Thursday, May 31, 2012

Strategi niaga rasulullah

Options Irfan Khairi Rasulullah saw seorang usahawan yang akan melakukan 3 perkara ini sebelum berniaga: 1. mengkaji permintaan & penawaran sesuatu produk, 2. Membina jaringan perniagaan dengan usahawan2 lain, 3. Mengkaji budaya masyarakat tempatan. Sememangnya Rasulullah usahawan yang hebat! I LIKE! u like? ;) Like · · Share · 5861058 · 4 hours ago ·

Org bahagia membahagiakan orang

Pahrol Mohamad Juoi Tanda kita bahagia, kita mampu membahagiakan orang lain. Bahagia itu dari ketenangan, ketenangan itu hasil mengingati Allah... Justeru, orang yang akrab dengan Allah sahaja mampu membahagiakan manusia. Like · · Share · 7018171 · 2 hours ago ·

Iri hati tanda tidak bersyukur

Sungguh kita ketahui bahawa manusia hidup bermacam-macam karenah dan ragam. Kesemuanya tidak sempurna untuk melengkapi keperluan hidup masing-masing. Ada yang tidak berpuas hati terhadap kejayaan orang lain, dan ada pula yang cemburu buta terhadap kesenangan yang dilalui individu lain. Maka, wujudlah perasaan dengki dan iri hati dalam setiap diri manusia itu. Iri hati bermaksud perasaan tidak puas hati terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain. Hasad dengki pula diertikan sebagai suatu sikap tidak senang diatas kesenangan, kenikmatan atau kelebihan yang terdapat dalam diri orang lain. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 54 bermaksud, “Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?” Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Ini kerana dia tidak pernah merasa bersyukur di atas apa yang dimilikinya, sebaliknya dia mewujudkan perasaan dengki dan iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. Baca lagi -> http://www.islamituindah.my/sabar-dan-taqwa-kunci-hadapi-dengki-dan-iri-hati

Umur - ukuran singkatnya waktu

Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur 49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi. 1 tahun itu adalah waktu yang sangat singkat, tidak terasa detik demi detik, malah minggu demi minggu lalu setahun itu telah pun berlalu, tidak terasa ajal sudah di depan mata, jadi bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat? Baca lagi -> http://www.islamituindah.my/berkatilah-umur-dengan-4-perkara Berkatilah Umur Dengan 4 Perkara | Islam Itu Indah www.islamituindah.my Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini Like · · Share · 1,10239143 · 10 hours ago ·

Jika Kau Orang yang...

ON AIR! 6AM-11AM: Mentari Minda bersama Amar & Gee. ;) "Jika engkau orang kaya, senangkanlah hatimu, kerana apa yang kamu miliki, lebih disyukuri orang disekelilingmu, yang melihat kepujian dan kebanggaan yang tidak pernah mereka rasai. Jika engkau orang miskin, senangkanlah hatimu, kerana kamu bebas daripada penyakit hati, oleh kesombongan dan kemewahan yang biasa dirasai oleh orang kaya. Jika engkau orang sederhana, senangkanlah hatimu, kerana kamu mungkin lebih mensyukuri apa yang dimiliki dan lebih berusaha untuk mendapat sesuatu yang belum dimiliki, di manapun kamu berada, berusahalah mengimbangi antara kedua-duanya, nescaya hatimu lebih bahagia."

Life is no Try and Error

Life is not Try and Error, but Life is about do our best, adjust, readjust, and an adjustment to be better and better.. Nobody can take away your pains and sadness, so don't let anyone take away your happiness.. Keep Smiling, Keep Shining..Let's be Superb and Special ~SAS

Friday, May 25, 2012

Buku my senior - abg bob

Wall Photos DULU-dulu :: Buku E-Book Pertama saya Promosi e-book "Tranfomasi Idea Menjadi Realiti" dengan harga serendah RM 19.80. Sertakan Nama, alamat email dan bukti pembayaran kepada mybaha76@yahoo.co.uk Bayaran : D IMPIAN INN :: Maybank :: 501589003549 kalau rajin tolong iklankan..terima kasih "antara yang menarik cerita saya mendapat RM30 ribu sehari dengan hanya ......" by: Baharuddin Mohamed

Penangguh bayar hutang adalah zalim

Options SweetMuslimah.com shared Zaharuddin.net's status update. Zaharuddin.net Menangguh membayar hutang yang sudah dituntut sedangkan duit telah ada, adalah satu penyakit orang GAGAL. Jika ada yang mendakwa 'BERJAYA' dalam kerjaya mereka tetapi hutang dituntut tidak dibayar, dia sebenarnya seorang yang menuju kegagalan, kerana namanya akan dijaja oleh yang menjadi mangsa, sehingga rosaklah dia. Individu sebegini juga Nabi sifatkan sebagai ZALIM di dalam hadisnya "si penangguh membayar hutang adalah zalim". Like · · Share · 12 · 4 hours ago ·

Didik anak dgn "apa kamu ber" bukannya "apa kamu dapat"

Options SweetMuslimah.com shared Islamic Parenting Network's status update. Islamic Parenting Network Kata Prof Muhaya, Ibubapa hari ini terperangkap dgn ayat2 spt "anak awak DAPAT apa?" ..kita asyik fokus tentang apa yg anak kita DAPAT, tetapi jarang fokus pada apa yg anak kita BERI. Kita dan mak kita dulu selalu berpesan, kawan dgn org yg pandai2. Namun jarang yg pesan suruh anak tolong kawan yg tidak tahu.. Apa yg kita BERI itu yg kita akan DAPAT. Kalau bukan hari ini, Allah beri berkat pada hari esok.. Ayat Laskar Pelangi "Hiduplah utk memBERI sebanyak2nya, bukan utk menDAPAT sebanyak2nya". Moga kita mampu didik anak2 dan diri kita utk terus memberi seikhlasnya kerana Allah. . credit to Siti Mashitah Bte Sarif, ex IPN Alumni Like · · Share · 4 hours ago · 11 people like this.

Definisi Hukum Syarak

Wall Photos Definisi Hukum Syarak Pengertian Hukum dari Sudut Bahasa Arab ialah: "Perlaksanaan" Pengertian Hukum dari Sudut istilah ialah: "Perkara yang dituntut oleh kata-kata Syarak yang bersangkutan dengan perbuatan orang yang bertanggungjawab, samada permintaan, memberi pilihan mahupun penetapan" Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut: ~ Maksud kata-kata Syarak ialah Al-Quran dan Al-Sunnah. ~ Maksud yang bersangkutan dengan perbuatan ialah perkara yang bersangkutan dengan perbuatan mereka samada percakapan mahupun perbuatan, dari sudut mewujudkan mahupun meninggalkan. Oleh itu apa yang bersangkutan dengan iktiqad tidak termasuk sama kerana ia tidak dinamakan hukum dalam istilah ini. ~ Maksud orang yang bertanggungjawab ialah orang yang memikul tanggungjawab. Ini merangkumi budak kecil dan juga orang kurang siuman. ~ Maksud permintaan ialah perintah dan larangan baik dari sudut kemestian mahupun keutamaan. ~ Maksud memberi pilihan ialah perkara mubah (yang dibenarkan). ~ Maksud penetapan ialah sah, fasad dan seumpamanya yang terdiri daripada tanda-tanda dan sifat-sifat bagi perlaksanaan ataupun pembatalan yang telah ditetapkan oleh Syarak . SEMUA INI MEMBERI MAKSUD PEGAJARAN DAN PENGALAMAN DrSoul's Quotes & Sayings CollectionsSesiapa juga dibenarkan untuk Share apa juga Quote Bergambar - DrSoul by: DrSoul's Quotes Collection

Dua kalimah yg ringan diucap tapi berat timbangan

Islam Itu Indah FB Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Dua kalimat yang ringan untuk diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih, yaitu: سبحان الله وبحمده “Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan سبحان الله العظيم Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Agung” (Sahih Bukhari, Muslim and Tirmidhi) Like · · Share · 1,49515125 · 4 hours ago ·

Thursday, May 24, 2012

Menebus utk bertemu Nabi

Ikim.Fm “Diantara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.” [HR Muslim].

Nafkahkan dan jgn sempitkan sedekah

Asma’ r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.” - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim Huraian: - Allah melarang kita daripada bersifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta ke jalan Allah. - Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang kerana Allah SWT telah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah. Like · · Share · 148348 · 10 hours ago ·

Kelebihan berselawat - My Ibrah

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar” 1. melaksanakaan perintah Allah s.w.t 2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w. 3. mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bereti rahmat Baca lagi -> http://myibrah.com/kelebihan-berselawat-ke-atas-nabi-s-a-w

Bila dah buat semua tapi tak dapat yg diharapkan. - DOA

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman Satu renungan jawapan saya: Please, bila u rasa u dah buat semua tapi belum dapat apa yang diharapkan, bermaksud u belum buat dengan ikhlas dan fokus. Maksud ikhlas di sini ialah bila buat sesuatu dengan niat serta matlamat yang jelas serta fokus untuk apa dan siapa, serta bersedia buat lebih dari yang perlu demi nak menambah lebih nilai kepada orang lain. Kedua- banyakkan istighfar 101x setiap pagi dan selawat 1,000 kali setiap hari atau lebih (tak perlu sekali habis) utk didik hati dan minda. Ketiga- strategi+kuasa tindakan. Adakah u guna lebih dari maksima utk strategi dan kuasa tindakan anda? Man Jadda Wa Jadda, siapa yang buat dia yang dapat. Kdg2 apa yg kita buat, dah mula jadi, tapi disebabkan kita ni terlampau desperado, tak sabar, tamak, tak bersyukur, kita fokus APA YANG TAK JADI, instead of APA YANG BERHASIL. Saya percaya walau sedikit dah mula jadi, bermakna lebih mudah utk jadi dan jadi lagi! Semoga anda jadi lebih kaya dan berjaya! Silakan Like & Share jika anda faham! -DAO- Like · · Share · 53947112 · 10 hours ago ·

Wednesday, May 23, 2012

Org yg Masuk Syurga Tanpa Hisab

Prof Dr Muhaya shared their own status update. Amalan orang yang masuk syurga tanpa hisab, 1. Apabila dikasari mereka memaafkan, apabila orang memperbodohkan mereka, mereka sabar, madrasah akhlak, tv hijrah. Juga mereka sabar membuat ketaatan dan sabar menahan diri dari maksiat. Jom sama kita belajar sifat sabar dan maafkan semua orang sebelum tidur malam ini. Like · · Share · 173542 · 18 hours ago ·

Peristiwa Akhir Zaman Ikut Urutan

Islam Itu Indah Fb Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba. Baca lagi -> http://myibrah.com/peristiwa-akhir-zaman-mengikut-urutan Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan myibrah.com Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya Like · · Share · 97525110 · 4 hours ago ·

Tiga Amalan Paling Utama

Islam Itu IndahFB ISLAM mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim hingga kita dilahirkan begitu besar. Mereka bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita hingga dewasa. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau pernah bertanya Rasulullah SAW amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah.” Baca lagi -> http://www.harian-metro-online.com/memulia-menyayangi-ibu-bapa-sepanjang-masa Memulia, menyayangi ibu bapa sepanjang masa — Harian Metro Online www.harian-metro-online.com ISLAM mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim hingga kita Like · · Share · 1,51216196 · 3 hours ago ·

Harta Wanita yg paling Berharga = Suami

Islam Itu Indah FB Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang. Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal. Baca lagi -> http://myibrah.com/harta-berharga-bagi-seorang-isteri Harta Berharga Bagi Seorang Isteri myibrah.com Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di Like · · Share · 1,92488359 · 2 hours ago ·

Kekuatan Ibu...jadi jgn pandang remeh

Options Rahsia Perkahwinan JANGAN SESEKALI MEREMEHKAN IBU (WANITA). HARGAILAH MEREKA ! Tahukah Anda ? 1. Wanita mengandungkan janin/buah hatinya dalam kandungannya selama +- 9 bulan 10 hari tanpa sedikitpun waktu melepaskannya. Jika dikirakan rata-rata berat kandungannya adalah 1 kg maka selama itu wanita mengandungkan beban seberat (1kg x 30hari x 9bulan) + 10hari = 2.700 kg atau 2,7 Ton!!!. Sesudah melahirkan, wanita masih saja mendukung bayinya, sedangkan seorang suami apabila mendukung anaknya sebentar saja sudah merasa lelah, letih, dan pelbagai alasan yang lain. 2. Setiap hari seorang wanita memasak untuk dirinya dan keluarganya. Jika di dikirakan seorang wanita memasak mulai umur 17 hingga 55 (berarti 38 tahun) dan setiap hari ia memasak untuk 2 orang maka ia memasak sebanyak untuk 2 x 365 x 38 = 27.740 orang. 3. Setiap hari wanita membersihkan rumah/ tempat aktivitinya misalnya menyapu. Misal dikira setiap hari ia membersihkan ruangan/rumah berukuran 4 x 10 = 40 m2 dan ia menyapu sejak usia 15 tahun hingga 45 tahun (bererti 30 tahun) maka ia membersihkan seluas 40 x 365 x 30 = 438,000 m2. atau seluas 105 kali luasnya padang sepakbola. 4. Jika setiap hari seorang wanita mencuci pinggan mangkuk yang dikirakan mempunyai tinggi lebih kurang 20 cm dan mencuci selama 30 tahun maka tingginya mencapai 20 x 365 x 30 = 219.000 cm = 2,190 m atau hampir 5 kali tinggi menara berkembar Petronas. Belum ada bangunan di dunia yang mencapai tinggi 2,190 m. 5. Jika setiap hari seorang wanita mencuci baju dengan dikirakan panjang jemuran 5 meter setiap hari maka selama 30 tahun panjang jemuran akan mencapai = 5 x 365 x 30 = 54.750 m = 54,7 km. LUAR BIASA... Dahsyatnya kekuatan seorang ibu (wanita). Tentu saja masih banyak lagi kekuatan ibu yang tidak mampu difikirkan oleh kita. Ketika melahirkan kita pun , seorang ibu menggunakan semua dayanya untuk membuat kita muncul di dalam dunia ini, dengan kekuatan antara hidup dan mati. Pernah mendengar pepatah “Dibalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang wanita hebat di belakangnya”. Pepatah ini ternyata juga benar, seorang ibu (wanita) mempunyai kekuatan tersembunyi untuk melakukan hal itu. Ada suatu riwayat yang mengutamakan seorang ibu, menunjukkan bagaimana kedudukan ibu (wanita) dalam Islam itu mulia. --- Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu. (Shahih Muslim No.4621) MULIAKAN...! HORMATI...! & DO'AKAN SELALU IBUMU...! Unlike · · Share · 91541656 · 4 hours ago · You and 914 others like this. 652 shares

Jangan Bangga....kerana

Prof Dr Muhaya shared their own status update. Prof Dr Muhaya Renungan sblm berbuka puasa (sila kongsikan di wall anda) 1. Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT 2. Jgn bangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR 3. Jgn bangga dgn baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN 4. Jgn bangga dgn kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA 5. Jgn bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS. Sumber: Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)Hazrul Syazwan Like · · Share · 64311670 · 5 hours ago ·

Rahmat Allah 100 Bahagian

FB Ustaz Mohd Zawawi Yusoh Rasulullah saw bersabda: ”Allah menjadikan rahmat 100 bagian, 99 bagian Allah tahan dan Allah turunkan ke bumi satu bagian. Satu bagian itulah yang menyebabkan sesama mahluk saling menyayangi sampai kuda mengangkat telapak kakinya dari anaknya khawatir mengenainya.” (Muttafaqun ‘alaihi.) itulah sebabnya saidina Ali menyebut " wahai dunia jgn tipu aku.. aku tahu siapa kami, kalau nak tipu tipu lah orang kain" ya Allah kami dah byk trtipu.menipu .ampunnnnnnnkan kami..

Tuesday, May 22, 2012

Sujud syukur

Melakukan Sujud syukur ketika mendapat sesuatu yang disenangi atau terhindar dari sesuatu yang tidak disukai. al-Baghawi menyebut dalam syarah sunnah 3/316: Mafhumnya: “Sujud syukur adalah sunat ketika memperolehi sesuatu nikmat (kebaikan) yang telah lama dinantikannya, atau terhindar dari musibah yang dinantikan tersingkap.” Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 1/360: Adalah termasuk dari petunjuk baginda SAW dan para sahabat RA, melakukan sujud syukur ketika memperolehi nikmat yang menggembirakan atau terhindar dari musibah. http://myibrah.com/sebahagian-sunnah-yang-dilupakan

Doa panjang umur

Options Ustaz Zahazan Mohamed Memohon agar dipanjangkan umur dan banyak harta adalah perkara yang dibolehkan dalam Islam. Namun doa yang dipohon itu ditambahkan dengan doa keberkatan di dalamnya. Nabi SAAW pernah mendoakan Anas dengan doa sebagaimaan yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ Maksudnya: “Ya Allah, perbanyaklah harta dan anaknya, serta berkahilah apa yang engkau karuniakan padanya.” (Bukhari no. 6334 dan Muslim no. 2480) Syeikh Sa’id bin Wahf al Qohthoni hafizhohullah ada menyusun doa yang amat baik untuk diamalkan sebagai berikut: اَللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِيْ، وَوَلَدِيْ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا أعْطَيْتَنِيْ وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأَحْسِنْ عَمَلِيْ وَاغْفِرْ لِي Maksudnya: “Ya Allah perbanyaklah harta dan anakku serta berkatilah karnia yang Engkau beri. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan pada-Mu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku.” Like · · Share · 2,20169425 · 2 hours ago ·

Friday, May 11, 2012

Hadis: memohon pada hari jumaat

Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

Monday, May 7, 2012

Siti Zubaidah - kerana 4 perkara

Siti Zubaidah R.A. telah berkata " Aku mendapat keampunan kerana 4 perkara : 1- Laa Ilaaha Illallahhu Afni biha umri : Aku habiskan umurku dengan kalimah Laa Ilahaillallah. 2- Laa Ilaha Illallahhu Adkhalubiha Qabri : Aku masuk kuburku dengan kalimah Laa Ilahaillallah. 3- Laa Ilahaillallahu biha Wahdi : Aku habiskan masaku yang sunyi dengan kalimah Laa Ilahaillallah. 4- Laa Ilahaillallahu Alqi Biha Rabbi : Aku mengadap Tuhanku dengan membawa Laa Ilahaillallah

Saturday, May 5, 2012

Saiyida Ali dam Fatimah yg bersedekah walaupun sedang kesempitan

Suatu hari Saidiana Ali bin Abi Thalib r.a mendapati kedua-dua anaknya, Hassan dan Hussin sakit. Bahkan kedua-dua cucu kesayangan baginda Rasulallah saw itu mengalami sakit yang cukup lama sehingga Saidina Ali pun bernazar "Ya Allah, jika Hassan dan Hussin sembuh dari penyakit mereka, aku bernazar untuk berpuasa selama tiga hari". Maka Allah swt yang amat pengasih akan hambanya lagi Maha Penyembuh itupun mendengar doa hambanya itu seraya memperkenankan hajat Saidina Ali lalu sembuhlah keduanya dari sakit tersebut. Lalu Saidina Ali r.a bersama isterinya yg juga puteri kesayangan Rasulallah saw. Saidatina Fatimah Az-Zahra pun berpuasa bersama. Menjelang hampir tibanya saat berbuka di hari pertama berpuasa nazar itu Saidatina Fatimah telah menyediakan dua potong roti untuk mereka. Sampainya waktu berbuka ketika mereka belum sempat lagi menjamah roti tersebut untuk mengisi perut yang kosong, datanglah seorang fakir miskin yang mengetuk pintu mereka seraya meminta makanan lantaran perut sifakir belum dapat terisi dgn apa2 makanan semenjak beberapa hari. Lantas Saidina Ali dan Saidatina Fatimah r.a tanpa menghiraukan perut yang kosong menghulurkan roti yang ada untuk santapan si fakir tadi. Lantas mereka meneruskan berpuasa sehingga keesokan harinya. Di hari kedua berpuasa, mereka hanya memiliki sepotong roti untuk dimakan berdua pada waktu berbukanya nanti. Namun seperti hari sebelumnya sewaktu hampir tibanya saat berbuka, pintu rumah mereka berbunyi lagi menandakan adanya tetamu yang dtg. Apabila dijengah ternyata berdiri dihadapan rumah mereka seorang anak yatim yang terlalu lapar dan meminta diberikan sedikit makanan. Maka dengan hati yang hiba melihat keadaan anak yatim itu maka Saidina Ali memberikan sepotong roti yang mereka ada untuk berbuka kepada anak yatim tersebut. Maka tidak jugalah dapat suami isteri itu berbuka untuk kedua harinya. Lantas mereka meneruskan puasa nazar untuk hari ketiganya. Ujian memanglah selalu diberikan kepada insan terpuji seperti para Khalifah Ar-Rashidin seperti Saidina Ali dan saidatina Fatimah. Bahkan pada hari ketiga berpuasa sepotong roti untuk dimakan berdua  itu pun dengan ikhlas telah diberikan kepada seorang tawanan perang yang baru sahaja bebas namun tak mempunyai makanan. Namun Saidina Ali, Saidatina Fatimah serta Hassan dan Hussin mengerti bahawa semua itu hanyalah sekadar ujian kesabaran dari Allah keatas mereka. Lihat saja peribadi Saidina Ali dan Saidatina Fatimah yang sanggup memberikan makanan mereka kepada tawanan perang yang mana satu ketika dulu pernah menjadi musuh Islam dan mungkin dengan rakusnya pernah menjadi pembunuh kepada saudara seislam atau ahli keluarga mereka. Namun atas kuatnya iman dan keyakinan terhadap Allah swt mereka dengan ikhlas tetap membantu dengan tiada sekelumit dendam pun terbit dari hati mereka. Sumber:http://honeysha-arisha.blogspot.com/2012/03/memberi-kepada-yg-memerlukan-walau.html

Abu Bakar yg Dermawan

Selama masa hidupnya, kisah-kisah tentang kedermawanan Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. begitu banyaknya, sehingga sangat sulit untuk dikumpulkan menjadi satu. Salah satu kisah yang masyhur adalah pada waktu perang Tabuk, ketika Rasulullah saw. menghimbau untuk mengumpulkan bantuan, Abu Bakar r.a. telah mengumpulkan semua harta benda yang ada di rumahnya, lalu diberikan kepada Rasulullah saw.. Dan ketika Rasulullah saw. bertanya, “Wahai Abu Bakar, apa yang engkau tinggalkan di rumahmu?” Ia menjawab, “Allah swt. dan Rasul-Nya (yakni perbekalan yang berupa keridhaan-Nya dan Rasul-Nya) ada di rumah. Kisah ini telah disebutkan di dalam kitab Hikayatush-Shahabat secara terperinci. Saya juga telah menuliskan kisah sahabat yang lain di dalam kitab tersebut. Jika kita membacanya, kita akan mengetahui bahwa ikram, kasih sayang, dan membelanjakan harta di jalan Allah swt. merupakan bagian dari kehidupan para sahabat r.a. Jika kita bisa meniru sedikit saja, kita tidak tahu apakah yang akan dikatakan orang-orang tentang diri kita. Akan tetapi, kisah-kisah semacam itu bagi para sahabat merupakan perkara yang biasa, khususnya bagi Abu Bakar Shiddiq r.a. Adakah keterangan yang lebih jelas daripada yang difirmankan Allah swt. sendiri di dalam Al-Qur’an? “Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu. Yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah ) untuk membersihkannya. Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan Tuhannya Yang Mahatinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.” (Q.s. Al-Lail: 17-21). Ibnu Jauzi rah.a. berkata, “Para ulama sepakat bahwa ayat ini turun berkenaan dengan Abu Bakar Shiddiq r.a.. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda, “Harta seseorang tidak memberikan manfaat bagiku sebanyak harta Abu Bakar r.a.” Setelah mendengar sabda Rasulullah saw. tersebut, Abu Bakar Shiddiq r.a. menangis dan berkata, “Wahai Rasulullah, apakah diri saya dan harta saya menjadi milik selain engkau?” Sabda Nabi saw. ini banyak diriwayatkan dari beberapa sahabat dalam beberapa riwayat. Di dalam sebuah riwayat dari Sa’id bin Musayyab terdapat tambahan, “Rasulullah saw. menggunakan harta Abu Bakar r.a. seperti ketika menggunakan hartanya sendiri.” Urwah r.a. berkata, “Ketika Abu Bakar r.a. masuk Islam, ia mempunyai uang sebanyak 40.000 dirham, semuanya dibelanjakan untuk Rasulullah saw. (yakni dalam keridhaan Rasululullah saw.). Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa ketika ia masuk Islam, ia mempunyai uang sebanyak 40.000 dirham. Dan pada waktu hijrah, yang tersisa hanya 5000 dirham. Harta itu digunakan untuk memerdekakan hamba-hamba sahaya (yang disiksa karena masuk Islam) dan untuk keperluan agama. (Tarikhul-Khulafa’) Abdullah bin Zubair r.a. berkata bahwa Abu Bakar Shiddiq r.a. selalu membeli hamba sahaya yang lemah lalu memerdekakannya. Ayahnya, Abu Quhafah, berkata, “Jika kamu ingin memerdekakan hamba sahaya, merdekakanlah hamba sahaya yang kuat-kuat, karena dia akan bisa membantumu dan bisa berguna bagi kita. Abu Bakar Shiddiq r.a. menjawab, “(Saya tidak memerdekakan budak untuk diri saya), tetapi saya memerdekakannya untuk mencari keridhaan Allah swt.” (Durul-Mantsur). Di sisi Allah swt., pahala membantu orang-orang yang lemah lebih banyak daripada membantu orang-orang yang kuat. Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak seorang pun yang telah berbuat baik kepadaku dan aku belum membalas kebaikannya. Tetapi kebaikan Abu Bakar r.a. menjadi tanggung jawabku (beliau tidak bisa membalasnya). Allah swt. sendirilah Yang akan membalas kebaikannya pada hari Kiamat. Harta seseorang tidak memberikan manfaat bagiku sebanyak manfaat yang di berikan oleh harta Abu Bakar r.a.” (Tarikhul-Khulafa’) Sumber: http://namakugusti.wordpress.com/2010/07/05/kisah-para-ahli-zuhud-dan-dermawan/

Uthman yg Beli Perigi Mahal

Utsman bin Affan adalah tokoh yang luar biasa. Ia dikenal sebagai orang yang lemah lembut, pemalu, rendah hati, dan sangat Bijaksana. Utsman merupakan sahabat Nabi Muhammad saw yang pertama kali memeluk Islam. Sebab itu, ia punya hubungan yang kuat dengan Nabi. Ia dipercaya sebagai penerus Umar bin Khatab sebagai amirul mukminin . suatu hari masyarakat di Madinah kesulitan mendapat air. Masyarakat harus membeli dengan harga mahal dari sumur Roumah, milik orang Yahudi. Utsman memutuskan untuk membeli sumur itu dari orang Yahudi meski harganya mahal. Wah, setelah tawar menawar, Utsman berhasil. Penduduk pun tidak kesulitan lagi mendapatkan air.

Abdul Rahman bin Auf Jutawan Dermawan yg Menangis

Dikatakan sebagai seorang pemimpin yg mengendalikan hartanya, bukan seorang yg dikendalikan oleh hartanya. Dikatakan "seluruh penduduk Madinah berserikat abdul Rahman pada hartanya. Sepertiga dipinjamkan kepada mereka, sepertiga lagi utk membayar hutang mereka dan sepertiga lagi diberi dan dibahagikan kepada mereka". Pernah ketika dihidangkan makanan kepadanya, dia menangis kerana mengenangkan sahabat2 Nabi yg gugur syahid dan kata mereka tu lebih baik dari dirinya. Ketika suatu majlis jamuan, dia menangis kerana mengenangkan Rasulullah yg tak pernah kenyang makan roti gandum. Dia seorang yg rendah diri, duduk bersama2 pelayannya hingga tak dapat dibezakan bahawa dia adalah tuan. Dia tak berasa senang selagi hartanya tidak dihabiskan utk jalan Allah

sahabat Nabi, Talhah yg Dermawan

Thalhah Yang Dermawan Pernahkah anda melihat sungai yang airnya mengalir terus menerus mengairi dataran dan lembah ? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah. Ia adalah seorang dari kaum muslimin yang kaya raya, tapi pemurah dan dermawan. Istrinya bernama Su'da binti Auf. Pada suatu hari istrinya melihat Thalhah sedang murung dan duduk termenung sedih. Melihat keadaan suaminya, sang istri segera menanyakan penyebab kesedihannya dan Thalhah mejawab, " Uang yang ada di tanganku sekarang ini begitu banyak sehingga memusingkanku. Apa yang harus kulakukan ?" Maka istrinya berkata, "Uang yang ada ditanganmu itu bagi-bagikanlah kepada fakir-miskin." Maka dibagi-bagikannyalah seluruh uang yang ada ditangan Thalhah tanpa meninggalkan sepeserpun. Assaib bin Zaid berkata tentang Thalhah, katanya, "Aku berkawan dengan Thalhah baik dalam perjalanan maupun sewaktu bermukim. Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih dermawan dari dia terhadap kaum muslimin. Ia mendermakan uang, sandang dan pangannya." Jaabir bin Abdullah bertutur, " Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta." Oleh karena itu patutlah jika dia dijuluki "Thalhah si dermawan", "Thalhah si pengalir harta", "Thalhah kebaikan dan kebajikan".

Anak2 cermin

Prof Dr Muhaya shared Prof Dr Muhaya's status update. Ibu bapa wajib tunjuk akhlak baik pada anak anak yakni berkongsi dan mencetak keimanan dalam diri anak anak. Mereka cermin kita jika kita mengeluh ttg akhlak buruk mereka sebenarnya kita sedang kata pada diri sendiri. Jom audit. Apakah sistem nilai dan contoh yg kita beri pada anak anak kita Share

On mistakes

‎"There comes a point when you have to stop beating yourself up over mistakes that you made." The mistakes that you have made in your past, should be left in your past. Little do many of us realize but nobody is perfect. As a matter of fact, life just wouldn't be life if we were perfect. There would be no room for growth, and we would live our lives with no direction and no purpose. Victory is the sweetest when we have experienced defeat, it is sweetest when we have obstacles in our way to overcome. There is no testimony without a test, and even though you may have failed a few tests in your past, there are still many tests in your future that you will have a good opportunity to ace if you maintain a good work ethic, remain motivated, and be willing to forget about failing in the past. Many of you today must stop beating yourselves up because of the mistakes that you have made in the past, learn from them, use this wisdom for gains in your life, and let those mistakes go.

Friday, May 4, 2012

10 surah halang 10 ujian

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah. 1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. 7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-) Sumber: FB yg ada gmbar ust. Don