Aku pun tak berapa sure apa nak taruk sebagai title post ni.
Masa wedding Sri, Awa dan suami dia (Shahrul) citer pasal anak dia yang taknak buat homework. Laki dia cerita bahawa dia berdoa kuat2 bagi anak dia dengar lebih kurang mcm ni
"Ya Allah, apa lah dosa aku, anak aku tak mau buat homework, aku susah2 kerja bla..bla.." dengan nada sedih.
Hasilnya anak dia jadi rajin buat keje sekolah. Aku teringat masa aku jumpa Awa lebih awal, dia ada citer anak dia macam merajuk bila cikgu suruh slow down in completing homework. My impression was, wahh....rajinnya... So, doa tu berkesan lah.
Kakak aku punya cerita pulak, one day dia hanta anak2 dia gi fardhu ain, or tuisyen tapi bila sampai sekolah budak2 tu takmau turun gi masuk kelas. Kakak aku sort of membebel dgn emosi "mu ingat aku tak penat keje. mu pulak takmau sekolah" bla..bla..tak silap aku kakak aku pun buat2 menangis kut. Terus anak dia ikut kata.
Teori kakak aku : dgn anak2 ni kena tunjuk emosi.
Kalu setakat cakap je, (anak2 akan ingat kita saja2 nak cari pasal membebel. Dan lama2 diorang tak heran dgn kata2.)
My experience pun mcm betul je benda ni. Wallaahua'lam
Sunday, March 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment