Thursday, April 21, 2011

Mimpi

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:"Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain."

(Muslim)

Ada terbaca pasal solat istikharah dan mimpi. Orang tanya pasal adakah org yg dilihat dlm mimpi tu jodohnya. Ustaz yg menjawabnya kata jgn bergantung sgt pada mimpi sbb syaitan boleh merupa dlmmimpi. Tambahan pula, kalau ikut hadis di atas ni, mimpi yg ketiga tu iaitu kesan dari bisikan hati, bila hati teringat seseorang, maka tak mustahil dia akan selalu dimimpikan. Macamlah saya akhir2 ni sellau mimpikan ayah, saspen jgk, sbb dia dan meninggal dunia terpikir2 adakah maksud mimpi tu saya akan mati juga? Takut memang takut tapi yg eloknya ia akan sentiasa ingatkan saya tentang kematian. Insya Allah, harap terus begitu.

Saya jugak diperkenalkan kepada buku "How to Think Like Mahathir" sebuah buku pasal NLP. ada jugak termasuk bab menafsir mimpi, tapi yg pasti lain dari yang kita biasa percaya. Contohnya kalau mimpi mati, bukanlah akan betul2 jadi kematian tapi ia bermaksud sesuatu yg positif, lebih berkenaan diri kita iaitu i.e. tenaga/semangat baru yg akan lahir dari diri kita. Ketepatannya wallahu a'lam, mungkin pendapat/ pengalaman penulis.

No comments: