Tuesday, March 31, 2009

Kematian - Kiamat Kecil

Ustaz Nawawi Yusoh, Radio IKIM.

Kata ustaz, kematian dikira kiamat kerana berakhirnya kehidupan bagi seseorang.

Kematian orang lain menjadi tanda2 kimat kecil bagi orang yang maish hidup.

Bila kita dengar kematian seseorang yg kita kenal i.e. saudara mara, jiran2, bermakna itu menandakan kematian kita pun makin hampir. Ada seorang nabi yg didatangi oleh malaikat maut. Nabi itu bertanya pada malaikat "kau datang ni nak menziarahi atau cabut nyawa aku". Kata malaikat maut "dua2". Nabi tu kata "Kenapa kau tak utuskan tanda2?". Malaikat maut tanya tentang si polan dan si polan i.e. jiran dan saudara mara nabi tu. Nabi tu kata "mereka semua dah mati". Malaikat maut berkata "itulah tanda kematianmu".

Nabi juga berkata salah satu tanda kematian adalah beruban. Dan menghilangkan uban adalah makruh kerana menghilangkan tanda kematian pada kita sedangkan kita disuruh mengingati kematian apatah lagi bila tanda sudah nampak.

Lagi tanda kematian ialah penyakit.

Friday, March 27, 2009

Pelajar Cemerlang STPM

Ni pulak kisah pelajar yg dapat result cemerlang STPM - 4A.

Ayahnya sendiri tak sangka dia boleh dpt result bagus. Kata ayahnya, dia selalu nampak anak dia tidur dan tengok cerita seram. Belajar pun tak lama dlm sehari.

Petua budak ni adalah beri tumpuan dalam kelas.

Katanya lagi kelas2 tuisyen tak perlu dan membazir je.

Wah, bertuahnya dpt anak mcm ni, takyah perabih duit.

Ehem..ehem..aku dulu pun ayah aku suruh pegi tuisyen tapi aku yg taknak, tu pun result SPM aku lagi bagus dari laki aku hahahahaha....(laki aku tanya "u tau tak u ni perasan?"..i tau, dear)

Interview Nik Nur Madiha - Pelajar Cemerlang SPM 08

Dlm Radio IKIM.

Madiha kata pendorong kejayaan adalah 1) agama (2) keluarga dan satu lagi tak ingat.

Dia kata dia rasa bertanggungjawab sbg anak sulung.
Lagi katanya org Islam kena jati diri kuat supaya tak mudah terpengaruh dgn media (hiburan) dan rakan2.

Dia quote hadis Nabi SAW lebih kurang bermaksud, kalau nak dunia, dgn ilmu, nak akhirat pun dgn ilmu dan nak kedua2nya pun dgn ilmu.

Nasihat dia antaranya banyak bertanya pada guru, berhubung dan berbual2 dgn guru2. Pendek kata dia menjaga hubungan dan adab dgn guru. Katanya kalau diletakkan segunung emas pun tak dapat membalas jasa guru2nya.

Salah satu pendorong untuk berjaya ialah penat lelah guru yg mengajar.

Ayah dia, seorang nelayan di Kelantan pun berkongsi - katanya jgn marah maki hamun anak2 dan jangan pukul anak2 sampai nak histeria. Kalau anak nakal pun kata "anak bertuah" in sya Allah anak tu jadi bertuah.

Atara mata pelajaran yg dia ambik di samping matapelajaran biasa adalah 3 yg sains tu, geografi, sastera, prinsip akaun, pendidikan Islam, syariah, english for science & tech.

Bila baca kisah hidup dia rasa mcm dia ala2 Nabi jugak, berpuasa kalau makanan takde.

Saturday, March 21, 2009

Keikhlasan dlm Bekerja

Aku ni bukan la baik sgt walaupun aku selalu puji2 diri aku.

Mana2 aku pergi (and aku sure korang pun mcm tu), ada je insan2 yg perangai teruk ni. Ngelat2, deny keje, buat2 tak reti bahasa etc.

Aku jenis buat keje ikut time kalu benda kena cepat, aku buat cepat. Bila keje dah habis cepat, aku tgk org lain bz aku offer to help. Ni perangai kat ofis baru.

Ada pulak org tgk aku rajin tolong nak ambik kesempatan pulak. Keje bos suruh buat taknak buat pulak.

Kadang2 aku fikir setimpal keje ngan gaji aku. Kalu aku rasa byk free time, or byk buat keje bodoh2 je, aku offer to help some staff yg bz dan perlu help.

But aku tak henti2 heran tgk some people mengelak kerja, tapi pastu bising2 tak dpt promotion/ increment etc.

Thursday, March 19, 2009

Tidak Berlaku Adil di Antara Anak2

Hadis riwayat Nu'man bin Basyir:

Suatu hari si ayah mengajaknya kepada Rasulullah. Si ayah kata "Sesungguhnya aku telah berikan kepada putraku ini seorang hamba". Rasulullah bertanya "Adakah setiap anakmu juga engkau beri hal yang sama?" Dia jawab "Tak". RAsulullah berkata "Kembalikanlah (hamba itu)".

Hikmahnya adalah untuk mengelakkan anak2 saling cemburu dan membenihkan kebencian dan permusuhan sesama mereka.

Berhutang Tapi Tak Nak Bayar

Dalam Islam hak2 ALlah dgn hamba boleh 0-0 bila hamba bertaubat, tapi hak2 hamba dgn hamba kena selesai sesama hamba jugak. Kat akhirat nanti hutang piutang yg tak setel dibayar dgn dosa dan pahala.

Banyak kisah2 aku dgr tentang org berhutang cari alasan tak nak bayar/ melarikan diri, termasuk aku sekali pun jadi mangsa. Besar dosa apatah lagi berhutang tanpa keperluan mendesak i.e. saja nak bermewah2.

Dalam hadis NAbi s.a.w, ada nyatakan yang orang yang mati syahid pun yg darjat tinggi tak terlepas dari tanggungjawab melangsaikan hutang.

So ada berani taknak setel hutang ke kita yg tak mati syahid ni?

Sifat Yahudi

Aku dgr dlm IKIM radio Ust Nawawi Yusoh kata masa org Yahudi kena halau (tak silap oleh Sayyidina Umar..ish..lmbt sgt tulis dah lupa2 kucing pulak), diorang musnahkan rumah2 mereka. Katanya inilah sifat Yahudi, sama macam diorang buat kat Palestine.

Ada dalam satu peperangan tentera Islam dgn mudah menewaskan tentera Yahudi walaupun bilangan mereka cukup ramai..mereka sebenarnya pengecut. Mungkin hanya berani sbb senjata canggih sekarang. Dulu main pedang gerun jugak la tu.

Satu lagi katanya sifat pengkhianat dan melaga2. Dah beberapa kali melanggar penjanjian dan membuat huru-hara, lagi ke kita nak harap Palestine dan Israel buat perjanjian damai dan kita nak pegang ke kata2 diorang? Kita pulak syok sendiri.

Salah dan Maaf

Aku pernah kata aku akan maafkan seseorang hanya bila orang tu betul2 insaf atas kesalahan yg dilakukan dan takkan buat lagi.

Tapi byk aku nampak/ dengar orang mintak maaf cara2 lawak dan tanpa niat yang betul. Ada pulak lawak2 bodo, "nanti tahun depan raya mintak maaf" bila dia mengata seseorang.

Lepas tu lepas mintak maaf buat lagi. Kira memang akan buat, tapi setahun sekali mintak maaf. Tu yg jadi kes sesorang mati kita kat "tak sempat nak minta maaf" sebab rasa memang ada salah la tu.

Ehem aku pun bukan baik sangat la, tapi kan selalu rasa ada orang yg buat tak baik ngan aku, tak banyak pun sikit2 mesti ada kata2 kurang sedap didengar kan, sbb aku sedar le diri ni byk kekurangan tapi kan kalu some people boleh try menahan diri most of the time dari mengata/buat jahat, orang lain pun sure mcm tu jugak kan?kan?

Tang maaf kan, di akhirat nanti, kesalahan dibayar dgn dosa dan pahala. Fuyyooo.. dahsyat betul... Boleh tak aku kata kat org yg banyak salah kat aku secara sengaja tak putus2 "tak mau la maaf skrg, sbb maybe saya perlu dosa awak kat saya tu utk kiraan kat akhirat nanti".

Sori ye, aku ni memang kasar tak bertempat kadang2 tapi tang2 peringatan akhirat ni memang patut... Ni peringatan untuk aku jugak supaya jgn buat jahat kat orang. Jgn ngumpat, fitnah, melaga2, buli2, ambik kesempatan, pergunakan orang, menjatuhkan orang, menghina orang, menyumpah orang (dan benda2...oppss...).

Saturday, March 14, 2009

Anemia

Dengar dlm radio, sesi ngan En. Sufian, org bhg pemakanan dlm 1 agensi kerajaan.
Dia kata anemia ni bukan penyakit keturunan, tapi disebabkan oleh makanan. Tanda2 penyakit adalah letih dan lesu, pucat, tangan dan bibir dan ada jugak rasa2 nak pitam.

Remaja perempuan espeseli affected sbb diorang ni kan ada period tiap2 bulan.

Makanan kena berkhasiat, cukup zat besi (iron). Sarapan pagi paling penting.

Makanan kena jaga, jgn minum teh atau kopi kerana kata En. Sufian zat2 akan rosak (sort of) kerana kehadiran teh dan kopi. Kalu nak minum jugak kene after 2 jam dari makan.

Tuesday, March 10, 2009

Ust Ridhuan Tee Abdullah - Muallaf

Ni masa aku kat JB tgk tv kat hotel. Rancangan apa aku tak ingat tapi mcm forum la kisah layanan kepada orang masuk Islam.

Yg aku ingat Ust Ridhuan kata pasal hukum feqah dlm Islam pasal pembahagian harta. Katanya memang ikut hukum tak wajib beri harta kepada org bkn Islam contoh, mak dan isteri yg kafir bila seorang lelaki dah masuk Islam. Memang betul kan?

Tapi katanya apalah salahnya kita menampakkan keindahan Islam itu yg membenarkan kita berlaku ihsan kpd mereka walaupun dah tak sama agama. Dlm Islam hibah dibenarkan. Kira sama mcm hibah harta kepada anak angkat kita lah. So berilah kepada isteri, anak2 dan ibubapa yg bukan Islam tu kan baik dan tak dilarang agama. Ni penting ada wasiat sbb katalah orang muallaf tu mati tanpa wasiat, kesian la anak bini dan mak bapak dia langsung tak dpt apa2. Aku ingat lagi kata ceramah pasal wasiat kata org yg takde wasiat tak patut tidur (pentingnya wasiat ni, sampai disuruh toksah tidur kalu takda wasiat).

Aku pun citer la kat laki aku (fuh..baik punya bini). Masa tu kami duk tgh diskas pasal program Musawah SIS yg nak samakan hak lelaki dan wanita. Aku tak buleh komen lebih2 tang kesamarataan coz ilmu aku pun kurang. Laki aku kata buleh ka bagi harta tak ikut faraidh?

Aku kata buleh sgt aih... AkKu pun baru ja tau pasai ni, dlm 2 tahun lepas. Aku kata la walopun aku dpt 1/8 ja dari harta laki aku tapi aku buleh claim harta sepencarian byk2 (hehehehe..lawak bodo la tu). Ok, bg contoh lain. Katalah aku ada 2 anak, sorang laki, sorang pompuan. Yg laki ni buat perangai menyakitkan hati je, yg pompuan layan baik2, caring etc, rasa mcm nak bagi lebih kat pompuan dak? Boleh tapi ada la kena ambik kira some kiraan2 dulu.

Faraidh ni kira mcm last resort la, bila kematian takdak wasiat. Kalu ada wasiat, ikut wasiat la.

Dah lari jauh dari tajuk kat atas tu. So berbalik kpd hal ehwal muallaf ni, ada kes muallaf kena caci sbb bertatu sedangkan tatu tu dibuat sblm dia msk Islam dan dia sampai cedera nak buang tatu sbb kena cerca. Ust kata tak patut orang Islam berkelakuan mcm tu. Dia dah berkorban masuk Islam, ada yg buang keluarga (bergaduh) dan kita pulak sedara seislam layan depa mcm tu. Tak patut.

Jumpa Ust. Zahzan - 2/3/09

Ustaz ni aku selalu dgr ceramah dia kat Radio IKIM pagi2 time gi keje naik komuter dulu. So dlm pukul 6.30 - 6.45 tu time dia la.

Dlm radio dgr mcm serious espeseli time dia tegur ustaz2 guna kisah2 Israiliyat.

One day aku tgk tv (baru2 ni gak) dan oo....ni ka dia Ust Zahzan. Dlm tv muka duk senyum ja sambil bercakap (aku terjatuh cinta kejap).

2/3/09 aku kat airport JB nak balik ke KL after 3 hari kene keje kat JB (tensen dan aku menyumpah2... ooppsss... now u know i swear a lot di sebalik muka yg baik ni). Dak masuk area boarding, round2 kat kedai coklat (perrgghhh malah nak mampus walopun dia ckp duty-free, murah lg coklat kat Langkawi). Nampak la tuan empunya muka yg manis ni, aku pun ala2 malu2 kucing tegur "Ust. Zahsan ye"? Dia senyum and angguk. Aku tanya "Nak pi mana?" Dia kata KL. Aku kata, oo..sama la...

Ok, the end. Ok la, kira berbaloi la kena pi JB pun.

Oh, aku citer la kat laki aku dgn excited, tapi cess, laki aku tak kenai Uzst. tu. Dia kenai artis and pompuan seksi ja...baguih la...

Dajjal - oleh Ust. Yusoh Nawawi

Tadi dgr kat Radio IKIM.

Tajuk ni adalah part of tanda2 besar kiamat antaranya turunnya NaAbi Isa, berlaku asap yg banyak, keluar api dari Yaman, keluar binatang dr bumi (Yakjuj & Makjuj) etc.
Ustaz ulas pasal tafsiran sorang yg bernama Thompson yg masuk Islam. Katanya Dajjal bentuk gergasi / giant belum keluar lagi tapi Dajjal bentuk kiasan dah banyak dah.

Dalm hadis Nabi dikatakan Dajjal antaranya ada satu mata, ada syurga dan neraka di kiri dan kanannya, semua orang dengar cakapnya, lautan bumi ada di kakinya dan ada perkataan kafir (kaf-fa-ra) di dahinya.

1) Ada satu mata maksudnya memandang dgn sebelah mata - tak adil, kira buat suka hati
2) Ada syurga dan neraka - tetapkan syurga (bagi kesenangan) bagi org yg ikut cakap dia dan neraka bg org yg taknak ikut cakap dia
3) Orang patuh cakap dia - influenced (mcm Amerika dgr ckp Israel)
4) lautan bumi ada di kakinya - keupayaan untuk mengawasi laut (dan bumi pun). Satelit???
5) Ustaz kata, jet2 Israel kalu ditengok dari bawah ada huruf KFR (mcm ka-fa-ra).
(bermakna yg tepat dgn Dajjal = Israel???)

Ustaz kata lagi, doa diakhir solat yg diajar nabi supapa dilindungi dari seksa kubur dan neraka, fitnah hidup dan mati dan fitnah Dajjal. Ustz kata, Dajjal dlm doa ni termasuk la Dajjal kecik iaitu sesiapa saja yg nak baut jahat kat kita.

Oh yer, maksud asal perkataan Dajjal ni dari word yg bermaksud menyembunyikan kebenaran. Aku rasa sesuai sgt la dgn Israel dan sekutu dia.

Monday, March 2, 2009

Update - Penggunaan Allah

Hari ni dgr update dlm radio bahawan perkataan Allah tak ada dalam mana2 bible.
Ekceli, asalnya ada tapi after many revisions, perkataan tu jadi footnote dan seterusnya revise lagi terus hilang. Ni dari baccan aku - buku Sheikh Ahmad Deedat.

Dr. Asri pun ada ulas isu ni dulu dlm Pena Mufti. Dia kata sort of satu yg baik la sbb (pada aku) Allah tu mcm the only God dan asal2nya tuhan yg banyak orang2 sembah cuma ajaran mungkin jadi berkembang dan jadi agama/ mazhab baru atau banyak agama yg wujud sekarang serpihan dari agama tauhid yang suruh sembah Allah. No wonder byk things in common (tajuk buku Syed Ali Akbar). Satu hal lagi, kalau dlm bible yg duk ada skrg (after revision) takde word Allah, janganla pulak bible BM ada word Allah, nampak sgt ada udang sebalik batu.

Orang2 Islam marah bila ada usaha mensamatarafkan Islam dgn agama lain melalui interfaith group sbb tujuan dahn melencong. Islam menggalakkan berdialog tapi dgn niat yg betul bukan mensamatarafkan IsSlam dgn agama lain.

By the way, fikir punya fikir, penggunaan Allah ni dari sudut positif boleh jadi peluang. Mesti orang terfikir how come agama lain2 tapi duk guna Allah je. So orang lagi mengkaji dna mungkin menemui kebenaran. Soal salah faham tu, mesti diatasi dengan ilmu. Sebelum kita risau anak kita terpengaruh, kita kena proaktif dgn ceritakan isu2 semasa mcm kes ni lah dan beri penerangan jelas. So kalau kita sendiri tak tahu, maknanya kita pun kena belajar tu. Jangan takut tak tentu pasal.

Sunday, March 1, 2009

Komunikasi Berkesan

Aku pun tak berapa sure apa nak taruk sebagai title post ni.

Masa wedding Sri, Awa dan suami dia (Shahrul) citer pasal anak dia yang taknak buat homework. Laki dia cerita bahawa dia berdoa kuat2 bagi anak dia dengar lebih kurang mcm ni

"Ya Allah, apa lah dosa aku, anak aku tak mau buat homework, aku susah2 kerja bla..bla.." dengan nada sedih.

Hasilnya anak dia jadi rajin buat keje sekolah. Aku teringat masa aku jumpa Awa lebih awal, dia ada citer anak dia macam merajuk bila cikgu suruh slow down in completing homework. My impression was, wahh....rajinnya... So, doa tu berkesan lah.

Kakak aku punya cerita pulak, one day dia hanta anak2 dia gi fardhu ain, or tuisyen tapi bila sampai sekolah budak2 tu takmau turun gi masuk kelas. Kakak aku sort of membebel dgn emosi "mu ingat aku tak penat keje. mu pulak takmau sekolah" bla..bla..tak silap aku kakak aku pun buat2 menangis kut. Terus anak dia ikut kata.

Teori kakak aku : dgn anak2 ni kena tunjuk emosi.
Kalu setakat cakap je, (anak2 akan ingat kita saja2 nak cari pasal membebel. Dan lama2 diorang tak heran dgn kata2.)

My experience pun mcm betul je benda ni. Wallaahua'lam