bila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita? Sabda Like · · Share · 1,28543273 · 5 hours ago · Options

Friday, July 20, 2012

Puasa dan Nafsu

Puasa itu "menahan" nafsu dalam usaha mendidik dan melatihnya. Nafsu tidak boleh dihapus, tetapi hanya boleh diurus. Sekat kekuatannya dengan 'Shiam' pada siangnya - dengan tidak makan, minum serta menahan pancaindera daripada maksiat dan dosa. Bebankan ia dengan 'Qiam' pada malamnya - dengan solat, tadarus dan ibadah sunat. Beribadahlah sehingga diri menjadi letih untuk melakukan maksiat! Perangilahlah nafsu, musuh yang paling disukai dan dicintai oleh diri. Salam Mujahadah di permulaan Ramadan yang penuh rahmah dan barakah...

Friday, June 8, 2012

Sabar itu Doa

Options Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw “Haruslah engkau bersabar! Dan ketahuilah, bahwa sabar itu dua. Yang satu lebih utama dari yang lain: sabar pada waktu musibah itu baik. Dan yang lebih baik daripadanya lagi, ialah sabar (menahan diri) dari yang diharamkan Allah Ta’ala. Dan ketahuilah, bahwa sabar itu yang memiliki iman. Yang demikian itu, adalah bahwa takwa itu kebajikan yang utama. Dan takwa itu dengan sabar”. (Nasehat dari Sayyidina Umar bin Al Khattab r.a) *Bertaqwa adalah menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah. _____________________________ • MARI JADI ORANG BAIK • • JAGA IMAN - JAGA SHALAT - JAGA AKHLAQ - TUTUPLAH AURAT • • follow twitter @QURANdanSUNNAH •

Amalan Terbaik di Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi. Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.” http://myibrah.com/antara-amalan-amalan-terbaik-di-hari-jumaat Hari Jumaat Umpama Hari Raya

Solat taubat sblm solat hajat

Dgr dari ustaz di radio. Seeloknya solat taubat sblm solat hajat. Baik memohon bila kita dh bertaubat - moga Allah ampunkan dosa dan mudah dpt apa yg kita hajatkan

Amalan utk dipermudahkan urusan

pada hati yang mahu mendengar~ Penghayatan yang di beri oleh Uztaz Ashyraf pada Rabu lalu di Yayasan Restu, dan saya ingin berkongsi cara ini dan kita lakukan pada setiap pagi selepas sholat Subuh. Jom kita lakukan penghayatan ini hanya kerana Allah. Letak tangan kanan di dada sebelah kiri dimana Jantung kita berada dan ketika letak di sini kita dapat rasa dengupan jantung itu berdetik dan disitu juga ada segumpul daging yang di panggil HATI, mula dengan Istighfar sebanyak 3x dan mula baca Surah 94, Juz 30, Ash-Sharh, sehingga ayat ke 5/6, buka tangan yang masih di dada dan berkatalah, memohonlah, merintihlah kepada Allah SWT dengan penuh keinsafan, hembus dan lekapkan semula telapak tangan tadi ke dada dan habiskan surah tersebut, kemudian berselawatlah .... cubalah melakukan secara istiqamah pada setiap pagi...insyaallah Allah akan memberi kita kemudahan nya....wallahualam. by: Ana Razak Photos: 2 Like · · Share · 8 hours ago ·

Monday, June 4, 2012

Amalan lepas solat subuh

Lepas solatnsuboh, bagus Istighfar paling kurang 101x. Bismillahirahmannirahim 300x, Selawat 1000x ke atas. Banyak rahsianya.:)p. Dunia akhirat Insya-Allah. Saya sumpah anda, keluarga & keturunan diberikan rezeki yang berkat serta melimpah ruah! -DAO-

A business like a spouse

Motivasi utk org bisnes: "A business is like a spouse - it can only be a complete success with the right one. Dont think if you fail in one business, you will fail in all" - terri Seymour of seymourproducts.com

Home biz success story - sweetsoap

Home Business Success Storied Ellen Cagnassola of SweetSoaps.com I started my home business so that I could raise my own kids and not have to miss a first "anything" they ever accomplished. I knew I wanted to create something that no one else was doing in the world and be the best, and most creative in whatever I chose. I knew I was willing to make many sacrifices which I still make in order to pursue this dream. Originally a Career was important to me until kids came into my life. I knew darn well no one was going to pay me what I was worth working part time out of the home. So now I work very late hours and some times get little sleep in order to make it a reality but when you do what you love you have an inner peace no matter what kind of salary you make. The icing on the cake is being home and knowing that my kids feel wanted and secure. What gives my life the most meaning is being the best mother to my 2 children, a good wife, and being true to myself at the same time. I believe that I can and will remain all of the "best" things that I hold dear. If you set your priorities right you can, and do all of your wildest dreams in life and business. What activities do I most enjoy, that I'd always do even if I didn't have to? I am most fulfilled when I am able to use my creativity. There is not one single thing or profession that appeals to me. I want to try them all! Creativity has so many avenues such as writing, fine art, or just creative thinking. The potential for a creative thinker is limitless. I love what I do now but I do not see myself doing the same thing for eternity. I like to experience the unknown territory and reinvent it to suit my needs. What activities do I really hate, that I'd never do again if I didn't have to? I hate 9-5 and cubicle mentality. I hate people who complain and never stick their necks out to change what is not right. I hate it when people spend their lives not being all they can be. by: Ellen Cagnassola www.sweetsoaps.com Visit Ellen at SweetSoaps.com for unique handcrafted natural glycerin soap (private label & promotional soaps)... "Beauty and fun wrapped" Enjoy this page? Please pay it forward. Here's how... Copyright © 2001 - 2012 by HomeBizWomen.com All Rights Reserved Worldwide CLICK to Subscribe to our Free Internet Business Ideas course.

Baca 70 kali pagi dan petang utk masuk syurga

Insya Alah dan mudah2an. Sumber dari ustaz di ikikm.fm Doanye: rabbighfirli warhamni wa tub alaiya

Saturday, June 2, 2012

Waktu doa mustajab

Islam Itu Indah Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah: Baca lagi -> http://myibrah.com/waktu-waktu-doa-mustajab Waktu-Waktu Doa Mustajab myibrah.com Oleh Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu Like · · Share · 1,2377158 · 7 hours ago ·

Friday, June 1, 2012

Iman & takut

Options Islam Itu Indah WAKTU siang atau malam, di mana juga kita berada, patut ditanamkan dalam hati rasa takut kepada Allah. Dengan kata lain, sepanjang masa kita hendaklah sentiasa berasa takut kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa. Berlakunya kemungkaran dan maksiat di sekeliling kita hari ini disebabkan rasa takut akan azab dan seksaan maha pedih dari Allah tidak ada dalam hati mereka yang melakukannya dan ini menunjukkan mereka tidak takut sama sekali dengan Allah. Takut adalah sifat terpuji dan patut ada dalam hati setiap mukmin yang ingin mendapatkan takwa. Dengan adanya perasaan takut membuatkan seseorang itu menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran yang mendatangkan dosa hingga menjerumuskan ke api neraka di akhirat kelak. Bacaa lagi -> http://www.islamituindah.my/tahap-keimanan-penentu-rasa-takut-kepada-allah Tahap keimanan penentu rasa takut kepada Allah | Islam Itu Indah www.islamituindah.my WAKTU siang atau malam, di mana juga kita berada, patut ditanamkan dalam hati rasa takut kepada Allah. Dengan kata lain, sepanjang masa kita hendaklah Like · · Share · 1,1221094 · 9 hours ago ·

Thursday, May 31, 2012

Strategi niaga rasulullah

Options Irfan Khairi Rasulullah saw seorang usahawan yang akan melakukan 3 perkara ini sebelum berniaga: 1. mengkaji permintaan & penawaran sesuatu produk, 2. Membina jaringan perniagaan dengan usahawan2 lain, 3. Mengkaji budaya masyarakat tempatan. Sememangnya Rasulullah usahawan yang hebat! I LIKE! u like? ;) Like · · Share · 5861058 · 4 hours ago ·

Org bahagia membahagiakan orang

Pahrol Mohamad Juoi Tanda kita bahagia, kita mampu membahagiakan orang lain. Bahagia itu dari ketenangan, ketenangan itu hasil mengingati Allah... Justeru, orang yang akrab dengan Allah sahaja mampu membahagiakan manusia. Like · · Share · 7018171 · 2 hours ago ·

Iri hati tanda tidak bersyukur

Sungguh kita ketahui bahawa manusia hidup bermacam-macam karenah dan ragam. Kesemuanya tidak sempurna untuk melengkapi keperluan hidup masing-masing. Ada yang tidak berpuas hati terhadap kejayaan orang lain, dan ada pula yang cemburu buta terhadap kesenangan yang dilalui individu lain. Maka, wujudlah perasaan dengki dan iri hati dalam setiap diri manusia itu. Iri hati bermaksud perasaan tidak puas hati terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain. Hasad dengki pula diertikan sebagai suatu sikap tidak senang diatas kesenangan, kenikmatan atau kelebihan yang terdapat dalam diri orang lain. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 54 bermaksud, “Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?” Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Ini kerana dia tidak pernah merasa bersyukur di atas apa yang dimilikinya, sebaliknya dia mewujudkan perasaan dengki dan iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. Baca lagi -> http://www.islamituindah.my/sabar-dan-taqwa-kunci-hadapi-dengki-dan-iri-hati

Umur - ukuran singkatnya waktu

Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur 49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi. 1 tahun itu adalah waktu yang sangat singkat, tidak terasa detik demi detik, malah minggu demi minggu lalu setahun itu telah pun berlalu, tidak terasa ajal sudah di depan mata, jadi bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat? Baca lagi -> http://www.islamituindah.my/berkatilah-umur-dengan-4-perkara Berkatilah Umur Dengan 4 Perkara | Islam Itu Indah www.islamituindah.my Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini Like · · Share · 1,10239143 · 10 hours ago ·

Jika Kau Orang yang...

ON AIR! 6AM-11AM: Mentari Minda bersama Amar & Gee. ;) "Jika engkau orang kaya, senangkanlah hatimu, kerana apa yang kamu miliki, lebih disyukuri orang disekelilingmu, yang melihat kepujian dan kebanggaan yang tidak pernah mereka rasai. Jika engkau orang miskin, senangkanlah hatimu, kerana kamu bebas daripada penyakit hati, oleh kesombongan dan kemewahan yang biasa dirasai oleh orang kaya. Jika engkau orang sederhana, senangkanlah hatimu, kerana kamu mungkin lebih mensyukuri apa yang dimiliki dan lebih berusaha untuk mendapat sesuatu yang belum dimiliki, di manapun kamu berada, berusahalah mengimbangi antara kedua-duanya, nescaya hatimu lebih bahagia."

Life is no Try and Error

Life is not Try and Error, but Life is about do our best, adjust, readjust, and an adjustment to be better and better.. Nobody can take away your pains and sadness, so don't let anyone take away your happiness.. Keep Smiling, Keep Shining..Let's be Superb and Special ~SAS

Friday, May 25, 2012

Buku my senior - abg bob

Wall Photos DULU-dulu :: Buku E-Book Pertama saya Promosi e-book "Tranfomasi Idea Menjadi Realiti" dengan harga serendah RM 19.80. Sertakan Nama, alamat email dan bukti pembayaran kepada mybaha76@yahoo.co.uk Bayaran : D IMPIAN INN :: Maybank :: 501589003549 kalau rajin tolong iklankan..terima kasih "antara yang menarik cerita saya mendapat RM30 ribu sehari dengan hanya ......" by: Baharuddin Mohamed

Penangguh bayar hutang adalah zalim

Options SweetMuslimah.com shared Zaharuddin.net's status update. Zaharuddin.net Menangguh membayar hutang yang sudah dituntut sedangkan duit telah ada, adalah satu penyakit orang GAGAL. Jika ada yang mendakwa 'BERJAYA' dalam kerjaya mereka tetapi hutang dituntut tidak dibayar, dia sebenarnya seorang yang menuju kegagalan, kerana namanya akan dijaja oleh yang menjadi mangsa, sehingga rosaklah dia. Individu sebegini juga Nabi sifatkan sebagai ZALIM di dalam hadisnya "si penangguh membayar hutang adalah zalim". Like · · Share · 12 · 4 hours ago ·

Didik anak dgn "apa kamu ber" bukannya "apa kamu dapat"

Options SweetMuslimah.com shared Islamic Parenting Network's status update. Islamic Parenting Network Kata Prof Muhaya, Ibubapa hari ini terperangkap dgn ayat2 spt "anak awak DAPAT apa?" ..kita asyik fokus tentang apa yg anak kita DAPAT, tetapi jarang fokus pada apa yg anak kita BERI. Kita dan mak kita dulu selalu berpesan, kawan dgn org yg pandai2. Namun jarang yg pesan suruh anak tolong kawan yg tidak tahu.. Apa yg kita BERI itu yg kita akan DAPAT. Kalau bukan hari ini, Allah beri berkat pada hari esok.. Ayat Laskar Pelangi "Hiduplah utk memBERI sebanyak2nya, bukan utk menDAPAT sebanyak2nya". Moga kita mampu didik anak2 dan diri kita utk terus memberi seikhlasnya kerana Allah. . credit to Siti Mashitah Bte Sarif, ex IPN Alumni Like · · Share · 4 hours ago · 11 people like this.

Definisi Hukum Syarak

Wall Photos Definisi Hukum Syarak Pengertian Hukum dari Sudut Bahasa Arab ialah: "Perlaksanaan" Pengertian Hukum dari Sudut istilah ialah: "Perkara yang dituntut oleh kata-kata Syarak yang bersangkutan dengan perbuatan orang yang bertanggungjawab, samada permintaan, memberi pilihan mahupun penetapan" Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut: ~ Maksud kata-kata Syarak ialah Al-Quran dan Al-Sunnah. ~ Maksud yang bersangkutan dengan perbuatan ialah perkara yang bersangkutan dengan perbuatan mereka samada percakapan mahupun perbuatan, dari sudut mewujudkan mahupun meninggalkan. Oleh itu apa yang bersangkutan dengan iktiqad tidak termasuk sama kerana ia tidak dinamakan hukum dalam istilah ini. ~ Maksud orang yang bertanggungjawab ialah orang yang memikul tanggungjawab. Ini merangkumi budak kecil dan juga orang kurang siuman. ~ Maksud permintaan ialah perintah dan larangan baik dari sudut kemestian mahupun keutamaan. ~ Maksud memberi pilihan ialah perkara mubah (yang dibenarkan). ~ Maksud penetapan ialah sah, fasad dan seumpamanya yang terdiri daripada tanda-tanda dan sifat-sifat bagi perlaksanaan ataupun pembatalan yang telah ditetapkan oleh Syarak . SEMUA INI MEMBERI MAKSUD PEGAJARAN DAN PENGALAMAN DrSoul's Quotes & Sayings CollectionsSesiapa juga dibenarkan untuk Share apa juga Quote Bergambar - DrSoul by: DrSoul's Quotes Collection

Dua kalimah yg ringan diucap tapi berat timbangan

Islam Itu Indah FB Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Dua kalimat yang ringan untuk diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih, yaitu: سبحان الله وبحمده “Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan سبحان الله العظيم Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Agung” (Sahih Bukhari, Muslim and Tirmidhi) Like · · Share · 1,49515125 · 4 hours ago ·

Thursday, May 24, 2012

Menebus utk bertemu Nabi

Ikim.Fm “Diantara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.” [HR Muslim].

Nafkahkan dan jgn sempitkan sedekah

Asma’ r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.” - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim Huraian: - Allah melarang kita daripada bersifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta ke jalan Allah. - Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang kerana Allah SWT telah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah. Like · · Share · 148348 · 10 hours ago ·

Kelebihan berselawat - My Ibrah

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar” 1. melaksanakaan perintah Allah s.w.t 2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w. 3. mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bereti rahmat Baca lagi -> http://myibrah.com/kelebihan-berselawat-ke-atas-nabi-s-a-w

Bila dah buat semua tapi tak dapat yg diharapkan. - DOA

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman Satu renungan jawapan saya: Please, bila u rasa u dah buat semua tapi belum dapat apa yang diharapkan, bermaksud u belum buat dengan ikhlas dan fokus. Maksud ikhlas di sini ialah bila buat sesuatu dengan niat serta matlamat yang jelas serta fokus untuk apa dan siapa, serta bersedia buat lebih dari yang perlu demi nak menambah lebih nilai kepada orang lain. Kedua- banyakkan istighfar 101x setiap pagi dan selawat 1,000 kali setiap hari atau lebih (tak perlu sekali habis) utk didik hati dan minda. Ketiga- strategi+kuasa tindakan. Adakah u guna lebih dari maksima utk strategi dan kuasa tindakan anda? Man Jadda Wa Jadda, siapa yang buat dia yang dapat. Kdg2 apa yg kita buat, dah mula jadi, tapi disebabkan kita ni terlampau desperado, tak sabar, tamak, tak bersyukur, kita fokus APA YANG TAK JADI, instead of APA YANG BERHASIL. Saya percaya walau sedikit dah mula jadi, bermakna lebih mudah utk jadi dan jadi lagi! Semoga anda jadi lebih kaya dan berjaya! Silakan Like & Share jika anda faham! -DAO- Like · · Share · 53947112 · 10 hours ago ·

Wednesday, May 23, 2012

Org yg Masuk Syurga Tanpa Hisab

Prof Dr Muhaya shared their own status update. Amalan orang yang masuk syurga tanpa hisab, 1. Apabila dikasari mereka memaafkan, apabila orang memperbodohkan mereka, mereka sabar, madrasah akhlak, tv hijrah. Juga mereka sabar membuat ketaatan dan sabar menahan diri dari maksiat. Jom sama kita belajar sifat sabar dan maafkan semua orang sebelum tidur malam ini. Like · · Share · 173542 · 18 hours ago ·

Peristiwa Akhir Zaman Ikut Urutan

Islam Itu Indah Fb Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba. Baca lagi -> http://myibrah.com/peristiwa-akhir-zaman-mengikut-urutan Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan myibrah.com Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya Like · · Share · 97525110 · 4 hours ago ·

Tiga Amalan Paling Utama

Islam Itu IndahFB ISLAM mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim hingga kita dilahirkan begitu besar. Mereka bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita hingga dewasa. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau pernah bertanya Rasulullah SAW amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah.” Baca lagi -> http://www.harian-metro-online.com/memulia-menyayangi-ibu-bapa-sepanjang-masa Memulia, menyayangi ibu bapa sepanjang masa — Harian Metro Online www.harian-metro-online.com ISLAM mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim hingga kita Like · · Share · 1,51216196 · 3 hours ago ·

Harta Wanita yg paling Berharga = Suami

Islam Itu Indah FB Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang. Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal. Baca lagi -> http://myibrah.com/harta-berharga-bagi-seorang-isteri Harta Berharga Bagi Seorang Isteri myibrah.com Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di Like · · Share · 1,92488359 · 2 hours ago ·

Kekuatan Ibu...jadi jgn pandang remeh

Options Rahsia Perkahwinan JANGAN SESEKALI MEREMEHKAN IBU (WANITA). HARGAILAH MEREKA ! Tahukah Anda ? 1. Wanita mengandungkan janin/buah hatinya dalam kandungannya selama +- 9 bulan 10 hari tanpa sedikitpun waktu melepaskannya. Jika dikirakan rata-rata berat kandungannya adalah 1 kg maka selama itu wanita mengandungkan beban seberat (1kg x 30hari x 9bulan) + 10hari = 2.700 kg atau 2,7 Ton!!!. Sesudah melahirkan, wanita masih saja mendukung bayinya, sedangkan seorang suami apabila mendukung anaknya sebentar saja sudah merasa lelah, letih, dan pelbagai alasan yang lain. 2. Setiap hari seorang wanita memasak untuk dirinya dan keluarganya. Jika di dikirakan seorang wanita memasak mulai umur 17 hingga 55 (berarti 38 tahun) dan setiap hari ia memasak untuk 2 orang maka ia memasak sebanyak untuk 2 x 365 x 38 = 27.740 orang. 3. Setiap hari wanita membersihkan rumah/ tempat aktivitinya misalnya menyapu. Misal dikira setiap hari ia membersihkan ruangan/rumah berukuran 4 x 10 = 40 m2 dan ia menyapu sejak usia 15 tahun hingga 45 tahun (bererti 30 tahun) maka ia membersihkan seluas 40 x 365 x 30 = 438,000 m2. atau seluas 105 kali luasnya padang sepakbola. 4. Jika setiap hari seorang wanita mencuci pinggan mangkuk yang dikirakan mempunyai tinggi lebih kurang 20 cm dan mencuci selama 30 tahun maka tingginya mencapai 20 x 365 x 30 = 219.000 cm = 2,190 m atau hampir 5 kali tinggi menara berkembar Petronas. Belum ada bangunan di dunia yang mencapai tinggi 2,190 m. 5. Jika setiap hari seorang wanita mencuci baju dengan dikirakan panjang jemuran 5 meter setiap hari maka selama 30 tahun panjang jemuran akan mencapai = 5 x 365 x 30 = 54.750 m = 54,7 km. LUAR BIASA... Dahsyatnya kekuatan seorang ibu (wanita). Tentu saja masih banyak lagi kekuatan ibu yang tidak mampu difikirkan oleh kita. Ketika melahirkan kita pun , seorang ibu menggunakan semua dayanya untuk membuat kita muncul di dalam dunia ini, dengan kekuatan antara hidup dan mati. Pernah mendengar pepatah “Dibalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang wanita hebat di belakangnya”. Pepatah ini ternyata juga benar, seorang ibu (wanita) mempunyai kekuatan tersembunyi untuk melakukan hal itu. Ada suatu riwayat yang mengutamakan seorang ibu, menunjukkan bagaimana kedudukan ibu (wanita) dalam Islam itu mulia. --- Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu. (Shahih Muslim No.4621) MULIAKAN...! HORMATI...! & DO'AKAN SELALU IBUMU...! Unlike · · Share · 91541656 · 4 hours ago · You and 914 others like this. 652 shares

Jangan Bangga....kerana

Prof Dr Muhaya shared their own status update. Prof Dr Muhaya Renungan sblm berbuka puasa (sila kongsikan di wall anda) 1. Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT 2. Jgn bangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR 3. Jgn bangga dgn baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN 4. Jgn bangga dgn kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA 5. Jgn bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS. Sumber: Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)Hazrul Syazwan Like · · Share · 64311670 · 5 hours ago ·

Rahmat Allah 100 Bahagian

FB Ustaz Mohd Zawawi Yusoh Rasulullah saw bersabda: ”Allah menjadikan rahmat 100 bagian, 99 bagian Allah tahan dan Allah turunkan ke bumi satu bagian. Satu bagian itulah yang menyebabkan sesama mahluk saling menyayangi sampai kuda mengangkat telapak kakinya dari anaknya khawatir mengenainya.” (Muttafaqun ‘alaihi.) itulah sebabnya saidina Ali menyebut " wahai dunia jgn tipu aku.. aku tahu siapa kami, kalau nak tipu tipu lah orang kain" ya Allah kami dah byk trtipu.menipu .ampunnnnnnnkan kami..

Tuesday, May 22, 2012

Sujud syukur

Melakukan Sujud syukur ketika mendapat sesuatu yang disenangi atau terhindar dari sesuatu yang tidak disukai. al-Baghawi menyebut dalam syarah sunnah 3/316: Mafhumnya: “Sujud syukur adalah sunat ketika memperolehi sesuatu nikmat (kebaikan) yang telah lama dinantikannya, atau terhindar dari musibah yang dinantikan tersingkap.” Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 1/360: Adalah termasuk dari petunjuk baginda SAW dan para sahabat RA, melakukan sujud syukur ketika memperolehi nikmat yang menggembirakan atau terhindar dari musibah. http://myibrah.com/sebahagian-sunnah-yang-dilupakan

Doa panjang umur

Options Ustaz Zahazan Mohamed Memohon agar dipanjangkan umur dan banyak harta adalah perkara yang dibolehkan dalam Islam. Namun doa yang dipohon itu ditambahkan dengan doa keberkatan di dalamnya. Nabi SAAW pernah mendoakan Anas dengan doa sebagaimaan yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ Maksudnya: “Ya Allah, perbanyaklah harta dan anaknya, serta berkahilah apa yang engkau karuniakan padanya.” (Bukhari no. 6334 dan Muslim no. 2480) Syeikh Sa’id bin Wahf al Qohthoni hafizhohullah ada menyusun doa yang amat baik untuk diamalkan sebagai berikut: اَللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِيْ، وَوَلَدِيْ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا أعْطَيْتَنِيْ وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأَحْسِنْ عَمَلِيْ وَاغْفِرْ لِي Maksudnya: “Ya Allah perbanyaklah harta dan anakku serta berkatilah karnia yang Engkau beri. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan pada-Mu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku.” Like · · Share · 2,20169425 · 2 hours ago ·

Friday, May 11, 2012

Hadis: memohon pada hari jumaat

Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

Monday, May 7, 2012

Siti Zubaidah - kerana 4 perkara

Siti Zubaidah R.A. telah berkata " Aku mendapat keampunan kerana 4 perkara : 1- Laa Ilaaha Illallahhu Afni biha umri : Aku habiskan umurku dengan kalimah Laa Ilahaillallah. 2- Laa Ilaha Illallahhu Adkhalubiha Qabri : Aku masuk kuburku dengan kalimah Laa Ilahaillallah. 3- Laa Ilahaillallahu biha Wahdi : Aku habiskan masaku yang sunyi dengan kalimah Laa Ilahaillallah. 4- Laa Ilahaillallahu Alqi Biha Rabbi : Aku mengadap Tuhanku dengan membawa Laa Ilahaillallah

Saturday, May 5, 2012

Saiyida Ali dam Fatimah yg bersedekah walaupun sedang kesempitan

Suatu hari Saidiana Ali bin Abi Thalib r.a mendapati kedua-dua anaknya, Hassan dan Hussin sakit. Bahkan kedua-dua cucu kesayangan baginda Rasulallah saw itu mengalami sakit yang cukup lama sehingga Saidina Ali pun bernazar "Ya Allah, jika Hassan dan Hussin sembuh dari penyakit mereka, aku bernazar untuk berpuasa selama tiga hari". Maka Allah swt yang amat pengasih akan hambanya lagi Maha Penyembuh itupun mendengar doa hambanya itu seraya memperkenankan hajat Saidina Ali lalu sembuhlah keduanya dari sakit tersebut. Lalu Saidina Ali r.a bersama isterinya yg juga puteri kesayangan Rasulallah saw. Saidatina Fatimah Az-Zahra pun berpuasa bersama. Menjelang hampir tibanya saat berbuka di hari pertama berpuasa nazar itu Saidatina Fatimah telah menyediakan dua potong roti untuk mereka. Sampainya waktu berbuka ketika mereka belum sempat lagi menjamah roti tersebut untuk mengisi perut yang kosong, datanglah seorang fakir miskin yang mengetuk pintu mereka seraya meminta makanan lantaran perut sifakir belum dapat terisi dgn apa2 makanan semenjak beberapa hari. Lantas Saidina Ali dan Saidatina Fatimah r.a tanpa menghiraukan perut yang kosong menghulurkan roti yang ada untuk santapan si fakir tadi. Lantas mereka meneruskan berpuasa sehingga keesokan harinya. Di hari kedua berpuasa, mereka hanya memiliki sepotong roti untuk dimakan berdua pada waktu berbukanya nanti. Namun seperti hari sebelumnya sewaktu hampir tibanya saat berbuka, pintu rumah mereka berbunyi lagi menandakan adanya tetamu yang dtg. Apabila dijengah ternyata berdiri dihadapan rumah mereka seorang anak yatim yang terlalu lapar dan meminta diberikan sedikit makanan. Maka dengan hati yang hiba melihat keadaan anak yatim itu maka Saidina Ali memberikan sepotong roti yang mereka ada untuk berbuka kepada anak yatim tersebut. Maka tidak jugalah dapat suami isteri itu berbuka untuk kedua harinya. Lantas mereka meneruskan puasa nazar untuk hari ketiganya. Ujian memanglah selalu diberikan kepada insan terpuji seperti para Khalifah Ar-Rashidin seperti Saidina Ali dan saidatina Fatimah. Bahkan pada hari ketiga berpuasa sepotong roti untuk dimakan berdua  itu pun dengan ikhlas telah diberikan kepada seorang tawanan perang yang baru sahaja bebas namun tak mempunyai makanan. Namun Saidina Ali, Saidatina Fatimah serta Hassan dan Hussin mengerti bahawa semua itu hanyalah sekadar ujian kesabaran dari Allah keatas mereka. Lihat saja peribadi Saidina Ali dan Saidatina Fatimah yang sanggup memberikan makanan mereka kepada tawanan perang yang mana satu ketika dulu pernah menjadi musuh Islam dan mungkin dengan rakusnya pernah menjadi pembunuh kepada saudara seislam atau ahli keluarga mereka. Namun atas kuatnya iman dan keyakinan terhadap Allah swt mereka dengan ikhlas tetap membantu dengan tiada sekelumit dendam pun terbit dari hati mereka. Sumber:http://honeysha-arisha.blogspot.com/2012/03/memberi-kepada-yg-memerlukan-walau.html

Abu Bakar yg Dermawan

Selama masa hidupnya, kisah-kisah tentang kedermawanan Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. begitu banyaknya, sehingga sangat sulit untuk dikumpulkan menjadi satu. Salah satu kisah yang masyhur adalah pada waktu perang Tabuk, ketika Rasulullah saw. menghimbau untuk mengumpulkan bantuan, Abu Bakar r.a. telah mengumpulkan semua harta benda yang ada di rumahnya, lalu diberikan kepada Rasulullah saw.. Dan ketika Rasulullah saw. bertanya, “Wahai Abu Bakar, apa yang engkau tinggalkan di rumahmu?” Ia menjawab, “Allah swt. dan Rasul-Nya (yakni perbekalan yang berupa keridhaan-Nya dan Rasul-Nya) ada di rumah. Kisah ini telah disebutkan di dalam kitab Hikayatush-Shahabat secara terperinci. Saya juga telah menuliskan kisah sahabat yang lain di dalam kitab tersebut. Jika kita membacanya, kita akan mengetahui bahwa ikram, kasih sayang, dan membelanjakan harta di jalan Allah swt. merupakan bagian dari kehidupan para sahabat r.a. Jika kita bisa meniru sedikit saja, kita tidak tahu apakah yang akan dikatakan orang-orang tentang diri kita. Akan tetapi, kisah-kisah semacam itu bagi para sahabat merupakan perkara yang biasa, khususnya bagi Abu Bakar Shiddiq r.a. Adakah keterangan yang lebih jelas daripada yang difirmankan Allah swt. sendiri di dalam Al-Qur’an? “Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu. Yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah ) untuk membersihkannya. Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan Tuhannya Yang Mahatinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.” (Q.s. Al-Lail: 17-21). Ibnu Jauzi rah.a. berkata, “Para ulama sepakat bahwa ayat ini turun berkenaan dengan Abu Bakar Shiddiq r.a.. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda, “Harta seseorang tidak memberikan manfaat bagiku sebanyak harta Abu Bakar r.a.” Setelah mendengar sabda Rasulullah saw. tersebut, Abu Bakar Shiddiq r.a. menangis dan berkata, “Wahai Rasulullah, apakah diri saya dan harta saya menjadi milik selain engkau?” Sabda Nabi saw. ini banyak diriwayatkan dari beberapa sahabat dalam beberapa riwayat. Di dalam sebuah riwayat dari Sa’id bin Musayyab terdapat tambahan, “Rasulullah saw. menggunakan harta Abu Bakar r.a. seperti ketika menggunakan hartanya sendiri.” Urwah r.a. berkata, “Ketika Abu Bakar r.a. masuk Islam, ia mempunyai uang sebanyak 40.000 dirham, semuanya dibelanjakan untuk Rasulullah saw. (yakni dalam keridhaan Rasululullah saw.). Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa ketika ia masuk Islam, ia mempunyai uang sebanyak 40.000 dirham. Dan pada waktu hijrah, yang tersisa hanya 5000 dirham. Harta itu digunakan untuk memerdekakan hamba-hamba sahaya (yang disiksa karena masuk Islam) dan untuk keperluan agama. (Tarikhul-Khulafa’) Abdullah bin Zubair r.a. berkata bahwa Abu Bakar Shiddiq r.a. selalu membeli hamba sahaya yang lemah lalu memerdekakannya. Ayahnya, Abu Quhafah, berkata, “Jika kamu ingin memerdekakan hamba sahaya, merdekakanlah hamba sahaya yang kuat-kuat, karena dia akan bisa membantumu dan bisa berguna bagi kita. Abu Bakar Shiddiq r.a. menjawab, “(Saya tidak memerdekakan budak untuk diri saya), tetapi saya memerdekakannya untuk mencari keridhaan Allah swt.” (Durul-Mantsur). Di sisi Allah swt., pahala membantu orang-orang yang lemah lebih banyak daripada membantu orang-orang yang kuat. Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak seorang pun yang telah berbuat baik kepadaku dan aku belum membalas kebaikannya. Tetapi kebaikan Abu Bakar r.a. menjadi tanggung jawabku (beliau tidak bisa membalasnya). Allah swt. sendirilah Yang akan membalas kebaikannya pada hari Kiamat. Harta seseorang tidak memberikan manfaat bagiku sebanyak manfaat yang di berikan oleh harta Abu Bakar r.a.” (Tarikhul-Khulafa’) Sumber: http://namakugusti.wordpress.com/2010/07/05/kisah-para-ahli-zuhud-dan-dermawan/

Uthman yg Beli Perigi Mahal

Utsman bin Affan adalah tokoh yang luar biasa. Ia dikenal sebagai orang yang lemah lembut, pemalu, rendah hati, dan sangat Bijaksana. Utsman merupakan sahabat Nabi Muhammad saw yang pertama kali memeluk Islam. Sebab itu, ia punya hubungan yang kuat dengan Nabi. Ia dipercaya sebagai penerus Umar bin Khatab sebagai amirul mukminin . suatu hari masyarakat di Madinah kesulitan mendapat air. Masyarakat harus membeli dengan harga mahal dari sumur Roumah, milik orang Yahudi. Utsman memutuskan untuk membeli sumur itu dari orang Yahudi meski harganya mahal. Wah, setelah tawar menawar, Utsman berhasil. Penduduk pun tidak kesulitan lagi mendapatkan air.

Abdul Rahman bin Auf Jutawan Dermawan yg Menangis

Dikatakan sebagai seorang pemimpin yg mengendalikan hartanya, bukan seorang yg dikendalikan oleh hartanya. Dikatakan "seluruh penduduk Madinah berserikat abdul Rahman pada hartanya. Sepertiga dipinjamkan kepada mereka, sepertiga lagi utk membayar hutang mereka dan sepertiga lagi diberi dan dibahagikan kepada mereka". Pernah ketika dihidangkan makanan kepadanya, dia menangis kerana mengenangkan sahabat2 Nabi yg gugur syahid dan kata mereka tu lebih baik dari dirinya. Ketika suatu majlis jamuan, dia menangis kerana mengenangkan Rasulullah yg tak pernah kenyang makan roti gandum. Dia seorang yg rendah diri, duduk bersama2 pelayannya hingga tak dapat dibezakan bahawa dia adalah tuan. Dia tak berasa senang selagi hartanya tidak dihabiskan utk jalan Allah

sahabat Nabi, Talhah yg Dermawan

Thalhah Yang Dermawan Pernahkah anda melihat sungai yang airnya mengalir terus menerus mengairi dataran dan lembah ? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah. Ia adalah seorang dari kaum muslimin yang kaya raya, tapi pemurah dan dermawan. Istrinya bernama Su'da binti Auf. Pada suatu hari istrinya melihat Thalhah sedang murung dan duduk termenung sedih. Melihat keadaan suaminya, sang istri segera menanyakan penyebab kesedihannya dan Thalhah mejawab, " Uang yang ada di tanganku sekarang ini begitu banyak sehingga memusingkanku. Apa yang harus kulakukan ?" Maka istrinya berkata, "Uang yang ada ditanganmu itu bagi-bagikanlah kepada fakir-miskin." Maka dibagi-bagikannyalah seluruh uang yang ada ditangan Thalhah tanpa meninggalkan sepeserpun. Assaib bin Zaid berkata tentang Thalhah, katanya, "Aku berkawan dengan Thalhah baik dalam perjalanan maupun sewaktu bermukim. Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih dermawan dari dia terhadap kaum muslimin. Ia mendermakan uang, sandang dan pangannya." Jaabir bin Abdullah bertutur, " Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta." Oleh karena itu patutlah jika dia dijuluki "Thalhah si dermawan", "Thalhah si pengalir harta", "Thalhah kebaikan dan kebajikan".

Anak2 cermin

Prof Dr Muhaya shared Prof Dr Muhaya's status update. Ibu bapa wajib tunjuk akhlak baik pada anak anak yakni berkongsi dan mencetak keimanan dalam diri anak anak. Mereka cermin kita jika kita mengeluh ttg akhlak buruk mereka sebenarnya kita sedang kata pada diri sendiri. Jom audit. Apakah sistem nilai dan contoh yg kita beri pada anak anak kita Share

On mistakes

‎"There comes a point when you have to stop beating yourself up over mistakes that you made." The mistakes that you have made in your past, should be left in your past. Little do many of us realize but nobody is perfect. As a matter of fact, life just wouldn't be life if we were perfect. There would be no room for growth, and we would live our lives with no direction and no purpose. Victory is the sweetest when we have experienced defeat, it is sweetest when we have obstacles in our way to overcome. There is no testimony without a test, and even though you may have failed a few tests in your past, there are still many tests in your future that you will have a good opportunity to ace if you maintain a good work ethic, remain motivated, and be willing to forget about failing in the past. Many of you today must stop beating yourselves up because of the mistakes that you have made in the past, learn from them, use this wisdom for gains in your life, and let those mistakes go.

Friday, May 4, 2012

10 surah halang 10 ujian

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah. 1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. 7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-) Sumber: FB yg ada gmbar ust. Don

Monday, April 30, 2012

Dajjal

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya. Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal. Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,"Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya. Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong. Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati. "Tertulis di dahinya perkataan, 'Kaf-Fa-Ra' (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca. "Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia," jelas Fadlan. Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, "Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka." Keistimewaan Dajjal Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya : Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga. Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan. Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, "Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti ?" Rasulullah menjawab, "Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka." Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, "Kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini ? " Nabi menjawab : "Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang." Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah. Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, "Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah." Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah. Bila Dajjal Dilahirkan ? Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai Al-Masihi Ad-Dajal. Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog antara Tamim dan al-Jassasah. Al-Jassasah : Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu. Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi. Tamim : Siapakah kamu ? Dajal : Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu ? Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu. Tamim : Kami adalah orang Arab, kami sesat. Dajal : Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah ? Tamim : Ya. Dajal : sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya ? Tamim : Airnya banyak lagi. Dajal : Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani. Tamim : Banyak dan masih digunakan oleh penduduk. Dajal : Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya ? Tamim : Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya. Dajal : Betulkah itu ? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah Al-Masihi Ad-Dajal. Sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku. Tempat Persembunyian Dajjal Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya, : "Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur. Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan." - Riwayat al-Tarmizi. Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan." - Riwayat Imam Ahmad. Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal. Menerusi penyelidikan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah Cara Mengelakkan Fitnah Dajjal Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi. http://kedah2u.com.my/angker/ancaman-al-masih-dajjal.html

Friday, April 27, 2012

Beri salam, beri makan dan tahjjud supaya masuk syurga dgn selamat

Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw ‎(Sebar luaskan salam, berilah makanan bagi yang membutuhkan karena tak mampu dan SHOLAT TAHAJJUD) “Wahai sekalian manusia, sebarluaskanlah salam dan berikanlah makanan serta SHOLAT MALAMLAH [tahajjud] diwaktu manusia sedang tidur, SUPAYA KAMU MASUK SURGA DENGAN SELAMAT.”(HR Tirmidzi) “Seutama-utama shalat sesudah shalat fardhu ialah shalat sunnat di waktu malam [tahajjud]”(HR. Muslim)

dialog Antara Agama Ustaz Jamnul Azhar Mulkan UUM 2005

Dengar di IKIM fm pagi ni. ustaz kata dia jadi panel dlm dialog tu yg dihadiri oleh ahli panel Hindu Sanggam, Buddha, Kristian dan dia sendiri. ada dlm 5 ribu hadirin, majoriti bukan Islam. katanya penuh dewan hingga ke luar. Bila hujan, mereka tak berganjak. ustaz ni tak cerita byk dlm radio, tapi satu perkara saja. pastor kristian tanya kat dia "kenapa org islam mesti selawat pada nabi muhammad seolah2 dia tak selamat dan kena umatnya doakan utk dia masuk syurga". Ustaz jawab dgn memetik ayat quran bermaksud "sesungguhnya Allah dan malaikat2 berselawat ke atas nabi muhammad. Wahai org beriman selawatlah ke atas Nabi". Ustaz kata, satu selawat ke atas nabi, Allah akan selawat balik ke atas org tu sebanyak 10 kali. Maka benefit adalah kepada org yg selawat, bukan kpd nabi. Tambahan pula, selawat sebagai satu cara utk umat nabi connect dgn baginda. Ustaz pun tanya satu soalan sebagai balasan satu soalan yg pastor tanya. Sbb dlm dialog, ahli panel tak bertanya sesama mereka, yg tanya adalah pengerusi. tapi sbb pastor dh tanya ustaz satu soalan, maka ustaz pun tanya lah datu soalan kat pastor. Dia tanya "awak percaya pada second revelation tak? Pastor jawab ye, org kristian percaya Ustaz tanya kenapa? Pastor jwb "untuk melengkapkan agama kristian" Ustaz tanya "maksud awak, agama kristian skrg ni belum lengkap" Pastor jawab "tak tahu" setelah teragak2 Seorang pelajar kristian dari sabah bangun dan tanya pastor "awak tahu tak jawapan? Kalau tak tahu jgn jwb" Pastor pun terpaksa mengaku yg dia tak tahu Pelajar tu pun kata kat ustaz "now it's your turn, ustaz (to answer)" Ustaz pun jwb dgn memetik hadis nabi bahawa nabi isa akan turun di damsyik syiria dari bangunan/ masjid kubah putih, pakai baju kuning, rambut hitam...... (so detailed). Perkara pertama yg dia buat adalah hancurkan salib2, then bunuh semua babi, bunuh dajjal dan yakjuj makjuj. Tiba waktu subuh, Imam Mahdi tgh nak jadi imam dan dia nampak nabi isa dan jemput dia jadi imam. Nabi isa jawab, bila islam muncul, syariat agama yg dia bawak dah terbatal dan dia suruh imam mahdi jadi imam. Nabi isa dan imam mahdi bersama2 akan ajak org kristian masuk islam dan menentang yahudi

Hadis: 6 sifat org yg mengenal Allah

Ustaz Mohd Kazim Elias FB Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.

Thursday, April 26, 2012

Orang yg bijak

Hadis Nabi Manusia yang Sebenar-benar Bijak Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.” Huraian Hadith: Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan beramal seperti yang dituntut oleh agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang benar-benar dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong. Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat. Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup di akhirat. Wajib bagi seseorang mengelakkan diri daripada dikuasai oleh hawa nafsu yang akan membawa kepada kehancuran diri dan agama. Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/manusia-yang-sebenar-benar-bijak Like · · Share · 95212191 · 3 hours ago ·

hadis: tipu daya wanita

Jauhi Godaan Wanita Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.” Huraian Hadith: Tergoda pada wanita boleh berlaku dengan pergaulan bebas dan memandang kepada bahagian tubuh yang membangkitkan nafsu (bagi wanita asing yang bukan isteri) atau berseronok dengan isteri hingga terlupa menunaikan kewajipan agama. Kita hendaklah mengambil pengajaran daripada kisah umat-umat terdahulu, kerana apa yang berlaku kepada Bani Israil tidak mustahil berlaku kepada orang lain jika mereka melakukan sebab-sebabnya. Pengaruh dunia dan nafsu boleh menjauhkan manusia daripada bertakwa kepada Allah. Manusia telah diberi penghormatan oleh Allah di muka bumi ini dengan menjadikannya sebagai khalifah Allah. Setiap gerak-geri manusia sentiasa diperhatikan Allah. Bertaqwalah kepada Allah untuk mengelakkan diri daripada berlakunya fitnah kerana fitnah itu sering berlaku disebabkan kemewahan dunia dan disebabkan wanita. Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/jauhi-godaan-wanita

Tipu daya wanita

Jauhi Godaan Wanita Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.” Huraian Hadith: Tergoda pada wanita boleh berlaku dengan pergaulan bebas dan memandang kepada bahagian tubuh yang membangkitkan nafsu (bagi wanita asing yang bukan isteri) atau berseronok dengan isteri hingga terlupa menunaikan kewajipan agama. Kita hendaklah mengambil pengajaran daripada kisah umat-umat terdahulu, kerana apa yang berlaku kepada Bani Israil tidak mustahil berlaku kepada orang lain jika mereka melakukan sebab-sebabnya. Pengaruh dunia dan nafsu boleh menjauhkan manusia daripada bertakwa kepada Allah. Manusia telah diberi penghormatan oleh Allah di muka bumi ini dengan menjadikannya sebagai khalifah Allah. Setiap gerak-geri manusia sentiasa diperhatikan Allah. Bertaqwalah kepada Allah untuk mengelakkan diri daripada berlakunya fitnah kerana fitnah itu sering berlaku disebabkan kemewahan dunia dan disebabkan wanita. Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/jauhi-godaan-wanita

Hadis Nabi tentang mmemutuskan silaturrahim

Muhamad Noor shared Hadis Nabi's status update. Hadis Nabi Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian baginda menjawab, Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu. Huraian Hadith: Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang. Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya. Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/berbuat-baik-dan-bersabar-di-atas-perilaku-manusia-0 Like · · Share · 7 hours ago · Ahmad Yusri and 3 others like this.

Panasnya Neraka

Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Sahabat fb ustazah yg dikasihi, Jom kita gambarkan suhu panas api neraka dengan membandingkannya dengan api yang paling panas di dunia ini· Misalnya permukaan matahari memiliki kepanasan yang mencapai 6 ribu darjah celcius, manakala suhu di pusatnya pula lebih kurang 15 juta darjah celcius. Samada batu @ logam @ besi yang ditempatkan di sini akan lebur dan hancur. Manakala api neraka pula panasnya tujuh puluh kali ganda daripada ini·Bayangkan kesakitan dan penderitaan yang tidak terkira sakitnya yang akan dirasai oleh manusia yang dimasukkan ke dalam api neraka· Setiap kali hangus dan melecur kulit mereka Allah gantikan dengan kulit yang baru agar mereka terus merasai kedahsyatan azabnya.Moga kita bertambah insaf & sentiasa ingat dosa & pahala.Ya,Allah,takutnya kami akan azabMu ya,Allah.Tolonglah bimbing kami ke jalanMu&jauhkanlah kami dari azabMu ya Allah,amin. Like · · Share · 6,909274975 · 20 hours ago ·

Wanita tontonan orang

Prof Dr Muhaya FB: Kauam wanita fikir apakah kita murah atau mahal, ekslusif atau tidak. Lagi buka aurat lagil murah dan tidak ekslusif tontonan semua. Di dunia terhina di akhirat papa lagi. Jangan ikut amalan ramai orang. Kaum masuk syurga kaum yg sedikit. Jangan ikut adat ikut ibadat
Zaharuddin.net Jangan memperkecilkan ketaatan yang sedikit kerana konsistennya memberi kesan kebaikan, dan jangan meremehkan dosa yang sedikit, kerana berterusannya memberi kesan sangat buruk. Demikian nasihat Imam Ibn Qudamah

Friday, April 20, 2012

Tiga Cahay di Hari Kiamat

‎~ TIGA CAHAYA DIHARI KIAMAT ~ Dihari kiamat ada 3 cahaya yang berlainan Cahaya pertama seperti bintang-bintang Cahaya kedua seperti cahaya bulan Cahaya ketiga seperti cahaya matahari Apabila ada yang bertanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab. "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika didunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila mendengar azan" "Cahaya Yang kedua adalah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan" "Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mesjid sebelum azan lagi" TIGA MACAM ORANG BERAGAMA 1. Orang yang selamat (dari siksaan akhirat) yakni orang yang senantiasa memenuhi segala perintah dan menghindari segala larangan 2. Orang yang beruntung yakni orang yang atas kehendaknya sendiri, berbuat kebajikan yang mendekatkan orang kepada Allah dan menunaikan yang sunnah 3. Orang yang merugi, yakni orang melalaikan kewajiban yang diembankannya. Jika engkau tak mampu menjadi orang yang beruntung, maka setidaknya berupayalah menjadi orang yang selamat TIGA MACAM ORANG SEHUBUNGAN DENGAN YANG LAIN 1. Orang yang bisa menempati kedudukan para mulia dan malaikat yakni dengan mencurahkan dirinya untuk membahagiakan sesamanya 2. Orang yang menempati kedudukan binatang dan benda benda mati yakni orang yang tidak menguntungkan ataupun merugikan sesamanya 3. Orang yang menempati kedudukan kalajengking, ular dan binatang buas pemangsa, yakni orang yang tidak bisa diharapkan akan memberikan kebaikan , tetapi dikhawatirkan akan merugikan TIGA DAPAT LINDUNGAN 3 macam orang yang Allah berikan perlindungan. 1.Orang yang masuk mesjid karena Allah, ia menjadi tamu Allah hingga pulangnya kerumah. 2. Orang yang berziarah kepada saudaranya seakidah karena Allah , hingga kembali pulangnya kerumah 3. Orang yang berhaji dan umrah karena Allah , ia menjadi tamu Allah hingga kembali kepada keluarganya dirumah TIGA PERKARA YANG MENJADI PERISAI API NERAKA 1. Sedekah Rasulullah SAW bersabda : Buatlah diantara kamu dan neraka tutup pemisah walaupun cuma dengan (bersedekah )dengan separuh butir kurma 2. Berzikir Rasulullah saw bersabda, Ambillah perisai kamu sekalian ( yang bisa menjaga kamu ) dari api neraka , ucapkanlah 'Subhanallah (maha suci Allah) Walhamdulillah ( segala puji bagi Allah) Walaailaahaillah (tiada Tuhan selain Allah ) Wallaahuakbar (Allah maha besar)", Karena kalimat ini pada hari kiamat akan menjadi mukaddimat (yang berjalan di depan kamu) mu'aqqibat (yang berjalan dibelakang kamu ) dan menjadi Mujannibat (yang menjauhkan kamu dari api neraka). Kalimat ini adalah al- baaqiyat ash- shalihat (hal-hal yang baik yan masih tersisa) (HR an-nasa'i dan al- Haakim dari Abu Hurairah r.a) 3. Mempunyai anak perempuan dan mendidiknya dengan baik Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw. "Tiada seorang dari umatku yang menanggung kehidupan tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan , lalu ia berbuat baik kepada mereka kecuali mereka akan menjadi tabir (pencegah) bagi dia dari api neraka (HR al Baihaqi dari Aisyah r.a) Semoga 3 hal diatas bisa mengingatkan kita untuk lebih meningkatkan ketakwaan dan menjadi penyemangat dalam meningkatkan kualitas beribadah. Aamiin...
by: Betapa Kecilnya Kita di Hadapan Allah

Thursday, April 19, 2012

Sedekah yg Paling Besar Pahala

Abu Hurairah r.a berkata : Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab: Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah Memilikinya

waktu Doa Mustajab

Wall Photos
DOA MUSTAJAB

1.“Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi)

2.Ketika ayam berkokok. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada golongan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan".

3.Tidak terburu-buru (sabar). Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan di kabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.

4.Doa Ibu Bapa...

5.Doa ketika sujud:kerana masa itulah seorang hamba paling dekat dengan tuhanya..
Semoga apa yang dikongsikan sekit-sedikit dapat berkongsi ilmu,, sabda nabi..sampaikanlah kepadaku walaupun sepotong ayat
by: MENCARI REDHA ALLAH

Wednesday, April 18, 2012

Mati dan Bakar Kapal Sebab Dakwah.

Nabi Muhammad pernah berdakwah ke Taif tapi tak diterima penduduknya.
Malah baginda dibaling batu sejauh sepuluh kilometer berdarah2 hinggakan bertakung darahnya dalam kasut.
Baginda disuruh mendoakan bencana ke atas penduduk Taif tapi katanya biarlah, mungkin anak cucu mereka akan beriman.

sahabat2 Nabi dan anak2 sahabat2 Nabi keluar ke serata dunia untuk berdakwah. ada seorang ( tak ing apa nama) yang tak serik pegi ke Taif. nabi dah kata, jgn pergi lagi dah, kalau kau pegi naya, mati kau.
tapi dia tetap bersemangat dan pergi. Sudahnya betul mcm Nabi kata, mati dia kena bunuh.

pendakwah yg sampai ke Sepanyol ( nama lama Andalusia kot?) sampai di sana dan bakar kapal. Dia kata biar kita mati, jgn agama islam mati. masa tiba tu 1 Syawal. Kalau kita lah mana nk ingt dakwah lagi. Ingt nak raya aje.

Itulah betapa kuat dan beraninye org Islam, tak mcm kita zaman skrg, nak dakwah hujung jari pun takut. nak dakwah kat jiran2 pun takut , nak dakwah kawan2 pun takut, dakwah kat adik beradik dan sedara mara pun takut. Yg sesama Islam dah takut, yg kafir lagi la takut kan

(aku mengata diri sendiri yg penakut)

Saturday, April 14, 2012

Anak / isteri derhaka

Dgr kat IKIM.fm.

Ustaz/ ustazah cakap : barangkali anak/ isteri derhaka dgn kita sbb kita sendiri derhakakan Allah

Mari sama2 semak diri masing2

Ganjaran Seribu Kali Ganda utk Kontraktor yg Bersedekah

Kisah ni dgr kat IIKIM.fm oleh ustaz zulkifli ramli (kalau tak silap).

Hamba Allah, sorang kontraktor ni berada di kawasan org kurang berada, budak2 sekolah yg nak makan kat kantin/ kedai. So kontraktor ni ckp ke budak2 tu mkn lah apa saja, dia akan belanja.
Bil semua RM23.70. Dia pun bayar. Tak lama lepas tu dia dpt kontrak bernilaiRM23,700. Kagum lah dia dgn rezeki Allah yg kebetual angka sama dgn yg sedekah utk budak2 sekolah dulu tu.

Suatu hari surau/ masjid kawasan rumah dia mintak sumbangan RM19,000 diperlukan segera utk upgrade/ renovation. Dia adslah simpanan utk luar jangka utk bisnes dia. Last2 dia pun bg jgk la RM19,000 tu. tak lama kemudian, dia dpt kontrak bernilai RM19juta. Menangis lah dia krn terharu dgn rezeki Allah berkat dia bersedekah.

ustaz kata kalau kita suka memberi, malaikat akan mintak / doa utk Allah bagi ganti semula.
Byk org yg murah rezeki sbb suka bersedekah. aku kenal sorang yg mcm tu, laki bini suka sedekah, derma dan belanja kawan2 mmg hidup dia prosperous. Sanggup cari org susah melalu email yg dia dpt dan berikan sedekah.

Tuesday, April 10, 2012

Tidak patut minta tapi....

Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Assalamualaikum.Salam syg buat semua shbt fb ustzh.Jom hayati kata2ku ini sbg pedoman.
Tidak patut seorang yg berdoa meminta hidayah tetapi berat hati utk menghadiri majlis ilmu.Tidak patut seorang yg memohon utk mendapat rezeki yg halal tetapi malas berusaha & malas bekerja.Tidak patut seorang yg memohon kesihatan yg baik. tetapi tetapi tidak menjaga makanan yg halal.Jadi berdoalah..nescaya kita tidak akan bersendirian dlm menghadapi apa jua masalah & kebuntuan kerana ada yg sentiasa mendengarnya..namun berdoalah selaras dgn usaha yg bersungguh2 tanpa berputus asa..

Keistimewaan Solat

Kupasan menarik dari Ust Uthman El-Muhammady tentang keistimewaan SOLAT:

1. Satu2nya kemuncak "Ibadat" drpd segala ibadah manusia yg difardhukan khas kpd kaum muslimin sahaja melalui israk mikraj RasuluLlah saw penganugerah terhormat secara langsung dari Pencipta sekalian alam.

2. Satu2nya ibadat yg mana manusia berinteraksi 'live' dgn Allah Ta'ala dan Rasul-Nya, itu sbb hadis menyebut tentang larangan menganggu org yg sedang dlm solat sehingga dihukum bunuh yg berlalu di hadapannya, ini kerana Allah Ta'ala sediakan atmosphere suci disekitar yg sedang solat.

3. Solat adalah pintu soalan kpd segala soalan, kegagalan menjawabnya membatalkan soalan2 yg seterusnya. Ini kerana di dlm solat telah tersedia lafaz penyaksian umat kpd Pencipta semuanya terkandung di dlm satu ibadat, perjanjian, doa, puja-pujian, selawat, tasbih, tahmid, takbir, wirid, zikir, puasa, zakat, akuan kekalifahan dan yg utama sekali SYAHADAH.

Ilmu yg diperolehi ketika mengikut pengajian tasawuf kitab al-Risalat al-Imam Qusyairy, malam ini tadi.
-Lebai Pekan

Sunday, February 5, 2012

Berdosa

Dgr dlm radio ikim, kata2 oleh ust. Pahrol:

KITA BERDOSA KALAU RASA TAK BERDOSA

Aku rasa, maksudnye, kalau kita wat dosa tapi tak rasa bersalah, i.e. Terus2an bukak aurat, dari kecik sampai ke tua, cakap menyakiti hati orang, menyakiti jiran tetangga, cakap sakitkan hati mak bapak, keje ngelat, solat lengah2, ganti puasa lengah2,

Aku tak ckp pasal org lain je, aku pun byk kelemahan. Tulisan aku ni bkn nk ngajar org, tapi nak ingati diri sendiri jugak.

Thursday, January 5, 2012

Umar yg menghukum diri sendiri

Disebutlah kisah Umar yg telah meninggal dunia dan didapati oleh sahabat2 di belakang badannya ada kesan pukulan.
Bertanyalah mereka kepada isterinya (or ahli keluarga) apa pasal mcm tu.
Dijawabnya bahwa Umar setiap hari akan muhasabah dan kira berapa byk kesalahan yg dia buat dlm sehari. Maka dia akan pukul dirinya sendiri berdasarkan jumlah kesalahan yg dikiranya.

kau, ada sanggup? Yg byk org sanggup ialah tak ngaku salah walaupun terang lagi bersuluh

Umar v/S Ali r.a dan rakyat mereka

Ni dengar kat radio ikim 91.5fm

Ada sorang rakyat di zaman Ali yg byk masalah dan huru hara kata kepada Ali lebih kurang gini "kau ni Ali, zaman kau tak hebat mcm zaman Umar.

Ali jawab "zaman Umar hebat sbb rakyat dia mcm aku. zaman aku tak hebat sbb rakyat mcm kau".

Aku ada baca jgk bahawa kalau rakyat teruk, pemimpin yg zalim akan jadi pemerintah. So dlm kes ni kira sama2 salah. Kenang2kan kes2 yg huru hara kat negara Arab skrg, tgk cara pemimpin kena bunuh dan mayat tak dihormati (muammar), kalau org yg baik akhlak takkan hina mayat doa mcm tu.

So betul lah kata kata i.e hadis Nabi yg kata lebih kurang, sapa yg tak menyayangi, dia takkan disayangi. Sapa yg zalim kat rakyat, rakyat akan zalim kat dia. Sapa yg zalim kat pemerintah (termasuklah kes tipu cukai, tak bayar cukai, tak bayar zakat, langgar undang2 dan peaturan), maka pemerintah pun zalim kat rakyat jugak. Mcm kes ayam dan telur pulak.

Tukar lah pemerintah yg mcm2 mana pun tapi kalau rakyat buruk, pemerintah pun akan jadi buruk.

P/s: ni bukan ceramah politik ye. Nak tukar kerajaan, tukar lah berkali2 pun suka hati la...tapi yg pasti sbg rakyat kena jadi rakyat yg baik, okehhhh....

Sunday, January 1, 2012

Ibadah 3 bentuk

Beribadah kpd Allah berlaku Dlm 3 bentuk, ibadahnya org awam, sama keadaannya dgn seorang buruh kasar yg bkrja dgn majikan mngikut tuntutan kerja yg telah ditetapkn Dlm skop kerja,sekali sekala dia leka bila tiada pngawasan boss.Bandingan Ibadah ole manusia jenis ke dua adalah Ibadah oleh orang 'arif' iaitu dia melakukn Ibadah Lebih drp apa yg dtetapkn ole boss kerana dia faham perbuatan itu akn dilihat sebagai kelebihan utk mmbolehknnya mndpt sesuatu ganjaran.Bagi kedua2 ini perbuatan Mrk masih tidak trkeluar drp target mndptkn habuan. Peringkat yg seterusnya adalah Ibadah pedagang atau peniaga yg memang Akan terus mnguruskn perniagaannya krn minat pd kerjaya.Dia pun tidak tahu apakh pd penhasilannya slps ini, Cuma dia merasa yakin Akan Ada pulangan utk yg berdaya maju.Yang mana adalah aku? (rumusan drp teori imam al ghazali)

- sumber ust zaharuddin fb