Sunday, December 25, 2011

Missionary kristian jahat?

Banyak2 kali aku dapat email/ baca kisah2 missionary kristian dakwah kat orang Islam.
Tang guna holy water tu aku taktau lah sejauh mana kebenaran seolah2 air tu merupakan sihir.
Mari kita selidiki niat mereka ini.
Aku pun berubah pendapat bila seorang ustaz ada cakap "mereka pun berniat baik untuk dakwah orang kepada agama mereka kerana mereka sangka agama mereka agama yang benar".
See? Asalnya tujuan mereka murni kerana menurut agama mereka, sama macam orang Islam, kalau mati tak dalam agama mereka akan masuk neraka.
Jadi niat mereka berdakwah sama je macam niat orang Islam berdakwah.

Aku harap gerakan dakwah Islam akan lebih agresif macam missionary kristian ni.
Aku pernah dapat flyers yg diselit kat wiper kereta yg mengajak kepada agama kristian - bayangkan mereka "jual agama" mcm orang2 kita jual barang2, main selit2 kat wiper jugak.
Ingin aku dapat flyers macam tu, yg mengajak kepada Islam.

Dakwah tu wajib. Buat dapat pahala, tak buat berdosa...berat ni...

Kasih berbeza

Ada lah sorang kawan aku ni tak puas hati sebab katanya "mak aku lebih sayang anak yang lain daripada aku".
Hmmmm...aku pun tak reti nak komen.... tapi ikut pengamatan aku memang mungkin dan memang patut.

Logiknya macam ni lah. Kita toksah ambik contoh mak dan anak. Ambik je contoh adik beradik atau kawan2.
Kalau sorang adik kita baik dan hormat kat kita, dan yg sorang lagi suka cakap kasar dan tak reti respek dan selalu cakap benda2 yg saja2 sakitkan hati kita, agak2 yg mana satu kita lebih suka atau sayang?

Kalau kawan si A yg ramah dgn kita, suka ambik berat, berbanding yg sorang lagi bersikap acuh tak acuh dgn kita, yg mana satu kita lebih suka berkawan?

Jadi, kesimpulannya, kalau lah kita ada 2 anak, yg sorang baik hati dgn kita dan yg sorang lagi perangai macam hantu, agak2 yg mana satu kita lebih sayang? Soal perasaan ni, baik tolak tepi, perasaan kita simpan diam2. Yang utama, kita layan semua anak sama rata, sedaya upaya kita. Kalau anak yg baik dapat duit raya RM100, anak yg kurang baik pun patut diberi RM100 supaya kita tak dituduh tak adil, berat sebelah, pilih kasih dan lain2.

So pandai2 lah ambik hati ye

Cool parent or derhaka parent????

Soalan oleh seorang Cool Parent : bagaimana kita nak pantau aktiviti anak kita kat internet. Kita bagi kebebasan, kita nak kawal tpi taknak menceroboh privacy.

So being the technical person, orang yg menjawab soalan kerusi panas (Bernama Radio 24) pun kata lah ada software utk monitor bla..blaa..

Hmmmm...pelik pulak si ibu ni.
You wanna be such a cool mother...beri kebebasan, then risau2 pulak.

The guest tadi ckp, where we go on the net will leave a trail. And orang can track and can put us in danger.

Kalau aku lah, aku akan cakap to my children "you can do this, cant do that, and i will monitor your net activities"... apa risau kalau kita jadi tak cool on certain thing but utk kebaikan?

Tak kira la kita cool parents or not. Jgn nanti kat akhirat anak2 claim kita ibu bapa yg DERHAKA sbb tak ajar dan kawal diorang buat benda yg betul atau salah.

One day our kids will understand and thank us for doing what we did.

Sunday, December 11, 2011

Isteri v/s maid yg memasak

Rahsia Perkahwinan
Isteri yg memasak utk suaminya, bukannya perbuatannya itu dikira satu pahala, tetapi sebutir beras itu satu pahala, maka rugi sgtlah klu org gaji (maid) yg memasakkan utk seisi keluarga. -Lebai Kg
Like · · Share · 5602896 · 12 hours ago via Mobile ·

Tiga perkara ttg manis iman

“Tiga perkara yang seseorang akan merasakan manisnya iman : [1] ia lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lainnya, [2] ia mencintai seseorang hanya kerana Allah, [3] ia benci untuk kembali pada kekufuran sebagaimana ia benci bila dilemparkan dalam neraka.” (HR. Bukhari no. 6941 dan Muslim no. 43)

Menutup aurat is civilised, naked/ almost naked is not

“Man in the early times was almost naked, and as his intellect evolved he started wearing clothes. What I am today and what I’m wearing represents the highest level of thought and civilization that man has achieved, and is not regressive. It’s the removal of clothes again that is regressive back to ancient TIMES"

Noble Laureate from Yemen, Tawakul Karman

Sunday, December 4, 2011

Mana lebih susah - memaafkan atau mintak maaf?

Ada dgr pepatah "tak ampun dunia akhirat, " mati hidup semula pun aku tak ampun"
Kdg2 terpikir susah sgt ke nak maafkan org?
Takat silap kecik, berpunca dari salah sangka, kita ampunkan aje la, sbb mungkin kita pun silap
Setakat ni, aku rasa masih bolrh maafkan semua org yg bersalah pada aku.
Tapi yg susah nk buat adalah mintak maaf dgn sebut satu2 kesalahan yg kita buat.
Egokah aku?
Rasanya takut persahabatan jadi permusuhan sbb mmg tak ramai org boleh terima kita buat salah kat dia, terutamanya dosa kata mengata.
Hmmm...
Sbb tu la tiba musim raya org akan ckp "mintak maaf ye, kosong- kosong ye".
Aci ke mcm tu? Entah la labu
Maafkan saja la semua org.
Byk pahala tu - pesan kepada diri aku sendiri.
Dsn jgn tambah2 dosa lg dah sbb dh tau berat nak mintak maaf

Saturday, November 26, 2011

Mencari yang halal adalah wajib

Tgk2 status org kat facebook, makan kat Tony Ramas, Chili's, Hard Rock Cafe etc.
Hmmm...byk yg ala2 western n american ni, chef diorang dah la masak bk guna wine, vodka pun ada.
Ntah apa2 seasoning.

Ada kisah sorang yg kata "buat apa u tanya apa bahan guna ut masak? Ha kan daha dari boleh makan dh jadi tak boleh makan"
Ek eh cik jah ni...bukan ke cari yg halal tu wajib. Jafi mmg betul lah org tu tanya.
Bukan main ngap aje.

Jugak kisaj sorang yg mak pak biasa beli dari kedai cina. N dia pun biasa beli dari kedai cina. And i bet nanti anak cucu pun sama.

Wah wah, aku pun sedap kata org. Aku pn bukan baik dgt, tapi selagi boleh elak, aku elak.
Dulu aku suka sgt makan kat satu kedai taiwan yg ada tampal sijil halal. Lama2 baru dpt tau dari internet forum yg kedai tusijil halal dia yg dia tempek tu palsu/ meragukan.
Terus aku stop makan, walaupun kdg2 rasa teringin sgt nak try.

Cheese- byk yg diguna di restoren western/ amariiiikaa ni tak tentu halal nye, sbb nak buat tu perlu guna rennet, tak silap dari perut lembu.
So kalau lembu tak sembelih???? Ada jgk yg tak guna rennet, yg guna vegetable base. Tapi andai kata guna rennet, kan dah jadi satu isu.

Ingat ayah aku dulu, ada polis beri aku burger utk makan.
Ayah aku suruh buang je sbb dia takut tak halal.
Kan bagus semua parents, termasuk aku mcm tu.

Kalau anak dapat party pack,aku tgk mcm2 jenis makanan yg ads, byk yg mcm ragu2 je halalnye. Yg china made pun ada. Di samping tu isu kesihatan barang china pun jadi satu hal jugak.
So parents, kalau buat party ke, buat party pack ke, make sure la coklat2 tu sume ada cop halal ye. Dan brand2 yg biasa didegar dan diketahui halal.
Peringatan utk aku jgk.

Ladsng2 terfikir, byk org skrg perangai pelik2 Sbb punca dari makanan lah.
Itu yg jadi hati keras, tak boleh ditegur. Tegur sikit, nak kaki tangan, keluar parang etc.

Moga Allah jadikan kita org bertakwa dan beriman jugak berpunca dari makanan halal. Amin

Friday, November 25, 2011

Sedar tak dah syirik????

Kenapa lah masih ramai yg percaya atau pun takut dgn benda berantai ni.
Aku kalu dpt email mcm ni aku reply balik kepada sender.
Aku kata tak boleh percaya takut jadinsyirik.
Kdg2 serba salah nak reply mcm tu sbb pertama mcm la aku ni terer sgt
Kedua, hampir semua org percaya benda ni.
Takpun, yg cuba2 forward mana la tau kot jadi seperti yg diclaim oleh surat berantai tu.

Kena ingat ye, kalau kita percay a sesuatu jadi sbb kita forward atau tak forward surat tu, bermakna kita percaya surat tu ada kuasa.
Bila kita percaya begitu, kita telah menduakan Allak aka mensfirikkan Allah.
Dosa syirik ni bukan boleh main2 ye, dosa besar ni!!!

Aku ada tanya ustaz jgk pasal kite percaya pantang larang org melayu dulu2 i.e. Kalu menyanyi kat dapur, dapat laki tua, kalu makan bekas anak, anak lawan mak bapak, kalau muka anak lelaki ikut muka ayah, hubungan panas. Kalau ada tahi lalat kat kaki, akan berjalan jauh.
Semua tu kalu percaya syirik lah.
Sbb semua tu kalau jadi pun adalah kebetulan semata2.

Pada aku simple je, kalau benda tu tak dapat dibuktikan secara saintifik, klinikal maka takde asa utk percaya kebenarannya.
Alangkan makan ubat, jadi sembuh dan claim ubat tu bagus, mujarab pun boleh jadi syirik, walaupun ia terbukti secara klinikal, sbb yg berkuasa menyembuhkan adalah Allah.
Jadi nak percaya yg bukan2 yg tak terbukti tu lagi lah tak patut dan mmg sah syirik.

Ke mana dibelanjakan

Ada sedara aku ckp pasal duit dan brg2 yg dibeli, nanti kat akhirat kena soal duit yg Allah rezekikan pada kita, apa yg dibuat.
Terbayang2 soalan malaikat dan jawapan aku.

Q: duit gaji tiap2 bulan buat apa?
A: bayar hutang umah, hutang kete sekian ratus sekian ribu
Q: kenapa nk kena beli yg harga sekian2. Napa tak beli yg lagi murah. Duit yg lebih tu boleh sedekah.
Duit bonus buat apa?
A: beli baju, handbag, kasut, pegi menlancong
Q: napa tak utamakan pegi haji dari melancong? Napa tak pakai je beg, baju kasut sampai buruk, baru beli yg lain. Duit lebih tu sedekah lah

Teringat Nabi yg miskin harta sbb terlalu byk bersedekah.
Kita pulak terlalu byk simpan beli dan simpan harta, fikir utk sendiri sendiri je.
Agaknya harta aku (bkn la byk sgt pun) akan tolong aku tak kat akhirat nanti?
Belanja kawan dan sedara pun lagi byk dari sedekah kepada org miskin dan anak yatim yg lebih memerlukan. Sebab taknak dikatakan kedekut? Ish... ish..payahnye nak ikhlas.

Sbb tu jgn lah mengata org sbb kita taktau amalan dia yg lebih baik dari kita contohnya org duk kata Siti Nurhaliza pakai tudung tak betul, tapi dia byk bersedekah dgn yayasan nurjiwa dia tu. Kita? Dh la sedekah sikit, dosa mengata pulak yg byk.

Thursday, November 24, 2011

ASB/ASN berdasarkan Majlis Fatwa Negeri Selangor

Aku dengan dlm radio IKIM rancangan USt Zaharuddin.
Byk kali org tanya pasal hukum labur dlm ASB ASN.
Dia cakap Majlis fatwa negara putuskan harus hukumnya.
Tapi majlis fatwa selangor kata haram (yg ni tak diwar warkan secara terang lagi bersuluh. Takde publisiti langsung).
Maka ustaz kata, ambik lah mana2 ikut kesesuaian diri utk putuskan nak labur/ tak labur.
Aku kata, tepuk dada tanya iman.
Aku pun dh lama tutup ASB dan pindah Tabung Haji.
Bukan lah aku ni baik sgt, tapi apa yg mudah utk dibuat, aku buat.
Dh cukup lah dosa riba yg sedia ada, taknak tambah lagi.

It's not what you eat...

....ibut it's what you dont eat
Sekali je aku dengar 'pepatah' ni.
Masa tu dgr briefing pasal pemakanan.
Speaker tu cakap byk org particular tentang apa yg dimakan.
Tapi ak kisah tentang benda yg mereka tak makan.
Contoh nye ada org tak makan makanan lemak dan bersantan, bergoreng, telur konon banyak kolestrol.
Tapi mereka juga tak makan sayur dan buah dalam kuantiti sepatutnya. Ada yg langsung tak makan sayur.
Sebenarnya, kalau makan sayur dan buah yg tinggi kandungan serat, lemak dan kolestrol akan melekat pada fiber dan dinyahkan dari badan bersama najis yg mengandungi serat.
Testimoni aku, aku mmg suka makanan goreng, lemak etc.
Tapi aku suka makan sayur dan buah.
Alhamdulillah, so far Allah masih berikan kesihatan yg baik. Takde masalah berkaitan lemak, kolestrol dan jantung berdasarkan result medical checkup aku dua tahun lepas.
Doktor kata aku bleh dtg lagi after sepuluh tahun

Byk org yg masuk syurga kerana...

Dengar kat ikim.fm.
Ustaz cakap byk org yg masuk syurga adalah org yg berakhlak baik.
Teringat kisah seorang wanita ahli ibadah yg siksa kucing dan masuk neraka.
Juga kisah wanita yg dikabarkan oleh rasulullah akan masuk neraka kerana menyakiti jiran.
Juga seorang lelaki yg dikatakan rasulullah masuk syurga. Sahabat2 menyelidik dan mendapati dia bukan lah ahli ibadah seperti mereka tetapi rupanya2 dia masuk syurga kerana sifatnya yg memaafkan semua org yg bersalah padanya - yang merupakan antara akhlak yg mulia.
Moga kita tergolong antara org berakhlak mulia dan menjadi contoh baik kepada sesama muslim dan menjadi tarikan kepada bukan islam utk mendekati islam.
Amin...

Wednesday, November 23, 2011

Tidak beriman sehingga...

Hadis riwayat Bukhari dan Muslin yg lebih kurang bermaksud tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudara seislamnya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Bagi pendapat aku yg bukan bagus sangat ni, dan bukan lah kuat iman sangat:
- tak sanggup sakiti sedara seislam
- sanggup maafkan sedara seislam
- kalau tak sanggup maafkan, maknanya tak sayang sedara tu
- kalau tak sayang, maknanya tak sempurna iman la
- maka, sesiap pun yg bersalah kat kita, kita maafkan saja. Tak kesian ke org tu nanti masuk neraka sbb kesalahan dgn kita
- kalau tak sanggup maafkan dia, maknanya kita tak kasihi dia dan kita pun bukan org beriman. Silap2 kita pun sama2 masuk neraka
- ada kawan aku yg merupakan anak ustaz kata, di akhirat nanti, org yg memaafkan semua orang dan tak dapat claim pahala2 dari org yg bersalah kat dia (di akhirat nanti semua main bayar guna pahala, kan), dia akan dpt keistimewaan. Mungkin dia akan masuk syurga dgn mudah? Mudah2 an.

Kalau sayangkan sedara seislam kita, jgn kedekut utk doakan mereka.
Contonhnya, setahun sekali bila ucap happy birthday, jgn la ucap "happy birthday" togel semata2. Tambah la doa i.e. " semoga panjang umur, murah rezeki, dirahmati, bertambah amal, iman dan taqwa". Malaikat pun akan doakan kita sama bila kita doakan orang lain. Taknak ke doa yg didoakan oleh malaikat?

Doa lepas solat pun ada utk muslimin dan muslimat sekali. Jadi kalau kita doa pada Allah utk ampunkan dosa seluruh Muslimin, maka sudilah kiranya kita maafkan org yg bersalah pada kita. Lagi pun kita ni bukan bagus sgt pun, byk keburukan dan kekurangan, mungkin itu juga jafi punca org bersalah pada kita. Maka itu peluang utk baiki diri kita, jgn marah bila org komen pasal kita termasuk hakikat buruk yg kita taknak dengar. Belek2 lah kekurangan diri. Orang beriman mesti selalu selidik kelemahan diri.

Tuesday, November 22, 2011

Doa yang tak dimakbulkan

Dengar di Ikim.fm rancangan kak ti dgn adik2 (nama sebenar rancangan tak tau).

Katanya doa kita yg tak makbul di dunia akan jadi pahala di akhirat.

Mungkin berkat sabar dan redha juga atas doa yg tak kesampaian tu.

Saturday, November 5, 2011

Quran pemberi syafaat terbaik

Dapat dari emel. Dikatakan quran pemberi syafaat yg terbaik, lebih baik dari syafaat Nabi.
Disarankan jgk khatam quran dua kali setahun.
Hmmmm..payah gak tu, moga dapat la dibuat

Saturday, September 24, 2011

Pergi Haji Setiap Tahun

Dengar di radio ikim.fm
Ada pemanggil tanya ustaz pasal pergi buat haji tiap2 tahun.
Kalu kes mcm ni kes yg sanggup bayar pakej mahal sampai beratus ribu pun ada.
Ustaz kata ada seorang berpendapat (tak sure org tu taraf ustaz ke apa) daripada pegi haji byk2 kali, lebih afdal duit tu guna utk bantu umat islam yg lain. Ustaz tu kata Dr. yusor Qardawi pun meng bersetuju dgn pendapat orang tu.
Katanya kalu sorang2 dia pergi haji, manfaat untuk dia sorang. Tapi kalu dibelanjakan ke atas umat islam byk org dpt manfaat i.e pelajar islam, org islam kat negara miskin dan dilanda bencana. Tak pun beri duit kepada org lain yg belum haji lagi supaya mereka dapat kerjakan haji.

Hmmm...terfikir, kalu umrah tiap2 tahun macam mana pulak...

Thursday, September 15, 2011

Tips murah rezeki di 91.5fm pagi ni (ustzh asni)
1) doa
2) solat
3) zakat
4) sedekah dan tolong org
5) istighfar
6) memberi kepada ibu bapa

Puasa tak dapat jadi penebus dosa

Kan di akhirat nanti manusia saling salah menyalahkan utk elak diri masuk neraka.
Juga sapa2 yg bersalah kat orang lain, pahalanya akan diberi kat org tu dan bila habis pahala, dosa pulak akan diberi.

Itu juga yg ada dlm hadis Nabi tentang orang yg muflis iaitu org yg byk pahala amalan tapi diakhirat pahala habis kerana kena beri kat org lain ug berhak tuntut.

Melainkan pahala puasa, kerana puasa itu hanya untuk Allah dan org lain tak dpt tuntut.

Maka meh pakat rajin2 puasa sunat.

Ikhlas

Dengar di IKIM.fm 91.5fm.
Ada seorang imam (tak ingt nama apa), suatu hari nak mengajar ank muridnya. Mereka semua belum sampai maka beliau pun sambil tunggu, sapu2 lah sampah bersihkan kawasan masjid. Bila anak murid sampai, mereka kata, "tak payah lah buat keje2 mcm ni (sbb pangkatnya sebagai tok guru.) biar kami je yg buat".

Jawab beliau, "takpelah, biarlah, sbb aku tak tau amalan aku yg mana satu yg akan diterima. Mungkin dgn sapu sampah ni ada ikhlas dlm nya."

Lebih kurang gitu lah, ni aku guna bahasa aku ikut kefahaman aku.

Pemutus silaturrahim

Rancangan Semanis Kurma tadi dia TV9:

Tak masuk syurga orang yg putuskan silaturrahim dan doa pun tak dimakbulkan.
Ada yg putus silaturrahim kerana hal remeh temeh hingga cakap "tak maaf dunia akhirat" tapi sedar tak kita ni y mungkin tak masuk syurga.

Orang yg memaafkan org lain lebih mudah masuk syurga.
Ada seorang di zaman Nabi s.a.w. Yg dikatakan baginda akan masuk syurga, hanya kerana dia maafkan semua orang yg bersalah padanya. Dia bukan ahli ibadah macam sahabat2 Nabi yang lain.

Friday, September 9, 2011

Berkat dlm pengajian ilmu

Ingatlah, berkat itu amat perlu khususnya dlm pengajian ilmu2 Islam, dengan keberkatan, kefahaman mnjdi mudah, ingatan lambat luput, rasa mudah & bersmngt mngmalkannya, hati tenang. Tanpa adab, berkat hilang, kefahaman tidak menjelang tiba, terlalu berat utk faham, lupa menjadi sindrom biasa, fikiran serabut sentiasa, fokus menghilang, hati gersang, kebencian mula berputik.

Ust zaharuddin fb

Friday, September 2, 2011

Cantik bak bidadari sebelum mati

Baca majalah mastika.

Kisah perempuan2 yang nampak cantik luar biasa sblm mati dan mayat mereka tersenyum.

Rahsianya - menjadi org pemurah, rajin bersedekah dan dlm bersedekah lebih mengutamakan org lain i.e. Jiran2 dan kanak2 berbanding diri dan keluarga sendiri.

Juga kisah seorang yg penyayang dgn kucing, pun mati dlm senyuman.

Selalu lah amalkan memberi yang terbaik. Kalau ada hadiah nak diberi kepada org biarlah benda yg kita suka dan sayang, bukan benda yg kita dah takmau lagi. Kalau beli benda byk2 utk diri sendiri dan org lain, biar org lain pilih dulu, yg lebih tu baru kita ambik. Hidangkan kepada tetamu / beri kepada jiran2 makanan yg bagus2 yg ada dlm rumah kita, bukan benda yg kita taknak baru nak beri kat orang. Kalau makanan yg kita beli dari pagi dan sampai petang rasa tak larat nak habiskan, jgn offer kat org sbb dah masuk katergori benda yg kita taknak/ tak suka/ tak sayang.

Nabi Muhammad adakah insan yg paling pemurah yang tak dapat ditandingi. Semua harta diperhabiskan utk jalan Allah. Bukan mcm kita yg perabiskan harta utk kesenangan diri dan meningkatkan status sosial/ bertanding sesama kita (termasuk aku sendiri).

Tuesday, August 30, 2011

Teka-teki

Ni dengar kat radio Ikim 91.5fm.

Apakah benda yg mula2 Allah cipta?

Jawapannya: al-qalam

Dlm bahasa arab maknanya pen. Org tranu kite pun panggil pen qalam

Qalam yg Allah ciptakan itu adalah utk menulis takdir.

Sunday, August 28, 2011

Kata bidalan

Aspire to inspire before you expire.

(nampak sgt takde modal)

Kata bidalan

Arpire to inspire before you expire.

(nampak sgt takde modal)

Friday, August 26, 2011

Zakat pendapatan

Kiraan ikut tahun masihi kali dgn 2.5775 peratus.
2.5 peratus untuk kiraan ikut tahun islam.
Utk org berniaga, kalau tak untung pun kena byr zakat sbb stok2 yg belum dijual pun mesti dimasuk dlm pengiraan zakat.

Saturday, August 13, 2011

Bulan Ramadhan

Dgr di radio ikim, 91.5fm

Bulan ramadhan =bulan al-Quran
Bulan ramadhan = bulan kemenangan

Ganjaran di bulan ramadhan dilipat ganda, terlalu byk, hinggakan malaikat taktau macamana nak catit

Friday, July 22, 2011

Selamat Menunaikan Haji -sikit tips

Sikit tips yg aku sempat dengar kat radio tadi - oleh TH Travel


- Ada dua jenis vaksin wajib - influenza dan pneumoccocal
- Buku rekod kesihatan kena bawak. Byk jemaah yg lupa bawak dan lagi sekali kena vaksinasi bila tiba kat arab saudi
- Ubat yg biasa makan kena bawak dan rekod dalam buku. Jgn bwk ubat yg takde dlm rekod i.e. jamu mak dara, nanti kena rampas. TH juga ada sediakan ubat tapi takut tak sesuai dgn pulak sbb dh biasa makan ubat yg jenis lain
- Rokok kena rampas - Mekah dan Madinah ialah bandar larangan merokok. Jangan merokok dlm bilik dan membahayakan kesihatan roommate pulak dah. Pikir org lain sama ye.
- Ada penyakit yg kerap menimpa perokok jadi TH nasihatkan bila dh konfirm dpt buat haji terus hentikan la merokok (tambahan aku - lagipun buat ape nak merokok lagi kan ada isu rokok ada kandungan babi - tak geli ke?)
- Minum byk air supya tak kena sawan dan heat stroke - sekurang2 8 gelas. Ada jemaah kata taknak minum air sbb taknak kerap gi toilet. Ada petua kawan aku ckp, boleh minum air tapi minum sikit2. Jgn minum segelas sekali harung. Break kepada beberapa kali - so kencing pun dapat kurang.
- Penting juga minum air supaya tak mudah dapat jangkitan penyakit yg biasa jadi di sana i.e. batuk, selsem dan jugak hidung berdarah kerana panas.
- Cirit birit pun biasa jadi. Kata org TH tu, jgn beli makanan yg dijual digerai2 krn tahap kebersihan tak terjamin. Even makanan yg TH bekalkan pun kene mkn tak lebih dari masa 2 jam, kalau lebih mungkin boleh kene cirit birit jugak.

Takat tu saja yg aku dgr dan ingat. Yg lain cover dlm kursus haji kot...
-

Solat malam hilangkan kemalasan dan ngantuk/ lemah lesu- satu testimoni

Dengar di Radio Nogori.fm (Negeri.fm (Negeri 9)- frequency 92.6
Bagus jgk radio ni ptg2 ada rancangan temubual ustaz yg ckp slang nogori dan slot dia pun panjang jgk, kira puas dengar lah.

Ustaz kata solat malam:
- bila jaga dan ingat Allah, terlerai satu ikatan (kemalasan) oleh syaitan
- bila ambik wudhuk terlerai lg satu ikatan
- bila solat, terlerai ikatan yg terakhir

Testimoni dari aku:
Mlm tadi dah terjaga kul 1.30 a.m. mengepam susu pstu dh takleh tido sampai kul 4 a.m. maka aku pun solat tahajud pastu tergolek2 dkt kul 5a.m. baru dpt tido.
Bgn kul 5.30a.m.
Risau gak kut tertido sambil driving, tapi ajaibnya tak rasa ngantuk sepanjang hari hingga time aku duk menaip entry ni. Dlm meeting tadi pun tak penat/ ngantuk

Maka sungguh lah berkesan solat malam ni mencergaskan badan dan minda. Insya Allah.

Saturday, July 9, 2011

Ego dan Takbur

Zaharuddin.net FB

Dtg seorg shabat kpd nabi mengadu terdpt seorg lelaki yg memakai kasut & baju yg cantik & bersih, adakah itu dilarang krn takabbur? Nabi jawab : "Sessunghnya Allah itu indah & sukakan yg indah(selagi ikut hukum); ego & takbur itu menolak kebenaran (permintaan benar serta baik) & menghina (memperlecehkan) org lain" (riywt Muslim). Sama2 jauhi sifat ini sama ada sbg parents, ketua syrkt, pemimpin & rakyat.

Saturday, June 18, 2011

Persaingan yg Islamik

"Islam memang menggalakkan persaingan dalam melakukan amal dan kebajikan. Rasa cemburu kepada orang yg lebih alim, warak, kuat beribadah dan berdakwah serta suka berjihad berbanding kita. Disebabkan kelebihan seperti itu, kita ingin menjadi seperti mereka.
- Haji Zainuddin Ali - Solusi Isu 32, Halaman 24

Jadi, jgn la tertipu dan cemburu akan org yg pangkat lebih tinggi, lebih kaya, rumah kereta lebih besar berbanding kita. Sungguh rugi jika kita sibuk kejar dunia dan cemburu berkaitan hal ehwal dunia.

Hadis Qudsi - Zikir

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah brsabda yg bermaksud:
"Sesungguhnya Allah berfirman:"Aku bersama hambaKu selagi mana ia mengingatiKu dan kedua2 bibirnya bergerak (untuk berzikir)"".

Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah

Friday, June 10, 2011

3 Perkara yg Cepat Ditarik

3 Perkara yg Cepat Ditarik
Dgr kat Radio Ikim smlm, soal jawab dgn Dr. Zulkifli, pasal faraid.
Katanya (tak sure petikan dari mana, quran/ hadith/ kitab), 3 perkara yg cepat diangkat (hilang) ialah:

1. Ilmu faraid
2. Khusyuk solat
3. Amanah

Tuesday, June 7, 2011

Kaabah

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?"
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."

- Sumber: Taktau. Dari email yg aku dapat

Friday, June 3, 2011

Seburuk2 Tempat Kembali (bagi orang yga sombong dan takbur)

Firman Allah: "Neraka adalah seburuk2 tempat kembali bagi orang2 yang sombong dan takbur" (Az-Zumar: 72)

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman: "Ketinggian dan kemegahan adalah selendang Ku, kebesaran adalah pakaian Ku, maka sesiapa yang mencabutnya dari Aku, nescaya Aku campakkan ke dalam api neraka" (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Petik dari Majalah Anis Edisi Mei 2011

Monday, May 23, 2011

Qailulah

Ustaz Zahazan Mohamed FB


Sabda Rasulullah SAW; "Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah." (Riwayat al-Tabrani)
p/s: Sebaik bangkit dari qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 min, tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus. Trylah amalan sunnah ni, insyaAllah bagus untuk kita!

Friday, May 20, 2011

Sumpah Laknat / Mubahalah - Mirza Ghulam Ahmad Qadyani

Ustaz Dr. Zulkifli di Radio Ikim petang tadi.
Tabik la ustaz ni mmg best dgr dia ckp walaupun slow je (dgn loghat tranu kite nye) tapi menarik kupasan dia. Dan soalan2 pun dpt dijawab dgn kaitkan dgn kisah2 yg lagi senang nak paham dan ingat.

Sumpah laknat tak ramai orang berani buat walaupun berada di pihak benar. Apatah lagi kalau org warak lagi la takmau buat sumpah laknat2 ni.

Ada seorang yg bernama Mirza Ghulam Ahmad Qadyani yg mengaku Nabi dan bawak fahaman Qadyani. Bila ditegur/ disanggah, dia akan ajak orang tu sumpah laknat. Orang memang takut nak sumpah laknat diri sendiri, maka makin menjadi2 nabi palsu bernama Mirza ni. Hinggalah suatu hari ada seorang alim/ ahli sufi yg sanggup sahut cabaran sumpah laknat Mirza.

Ditakdirkan Allah tak lama lepas tu Mirza sakit dan mati. Dan dibawa lah pulang (naik keldai kalu tak silap) berhari2/berminggu2. Demikian mati dia dlm kehinaan sebab permainkan sumpah.

Panjang lagi ustaz ni cakap tapi aku ambik yg pendek ni je lah.

Org yg lebih mulia beri salam

Ustaz (radio Ikim - Ustaz Jamlul kut namanya) kata - org zaman skrg, murid bg salam kat cikgu, staf bg salam kat bos

Padahal Nabi dulu, mesti dia yg berisalam.
Sahabat2 byk yg cuba cuba nak beri salam kepada Nabi tapi tak berjaya.
Hingga ada yg sembunyi balik pokok supaya Nabi tak nampak dan mereka akan bagi salam dahulu. Tapi Jibril sentiasa bgtau Nabi ada org sembunyi di sebalik pokok, sekian2, dan Nabi yg akan sempat bagi salam dulu.

Ingat lagu nasyid lebih krg gini "Jikalau engkau ingin disayangi, hendahlah engkau dulu menyayangi. Jikalau engkau ingin dihormati, hendaklan engkau dulu menghormati"
Harap aku dpt contohi Nabi yg memuliakan2 sesiapa saja termasuk kanak2.

Bernard Shaw Kata Pasal Nabi Muhammad

The Irish playwright George Bernard Shaw, though an atheist, said:
"I have always held the religion of Muhammad in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion which appears to me to possess that assimilating capacity to the changing phase of existence which can make itself appeal to every age. I have studied him - the wonderful man and in my opinion far from being an anti-Christ, he must be called the Saviour of Humanity. I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world, he would succeed in solving its problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today

Shaw also stated that "If any religion has a chance of conquering England ,nay Europe, within the next hundred years, that religion is Islam."

He said about the prophet Mohammad (PBUH) : He was by far the most remarkable man that ever set foot on this earth. He preached a religion, founded a state, built a nation, laid down a moral code, initiated numerous social and political reforms, established a powerful and dynamic society to practice and represent his teachings and completely revolutionized the worlds of human thought and behavior for all times to come

Nabi, Orang Badwi & Pokok Kurma

Dgr di Radio Ikim pagi ni. Aku cerita ikut yg aku paham/ingat.

Suatu hari orang badwi terjumpa Nabi. Dia tahu Nabi adalah Nabi (paham ke?) - sbb ada rupa Nabi (mungkin maksudnya dia tak pernah jumpa org yg mcm tu, dan meyakinkannya org itu adalah Nabi.

Dia pun kata - kalau benar lah engkau ni Nabi, mesti kau ada mukjizat (boleh buat benda2 pelik), cuba kau suruh pokok kurma ni (yg dh mati/ jadi tunggul) bercakap.
Nabi pun pergi cakap ke org badwi tu "kau pergi beritau pokok kurma tu, aku kirim salam"
Org badwi tu pun pergi ke pokok kurma sampaikan salam Nabi.
Pokok kurma tu jawab salam dan bergerak menuju ke arah Nabi dan sujud kepadanya.
Org badwi tu pun masuk Islam.

Nabi ceritakan kepada sahabatnya kejadian tu.
Saiyyidina Umar r.a. kata lebih kurang "izinkan kami sujud kepada mu"
Nabi jawab "Aku diutuskan utk hentikan penyembahan kepada makhluk" contohnya Nabi Isa yg disembah/ puja oleh org Kristian sbg anak tuhan. Nabi kata lagi "kalaupun ada makhluk yg boleh disembah, aku mahu semua isteri sembah kepada suami2 mereka".Ini aku pulak tambah "kalau suami yg baik2 la, mcm Nabi dan sahabat2 Nabi, tapi kalau suami mcm hantu? hahhahahaa

Thursday, May 19, 2011

Nikmat Besar dalam Hidup

Hadis Nabi - Ada 4 nikmat yang besar dalam hidup di dunia, iaitu:

1. isteri yang solahah
2. anak-anak yang Taat
3. Jiran yang baik
4. Rezeki di kampung sendiri.

Ambik dari keretamayat.blogspot

Istighfar & Rezeki

FB Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw

“Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.” (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Yahudi yg Tunggu Nabi Terakhir & Awan

Ni sambungan dari Ustaz Jamaluddin di Ikim.fm. Hari tu ustaz cerita pasal paderi kristian tunggu rombongan Nabi dari Mekah masuk Palestin.

Orang Yahudi pun menunggu2 kedatangan Nabi jugak. Kata Ustaz, org Yahudi gunakan air2 jampi - tgk dlm air jampi dan dpt bayangan. Oleh kerana itu, salah satu sbb Allah perintahkan awan ikut Nabi supaya terhalang org Yahudi yg menilik dari melihat Nabi. Bahanyanya kerana kalau mereka tahu Nabi itu bukan dari bangsa mereka, mereka akan bunuh - demikian yg mereka azamkan. Sbb tu lah mereka ni golongan "maghdhubi alaihim" - org yg dimurkai Allah kerana tahu kebenaran tapi berdegil tak mahu terima Nabi yg bukan dari kalangan mereka. Alangkan Nabi di kalangan mereka pun dibunuh jgk.

Ustaz cerita jugak pasal awan / asap berguna utk halang spy melihat guna satelit.
(Sbb tu la bila ujan je, Astro signal kong). Ustaz kata kalau peluru berpandu yg guna isyarat dari satelit terhalang oleh awan maka selamatlah sasaran.

Bidang ni mmg aku tak pandai - dgr yg ustaz cakap je lah.

Ustaz ni pun sambung kisah suatu zaman yg pokok dan batu akan bercakap memberitahu org Islam ada Yahudi sembunyi di sebaliknya kecuali pokok gharad - orang Israel byk tanam. Dan ustaz kata "jadi jgn la tanam pokok krismas" hmm..ada ke kat Malaysia ni pokok krismas? Dan adakah pokok itu sama dgn pokok gharad yg Yahudi Israel tanam?

Saturday, May 14, 2011

Lagi Kisah Org Warak yg Enggan Bersumpah

Dengar di Ikim.fm, tetamu Dr. Zulkifli.
Kata Ustaz/dr. ni, ada seaorang warak bernama Abu said berjiran dgn sorang wanita. Wanita ni telah tukar batu tanda kawasan tanah jadilah tanah dia makin luas dan tanah Abu said makin kecik.

Abu Said disuruh bersumpah utk nyatakan kebenaran dakwaannya. Oleh kerana kewarakannya, dia enggan bersumpah sewenangnya. Sebaliknya dia berdoa 3 perkara ut wanita tu:
1. Jadi panjang umur
2. Murah rezeki
3. Mati dlm tanahnya

Dan makbullah doa Abu said yg teraniaya oleh angkara wanita itu.
Wanita tu dh tua2 pun masih tak mati2 hinggalah suatu hari, dia terjatuh dlm perigi dlm tanahnya lalu mati. Org kampung pun buat keputusan tanam terus je dlm perigi tu.

Kebersihan Gigi dan Ketahanan Badan

Dulu2 ada baca bahawa gigi/ gusi rosak dan jadi sarang kuman dedahkan kepada bahaya penyakit2 berkenaan jantung.

Islam pun sarankan gosok gigi (sugi) setiap kali nak solat (hadis Nabi kalu tak silap)

Tadi dgr di Radio Ikim, doktor yg jd tetamu sarankan setiap org gunakan dental floss utk kebersihan gigi. Katanya kalau gigi tak bersih, badan akan lawan kuman2 gigi jadi ketahanan badan utk lawan sakit2 lain jadi kurang

Mengumpat rosakkan dunia dan akhirat

Tgk video Ustaz Kazim.

- Sabda Nabi maksudnya lebih kurang gini: sapa yg rosakkan dunia org lain (kerana umpatanny pd org tu), maka rosaklah akhirat dia (si pengumpat)"
- Org yg mengumpat muflis di akhirat.
- Juga sabda Nabi: siapa yg mengata2 dosa seseorang yg telah bertaubat nasuha nanti dia pun akan jadi mcm tu.
- Ustaz bari contoh, kalu ngata pasal pelacur, dia pun akan jd pelcur. kalau tak dirinya, anak atau cucunya
- Dosa Mengumpat adalah sama mcm dosa riba' besar
- Mengumpat merosakkan peribadi

Saturday, May 7, 2011

Kelebihan surah al-kahfi

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

copy frm http://pkasih.blogspot.com/2009/05/kelebihan-surah-al-kahfi.html

Hasan Albasri dan Zuhud

Suatu hari Hassan ajar anak muridnya pasal zuhud. Mereka faham zuhud ialah menyukai yg halal secara sederhana.
Pada hari tu Hassan pakai selendang mahal harga 4 ribu dirham = RM40 ribu.
Murid2 hairan kerana krn dia ckp pasal zuhud tapi dia sendiri pakai pakaian mahal2.
Sorang murid pun bertanya apsal Hassan pakai pakaian mahal2. Dia ckp zuhud maksudnya “tak letakkan dunia di hati”. Dia kata sapa nak ambik selendang dia ambik lah.

Ada sorang miskin dalam kelas tu. Dia mintak duit utk beli makanan krn beberapa hari dia tak mkn. Hassan pun beri selendang mahal yg dipakainya tu. Selamba je kan, tak rasa sayang pun nk bagi benda mahal tu.

Orang miskin tu pergi ke bandar utk jual selendang tu tapi takde org yg mampu beli. Duduklah dia hingga petang dan sorang hartawan terkejut tgk selendang mahal pada org miskin tu. Dia tanya dari mana dia dapat selendang mahal tu. Org miskin jwb "Hassan berikan pada aku utk aku jual dan beli makanan."

Hartawan ni pun beli selendang tu yg pernah dihadiahkannya kpd Hassan dia dan hadiahkan kembali kepada Hassan.

Esoknya terkejut anak murid Hassan sbb tgk selendang tu dh ada balik dgn Hassan
Allahu akbar. Kalu rezeki tak kemana, bak kata Hassan.

Hasan Albasri dan pencuri

Hassan ditanya apa yg buat dia sentiasa tersenyam. Dia jwb, dia yakin kalau rezeki dia takkan ke mana.

Satu hari, sorang pencuri masuk ke rumah dia utk mencuri. Rumah yg besar tapi kosong takde apa2 perabot. Yg ada cuma almari pakaian.
Pencuri tu pun bungkus2 pakaian utk dicuri. Muncul la sorang tua, dia kata dia pencuri tua, sama2 bungkus pakaian utk dicuri. Pastu dia kata “ada satu lagi almari”. Dpt la 5 bungkus pakaian. 3 bungkus pencuri muda bawak dan 2 pencuri tua bawak. Yg muda kata “ko kan dh tua, buat apa mencuri lagi” Aku tak curi dah aku cuma nak tolong ko aje. Sampai ke satu tpt pencuri mudah semnunyikan brg curi. Dia kata ko ambik la 1 sbg tolong mencuri. Si tua kata, taknak, aku tlg ko dgn ikhlas.
Si muda ni termangu2 dgn jwpn si tua. Esoknya dia pegi balik ke Bandar tu utk tau ttg berita kecurian, dan heboh dikatakan rumah ulamak besar kena curi.

Dia rasa bersalah, dah la mencuri, pegi curi umah ulamak pulak tu. Dia pun pergi ke umah tu, dia terkejut tgk pencuri tua sbg tuan umah.
Hassan tanya “ko nak curi apa lagi”
Pencuri kata dia menyesal dan bertaubat. Dia pulangkan sume baju yg dicuri
Anak2 murid Hassan terkejut tgk peristiwa tu. Mereka dh pun kumpul dana dan beli baju baru utk Hassan.

- Radio IKIM - motivasi pagi

Friday, May 6, 2011

Nabi Muhammad Ditunggu2 oleh Paderi Nasrani

Dengar di Radio IKIM. Kisah ni dah didengar byk kali tadi ada sikit details yg aku tak pernah dgr sblm ni.

---------------------------------

Nabi SAW umur 8 tahun ikut datuk ke Syam (Palestine)- rombongan besar, berpuluh2 ekor unta (orangnya tak pasti pulak berapa ramai.
Beberapa puluh ekor unta yg pergi – rombongan besar
Sampai di sana ramai paderi2 menunggu2 kedatangan rombongan dari Mekah tu.
Ada awan ikut unta Nabi.
Bila rombongan sampai, makin ramai paderi tgk bila sedar ada awan yg ikut unta nabi.
Paderi besar pun pegi kat rombongan dan tanya Abdul Mutalib datuk Nabi.
Dia tanya - Ada tak budak2 umur 8 tahun dlm rombongan,
Abdul Mutalib kata ada, iaitu cucunya.
Paderi tu mtk jumpa nabi.
Abdul Mutalib kata pergilah kat unta depan tu.

Nabi oleh kerana boring, dia pegi kat satu taman dekat2 situ. Ada satu pokok pelik, Sebatang je takde dahan dan daun besar2, semua daun dah gugur kecuali satu.
Nabi duduk kat situ, jatuh satu daun yg last jatuh dan nabi sambut dgn tangan.
Semua paderi dan org2 yg saksikan terpegun.

Paderi tanya Abdul Mutalib 3 soalan.
1 – Betul ke nabi lahir selepas ayahnya mati? Abdul Mutalib kata betul
2 – Betul ke mak dia jaga sampai umur 6 tahun dan dia mati, dan skrg datuk jaga? Abdul Mutalib jawab Betul.
3 – Paderi kata lagi "Yg ni kau mesti taktau jawapan. Betul tak belakang dia ada rambut2 halus antara 2 tulang belikat sbg tanda kenabian?" Abdul Mutalib kata aku mmg tak tau.

Paderi2 tunggu kedatangan Nabi kerana dikatakan dlm injil Matthew – ada rombongan dari Mekah akan masuk ke Palestin 630 tahun slps Nabi Isa wafat. Ustaz tu kata lg injil dulu lah, injil skrg dh byk pindaan.

Sumpah

Dengar sikit di Radio IKIM tadi.
Tak sempat dgr habis, so ini sikit info je dan ikut kefahaman ku sendiri:

- Sumpah biasa dibuat oleh orang yg didakwa
- Orang yg mendakwa kena kemukakan bukti, bukan sepatutnya bersumpah
- Sumpah dilarang selalu dibuat utk memelihara kesuciannya dari diguna sewenang2
- Bukan sesiapa2 aje boleh suruh orang bersumpah. Antara yg boleh suruh adalah org /institusi yg ada autoriti i.e. qadhi/ mahkamah. Jadi ustaz tu kata kalu ntah sapa2 suruh bersumpai, boleh abaikan je
- Org yg disuruh bersumpah boleh memilih untuk tak bersumpah

Ada kisah seorang yang warak yg menjual hamba dgn harga 800 dirham dan disuruh bersumpah oleh qadhi/mahkamah (yg ada autoriti) bahawa hamba tu tiada cacat cela. Orang alim ni memilih untuk tak bersumpah. Hamba itu dipulangkan dan dia dapat jual kepada org lain dgn harga 1500 dirham (lagi tinggi harga). Dlm kes ini ustaz kata orang warak biasanya tidak mahu bersumpah. Dia tidak offensive dan tak juga defensive, hanya berserah pada Allah.

-

Thursday, May 5, 2011

Dapat ilmu dengan 6 perkara

Imam Syafi'i berkata Saudaraku, engkau tdklah mendptkan ilmu, kecuali dgn 6 perkara, kukabarkan kepadamu rinciannya dgn jelas:
1.kecerdasan,
2.kemauan keras,
3.sungguh2,
4.bekal cukup,
5.bimbingan guru,
6.waktu yg lama.
(Diwaan Imam as-Syafi'i)

-Dari FB Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw

Kebaikan Bersujud

Dari FB Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw

Istimewahnya Bersujud dalam shalat 5 kali sehari.
<<>>Secara spiritual, kita semua tahu bahwa sujud adalah saat2 terdekat kita dengan Sang Khaliq....... Secara medis.... سُبْحَانَ اللّهُ !!! Banyak manfaatnya, Antara lain :

1. Mengalirnya darah ke otak.Aliran getah bening dipompa kebagian leher dan ketiak. Posisi jantung diatas otak menyebabkan darah yg kaya akan oksigen bisa mengalir maksimal ke otak. Karena itu lakukan sujud dgn tuma'ninah agar darah mencukupi kapasitasnya ke otak. (Dr. Fidelma, neurolog dari Amerika)

2. Apabila otak mendapatkan pasokan darah dan kaya oksigen, mk dpt memacu kerja sel2nya. Dengan kata lain, sujud yang tuma'ninah dan terus menerus dapat memacu kecerdasan.(Prof. Sholeh, risetnya telah mendpt pengakuan dari Harvard Univesity, AS)

3. Melatih kekuatan otot tertentu, termasuk otot dada, dimana terjadi kontraksi pada otot tersebut. Kebiasaan sujud mengembalikan serta mempertahankan organ2 perut pada tempatnya kembali /fiksasi.

4. Radiasi yg ditimbulkan oleh tekhnologi listrik dapat memberikan efek samping dan menbahayakan organ2 tubuh, terutama otak. Dimana kl dibiarkan akan menimbulkan penyakit kejang otot, radang tenggorokkan, mudah lelah,stress,migrain,hingga pikun diusia dini. Nah ketika sujud,kelebihan ion2 positif yg ada didlm tubuh kita akan mengalir ke bumi, krn bumi adalah tempat ion2 negatif. Maka terjadilah proses penetralisiran radiasi listrik dan magnet tsb.

Sujud yg sempurna adalh dengan menempelkan 7 anggota badan (dahi,hidung, kedua telapak tangan, kedua lutut, dan kedua kaki) ke bumi. (Dr. Muhammad Dhiyaa'uddin Hamid, dosen jurusan Biologi dan ketua department radiasi makanan pd Lembaga Penelitian Tekhnologi Radiasi). Alhamdulillah. Bersyukur kita sebagai umat Islam diberi kesempatan utk sujud lebih banyak dalam shalat kita.
by: Muhammad Al Islam

Monday, May 2, 2011

Allah sembunyikan enam perkara

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari

Hadis solat sempurna hapus dosa

"Tidaklah seseorang memasuki waktu shalat wajib kemudian ia berwudhu dengan sempurna dan shalat dengan khusyu, sambil memelihara ruku'nya(tidak tergesa2 dalam shalat), melainkan akan terhapus dosa-dosanya yang telah lalu selama tidak melakukan dosa besar, hal itu berlaku sepanjang masa".(HR. Muslim)

Saturday, April 30, 2011

Tak masuk neraka

Ustaz Mohd Kazim Elias
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis karena merasa takut kepada Allah sampai susu [yang telah diperah] bisa masuk kembali ke tempat keluarnya.” (HR. Tirmidzi [1633]).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada ha...ri ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya;
1) seorang pemimpin yang adil
2) seorang pemuda yang tumbuh dalam [ketaatan] beribadah kepada Allah ta’ala
3) seorang lelaki yang hatinya terpaut ke masjid
4) dua orang yang saling mencintai karena Allah; mereka berkumpul dan berpisah karena-Nya
5) seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan kerkedudukan dan cantik [untuk berzina] akan tetapi dia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah’
6) seorang yang bersedekah secara sembunyi-sumbunyi sampai-sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya
7) seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga kedua matanya mengalirkan air mata (menangis).”

(HR. Bukhari [629] dan Muslim [1031])

- FB Ust Kazim-

Friday, April 29, 2011

Last Minute Solat

Sangat bagus. Moga sama2 rajin solat di awal waktu
--------------------------

He remembered his grandmother' s warning about praying on time:
'My son, you shouldn't leave prayer to this late time'.
His grandmother' s age was 70 but, whenever she heard the Adhan, she got up like an arrow and performed the Solat.
He, however could never win over his ego to get up and pray.
Whatever he did, his Solat was always the last to be offered and he prayed it quickly to get it in on time.
Thinking of this, he got up and realized that there were only 15 minutes left before Salat-ul Isha'.
He quickly made Wudhu and performed Salat-ul Maghrib.
While making Tasbih, he again remembered his grandmother and was embarrassed by how he had prayed.
His grandmother prayed with such tranquillity and peace.
He began making Dua and went down to make Sajdah and stayed like that for a while.
He had been at work all day and was tired, very tired.
He awoke abruptly to the sound of noise and shouting.
He was sweating profusely. He looked around. It was very crowded.
Every direction he looked in was filled with people.
Some stood frozen looking around, some were running left and right and some were on their knees with their heads in their hands just waiting.
Pure fear and apprehension filled him as he realized where he was. His heart was about to burst.
It was the Day of Judgment.
When he was alive, he had heard many things about the questioning on the Day of Judgment, but that seemed so long ago.
Could this be something his mind made up?
No, the wait and the fear were so great that he could not have imagined this.
The interrogation was still going on.
He began moving frantically from people to people to ask if his name had been called. No one could answer him.
All of a sudden his name was called and the crowd split into two and made a passageway for him.
Two angels grabbed his arms and led him forward. He walked with unknowing eyes through the crowd. The angels brought him to the centre and left him there.
His head was bent down and his whole life was passing in front of his eyes like a movie.
He opened his eyes but saw only another world.
The people were all helping others.
He saw his father running from one lecture to the other, spending his wealth in the way of Islam.
His mother invited guests to their house and one table was being set while the other was being cleared.
He pleaded his case, 'I too was always on this path. I helped others. I spread the word of Allah. I performed my Salah. I fasted in the month of Ramadhan.'
'Whatever Allah ordered us to do, I did.'
'Whatever he ordered us not to do, I did not.'
He began to cry and think about how much he loved Allah.
He knew that whatever he had done in life would be less than what Allah deserved and his only protector was Allah He was sweating like never before and was shaking all over.
His eyes were fixed on the scale, waiting for the final decision. At last, the decision was made.
The two angels with sheets of paper in their hands, turned to the crowd.
His legs felt like they were going to collapse. He closed his eyes as they began
To read the names of those people who were to enter Jahannam.
His name was read first.
He fell on his knees and yelled that this couldn't be,
'How could I go to Jahannam? I served others all my life, I spread the word of Allah
to others.'
His eyes had become blurry and he was shaking with sweat.
The two angels took him by the arms.
As his feet dragged, they went through the crowd and advanced toward
the blazing flames of Jahannam.
He was yelling and wondered if there was any person who was going to help him.
He was yelling of all the good deeds he had done, how he had helped his father, his fasts, prayers, the Noble Qur'an that he read, he was asking if none of them would help him.
The Jahannam angels continued to drag him.
They had gotten closer to the Hellfire.
He looked back and these were his last pleas.
Had not Rasulullah [PBUH] said, 'How clean would a person be who bathes in a river five times a day, so too does the Salah performed five times cleanse someone of their sins?'
He began yelling, 'My prayers? My prayers? My prayers?'
The two angels did not stop, and they came to the edge of the abyss of Jahannam.
The flames of the fire were burning his face.
He looked back one last time, but his eyes were dry of hope and he had nothing left in him.
One of the angels pushed him in.
He found himself in the air and falling towards the flames.
He had just fallen five or six feet when a hand grabbed him by the arm and pulled him back.
He lifted his head and saw an old man with a long white beard.
He wiped some dust off himself and asked him, 'Who are you?'
The old man replied, 'I am your prayers.'
'Why are you so late?! I was almost in the Fire! You rescued me at the
last minute before I fell in.'
The old man smiled and shook his head, 'You always performed me at the
last minute, did you forget?'
At that instant, he blinked and lifted his head from Sajdah. He was in a sweat. He listened to the voices coming from outside.
He heard the Adhan for Salat-ul Isha.
He got up quickly and went to perform Wudhu.
Pass this on to your friends and family......
Maybe, you can help someone open their eyes.
And who knows?
Maybe, this is a good deed that can help you during The Day of Judgment. INSHA-ALLAH


فَإِذَا قَضَيۡتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذۡڪُرُواْ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِڪُمۡ‌ۚ فَإِذَا ٱطۡمَأۡنَنتُمۡ فَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۚ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا
"When ye have performed the act of worship, remember Allah, standing, sitting and reclining. And when ye are in safety, observe proper worship. Worship at fixed times hath been enjoined on the believers."[An-Nisa':103]

http://iluvislam.com/english/islam/ibadah/464-last-minute-solah.html

Mutiara Doa

Mutiara Doa

DOA memperolehi isteri dan anak-anak yang bertakwa

“Ya Tuhan kami, anugerahkan lah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penambat hati (kami) dan jadikanlah kami iman (ikutan) bagi orang-orang yang bertakwa”
(Surah al-Furqan ayat 74)


DOA mendapat anak yg berakhlak mulia dan menghormati ibu bapa

“Wahai Tuhanku, berilah aku kesanggupan supaya dapat mensyukuri anugerah Engkau, yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan ibubapa ku dan supaya aku dapat mengerjakan perbuatan baik yg Engkau sukai, dan perbaikilah keturunanku, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri”
(Surah al-Ahqaf ayat 15)


DOA mengekalkan kasih sayang suami / isteri / anak yang terpisah agar tertambat hati antara satu dengan lain

“Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah, supaya kamu beroleh kemenangan”
(Surah Ali Imran ayat 200)


DOA kasih sayang / pelembut hati suami / isteri / anak-anak

“Taha (Hai manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yg takut kepada Tuhannya. Wahyu yang diutuskan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas singgahsana”
(Surah Taha ayat 1 – 5)


DOA mendapat anak yang sempurna (tidak cacat)

“Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat (anak) yang baik (sempurna tidak cacat) sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu”


DOA memohon keampunan Allah

“Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya masuklah kami ke dalam golongan mereka yang rugi”
(Surah al-A’raf ayat 23)


DOA memohon rahmat dan pimpinan Allah

“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami “
(Surah al-Kahfi ayat 10)


DOA menghindari diri daripada perangai dan nafsu jahat

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perangai buruk dan kerakusan hawa nafsu”


DOA mendapat hidayah berkekalan daripada Allah :-

“Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau member kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesunggunya Engkau Maha Pengurnia (banyak memberi rezeki)”
(Surah Ali Imran ayat 8)

Sunday, April 24, 2011

Jgn bersahabat dgn 5 jenis manusia

Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Jaafar As-Saadiq r.a.brkata:
Jgn bersahabat dgn 5 jenis manusia:
1.pembohong krn engkau akan dibohonginya.
2.bodoh/jahil krn engkau takkan dpt apa2 manfaat darinya tp mudharat.
3.bakhil krn dia akan menghampakan engkau.
4.pengecut krn dia akan lari drpdmu ktk bdpn dgn sesuatu yg mnakutkan.
5.org fasiq krn dia akan mrosakkan namamu.

Saturday, April 23, 2011

Solat Pada Waktunya Amalan Paling Utama

Yang ni memang susah nak buat.
Kalu kat opis, sibuk nak siapkan keje sblm solat.
Kalu kat umah sibuk nak habiskan citer kat tv/ internet sblm nak solat.
Kalu pergi jalan2 / shopping lagi susah.

Dengar kat Radio IKIM ttg hadis lebih kurang mcm ni.
Sahabat bertanya pada Nabi s.a.w. ttg amalan paling afdal/utama.
Baginda menjawab: Solat pada waktunya
Sahabat tanya lagi: Kemudian?
Baginda jawab: Berbuat baik kepada ibu bapa
Sahabat tanya lagi: Kemudian?
Baginda jawab: Berhijad di jalan Allah

Penyusuan (Breastfeeding)

Kali ni citer pasal pengalaman breastfeeding.

Dalam Al-quran pun ada sebut:

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan" (2:233)

Anak pertama saya susu badan 6 bulan je, tu pun campur2 dari lahir dgn susu formula.
Time tu guna pam manual Avent bila gi keje.
Anak kedua ni husband belikan Madela double pump. Masa mula2 nak beli tu, rasa mcm takut membazir, takut fail lagi. Hajat memang nak fully bf baby kedua ni.
Tapi since hubby nk bayar, bior dia la...

Dh masuk sebulan lebih berpantang, baru buat stok utk keje. Mula2 musykil sbb bila pam dpt le 0.5 - 1 oz je. Tapi sikit lama2 jd bukit. Baby pun full time bf. Masa baru2 lahir ada campu dgn formula gak.

Antara tindakan yg saya buat:
- Pegi breastfeeding support group dkt kawasan rumah.
- Beli buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu-ibu Berkerjaya
- Rajin mengepam. Pakar2 nasihatkan beli pam gred hospital - brand yg byk jd pilihan: Spectra, Madela, Ameda
- Masuk kelas penyusuan. Yg saya pegi ialah oleh Farah Farhan, kaunselor laktasi di PPUM.

Saya baru tahu rupanya pam manual hanya sesuai utk pam sekali sekala. Kira utk org berkerja, paling sesuai guna pam letrik (or yg ada bateri) yg double pumping. Sbb jimatkan masa.

Esok ada event di Denai Alam Riding Club (DARC) utk buat rekod penyusuan serentak beramai2 (organised by Sarakids)

Dr. Yusuf Qardawi Berkata:

"Diceritakan pada suatu masa dahulu terdapat seorang yg menghitung dirinya semenjak ia mula baligh. Dia mendapati dosanya sebanyak 36. Dia pun beristighfar kepada Allah untuk setiap dosanya sebanyak 100,000 kali dan dia bersolat sunat untuk setiap satu dosa sebanyak seribu rakaat.

Namun kemudiannya dia berkata "Walaupun begitu aku masih tidak tenteram daripada cengkaman tuhan yang akan menghukum aku dengannya dan aku berada dalam keadaan cemas, adakah taubatku diterima atau tidak"

-Solusi-

Mampukah nak buat mcm dia ni???

Friday, April 22, 2011

Simpanan Bermanfaat dan Mencelakakan

FB Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw


Telah berkata Imaam Asy Syaafi’iy رحمه الله, “Simpanan yang paling bermanfaat adalah taqwa. Dan simpanan yang mencelakakan adalah permusuhan.”
(Dinukil dari Kitab "Bustaanul Aarifiin")

Thursday, April 21, 2011

How to Think Like Mahathir

This book gives guidelines on how the reader can develop his or her mind to achieve a stage where he or she will be able to Benchmark a famous person's way of thinking, for example, Tun Dr Mahathir's. The reader will be exposes to a better understanding of the Conscious and Unconscious Mind; Metaphysical phenomena made logical and Psychic ability made simple. NLP techniques taught in this book are; Six-Step Reframing and Congruence. Dreamsurfing completes the skills needed for the reader to master the approach in this book.

Links berkaitan buku ini:

http://abchek.blogspot.com/2010/05/010510-think-like-mahathir.html
http://1manusia.blogspot.com/2010/08/how-to-think-like-mahathir.html

Mimpi

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:"Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain."

(Muslim)

Ada terbaca pasal solat istikharah dan mimpi. Orang tanya pasal adakah org yg dilihat dlm mimpi tu jodohnya. Ustaz yg menjawabnya kata jgn bergantung sgt pada mimpi sbb syaitan boleh merupa dlmmimpi. Tambahan pula, kalau ikut hadis di atas ni, mimpi yg ketiga tu iaitu kesan dari bisikan hati, bila hati teringat seseorang, maka tak mustahil dia akan selalu dimimpikan. Macamlah saya akhir2 ni sellau mimpikan ayah, saspen jgk, sbb dia dan meninggal dunia terpikir2 adakah maksud mimpi tu saya akan mati juga? Takut memang takut tapi yg eloknya ia akan sentiasa ingatkan saya tentang kematian. Insya Allah, harap terus begitu.

Saya jugak diperkenalkan kepada buku "How to Think Like Mahathir" sebuah buku pasal NLP. ada jugak termasuk bab menafsir mimpi, tapi yg pasti lain dari yang kita biasa percaya. Contohnya kalau mimpi mati, bukanlah akan betul2 jadi kematian tapi ia bermaksud sesuatu yg positif, lebih berkenaan diri kita iaitu i.e. tenaga/semangat baru yg akan lahir dari diri kita. Ketepatannya wallahu a'lam, mungkin pendapat/ pengalaman penulis.

Tudung dan Topeng

Dgr di Ikim.fm tadi:

Tudung ibarat topeng
Tak salah pakai topeng yg baik
Tapi biarlah pemakai tu lebih baik dari topeng

Maksudnya bertudung tu baik tapi mestilah akhlak pun baik.

I likeeeee... So harap2 takde yg kata "org pakai tudung tak semestinya baik". Memang betul tapi org pakai tudung patut akhlak baik. Dosa mendedahkan pun insya Allah kurang

Tuesday, April 19, 2011

Anak2 Bukan Setakat Didengar Tapi Mesti Dipandang

Yang ni dengar kat RAdio Ikim 91.5fm.
Y bercakap tu kira pakar rumahtangga lah, byk ckp hal2 syariah/ undang2 keluarga islam.
Katanya anak2 mesti dipandang,bukan didengar saja.

Memang betul pun, cuma aku mcm tak sedar je. Kalau anak cakap dgn aku, dia tak puas dia akan kata "mak, tgk ni".
Kalau tgk tv pun, kne tjk minat dgn rancangan tv dia tu. Ini yg lemah ni sbb kita pun nak baca buku, paper, internet so tak jadi keje kne layan dia.

Tapi aku percaya kalu budak2 yg kita beri perhatian (dan dia tau kita betul2 beri perhatian atau melepaskan batukk di tangga), dia pun akan besar jadi orang yg beri perhatian pada kita.

40 Kesilapan Mendidik Anak

40 Kesilapan Mendidik Anak

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama


Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996

Kata2 Imam Al-Ghazali

Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood fb

Kata2 Imam Al-Ghazali:
Rugi sgt org yg jahil..melainkan org yg berilmu.
Rugi sgt org yg berilmu..melainkan org yg beramal.
Rugi sgt org yg beramal..melainkan org yg ikhlas.

Hadis - Harta, Makanan dan Sedekah

Seorg hamba brkata: “Hartaku! Hartaku!” Ssungguhnya yg menjadi (harta) miliknya tidak lain hanya tiga: (1) Apa yg dia makan hingga habis, (2) Apa yg dipakai hingga lusuh dan (3) Apa yg dia sedekahkan hingga kekal. Apa jua selain itu (bukanlah hartanya kerana) dia akan pergi (mati) dan meninggalkannya kepada manusia.

(Hadith riwayat muslim).

Ubat dan Kuasa Allah

Yakinlah dengan Kuasa Allah Taala. Walaupun ubat itu penawar, tidak semua pesakit akan sembuh setelah mengambil ubat! Kenapa?

Ibnu Taimiyah pernah berkata: "Pesakit boleh sembuh tanpa ubat, tapi kerap berlaku di mana pesakit tak juga sembuh setelah mengambil ubat"

Walaupun pada hukumnya (sebab-akibat) ia patut berlaku tapi Allah sengaj...a menggunakan kuasa prerogatifnya (menunjukkan kuasanya).

~ www.fb.zahidisa.com

Jihad Sepanjang Zaman

by Surau Cahaya Spk on Tuesday, 19 April 2011 at 14:05

PENDAHULUAN


Jihad berasal dari perkataan Al Juhdu bermakna Attaqah ; berjuang dengan segala kemampuan dan kekuasaan. Dan perkataan Al Jahdu dengan makna al masyaqqah ; berjuang dengan segala kepayahan dan kesusahan. Orang yang berjihad di jalan Allah akan diberi ganjaran yang besar iaitu dimasukkan ke dalam Syurga. Berjihad ialah berusaha dengan bersungguh sungguh bagi mempertahankan Agama Islam dan mengatasi penentang-penentangnya. Berjuang bagi menegakkan Kalimah Allah, memenangkan Islam dengan harta dan jiwa raga. Jihad adalah merupakan satu kewajipan dan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala.



Firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud: “Kamu diwajibkan berperang ( untuk menentang percerobohan ), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia buruk bagi kamu. Dan ( ingatlah ), Allah jualah yang mengetahui ( semua itu ), sedang kamu tidak mengetahuinya". ( Al Baqarah : 216 )



Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa kecemerlangan umat Islam di zaman lampau adalah bermula dengan semangat jihad. Jiwa mereka yang mantap dengan keimanan dan diiringi kecintaan kepada Allah dan Rasul, akhirnya mereka sanggup berjihad untuk meninggikan Kalimah Allah.





‏‏قَالَ‏ ‏أَبُو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ : أَنَّ أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ



Maksudnya: Berkata Abu Musa Al Asy'ari' :“ Seorang Badawi bertanya kepada Rasulullah SAW tentang jihad: Orang yang berjihad atau berperang kerana mahukan harta rampasan, orang yang berperang kerana mahukan supaya namanya disebut, orang yang berperang kerana menunjuk-nunjuk kepada orang, orang yang berperang kerana keberanian semata-mata, orang yang berperang kerana perkauman, atau kerana kekeluargaan atau pun kerana fanatik keturunannya atau pun berperang kerana marah, maka siapkah yang dikatakan berperang fi sabilillah ? “ Rasulullah SAW menjawab: “ Orang yang berperang kerana menegakkan Kalimah Allah Yang Maha Suci maka ia adalah Fi Sabilillah.”



Kewajipan berjihad hampir dilupai oleh sebahagian besar umat Islam, akibat daripada pendidikan Islam sebenar telah diselewengkan oleh penjajah dan anak didik mereka. Golongan ini memasukkan kefahaman mereka kedalam pemikiran umat Islam menyebabkan tenggelamnya kewajipan berjihad membela agama, menegakkan Islam dan memerangi golongan kuffar yang menceroboh dan memusnahkan kepentingan Islam dan umatnya. Mereka mendefinisikan jihad yang lebih utama di zaman ini ialah jihad ekonomi, jihad menghapuskan kemiskinan, membangunkan negara dan sebagainya. Mereka lupa bahawa pemikiran dan tindak tanduk mereka itu telah dikuasai oleh musuh Islam, iaitu roh musuh telah menyerap masuk ke dalam jasad mereka.



Menurut Abdul Hamid Siddiqqi, jihad ialah pengorbanan seluruh daya usaha pada jalan Allah , ia merangkumi keseluruhan dimensi perjuangan untuk menegakkan Kalimah Allah.



Sehubungan itu Abu al-Hasan Ali al-Nadawi menegsakan bahawa jihad ialah perjuangan untuk menegakkan keadilan di muka bumi.



Para ulama telah bersependapat bahawa jihad ialah segala pengorbanan daya usaha setiap muslim, sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan harta benda demi untuk menghapuskan kemugkaran dan segala kebatilan atau apa jua segala bentuk yang bercanggah dengan syariat Allah, ia ditentang habis-habisan.



Kesimpulannya jelas bahawa jihad ialah perjuangan dalam segala bentuk dan dalam semua aspek untuk menegakkan Kalimah Allah, lantaran itu jelaslah bahawa perjuangan kerana tanahair, bangsa, marah, harta dan pangkat adalah bukan Fi Sabilillah.



PENDAPAT ULAMA' TENTANG JIHAD



1. Sesungguhnya berjihad adalah satu fardhu ( satu kewajipan ). Ia adalah satu ujian. Allah mulakan dengan kalimah kutiba ( كُتِبَ: dituntut ke atas kamu ) berperang, ayat lain kutiba di wajibkan ke atas kamu berpuasa.



Firman Allah yang bermaksud: “ Dituntut atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu benci sesuatu, pada hal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( Al Baqarah : 216 )



2. Menurut Dr Abdullah al-Azzam berjihad adalah satu kewajipan, ia adalah salah satu dari kewajipan yang diturunkan oleh Allah dari langit yang tujuh, Kewajipan ini seperti wajibnya mendirikan solat, zakat dan puasa.



Firman Allah yang bermaksud: “ Telah diizinkan ( berperang ) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah teraniaya, Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Berkuasa menolong mereka.” ( Surah Al Hajj: 39 )



3. Al-Syahid Hasan al-Banna menegaskan dengan jihad merupakan kewajipan yang berterusan sehingga ke hari Qiamat. Termasuk maksud hadith Rasulullah SAW: “ Sesiapa yang mati tanpa berperang dan tidak mempunyai niat untuk berperang maka ia mati dalam keadaan jahiliyyah.”



4. Allah akan menjauhkan jasad mereka yang berjihad dari seksa api Neraka. Sabda Rasulullah SAW:





‏عَنْ ‏ ‏ابْنِ عَبَّاسٍ ‏ ‏قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏ ‏عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ



Maksudnya : “ dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda : Ada dua mata yang tidak akan terkena api neraka, iaitu mata yang menagis kerana takut kepada Allah, dan mata yang berjaga di dalam perang Sabilillah.”



5. Allah menyanjung tinggi martabat mujahidin dan disediakan Syurga bagi mereka.



Firman Allah yang bermaksud: (Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya. Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. ( Surah al-Taubat, ayat 88 -89 )



6. Allah amat mencintai mereka yang berjihad di dalam gerakan Islam sebagai satu sof jemaah yang tersusun rapi.



Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. ( Surah al-Saff, : 4 )



7. Mengikut Ulama’ Mazhab Syafie, jihad merupakan perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam. Sementara Ulama’ Mazhab Hanafi pula mentakrifkan jihad sebagai menyeru kepada agama yang benar ( Islam ) dan memerangi orang yang tidak menerimanya dengan harta benda dan nyawanya, berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. :





مَنْ قَاتَلَ لِتَكُوْنَ كَلِمَةَ اللهِ اْلعُلْيَا فَهُوَ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ



Maksudnya : “ Barangsiapa yang berperang demi menegakkan Kalimah Allah, maka dialah yang berada di jalan Allah “. (Riwayat Muslim)



Al Imam Hassan Al Banna pernah menegaskan :



“ Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia, bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak haloba kepada harta benda dengan cara merampas secara kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan am dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas bahu setiap orang Islam. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran “.



KEWAJIPAN BERJIHAD MENURUT PENDAPAT PARA ULAMA.



1. Ibnu al-Qayyim menegaskan bahawa umat Islam telah diizinkan oleh Allah untuk melancarkan perang dan jihad bagi mendaulatkan kalimah Allah di atas muka bumi ini, sekira ia menentang dan menghalang kerja-kerja dakwah umat Islam atau ingin menghapuskan Islam lantas menjadi kewajipan setiap umat Islam berjihad tanpa pengencualian sama sekali.



2. Jihad untuk meninggikan Kalimah Allah hukum asalnya fardu kifayah, apabila terdapat umat Islam lain melakukannya, apabila pemerintah Islam memerintahkannya maka hukumnya wajib ( fardu ain ) sama seperti wajib solat, puasa zakat dan haji.



3. Mengikut Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni, Katanya jihad hukumnya adalah fardu kifayah, lantas menjadi fardu ain, apabila:



i- Pasukan musuh dan muslim dah mula bersemuka, maka haram tentera Islam melarikan diri ke belakang wajib teruskan perjuangan.



ii- Orang kafir menyerang negara Islam, maka hukumnya wajib, (fardu ain) bagi seluruh penduduk bangkit berjihad.



iii- Arahan pemerintah berjihad , maka wajib ditaati.



4. Menurut al-Syeikh Abdul Qader Audah, sesungguhnya jihad adalah mengorbankan nyawa dan harta untuk mempertahankan Islam dan muslimin. Oleh itu jihad adalah satu kewajipan yang mana tidak boleh dipertilkaikan sama sekali.



5. Sementara pandangan al-Syekh Said Hawwa, beliau telah memperluaskan konsep

Jihad. Jihad dengan lisan ialah mengadakan syarahan, ziarah, kunjung mengunjungi, menyebarkan risalah dan buku-buku ilmiah.



Jihad dalam aspek pendidikan ialah melalui ta`lim, kursus, ulangkaji, bina

madrasah, program ilmuan. Sementara jihad dengan tangan wajib hapuskan segala kemungkaran dengan kuasa, ubah dengan tangan, memusnahkan tempat judi, arak dan pusat pelacuran. Wajib umat Islam menghapuskan kefasadan dan ahli perosak. Sekiranya umat Islam membisu maka berdosa. Lantaran itu menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam melakukan pembersihan sehingga tertegaknya kerajaan Islam.



waallahu a'lam.

Monday, April 18, 2011

Ingat 2 Perkara dan Lupakan 2 Perkara

Antara pesan Lukman al-Hakim kepada anaknya.

Ingat:
- Kebaikan orang pada kita
- Kejahatan kta pada orang

Lupa:
- Kebaikan kita pada orang
- Kejahatan orang pada kita

Salah satu ingatan juga yg berkaitan dgn pesan di atas ialah jgn berharap kebaikan kita dibalas dgn kebaikan. Sbb tu lah elok kita lupakan kebaikan kita pada orang.
Kalau kita dpt yg baik kembali bersyukur dan kalau dapat yg tak baik sabar je lah...

Sujud Sajadah/Tilawah

http://www.pinggiranusj.net/t112-sujud-sajadahSujud Sajadah/Tilawah

Tilawah ertinya bacaan, dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur (keterangan sujud syukur akan menyusul selanjutnya). Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.

Untuk mengenali ayat-ayat sajadah itu di dalam al-Qur'an, kebiasaannya pada ayat-ayat itu ada ditandakan garis atau simbol dengan tertulis perkataan sajadah.

Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah:

"Sajada wajhiya lillazii khalaqahu wasyakha sam'ahu wabasorohu bihaulihi waquwwatihi fatabaarakallahu ahsanul khaaliqiin"

Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."

Cara melakukan sujud sajadah di dalam solat ialah terus bersujud (tanpa niat, dan tanpa mengangkat tangan) sebaik sahaja selepas membaca ayat sajadah, kemudian membaca doa sujud sajadah di dalam sujud, lalu kembali berdiri dan meneruskan bacaan selanjutnya. Sekiranya bacaan surah itu telahpun tamat (ayat sajadah di pengakhir surah), apabila bangun dari sujud sajadah maka teruslah rukuk selepas berdiri sebentar .

Adalah sunat bertakbir "Allah-Akbar" sebelum turun dari qiam untuk melakukan sujud sajadah. Disunatkan juga agar bertakbir apabila naik dari sujud. Adalah tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud.

Di dalam solat berjemaah, makmum wajib mengikuti imam sama ada imam itu melakukan sujud sajadah ataupun tidak. Bercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batal. Akan tetapi, adalah sunat hukumnya bagi makmum melakukan sujud tilawah selepas selesai salam dengan syarat jarak di antara sujud dan salam itu tidak lama.

Bagi sembahyang yang dibaca dengan suara perlahan, umpamanya solat Zuhur, sujud tilawah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum.

Rukun sujud sajadah di luar solat ialah:
1. Niat - iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala"
2. Takbiratul-ihram
3. Sujud
4. Salam.

Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak.

Syarat sah sujud sajadah di luar solat adalah sama seperti syarat solat (suci dari hadas besar dan kecil, mengadap kiblat, menutup aurat, dan sebagainya), dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayat sajadah dan perbuatan sujud.

Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu), maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh, asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya.

Tidak perlu berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solat, namun berwuduk itu adalah lebih afdal.

Apabila hendak sujud sajadah di luar solat, disunatkan bertakbir "Allahu-Akbar" (selepas daripada Takbiratul-ihram) dan disunatkan juga bertakbir apabila bangun dari sujud sebelum salam.

Adalah tidak perlu untuk seseorang itu bangun untuk berdiri (qiam) apabila hendak melakukan sujud sajadah di luar solat. Namun begitu, apabila seseorang itu sedang berdiri, maka perlulah dia bertakbiratul-ihram di kala qiam, kemudian sujud, duduk, dan salam.

Nota sampingan:


Sujud Syukur
Sujud Syukur adalah perbuatan sujud ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah, atau terhindar daripada malapetaka.

Hukum sujud syukur adalah sunat, dan hanya dilakukan di luar solat. Sekiranya seseorang itu melakukan sujud syukur di dalam solat, maka batallah solatnya.

Cara sujud syukur dan syarat sujud syukur adalah sama seperti sujud sajadah di luar solat.

Di samping melaksanakan sujud syukur, disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur.

Kisah Puteri Rasulullah dan Batu Giling

http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2009/10/27/batu-pun-nak-masuk-syurga/

Pada suatu hari Rasullulah saw melawat puteri kesayangannya Fatimah Az-Zahra dirumahnya, semasa itu Syaidina Ali tiada di rumah. Ketika Baginda Nabi sampai di rumah dia melihat puteri kesayangannya itu sedang sibuk mengisar gandum dijadikan tepung untuk dibuat roti. Setelah dijemput masuk oleh puterinya, Fatimah pun mengadu dengan Rasulullah ayahanda tercinta. ” Ayahanda tolonglah beritahu kepada suamiku Ali supaya ia mencari seorang hamba untuk membantuku. kerana aku sudah tidak larat lagi wahai ayahanda”. Baginda sedih mendengarkan luahan puteri kesayangannya itu. Sehingga menitis air matanya. Tapi dipalingkan mukanya supaya tidak dilihat oleh puteri kesayangannya itu. Tapi sememangnya baginda terkenal dengan kebijaksanaannya. Baginda pun berkata kepada puterinya itu ” wahai Fatimah bukankah engkau ini puteri Rasullulah, engkau juga nanti yang akan masuk ke syurga Allah terlebih dahulu daripada oranglain. Jika engkau merasakan perbuatanmu, menguli tepung sangat berat, kau ucapkanlah subhanalah 33x,Alhamdulilah 33x dan Allahu Akbar 33x. Agar ringan segala pekerjaanmu nanti.

Dan tasbih itu juga dinamakan tasbih Fatimah.

Lalu Rasulullah pun menyingsing lengan bajunya dan mengambil alih kerja puteri kesayangannya itu. Sambil Baginda memegang batu giling pengisar gandum itu, baginda mengucapkan zikir atau tasbih yg diajarkan kepada puterinya tadi. Dengan izin Allah tak semena2 batu giling yang dipegang oleh Rasullullah itu berkata2 ” Wahai Rasullullah manusia senang sahaja nak masuk syurga dengan mengamalkan zikir dan tasbih itu, bagaimana pulak dengan aku dan keturunan ku?” Rasulullah kehairanan dan bertanya ” wahai batu engkau pun nak masuk ke syurga juga ke? dan kenapa engkau nak ke sana” . “ya aku nak masuk syurga, kerana aku takut dan tidak tahan akan panas api neraka” jawab batu itu. Lalu Baginda berdoa kepada Allah memohon supaya Allah memasukkan batu giling itu ke dalam syurga.

------------------------
Dari Majalah Muslimah:

Rasulullah berkata kepada batu giling itu "Bergembiralah kerana kau akan jadi saah satu batu mahligai Fatimah di syurga".
RAdulullah berkata pula kepada Fatimah "Jika Allah mengkehendaki, wahai FAtimah, pasti batu itu berputar sendiri untukmu. Tapi Allah mahu memberikanmu beberapa kebaikan dan menghaouskan bebrapa kesalahannmu dan mengangkatmu ke darjat yg tinggi. Ya FAtimah, perempuan mana yg menggiling tepung utk suami dan anak2, maka Allah tuliskan utknya dari setiap biji gandum yg digiling satu kebaikan dan mengangkatnya ke satu darjat.
Ya FAtimah, perempuan mana yg meminyakkan rambut anak-anaknya menyisir rabut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah catatkan baginya ganjaran oahala org yg memberi makan kepada seribu orang lapar dan memberi pakaiana kepada seribu orang miskin.
Ya Fatimah perempuan mana yg menghaangi hajat tetangganya maka Allah akan menghalangnya dari minum dair di telaga Kauthar pada hari kiamat.
Etc..
Etc..
Panjangnya....

Masuk Syurga Kerana Memaafkan

Dengar di rancangan Rayyan, Astro Oasis pagi tadi, Dr. Fatima Az-zahra

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bersama sahabat2 di dalam masjid.
Masuklah seorang lelaki dan Nabi berkata "orang ini ahli syurga"
Para sahabat pun cemburu kerana baru pertama kali dtg ke masjid Nabi dah isytihar sebagai ahli syurga.

Seorang sahabat pun pergi kerumah lelaki itu sampai 3 malam utk tgk apakah amalan yg membuatkan lelaki itu menjadi ahli syurga.
Dari perhatiaanya, bangun solat malam pun takde, maka bertanyalah sahabat itu, amalan apakah yg dibuatnya hingga Nabi mengatakan dia ahli syurga.
Kata lelaki itu lebih kurang gini "Aku ni orang berniaga, orang tak bayar hutang, orang khianat pun ada. Tapi setiap mlm sblm tido aku maafkan semua orang yg bersalah pada aku"

Moralnya, marilah kita saling memaafkan dan berdoa kepada Allah supaya Dia ampunan kita, ibu bapa dan seluruh muslimin.
Ini lah doa yg selalu diulang2 selepas (atau dalam) solat:

Rabbighfirli zunubi waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani soghirah. Wa lijami'il mukmininan walmukminat, muslimina wal muslimat (dan seluruh muslimin dan muslimat) al-ahyai minhum wal amwat (yang hidup dan mati) dirahmatika ya arhamar rahimin.

Melembutkan hati

Dengar dlm rancangan "Bersama Dato'" Astro Oasis pagi tadi.
Tentang memaafkan dan menghapuskan dendam.
Antara yg disarankan:

1) Baca Al-fatihah
2) Baca Ayat Kursi - nak halau syaitan
3) Surah Toha - ayat 1-6
4) Surah Al-hasyr - ayat 21

Dan yg saya amalkan - minta ampun utk diri kita, ibubapa dan seluruh muslimin

Saturday, April 16, 2011

Orang Pelihara Solat di Syurga Firdaus

"Dan mereka sentiasa memelihara solat mereka. Mereka itulah yang menjadi pewaris yang mewarisi syurga Firdaus, di mana mereka akan berkekalan di dalamnya"

(Al-Mukminun: 9-11)

Kata2 Hikmat

‎'Ibu' bagi segala ibadat adalah meninggalkan semua perkara yang dilarang... Ianya PAHIT di saat kita lakukannya, namun MANIS bila kita berjaya memperolehinya...

Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya

Cinta & Benci - Imam Ali

Tazkirah pagi ini: Kata Imam Ali RA; "Cintailah seseorang itu sekadarnya belaka, mungkin ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Be4ncilah seseorang itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
riwayat ibnu Abi Syaibah.

Dari Ust Zahazan FB

Agar kemanisan tidak tawar dan hambar

DariMajalh Solusi

- Cintai Allah dan Rasul lebih daripada yg lain, yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah, dan ia benci kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya
- Allah berfirman yg bermaksud jika bapa2, anak2 dan isteri kaum keluarga dan harta dan perniagaan, rumah2 menjadi perkara yang dicintai lebih daripada Allah dan Rasulnya daripada berjihad untuk agama, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan azab seksanya (Surah At-taubah 9:24)
- Hadis Nabi bermaksud tidak beriman seseorang itusehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri
- Suami dan isteri yg saling mencintai kerana Allah
- Para pengikut yg cintakan pemimpin kerana Allah
- Sabda RAsulullah yg bermaksud seseorang Islam adalah saudara Islam yg lain, tidak boleh dianiaya dan diserahkan kepada musuh.
- Sesiapa yg membantu tunaikan hajat saudaranya maka Allah akan tunaikan hajatnya. Dan siapa yg hilangkan beban saudaranya Allah akan membalas dgn hilangkan beban2 pada hari kiamat dan siapa yg tutup kesalahan orang Islam, Allah akan tutup kesalahannya di hari kiamat kelak
- Sabda RAsulullah bermaksud: jika kamu tahu tentang syurga dan neraka yg pernah diperlihatkan kepadaku nescaya kamu akan tertawa sedikit sahaja dan menangis sebanyak2nya
- SAiyidina Abu Bakar berkata: Sesiapa yang telah mengecapi sebahagian dari kemurnian cinta kepada Allah, maka hal itu akan menyibukkannya daripada mencintai dunia dan mengasingkan ridi dari seluruh cintai manusia

Jika Allah mencintai seseorang hamba

Sabda Rasulullah s.a.w. "Jika Allah mecintai seorang hamba, maka Allah akan berfirman 'Whai Jibril, Au mencintai seorang hamba, maka cintailah dia.' Kemudian Jibril memanggil penduduk langit dan berkata: 'Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia."

Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah

Friday, April 15, 2011

Perinsip bekerja dalam Islam

1) Ikhlas- niat kerana Allah sahaja
2) Mujahadah-tekun dan bersungguh
3) Muhasabah-check and balance
4) Muraqabah-ingat akan kebesaran Allah dan lahir rasa takut

ada juga doa mula dan habis kerja

Minta Demam

Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan: Sesungguhnya para ulama dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau"

"Ramuan" Kemanisan Iman

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.aw. yang bermaksud:

Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman; sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada orang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana satu tujuan duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana benci akan dicampakkan ke dalam api"

Riwayat Muslin

Mencintai (dan memaafkan) Saudara Seislam dan Kaitannya Dengan Iman

Rasulullah ada bersabda bermaksud "TIdak beriman seseorang hingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Selalu saya terfikir, tentang hal maaf memaafi/memaafkan ini.
Dan juga tentang iman berkaitan dengan mengasihi saudara seislam.
Pada pendapat saya kalau kita nak menjadi orang beriman, kita kena kasihi saudara seislam dan sedia memaafkan kerana kalau kita tak maaf orang tu berdosa dan mungkin terima balasan tak baik di akhirat.
Jadi kalau kita beriman mesti kita maafkan dia sbb kita sayang dia.

Satu hal lagi, mungkin kita tak sedar dlm doa kita (doa yg diajar nabi) kita minta ampun untuk diri kita, ibu bapa kita dan semua muslimin yg hidup atau mati.

Jika kita boleh minta ampun dari Allah untuk ampunkan seluruh muslimin (termasuk saudara muslim yg bersalah pada kita), mesti lebih mudah untuk kita ampunkan orang yg bersalah pada kita.

Cakap memang senang ye? Memang... mungkin kita fkir pula jenis kesalahan yg dilakukan. Kalau saya lah kan, salah org mengumpat saya, saya maafkana saja, sbb saya bukan perfect pun. Tapi kalau kesalahan memfitnah yg bawa akibat sangat buruk? Hmmm..taktau nak ckp lagi sbb belum pernah difitnah teruk2.

Saya pernah dianiaya sehingga tertutup peluang kenaikan pangkat. Bila dpt tahu memang geram. Oleh kerana doa org terniaya itu makbul saya berdoa mudahan2an org yg aniaya saya tu tu masuk Islam. Taknak doakan yg buruk2 menimpanyanya sbb kesian.

Hanya mampu berdoa pada Allah supa diberikan hati yang bersih yang mampu memaafkan orang tak kira sebesar mana salahnya. Itu tanda kita sayang saudara seislam kita dan harap2 kita dalam kategori orang beriman sebagaimana disebut Nabi s.a.w.

Naungan Allah (Hadis Qudsi)

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud : Allah berfirman pada hari kimat: 'Di manakah orang yang bercinta kerana keagungan-Ku? Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku'

Riwayat Muslim

Inti Akhlak

Inti Akhlak
by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday, 23 March 2011 at 17:33

Inti akhlak yang dikemukakan dalam kitab2 tasawuf berdasarkan sunnah terdiri atas 7 sendi;



1. Mencintai dan mendekati fakir miskin

2. Memandang orang yang kurang daripada kita dalam urusan dunia, Memandang orang yang lebih tinggi daripada kita dalam perkara ibadah

3. Menghubungi tali silaturrahim walaupun diri tidak dipedulikan

4. Tidak meminta sesuatu daripada seseorang

5. Tidak takut dalam berjuang ke jalan Allah

6. Menunaikan hajat seorang saudara muslim yang lain

7. Memperbanyakkan mengucap "La haula wala quwwata illa billah"



Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa berusaha mencari keredaan Allah SWT.

Waktu Solat

Ustaz Zahazan Mohamed fb

Slm,dlm kitab habib Abdullah al haddad,risalah al mu'awanah,hendaklah mnyegerakn solat bila telah masuk wktnya,sebaik2nya hendaklh berada dlm keadaan berwudhuk sebaik masuk wkt solat,sekurg2nya bersiap sedia utk solat apabila azan berkumandg,krn Nabi saw bersabda,awal waktu adalh keredaan Allah,akhir wkt adalah keampunanNya,rwyt daruqutni dgn sanad yg sahih

Kalau gemuruh...- surah Al-insyirahh

Kalau gemuruh...
by Ustaz Zahazan Mohamed on Tuesday, 12 April 2011 at 12:04

Dalam Hashiyah al-Sawi 'ala al-Jalalain, al-Allamah al-Sawi menjelaskan sesetengah ahli ibadah mengatakan surah al-Inshirah (alam nasyrah...) mampu mengubati perasaan gemuruh, menghilangkan rasa sedih dan kesempitan.



Untuk menghilangkan rasa sedih dan kesusutan, caranya ialah dengan menulis surah ini dalam bekas kaca kemudian dilalukan dengan air mawar ke dalam bekas itu dan diminum.



Untuk menguatkan ingatan dan mempertingkatkan kefahaman, tulis surah ini di dalam bekas, kemudian dilalukan atasnya air. InsyaAllah dapat menguatkan ingatan dan saya faham. Wallau a'lam

Tuesday, April 5, 2011

6 Excellent Characteristics

6 EXCELLENT CHARACTERISTICS : Whoever has the following 6 charactristics does all that is required to make him enter Paradise & avoid Hell.
1. To know Allah swt and obey him
2. To know Satan and Disobey him.
3. To know the truth and follow it.
4. To know the falsehood and avoid it
5. To know the life of this world and renounce it.
6. To know the Hereafter and seek it.
( Ali ibn abi Talib)

Friday, April 1, 2011

Menipu

Dr. Yusuf al-Qardawi menyebut :

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

Kisah yang dikutip untuk dijadikan pengajaran bersama Wallah Hu a' lam

Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW .
Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai
ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan
mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam