Wednesday, December 31, 2008

Tak Selamanya (tunggu mati)

Hari esok nan melambai
Mentari kan terbit lagi
Semua itu tidak kekal
Kan binasa akhirnya

Indahnya alam semesta
Hingga terasa di hati
Yang hidup akan punah
Yang mula ada akhirnya

Oh indah ciptaanNya
Yang ada sementara
Semuanya akan sirna
Yang kekal hanyalah Allah

Telah Dia tentukan
Usia makhluk semua
Yang hidup akan mati
Tiada yang abadi

Hari esok nan melambai
Mentari kan terbit lagi
Semua itu tidak kekal
Kan binasa akhirnya

Kawan tak selamanya
Kasih demikian jua
Bahagia ada batasnya
Suka duka silih berganti

Esok entahkan ada
Terbitkah mentari pagi
Yang pasti kita semua
Menunggu saat binasa
Menunggu ajalkan tiba
Menanti ketentuanNya

Iman Mutiara - Raihan

Aku tak berapa suka lagu2 nasyid tapi this one, I really like.

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Kita Adalah Insan - Yantzen

Masa sekolah dulu aku suka lagu ni. Satu sbb dia ala2 rock. Satu lagi sbb mesej dia (tapi kurang dihayati)

Kita Adalah Insan
Menumpang Atas Dunia
Aku Dengan Caraku Yang Sederhana

Kita Adalah Hamba
Berbakti Pada Yang Esa
Aku Mencari Sinar Keredhaannya

Kita Sama Sahaja
Bezanya Cuma Amalan Kita
Engkau Dan Juga Aku Saling Perlukan

Oh Cinta Yang Murni
Sebagai Ingatan
Yang Kukuh Di Hati
Demi Masa Depan
Jangan dihancurkan
Hidup Yang Indah Ini
Akibatnya..........
Merana..........

Kita Adalah Insan
Menumpang Atas Dunia
Aku Dengan Caraku Yang Sederhana

Kita Sama Sahaja
Bezanya Cuma Amalan Kita
Engkau Dan Juga Aku Saling Perlukan

Oh Cinta Yang Murni
Sebagai Ingatan
Yang Kukuh Di Hati
Demi Masa Depan
Jangan Di Hancurkan
Hidup Yang Indah Ini
Akibatnya..........
Merana..........

Jangan Hancurkan
Hidup Yang Indah
Kita Adalah Hamba Yang Esa

Perempuan Lebih Ramai Dlm Neraka

Ni huraian melalui pemahaman aku - dengar dari radio IKIM - Ustaz Zahazan.

Nabi bersabda supaya isteri2 orang Islam perbanyakkan sedekah. Bila ditanya, Nabi kata kerana mereka terlalu banyak bercakap dan tersilap dalam percakapan.

Maksudnya org perempuan byk bercakap perkara2 yang mendatangkan dosa. Contoh yang diberikan adalah beberapa orang perempuan yang masing2 berceritakan keburukan suami daripada kedekut, suka pukul dan lain2. Pendek kata memdedahkan keaiban suami.

Kata ustaz lagi, oleh kerana tabi'i perempuan yang suka bercerita dan mengeluh, suami kena ambik peduli dan layan orang perempuan dan memahami. Bila tak faham dan tak layan, itu la jadi isteri cari tempat luahan lain. Katanya kalau meluah kat sesama perempuan taklah seteruk meluah kat lelaki sbb bila dah meluah kat lelaki lain cerita jadinya. Korang pun tau banyak office affairs skrg ni kan...haa..kes2 mcm ni lah.

Aku tak sempat dengar sampai habis tapi aku rasa dgn bersedekah, dapat menghapus dosa.

Monday, December 29, 2008

Dosa Mengumpat

Harap kita terpelihara. Mengumpat ni dah jadi macam amalan seharian.

Dalam bahasa Arab, dipanggil ghibah. Sahabat bertanya pada Nabi jika boleh ghibah kalau yang diperkatakan itu betul. Jawab baginda "Jika yang engkau sebut itu betul maka itulah ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buthan (membuat pendustaan). Hadis ini dari Abu Hurairah.

Ibnu Abi Najih r.a. berkata ada seorang wanita pendek telah datang ke rumah Rasulullah. Setelah dia tinggalkan rumah, Aisyah r.a. berkata "Alangkan pendeknya wanita itu". Rasulullah segera tegur "Engkau ghibah". Aisyah jawab "Aku tidak sebut melainkan apa yang sebenarnya ada padanya." Tegas Nabi "Engkau telah menyebut yang paling buruk padanya".

Allah memberitahu Nabi Musa dgn amaran "Barangsiapa meninggal dunia sedang dia sudah bertaubat dari ghibah, maka dia itula yang terakhir masuk syurga dan barangsiapa yang meninggal dunia sedang dia terus mengumpat (tak sempat taubat) maka dia itulah yang pertama masuk neraka".

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa selama umurnya menghibah sekali sahaja maka Allah akan menyeksanya dengan sepuluh macam seksaan.
Pertama: Dia mejadi jauh dari rahmat Allah
Kedua: Malaikat memutuskan persahabatan dengannya (tidak mahu menghampirinya)
Ketiga: Dicabut rohnya dengan sakit yang amat sangat
Keempat: Dia menjadi dekat dgn neraka
Kelima: Dia menjadi jauh dari syurga
Keenam: Sangat dahsyat seksaan kubur terhadapnya
Ketujuh: Amal baiknya dihapuskan
Kelapan: Roh Nabi berasa sakit kerananya
Kesembilan: Allah murka terhadapnya
Kesepuluh: Dia akan jadi orang yagn muflis di timbang amal kebajikannya dia akhirat.

Sabda Nabi lagi: Barangsiapa mengumpat saudaranya sesama Islam maka esok pada hari kiamat, Allah memindahkan laluan qubulnya ke duburnya.

Dari Ali bin Abi Talib, RAsulullah bersabda: Jauhilah olehmu sekelian dari ghibah kerana sesungguhnya di dalam ghibah ada tiga bencana iaitu doanya tidak dimakbulkan, kebaikan tidak diterima dan keaiban diri nampak bertambah2. Ghibah sebenarnya boleh dihidu seperti bau yang datang dari kilang asap getah kerana diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah bersiar2 bersama sahabat, tiba2 mereka terhidu bau bangkai busuk lalu baginda bertanya "Tahukan sekalian bau apakah ini?". Para sahabat menjawab Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda menerangkan ini ialah bau orang2 yang mengumpat seseorang yang beriman."

Friday, December 26, 2008

Nasihat Luqman Kepada Anaknya - Dunia

Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya. Bila engkau ingain selamat agar jgn karam, layarilah lautan itu dgn sampan yang bernama TAQWA, isinya ialah IMAN dan layarnya ialah TAWAKKAL kepada Allah.

Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan dgn urusan dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukan untuk dunia saja. Sesungguhnya tidak ada makhluk yg lebih hina daripada orang yg terpedaya oleh dunia.

Roh Orang Berhutang

Roh orang yang berhutang tidak dapat temui Allah selagi hutang tak dibayar. Bahkan Rasulullah tidak akan bersolat ke atas mayat yang hutang belum dijelaskan - ada hadis. Sabdanya "Sesungguhnya roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya. Sehinggalah hutangnya dijelaskan." (Bukhari adn At-TIrmizi)

Hadis lain pula meriwayatkan Abu Qatadah pernah menjamin membayar hutang seorang mati sebanyak dua dinar. Setelah dijelaskan, Rasulullah bersabda "Sekarang telah sejuk kulitnya" (Al-Hakim, Ail-Baihaqi, At-Tayalisi dan Ahmad)

Sabda Rasulullah :Siapa yang tolong melepaskan hutang seorang di akhirat, maka Allah akan melepaskan (kesulitannya) di akhirat"(Ad-Daraqutni).

Syafaat Rasullah di Akhirat

Nabi Muhammad satu2 Nabi yg dapat beri syafaat kepada umatnya dan juga umat nabi lain. Menurut riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a., sewaktu di mahsyar dgn panas terik masing2 menemui nabi2 tertentu utk minta pertolongan hingga kepada Nabi Muhammad. Nabi2 lain tidak
sanggup memberi syafaat kerana merasa tidak layak.

Baginda pun pergi ke bawah arasy bersujud dan membaca puji2an pada Allah.

Setelah itu ALlah befirman "Wahai Muhammad angkatlah kepalamu dan mintalah sesuatu nescaya Aku makbulkan" Dia berkata "Umatku ...umatku".

Allah berfirman "Ya Muhammad, masukkan umatmu ke dalam syurga tanpa hisab melalui pintu sebelah kanan dan umat nabi lain melalui pintu2 lain"

Siapa umat2 Rasulullah tu? Mereka yang patuhi segala perintah Allah dan mengikut sunnahnya. Siapa yg mendapat syafaatnya akan dpt kebebasan hisab perbicaraan di mahkamah akhirat dan titian sirat dan masuk syurga tanpa hisab.

Rahmat Allah

Nabi bersabda "Allah limpahkan kasih sayang kepada makhluk 100 bahagian. 1 diberi kepada makhluk ketika di muka bumi dan 99 lagi disimpan untuk diberi di akhirat" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang yang membuat kebajikan dibalas dgn pahala dan syurga bukan kerana usaha tetapi kerana rahmat Allh. Jika dibandingkan ketaatan hamba dan balasan nikmat Allah, amat tidak memadai. Jika begitu dikira, seorang pun tak layak mendapat nikmatNya tetapi Allah itu maha luas rahmatNya.

Kisah dlm kita Durratunnasihin:
Nabi memberitahu para sahabat. "Baru tadi Jibril datang kepadaku menceritakan tentang seorang hamba Allah"

Hamba Allah itu telah beribadat selama 500 tahun puncak gunung yang dikelilingi lautan dan Allah memancarkan mata air tawar di celah air masin. Ada sepohon delima yang berbuah sebiji setaip hari untuk makanannya. Setiap petang dia mengambil wudhuk di perigi itu dan makan buah delima. Dia pun naik semula solat dan beribadat pada Allah. Pada suatu hari dia berdoa supaya dimatikan dalam solat/ sujud. Malaikat turun dan dapati dia dah mati.

Allah kata "Masukkan dia ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang Ku"

Hamba Allah tu kata "Bahkan sebab amalku sendiri"

Allah pun suruh malaikat menimbang pahala amalannya dan bandingkan dengan nikmat yang Allah kurniakan. Bila ditimbang, hanya nikmat mata/ penglihatan menyamai 500 tahun pahala amalannya (belum dikira nikmat Allah yang lain).

Allah pun kata kepada malaikat "Masukkan dia dalam neraka". Malaikat pun heret dia nak bawa masuk neraka, hamba itu menjerit nama Allah dan kata "Demi rahmatMu Ya Allah, Masukkan lah aku dalam syurga"

Allah berkata pada malaikat "Kembalikan dia padaku"

Allah kata padanya "Wahai hambaKu siapakah yang mencipta kamu sedangkan kamu tidak nwujud sebelum ini?"

"Engkau, Ya Allah"
"Adakah sebab amalan engkau?"
Dgn malu hamba jawab "Bahkan dgn rahmat Mu"
"Siapa yang beri kekuatan utk engkau beribadah selama 500 tahun, yg menurunkan engkau di puncak gunung di tengah2 lautan, yang keluarkan air tawar di celah air masin dan buah delima setiap hari sedangkan ia biasanya berbuah sekali setahun dan siapa yang mencabut nyawa engkau tatkala engkau sujud?"

"Semua itu adalah kerana rahamtKu dan kerana rahmatKu juga yang memasukkan kamu ke dalam syurga."

Oleh itu kita kena harapkan rahmat Allah dan berdoa agar mati dlm iman, kerana memberi iman juga kerana rahamt Allah, bukan dgn usaha kita.

"Jangan kamu mati melainkan dlm keadaan beriman" (Ali-Imran ayat 102)

Wednesday, December 24, 2008

Zikir

Berzikir Berdasarkan Zikir Rasulullah (Berdasarkan Hadis-Hadis Yang Tsabit)

Sebahagian Firman Allah s.w.t. Berkenaan Zikir:
َهَّللا اوُرُآْذا اوُنَمآ َنيِذَّلا اَهُّيَأ اَي اًريِثَآ اًرْآِذ
Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya; (al-Ahzaab (33): 41)
َّللا ِفلاِتْخاَو ِضْرلأاَو ِتاَواَمَّسلا ِقْلَخ يِف َّنِإ ِباَبْللأا يِلولأ ٍتاَيلآ ِراَهَّنلاَو ِلْي() َهَّللا َنوُرُآْذَي َنيِذَّلا لاِطاَب اَذَه َتْقَلَخ اَم اَنَّبَر ِضْرلأاَو ِتاَواَمَّسلا ِقْلَخ يِف َنوُرَّكَفَتَيَو ْمِهِبوُنُج ىَلَعَو اًدوُعُقَو اًماَيِقِراَّنلا َباَذَع اَنِقَف َكَناَحْبُس

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Ali Imran (3): 190-191)

ُبوُلُقْلا ُّنِئَمْطَت ِهَّللا ِرْآِذِب لاَأ ِهَّللا ِرْآِذِب ْمُهُبوُلُق ُّنِئَمْطَتَو اوُنَمآ َنيِذَّلا
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (ar-Ra’d (13): 28)

Sebahagian Hadis Nabi s.a.w. Berkenaan Amalan Zikir:

Maksudnya: "Bandingan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dan orang-orang yang tidak berzikir mengingati Tuhannya seperti orang yang hidup dengan orang yang mati." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Hadis No.: 6407)

Maksud Hadis Qudsi:
"Sesiapa yang berzikir mengingati diri-KU dalam dirinya, AKU akan mengingatinya dalam diri-KU. Sesiapa yang berzikir mengingati-KU dalam kelompok ramai manusia, AKU mengingatinya dalam kelompok makhluk yang lebih baik daripada mereka." (Sahih Bukhari, Hadis No.: 7405, Sahih Muslim, Hadis No.: 2675)

Kelebihan Dan Saranan Mencontohi Zikir Rasulullah:
َنَسَح ٌةَوْسُأ ِهَّللا ِلوُسَر يِف ْمُكَل َناَآ ْدَقَل اًريِثَآ َهَّللا َرَآَذَو َرِخلآا َمْوَيْلاَو َهَّللا وُجْرَي َناَآ ْنَمِل ٌة
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab (33): 21)

Penting - Rasul Dahri

Dear Readers,
Sapa2 ada baca posting saya yg ada rujuk kepada Rasul Dahri, harap2 hati2 dgn laman webnya.
Ada yg kata dia fahaman wahhabi yang telah difatwakan sesat olek JAKIM oleh kerana menyamakan sifat Allah dgn makhluk.

Makna Bacaan Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Makna Bacaan Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba ('ibaadi) Allah yang soleh.
Aku naik saksi (Asyhadu) bahawa (an) tiada (laa) Tuhan (ilaaha) melainkan (illa )Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Makna Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Biasa kita sebut 'sayyidinaa' Muhammad. Pls note, bukan 'saidinaa' ye. Saidina tu game ala2 Monopoly.

sayyidi = tuan. Note: huruf Ya ada sabdu (Arab panggil syaddah kut)
naa = kami

Makna Bacaan Ketika Duduk di Antara Dua Sujud

Ya Allah, ampunilah daku (rabbighfirlii). Li = bagiku
Rahmatilah daku (warhamnii),
kayakan daku (wajburnii),
angkatlah darjatku (warfa'nii),
rezekikan daku (warzuqni),
berilah aku hidayah (wahdini),
sihatkanlah daku dan (wa'aafinii)
maafkanlah akan daku (wa'fu 'annii).

wa = dan
nii = aku

Fe'el (verb) dlm ayat di atas adalah jenis Amar = perintah.
Bukan lah maksud kita perintahkan Allah, mcm dia perintahkan kita, tapi kita mintak dia berikan kpd kita.

Makna Bacaan Rukuk, I'tidal, Sujud

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci (Subhaana) TuhanKu (Rabbiya) Yang Maha Agung ('azim) dan dengan segala puji-pujiannya (wabihamdihi).

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
sami'a = dengar
hamidah (asalnya hamida-hu) = yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. (Rabbanaa lakal hamd)

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Makna Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai (maaliki) hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah (na'budu)dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan (nasta'iin).
Tunjukilah (ihdina)kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai (maghdhuubi 'alaihim) dan bukan jalan mereka
yang sesat (dhollin).

Makna Doa Iftitah

Ada sikit pelajaran bahasa Arah... Haiyya Bil 'Arabiyyah...

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya (kathiira).
Maha suci Allah sepanjang pagi (bukratan) dan petang(wa asiila) .
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku (wanusuki), hidupku (wamahyaya), matiku (wamamaati)
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Tuesday, December 23, 2008

Orang2 Yang Didoakan Malaikat

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Doa Kebajikan untuk Orang Lain

Islam galakkan kita doa untuk saudara2 kita di belakang kerana doa ini tidak pernah ditolak Allah. Bahkan jika kita ingin berdoa untuk diri kita, sebaiknya terlebih dulu doa utk orang lain. Di samping hajat makbul, dapat pahala juga.

Sabda Rasulullah "Doa seorang muslim lain di belakangnya segera dimakbulkan Allah. Malaikat yang sentiasa bersamanya turut serta mengaminkan dan berkata Amin, bagi engkau seumpama yang engkau pohon itu."

Anak Soleh Sebaik Peninggalan

Hadis dari Abu Qatadah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda di antara salah satu perkara yang dianggap sebaik2 peninggalan seseorang yang sudah mati ialah "anak yang soleh yang sentiasa berdoa dan beristighfar untuknya" (Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban, At-Tabrani dan Ibnu Abdul Barr). Menurut Al-Munziri, hadis ini sahih. Juga diriwayatkan oleh Al-Bazar dalam hadis lain.

Maksud hadis, anak soleh yang berdoa dan beristighfar untuk ibubapa maka Allah beri ganjaran pahala terus menerus ke alam kubur hingga ke hari kiamat.

Sakitnya Mati - Nabi Sam bin Nuh

Pada suatu hari Nabi Isa berjalan di kubur dan baginda peritnahkan mayat di dalam kubur itu supaya hidup dan keluar dari kubur. Lalu hidup dan keluarlah Nabi Sam bin Nuh dengan rambut dan janggut putih. Nabi Isa tanya kenapa rambutnya putih sedangkan masa mati dulu masih hitam. Nabi Sam berkata, memang hitam tapi dia terkejut dan takut dgn panggilan Nabi Isa kerana dia ingat dah kiamat. Nabi Isa tanya lagi dah berapa lama dia mati. Dia kata "dah 4000 tahun tapi sakit roh terpisah dari jasad masih terasa hingga kini."

Kerana Uban

Abdullah bin Nauh seorang hartawan di Madinah. Secara tiba2 dia meninggalkan hidup mewahnya dan jadi tukang sapu di masjid dan beribadat siang malam. Anak2nya merasa hairan dan bila mereka ajak pulang, dia memencil di kubur. Setiap malam dia pergi ke kubur dan berdoa pada Allah.

Ada seorang rasa pelik dgn kelakuan dia dan bertanya apa hal yang menyebabkan dia berubah dgn mendadak. Abdullah beritahu sebabnya tapi dia suruh orang itu rahsiakan. "Pada suatu hari sedang aku bercermin, aku terpandang satu urat rambut yang jadi uban di celah2 rambut2 hitam. Aku pasti itu adalah amaran bahawa malaikat maut akan datang bila2 masa saja."

Beberapa hari kemudian, anak cucunya jumpa dia terbaring mati dalam lubang kubur yang dia gali sendiri di kubur itu.

Hadis - Menyatakan Ehwal Kebaikan Si Mati

Dari Anas r.a., suatu ketika ada seorang mati dan dihadapkan kepada Rasulullah dan baginda bertanya kepada orang ramai "Apa yang kamu ketahui tentang dia?". Mereka menjawab "Dia seorang yang baik dan menyintai Allah dan Rasul-Nya". Kata Rasul "Tetaplah dia mendapat syurga" (Riwayat Bukhari, Muslim, An-Nasai, At-Tirmizi, Ibnu Majah, At-Tayalisi dan Ahmad).

Juga dari Anas, Rasul bersabda "Sesiapa yang mati di kalangan kamu mengucapkan kebaikan tentangnya (samada ketika ia sakit atau mati) maka wajiblah ia memperolehi syurga. Sesungguhnya para malaikat adalah saksi2 Allah di langit dan kamu adalah saksi2 Allah di bumi" (Riwayat Bukhari, Muslim, An-Nasai, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim, At-Tayalisi dan Ahmad)

Selari dgn hadis Qudsi bahawa Allah berfirman "Aku menurut sangkaan hamba-Ku" (Riwayat Bukhari)

Sunday, December 21, 2008

Kisah Raja Yang Amanah

Ni kisah aku baca kat suratkhabar baru2 ni.

Ada seorang raja yang meninggalkan kerajaannya dan menjadi penjaga kebun kurma. Sekian lama dia jaga kebun, suatu hari tuan kebun datang dan menyuruh si penjaga ni mencari buah kurma yang masak. Si penjaga ni pun ambik sebijik dan beri kat tuan kebun. Buah tu tak cukup masak dan kelat2. Dia pun suruh si penjaga cari lagi. Penjaga ni pun bagi lagi sebijik dan tak masak jugak.

Tuan kebun tu pun marah la si penjaga ni, katanya dah bertahun2 keje tapi masih tak reti membezakan buah masak dan tak masak.

Si penjaga tu kata "Tuan cuma suruh saya jaga kebun je, tapi tuan tak beri keizinan makan buahnya".

Husnul Khaatimah v/s Suu-ul Khatimah

Hadis Rasulullah S.A.W:
"Ada orang yang mengerjakan pekerjan ahli neraka padahal sebenarnya dia adalah ahli syurga dan juga ada orang yang mengerjakan pekerjaan ahli syurga padahal ia adalah ahli neraka. Sebab sesungguhnya amalan itu akan dinilai pada akhir hayat seseorang." (Bukhari dan Muslim)

Hadis ini bermaksud samada mati beriman atau kufur semuanya di tangan Allah, cuma kita perlu berusaha untuk dapat rahmat dan taufik Allah.

Amalan2 supaya mati dlm keadaan beriman adalah:

1) Melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan
2) Berbaik sangka pada Allah (bahawa Allah maha pengampun dan luas rahmat-Nya
3) Selalu berdoa agar Allah matikan dlm keadaan beriman dan tidak kufur. Doa yang diajar Nabi S.A.W adalah:
"Ya Allah, akhirilah hayat kami dalan keadaan husnul khatimah dan jangan akhiri hayat kami dalam meadaan suu-ul khatimah. Ya Tuhan kami janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk dan berikanlah kepada kami kurniaan Rahmat-Mu. Sesungguhnya Engkau yang banyak memberi kurniaan."

Alam Kubur Tahap Pertama

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sebungguhnya lam kubur adalah tahap pertama untuk alam akhirat. Apabila seseorang selamat di tahap pertama maka untuk peringkat seterusnya ia akan hadapi lebih mudah. Tetapi kalau di tahap pertama ia tidak selamat maka peringkat seterusnya adalah lebih dahsyat lagi" (At-Tirmizi, Ibnu Majjah dan Al-Hakim)

Thursday, December 18, 2008

Rukun Solat & Perkara Yang Membatalkan Solat

Rukun Solat terdiri daripada 13 perkara:

Niat
Takbiratul ihram
Berdiri betul bagi orang yang berupaya
Membaca surah Al-Fatihah
Rukuk serta tamaqninah
Iktidal serta tamaqninah
Sujud serta tamaqninah
Duduk antara dua sujud
Duduk tahiyat akhir
Membaca tahiyat akhir
Membaca salawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir
Memberi salam yang pertama
Tertib


Terdapat 11 perkara yang membatalkan Solat:

Meninggalkan salah satu rukun solat
Berhadas kecil atau besar
Makan atau minum
Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat
Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut
Berkata-kata
Berpaling dada daripada arah kiblat
Ketawa dengan mengeluarkan suara
Terbuka aurat dengan sengaja
Berubah niat
Murtad

Solat 2

Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan bersih anggota badan. Segala perjanjian telah dilakukan dalam solat mestilah dipelihara di luar solat.

Solat mendidik manusia sentiasa mengingati Allah s.w.t dan mematuhi perintah-Nya. Solat boleh memelihara manusia daripada melakukan kejahatan, seperti Firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar...."

Solat memberi ketenangan jiwa. Solat membawa kejayaan kepada orang mukmin tetapi hendaklah dilakukan dengan khusyuk.

Firman Allah s.w.t.; "Sesungguhnya solat itu satu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin." (An-nisa': 103)

Syarat wajib Solat ada lima iaitu:
- Islam
- Baligh
- Suci daripada haid dan nifas
- Berakal
- Berada dalam kesedaran (tidak tidur)

Syarat sah solat itu terdiri daripada 5 perkara iaitu:
- Yakin telah masuk waktu
- Menutup aurat
- Mengadap kiblat
- Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
- Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Tertib Solat rasulullah s.a.w. : Hadith:

Dari Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w. memulai solat baginda dengan takbir. Sesudah itu baginda membaca surah al-Fatihah. Apabila baginda rukuk, kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung). Apabila baginda bangkit dari
rukuk, baginda tidak sujud sebelum baginda berdiri lurus lebih dahulu. Apabila baginda mengangkatkepala dari sujud (pertama) baginda tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih dahulu. Tiap-tiap selesai dua rakaat baginda membaca Tahiyat sambil duduk menghimpit kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Baginda melarang duduk seperti syaitan duduk atauseperti binatang buas duduk. Dan baginda menyudahi solat dengan membaca salam.”

Tuesday, December 16, 2008

Ahli Sunnah Wal Jamaa'ah

Sekadar info, oleh kerana skrg terlalu byk kekeliruan jadi elok la kita belajar supaya kita tak terjebak dlm golongan sesat. Org tua2 ckp kena berguru. Kalau kat internet terlalu byk info, takut terikut orang yang sesat/ tak berapa betul.
Mintak Allah tunjuk jalan yang lurus, takut sesat secara tak sedar.

*****************************************************

Istilah atau kalimah Ahli Sunnah wal-Jamaah sememangnya sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Islam Nusantara. Namun, apabila membincangkan perihal Ahli Sunnah wal-Jamaah terlalu sedikit yang mengetahui pengertian kalimah ini. Oleh itu, perlulah terlebih dahulu difahami pengertiannya (istilah atau definisinya) sama ada disegi bahasa atau syara. Istilah “Ahli Sunnah wal-Jamaah” terdiri dari tiga kalimah, iaitu:

1.Pertama: Pengertian Ahli
2.Kedua: Pengertian Sunnah
3.Ketiga: Pengertian al-Jamaah.

PENGERTIAN AHLI

Perkataan “Ahli” mengikut Bahasa Arab secara ringkas boleh diertikan kepada beberapa maksud, antaranya ialah:

1. Ahli bermakusd: "Pakar, Yang Berilmu atau Yang Pandai" Contoh: Ahli pertubuhan, ahli parlimen, ahli mahzab, ahli sukan dan sebagainya.

PENGERTIAN SUNNAH

1. As-Sunnah: Sunnah menurut pengertian bahasa ialah: Tariqah ( الطريقة) "Jalan"[1] atau sirah (السيرة) "Sirah". "Cara (jalan) yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam yang dibina (diambil) dari kitab Allah Ta'ala (al-Quran), sunnah RasulNya dan jalan yang ditempuh oleh para sahabat sekalian yang telah diijmakkan oleh mereka"

Pengertian Al-Jamaah

Al-Jamaah: Secara khususnya ialah para sahabat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam.

Penafsiran yang paling tepat tentang "Jamaah" ialah:

"Mereka-mereka yang tergolong dari kalangan para sahabat kerana mereka sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan golongan yang teramai (السواد الاعظم) mengikut fahaman (manhaj) salaf yang hak".

Dengan demikian, sesiapa sahaja yang mengikuti (ittiba') manhaj para sahabat dengan baik pasti digolongkan sebagai al-Jamaah.

Berkata Ibn Qaiyim rahimahullah:

"Setiap individu telah mengetahui bahawa Ahli Hadis adalah golongan yang paling benar sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Mubarak: Aku dapati agama berada pada ahli hadis percekcokkan pada golongan Muktazilah, pembohongan pada ar-Rafidah dan banyak berhelah pada Ahli ar-Rakii".

Dengan penjelasan ini, golongan yang paling tepat dinamakan al-Jamaah atau Ahli Sunnah wal-Jamaah, Firqah an-Najiah atau nama-nama yang berkaitan dengan Jamaah Islamiyah, maka mereka ialah para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin dan sesiapa sahaja yang mengikut manhaj para sahabat dengan baik, terutama kalangan ulamak mujtahid yang berpegang kepada manhaj al-Kitab dan as-Sunnah.

Gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul diakhir zaman sahabat, ini berdasarkan keterangan yang diambil dari athar Ibn Abbas apabila beliau menafsirkian Firman Allah:

"Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram". Ali Imran, 3:106.

Menurut Ibn Abbas radiallahu ‘anhu:

"Adapun orang yang putih berseri-seri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang hitam muram mukanya ialah Ahli bid'ah atau orang yang sesat".

Dengan berpandukan dalil dan keterangan di atas, amat tepat pengistilahan yang menetapkan bahawa orang yang paling berhak dan layak digelar atau dinamakan Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah sesiapa sahaja yang berpegang teguh (ittiba') kepada manhaj para sahabat, tabiin dan tabiut at-tabiin yang diistilahkan sebagai "Manhaj Salaf As-Soleh". Oleh itu, sesiapa yang tidak berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh adalah golongan yang berpecah (terkeluar) dari Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:

"Pasti akan berpecah-belah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Baginda ditanya: Siapa mereka (yang ke syurga) wahai Rasulullah? Baginda bersabda: al-Jamaah".

Dalil yang menjelaskan bahawa hanya sesiapa yang berpegang dan kembali kepada al-Quran, sunnah Rasulullah dan athar sahabat berhak dinamakan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj salaf ialah berdasarkan hadis sahih:

"(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku sekarang dan para sahabatku".

Adalah wajib bagi setiap mukmin menjadikan akidah dan amalannya seperti yang diyakini dan dicontohkan oleh para Ahli Sunnah wa-Jamaah yang bermanhaj salaf, iaitu manhaj yang diikuti oleh para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin dan sesiapa saja yang mengikuti mereka dengan baik. Firman Allah:

"Dan hendaklah kamu bersama orang-orang siddiqin (yang benar)". At-Taha, 20:119.

Orang-orang utama yang telah mendapat gelaran dan penghormatan sebagai syuhada', solehin dan siddiqin ialah para sahabat, maka untuk digolongkan sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah yang diterima oleh syara, sewajarnya seseorang itu memenuhi pensyaratan yang ditetapkan oleh hujjah-hujjah di atas, iaitu kembali kepada manhaj yang diterima oleh Rasulullah yang telah dipegang dan diamalkan oleh para sahabat. Caranya hanya dengan mengikuti, kembali dan mentaati al-Quran, as-sunnah atau wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam.

Suruhan atau perintah agar bepegang teguh dengan sunnah Rasulullah dan athar para sahabat sebagai manhaj yang terjamin terdapat di dalam al-Quran, hadith-hadith dan athar yang sahih, antaranya ialah firman Allah:

"Dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu". Luqman, 31:15.

Orang-orang yang benar-benar mengikuti dan kembali ke jalan Allah Suhanahu wa-Ta'ala tentulah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda kerana mereka sentiasa mematuhi firman Allah:

"Ikutlah oleh kamu apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikit dari kamu mengambil pelajaran (daripadanya)". Al-'Araf, 7:3.

Pengertian "Mengikut apa yang telah diturunkan" sebagaimana yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah mengikut atau kembali kepada wahyu yang berupa al-Quran dan hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Hadis atau kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dinamakan sebagai wahyu berdasarkan ayat al-Quran:

"Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kamahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanya wahyu yang dibawakan (kepadanya)". An-Najm, 53:3-4.

Semasa Rasulullah ingin menyampaikan wasiat agar umat Islam benar-benar kembali kepada manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah dan meninggalkan Ahli bid'ah, tanda-tanda kesungguhan yang tergambar di wajah Rasulullah telah merubah suasana dan keadaan para sahabat di ketika itu, sehingga menggegarkan hati para sahabat dan mengalirkan air-mata mereka. Kejadian tersebut telah menunjukkan peripentingnya umat Islam berpegang dan kembali kepada pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang menjadi manhaj para sahabat sekalian. Rasulullah berwasiat:

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan. Kami berkata: Wahai Rasulullah! Seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami. Baginda bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak, maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham. Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat".

Sudu v/s Tangan

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional Kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan Kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya Kenapa mereka berbuat begitu....

Sumber Forum SU.net

Ayat2 Terengganu

Hehehehe..ni dlm forum kelab penduduk taman aku.
Ni saja la ni ak ngata org tranu.

Makang Dalang Jambang...
(Makan dalam tandas)

Dokk pakka gawa
(Tak pakai langsung)

Aku pelekong dengan cetong ni karang bekok combing
(Saya baling dengan tin ni karang bengkak sumbing)

DokRokChetong
(Tak larat sangat atau tak guna langsung sipulan ni)

Boh, supik rokrak duk mane ?
(Boss, plastik mana letak?)

Dok pahang starang
(Tak faham langsung apa yang dicakapkan)

Congkeng
(terpacak)

Monday, December 15, 2008

Bantuan Kecemasan Pesakit Angin Ahmar/ Stroke

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan. Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar.

Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.

Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.

Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital. Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.

Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100% menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai- Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; En. Liu,penyelia kami diserang angin ahmar!.

Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu- Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah,(setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.

Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.

Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar. Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG
BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.

DITERBITKAN OLEH : URUSETIA AMAL KEMASEK
PT758 TINGKAT 1, BANGUNAN SEDC, KEMASEK 24200 KEMAMAN, TERENGGANU D.IMAN
TEL: 09-8662230 FAX: 09-8662231 EMAIL: info@amalmalaysia.net

Hukum Lelaki Bergelang.

Aku ada jugak baca somewhere pasal hukum lelaki pakai gelang magnet. Pakai gelang haram. Berubat harus aje. So, yang mana satu kena ikut? "Lu pikir lah sendiri" - kata Nabil.

***************************************

Contributed by administrator
Friday, 07 December 2007
Last Updated Friday, 07 December 2007

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:1)
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.


Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

Wallhualam.

Ustaz Zainuddin Hashim dipetik dari TranungKite untuk kebaikan bersama.

Menyingkap Keajaiban Tahajjud

Utusan Malaysia, 04/04/2008, Oleh ZUARIDA MOHYIN

Firman Allah SWT: Orang yang solat tahajud akan memperoleh bermacam-macam nikmat yang menyejukkan pandangan mata (as-Sajdah: 16 hingga 17), tutur kata yang berkesan, mantap dan berkualiti, qaulan tsaqila (al-Muzzammil: 5).

Manakala dalam surah al-Israk ayat 79 menjelaskan pengamalnya memperoleh tempat yang terpuji, maqaman mahmudah, baik di dunia mahupun di akhirat dan di sisi Allah.

“Selain itu, bersolat tahajud juga dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit.” (riwayat al-Tirmizi)

Dalam hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa solat tahajud itu memiliki manfaat praktis, baik dari segi keagamaan mahupun dari sudut kesihatan. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa solat tahajud ini dapat menjaga homeostasis tubuh.

Surah al-Jasiyah ayat 15 yang bermaksud: Sesiapa yang menjalankan amal soleh, maka itu adalah untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri.

Lantaran itu, penerbitan buku berjudul, Terapi Solat Tahajud-Mukjizat Penyembuh Penyakit oleh PTS Millennia akan mengetengahkan penemuan-penemuan saintifik melalui kaedah psikoneuroimunologi mengenai kuasa penyembuhan yang dihasilkan melalui solat tahajud, teknik dan panduan bagi mewujudkan kuasa penyembuhan dalam solat tahajud yang kita lakukan serta bukti dan fakta-fakta benar yang dapat meningkatkan keyakinan mengenai mukjizat solat tahajud. Bahkan mereka yang menderita sakit-sakit kronik juga mempunyai peluang untuk sembuh melalui kaedah terapi solat tahajud.

Sedikit mengenai penulisnya, Dr. Mohammad Salleh adalah pengasas klinik terapi solat tahajud yang terletak di Masjid al-Akbar, Surabaya, Indonesia. Ramai orang yang mendapat manfaat dari klinik ini dan terbukti, ramai yang semakin sihat serta bertambah kekuatan rohaniah.

Perubatan - Al-fatihah dan Al-Ikhlas

Ni adik aku fwd, so aku email la Farid ni to verify, betul ke emel tu asalnya dari dia.

**********************
Waalaikumussalam,

Memang betul, email ini dari saya, dan saya dah periksa untuk pastikan tiada perbezaan dari yang asal saya hantar..

Farid Hamid


From: maizura
To: faridh63@yahoo.com; telemerit@gmail.com
Sent: Friday, December 12, 2008 10:55:35 AM
Subject: confirm

Assalamualaikum, Farid,
Saya nak confirm betul ke email ni dari awak.
Tq

***************************
Bismillahi-Rahmanir-Rahim.
Assalamualaikum saudara dan saudari,

Nama saya Mohammad Farid A. Hamid (faridh63@yahoo.com, telemerit@gmail.com) Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja. Saya harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya untuk menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri
saya dari tanggungjawap ini,sekurang-kurangnya.

Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat panas,sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta "air badak" pemberian ibu saya. Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan langsung. Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas,serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang untuk membeli betik dan tembikai. Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam dalam
air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya tertidur nyenyak.

Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut dan gempa. Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang anihnya, ada bahagian yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, dan ada bahagian yang jatuh laju entah kemana, bersama-sama orang-orang yang diatasnya. Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan didalam lopak-lopak. Saya bersama-sama orang-orang lain yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka. Sedang saya melutut membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada sayadan mengatakan, "Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum dan sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh. Ajarkanlah kepada yang lain" Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya orang itu beredar. Kesemua yang selamat nampaknya mengikuti orang itu, menuju ke satu cahaya di timur. Saya hanya sempat meihat capal yang dipakai oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik.

Saya turutkan suruhan orang tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti orang-orang lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi.

Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu saya
mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan kepala saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya. Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin Allah, banyak yang dapat saya bantu. Satu hari, saya ternampak gambar didalam majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam mimpi saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah. Untuk mendapat
kepastian, saya bertanyakan Ustadz Abdullah yang mengajar saya sewaktu itu. Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan didalamnya ayat-ayat AlQuran, adalah benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudaian memeluk saya, dan berkata,"Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana pada hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan ajarkan ayat-ayat itu kepada yang lain".

Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kepada yang lain. Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin, serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) keatas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta'ala. Itulah pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan. InsyaAllah, diberkati Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong sampaikan dan ajarkan kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.

Sunday, December 14, 2008

Tazkirah Ustaz - Salam Di Akhir Solat

Ustaz yang kami panggil ke rumah hari tu cerita tentang solat antaranya salam di akhirnya. Dia kata ramai orang yang beri salam "Assalaamu'alaikum" muka pandang depan kemudian toleh kiri/ kanan baru kata "warahmatullaah".

Dia kata cara tu kurang betul. Salam tu kira nak bagi salam kat malaikat kiri dan kanan, tapi masa kita kata Assalamu'alaikum tu, pandang depan, tak toleh kat mereka yang ada di kiri dan kanan. So cara yang betul adalah toleh dulu baru bagi salam.

Satu lagi, dia kata mana ada kena tunduk2 kepala masa kata "Assalaamu'alaikum" (yang kita duk pandang depan tu).

Wallaahua'lam tapi aku rasa logik la penerangan ustaz tu. Mungkin aku pun tak habis belajar lagi bab solat ni.

Solat

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
(surah Al-ankabut: 45)


Hadith:
Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :

"...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”"

Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:

"“Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur 10 tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur."

Saturday, December 13, 2008

Sifat Jin/ Hantu

Dalam Al Quran ada disebutkan bahawa "asalnya jin adalah takut kepada manusia tetapi selepas jin mengetahui bahawa manusia takut kepada jin maka jin menambah ketakutan pada manusia".

Apa tidaknya zaman sekarang ramai manusia dan juga orang Islam takutkan hantu dan syaitan. Sebenarnya jin dan syaitan hanya boleh menggangu manusia sekiranya diizinkan oleh Allah sahaja. Jadi mengapa perlu takut, mintalah doa kepada Allah untuk perlindungan dari gangguan jin dan syaitan.

Setengah orang Islam takutkan tempat-tempat tertentu seperti pokok besar, butan, busut, bukit dan rumah tinggal. Bila mereka melalui tempat ini ucap "datuk nenek, cucu nak tumpang lalu ...." dan berbagai sebutan-sebutan lainnya. Mereka takut kalau tak sebut sesuatu nanti "datuk" marah dan perut boleh senak atau mulut boleh senget dan lain-lainnya.

Sebenarnya orang ini ditimpa musibah tersebut adalah kerana Allah tidak memberikan perlindunganNya keatas orang tersebut lalu diizinkanNya syaitan untuk mendatangkan musibah kepada orang ini. Orang ini tidak pernah meminta perlindungan dari Allah. Sepatutnya, orang ini perlu membaca "a'uzu bikalimaatillaahi ttaammati min syarri maa khalaq" yang bermakna 'Aku minta (kepada Allah) dipelihara dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan'.

Kalau kita percaya dengan hantu, hantu gasak kita, tapi kalau yakin dengan Allah, insyaAllah Tuhan pelihara kita.

Friday, December 12, 2008

Tudung Wanita

Sebenarnya lagi panjang lebar. Aku dah delete sebahagian besar sbb semua org tau pasal tudung dan akhlak mulia associated with tudung, cuma nak laksana je yang susah.

******************************************************
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

For more info, pegi kat http://www.darulnuman.com/mhikmah/tudung.html

Wudhu'

Fardhu wudu' ada 6 perkara:

Niat
Membasuh muka
Membasuh dua tangan hingga ke siku
Membasuh atau menyapu sebahagian kepala
Membasuh dua kaki hingga ke buku lali
Tertib iaitu berturut-turut

Syarat-Syarat wudu;

Islam
Mumaiyiz
Menggunakan air mutlak
Tiada penghalang untuk air sampai ke kulit
Suci dari haid dan nipas
Mengetahui yang mana satu sunat dan wajib

Sunat-Sunat wudu';

Membaca basmalah
Membasuh kedua tangan hingga kepergelangan tangan
Berkumur-kumur
Memasukkan air ke dalam hidung
Menyapu seluruh kepala
Menyapu telinga
Membasuh tiap-tiap anggota sebanyak 3 kali
Mendahului anggota kanan dari yang kiri
Menyilang jari tangan dan kaki
Tidak bercakap ketika wudhu'
Menggosok anggota wudhu'
Bersugi
Membaca dua kalimah syahadah selepas wudu'
Membaca doa selepas wudu'

Jenis-Jenis air suci lagi menyucikan yang boleh untuk bersuci;

Air hujan
Air laut
Air perigi
Air mata air
Air sungai
Air salji
Air embun

Perkara-Perkara yang membatalkan wudhu';

Keluar sesuatu dari dua jalan qubul atau dubur
Hilang ingatan dengan sebab gila, pengsan, mabuk, pitam dan
Tidur tidak tetap papan punggung
Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan
Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan atau perut anak jari

Jangan Sombong

Ingatlah, Barangsiapa yang membuat amalan dengan sombong, Allah akan membuka keaiban dan kekurangan dari amalan tersebut (maksud Hadith Muslim)

Hari ini, kita dipuji oleh orang lain, kita disanjung oleh orang lain, kita dipuja oleh orang lain bukan kerana kehebatan kita. Kita dipuji oleh orang lain kerana Allah menutup keaiban kita. Jika Allah membuka keaiban kita, tidak ada lagi kemuliaan di sisi manusia.

oleh itu, jangan sombong dengan apa yang kita ada. Tawadhuklah, kerana orang yang tawadhuk kerana Allah akan diangkat darjatnya di mata manusia (maksud hadith at-Tarmizi)

http://www.ustazamin.com

Sangkaan Pada Allah

Dari Abu Hurairah dari Rasullulalah S.A.W bahawa Allah Azza Wa Jalla telah berfirman, aku berserta sangkaan hambaku denganku, jika dia bersangka baik maka dia mendapatnya, jika dia bersangka buru maka dia akan mendapatnya.

Thaharah (Bersuci)

Erti bersuci ialah: Menghilangkan hadas dan najis dari badan,pakaian dan tempat supaya dapat menunaikan Ibadah khususnya solat.

Bersuci itu adalah sesuatu yg wajib dlm islam.Di antara cara bersuci ialah wudu’', mandi dan membersihkan najis dari badan dan pakaian.


Firman Allah s.w.t.:
"Wahai org-org yg beriman, apabila kamu hendak menunaikan solat,maka hendaklah kamu membasuh muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan sapukan (sedikit air) di kepala kamu dan basuhlah kaki kamu hingga kingga kedua-dua mata kaki , Dan jika kamu berjunub maka sucikan(mandi)"(Surah Al-maidah: 6)


Ada 4 jenis bersuci:

- Suci dari hadas kecil
- Suci dari hadas besar
- Istinja'
- Suci pakaian dan solat dari najis


Berikut adalah benda yang digelar najis

Bangkai
Air kencing
Tahi
Darah
Nanah
Muntah
Air mazi
Air wadi
Arak
Anjing dan babi

Thursday, December 11, 2008

Hukum Sedeqah Pahala Amalan Kepada Si Mati

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Apakah hukum seseorang menghadiahkan pahala amalan ibadahnya kepada orang mati iaitu seperti membaca al-Fatihah buat si mati dan seumpamanya, tidak kira samada dari kalangan ahli keluarganya atau selainnya..adakah pahala tersebut sampai kepada si mati ?

Jawapan :

Sebelum menjawab persoalan ini, adalah terlebih baik kiranya pembaca dapat memahami bahawa amal ibadat seseorang terbahagi kepada 3 jenis :-

1) Amal Ibadah ‘Badaniah' semata-mata : Iaitu ibadat yang dilakukan oleh tubuh semata-mata seperti solat, puasa, membaca al-quran dan lain-lain.
2) Amal ibadah ‘Maliah' : Iaitu amal ibadat berbentuk harta semata-mata, seperti zakat, sedeqah.
3) Amal ibadah yang mengandungi unsur ‘badaniah' (dilakukan oleh tubuh) dan ‘maliah' ( berbentuk harta) serentak ; ianya seperti Haji.

Maka bagi menjawab persoalan di atas, secara umumnya seperti berikut :-

a- Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut ( Rujuk : Hasyiah Ibn ‘Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 ) :-

1- Sedeqah harta dan yang sepertinya.
2- Doa & istighfar.
3- Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)

Antara dalil utama mereka adalah :-

a) Erti firman Allah : "Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu , berdoa Ya tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" ( Al-Hasyr : 10 )

b) Firman Allah ertinya : "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" ( Muhammad : 19 )

c) Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW: ertinya " Ya Rasulullah SAW , sesungguhnya ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedeqah untuknya, maka pahala sedeqah ini dapat memberi manfaat kepadanya? , Nabi SAW menjawab : " Ya" ( Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)

d) Seorang lelaki bertemu Nabi SAW lalu bertanya " Ibu telah meninggal, dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya, adakah jika aku menyedeqahkan hartanya maka dosanya boleh terhapus ? Nabi menjwab : ya" ( riwayat Muslim , Nasaie , tirmidzi dan lain-lain)

Hasil kefahaman dari dalil-dalil di atas :

* Doa muslim kepada yang lain samada hidup atau mati, adalah boleh membantu saudaranya dalam bentuk syafaat, sebagaimana kata Imam al-‘Iz bin Abd Salam "Doa adalah suatu bentuk syafaat (bantuan) yang diharuskan buat ahli keluarga dekat dan rakan yang jauh" ( Qawa'id al-Ahkam , 1/135 ).

* Amalan sedeqah harta boleh memberi manfaat kepada si mati. Bagaimanapun Imam As-Syawkani ( w 1255 H) dan Syeikh Muhd Rashid Ridha ( w 1354 H) berpendapat amalan sedeqah ini khas untuk anak si mati sahaja. Menurut mereka, sedeqah dari orang asing tidak sampai pahalanya kepada si mati. (Lihat Nayl awtar , 4/99).

Bagaimanapun Imam An-Nawawi (w 676 H) serta jumhur ulama sebelum as-Syawkani telah pun membawa hujjah bahawa sedeqah bukan dari anak juga boleh sampai kepada si mati dengan dalil berikut :-

1) Ijma' , ia telah ditegaskan oleh Ibn Quddamh ( w 620 H), An-Nawawi dan Ibn Khathir.

2) Telah sabit dalam hadtih bahawa Nabi SAW telah mengiakan pelupusan hutang beberapa orang sahabat, walaupun ia di bayar oleh bukan ahli keluarga si mati.

b- Adapun amalan-amalan lain terutamanya dari kumpulan amalan berbentuk ‘badaniah' semata-mata dan berbentuk gabungan antara amalan tubuh dan harta, Para ulama terbahagi kepada dua kumpulan besar, ia seperti berikut : -

* Majoriti ulama berijtihad mengatakan ianya tidak boleh dihadiah dan tidak sampai kepada si mati jika dihadiahkan. Ia adalah pandangan Imam As-Syafie dan sebahagian besar ulama mazhab Syafie, ia juga pandangan Imam Malik, Imam Izzudin Bin Abd Salam.

Antara dalil utama kumpulan ulama yang melarang ini adalah seperti berikut :-

1) ((وأن ليس للإنسان إلا ما سعى ))

Ertinya : "Dan sesungguhnya setiap manusia tidak akan memperolehi kecuali apa yang diusahakan.." ( An-Najm : 39 )

2) ((ولا تكسب كل نفس إلا عليها , ولا تزر وازرة وزر أخرى ))

Ertinya : "Dan tidaklah seseorang berusaha (beramal) kecuali ia akan memperolehinya , dan tidaklah seseorang kamu menanggung dosa dan beban orang lain" ( Al-An'am : 164 )

3) Hadith Nabi SAW

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو ل

Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"

Bagaimanapun, Mazhab Hanafi, Hanbali secara umum dan sekumpulan kecil dari mazhab Maliki, ulama mutaakhirin dari mazhab Syafie dan Imam Al-Qurtubi pula berpendapat : Harus dan pahala seluruh jenis ibadat sampai kepada si mati, iaitu jika ia diniatkan hadiah kepadanya. Ini beerti menurut ijtihad kumpulan ulama ini, semua ibadat seperti solat, puasa, haji, membaca al-quran, sedeqah harta, doa dan lainnya, akan sampai pahalanya kepada si mati. Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa sedeqah tidak semestinya dengan harta (al-Bahr al-Raiq,3/64 cet dar al-Kitab al-Islami; At-Tazkirah fi Ahwal al-Akhirah, 1/101)

Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal secara peribadi pula mempunyai pandangan pertengahan antara kedua kumpulan di atas dimana beliau berijtihad HARUS menyedeqahkan pahala membaca al-Quran kepada si mati.

Imam ahmad mengatakan :

" وأي قربة فعلها وجعل ثوابها للميت المسلم نفعه ذلك إن شاء الله , والمسلمون في كل عصر ومصر يجتمعون ويقرأون القرآن ويهدون ثوابه إلى موتاهم من غير نكير "

Ertinya : Dan apa jua amalan taqarrub yang telah dibuat dan dijadikan pahalanya kepada si mati yang Muslim, maka ia telah memanfaatkan si mati inshaAllah, dan orang Islam di setiap zaman dan tempat berkumpul dan membaca al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati mereka tanpa sebarang bantahan" (Al-Mughni, 2/566)

Ijtihad beliau disokong oleh sebahagian daripada ulama mazhab Syafie seperti Imam Ibn Solah, Al-Muhib at-Tabari lain-lain. Imam Ibn Quddamah Al-Hanbali ( w 620 H) berkata : " sejak turun temurun di setiap zaman muslim berkumpul dan membaca al-Quran serta mendoakan pahalanya kepada muslimin yang telah meninggal, Nabi SAW pernah bersabda bahawa si mati di azab dengan sebab ratapan dan raungan si hidup, maka tiada sebab mengapa Allah menghalang pahala kebaikan sedangkan azab boleh sampai kepada si mati.." (Rujuk al-Mughni, 2/226 cet Dar Ihya at-Turath al-Arabi)

Secara ringkas antara dalil-dalil kumpulan ulama yang membolehkan ini adalah hadith hadith yang menyebut tentang keharusannya dalam jenis ibadah Puasa, Haji, Doa, Istighfar dan lain-lain, yang mana menurut ijtihad mereka ia termasuk secara langsung atau tidak dalam bentuk ibadah ‘badaniah' semata-mata dan juga gabungan badaniah (tubuh) dan harta. Berdasarkan dalil ini mereka men ‘qias'kan kepada semua jenis ibadah.

Demikianlah, beberapa pandangan para ulama muktabar ahli sunnah wal jama'ah dalam tajuk ini, kesemua mereka sebagaimana yang dapat dibaca, berijtihad dalam memahami dalil-dalil ..maka dalam hal ini, justeru kiranya ada individu yang melakukannya, tidak harus kita menolaknya secara putus (qat'ie) kerana mereka juga mempunyai dalil walaupun dalil mereka di anggap lemah oleh yang menolak ( kecualilah jika terdapat unsur-unsur bid'ah terhasil dari perkara-perkara luar). Apa yang penting adalah menghormati hasil ijtihad para ulama yang berkelayakan.

Sebagai penutup, suka saya memetik kata Ibn Taymiah : "Sah dari Nabi SAW bahawa baginda mengarahkan bersedeqah kepada si mati, juga berpuasa untuknya , maka sedeqah untuk si mati adalah termasuk dari kalangan amalan soleh.... Bagaimanapun bukanlah dari kebiasaan para ulama salaf dan sahabat apabila solat sunat dan puasa dan haji dan membaca al-Quran, mereka menghadiahkan kepada muslimin yang telah mati, justeru adalah terlebih baik jika manusia menuruti jalan mereka kerana ia adalah lebih baik dan sempurna." (Fatawa al-Kubra , 3/38 cet dar al-kutub al-ilmiah)

Justeru, saya merasakan adalah lebih baik menghabiskan usaha si hidup untuk menghadiah pahala-pahala yang pasti sampai kepada si mati sahaja. Bagaimanapun, sesiapa yang ingin memegang ijtihad ulama yang mengharuskan, saya kira ia bukanlah masalah yang besar. Wallahu'alam.

http://www.zaharuddin.net/content/view/184/90/

Wednesday, December 10, 2008

Ayah Bantu Anak Taatinya

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abus Syaikh "Moga2 Allah merahmati ayah yang membantu anaknya untuk mentaatinya".

Maksudnya lebih kurang ayah yang mendidik anak supaya taat padanya antaranya bagi contoh baik, beri kasih sayang, main bersama, buat kerja bersama, mendisplinkan, begi teguran.

Pesan Imam Ghazali Tentang Hati

Carilah hatimu di tiga tempat.
Temui hatimu sewaktu bangun membaca Quran.
Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.

Memberi Kepada Ibubapa

Ada seorang ibu berkata kepada bahawa ibubapa gembira bila anak2 hulurkan duit kepada mereka. Bukanlah mereka mahukan sangat duit tu, tapi sebagai tanda ingatan anak2 terhadap mereka.

Ye lah, bayangkan ibubapa berhabis beribu2 ringgit, mungkin jugak berjuta untuk besarkan anak2 dan beri pendidikan elok2.

Kalau kita buat baik pada mereka mesti mereka akan doakan kita.

Ada kisah dlm majalah Anis pasal sorang anak yang hidup susah jugak merungut bila ayhnya minta duit time dia balik kampung. Nak taknak dia berilah walaupun RM 5 je. Tapi bila dia nak balik dari kampung, ayahnya akan selitkan duit pada kocek anak2nya dan jumlah tu mesti lebih dari duit yang dia beri kat ayahnya.

Berkat dia memberi kepada ayahnya secara konsisten, rezeki dia makin lama makin bertambah hingga daripada naik bas balik ke kampung dia dah boleh beli kereta Kancil. Suatu hari ayah dia kata "Nanti besarlah kereta kamu ni".

Tak sampai 3 tahun, dia pun bertukar kereta yang lebih selesa. Hidup pun dah lebih senang sebagai ahli korporat. Tapi ayahnya tetap memberi pada anak2 dia. Rupa2nya dia beri bukan kerana kekurangan atau kelebihan anaknya tu tapi kerana mahu mencontohi Allah al-Wahhab.

Pesanan dia:

Ibu ayah yang tua bukan bebanan atau liabiliti bahkan aset. Rugi siapa yang mengabaikan ibubapa.

Memberi kepada ibubapa hakikatnya memberi kepada diri kita sendiri kerana rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka jadi kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah seperti sabda Rasulullah "Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibubapa (dan aku tambah sikit (hadis jugak), marah Allah terletak pada marah ibubapa)".

Akhlak 1

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah berbicara yang baik-baik atau diam.”
(HR. Bukhari)

Seorang mukmin bukanlah pengumpat, pengutuk, berkata keji atau berkata busuk.
(HR. Bukhari dan Al Hakim)


Jangan remehkan sedikitpun tentang ma’ruf, meskipun hanya menjumpai kawan dengan berwajah ceria (tersenyum).
(HR. Muslim)


Rasulullah SAW bersabda:”Kemuliaan seseorang adalah agamanya, harga dirinya (Kehormatannya) adalah adalah akalnya, sedangkan ketinggian kedudukannya adalah akhlaknya.
(HR. Ahmad dan Al Hakim)

Rasulullah SAW bersabda:”Alangkah baiknya orang-orang yang sibuk meneliti aib diri mereka sendiri dengan tidak mengurusi (membicarakan) aib-aib orang lain.
(HR. Ad-dailami)

Permudahlah (segala urusan), jangan dipersulit dan ajaklah dengan baik, jangan menyebabkan orang menjauh.
(HR. Muslim)

http://zidaburika.wordpress.com

Pemberi Rasuah Syirik

Dengar dlm Radio IKIM.

Ustaz (tak ingt nama tapi well-known jugak) kata orang yang memberi rasuah syirik kerana dia menganggap orang yang terima rasuah (yang beri syarat kena hulur) sebagai penentu rezeki.

Ustaz cerita kisah seorang kontraktor yang diminta beri rasuah supaya dia boleh dapat kontrak. Dia ckp dia tak main benda mcm tu dan dia pun let go je lah. Ditakdirkan Allah peminta rasuah tu kena transfer dan akhirnya dapatlah kontrak tu kat dia.

Kuasa Allah kan, tapi amat sedikit orang yang yakin (termasuk aku tapi aku tak beri rasuah la weiii).

Husnul Khotimah

Firman Allah Swt : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (AL'ANKABUUT 57).

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan. (AL ANBYAA' 35)

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (ALI 'IMRAN 185).

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukan (nya). (YUNUS 49).

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (AL JUMU'AH 08).

Penting bagi kita adalah berusaha dan berdoa agar supaya akhir kehidupan kita berakhir dengan husnul khotimah dan bukan su`ul khotimah. Karena kita telah mengetahui bahwa dalam kematian hanya ada dua pilihan yaitu husnul khotimah dan su`ul khotimah. Dan yang mengetahui kematian seseorang khusnul khotimah atau su`ul khotimah secara hakiki hanyalah Allah Swt, namun Allah Swt menginformasikan kepada kita melalui nabi Muhammad Saw tentang tanda-tanda seseorang yang mati dengan membawa gelar husnul khotimah, yang dapat kita ketahui saat seseorang dalam keadaan sakaratul maut.

Berikut ini sebagian kecil tanda-tanda seseorang mati dalam keadaan husnul khotimah :

1. Ditinjau dari kata-kata terakhirnya, apabila kata-kata terakhirnya adalah kalimah kalimah toyyibah, maka itu tandanya dia mati dalam keadaan husnul khotimah.

Dari Mu`adz bin Jabal Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Barang siapa ucapan terakhirnya : La ilaha illallah, maka dia masuk surga" (HR Abu Daud & Al-Hakim).

Dari Anas bin Malik Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Sebaik-baiknya dzikir adalah La ilaha illallah dan sebaik-baiknya doa adalah Alhamdulillah" (HR At-Turmudzi & Ibnu Majah).

Karena itulah sunnah hukumnya membimbing orang yang sedang sakaratul maut untuk mengucapkan kalimat tahlil.

Dari Abi Sa`id Al-Hudri Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Bimbinglah orang mati kalian untuk mengucapkan La ilaha illallah" (HR Muslim).

2. Di tinjau dari aktifitas terakhirnya, apabila seseorang di masa-masa akhir hidupnya beribadah baik ibadah mahdho maupun ghoiru mahdho dan dia meninggal dalam keadaan beribadah atau usai menjalankan ibadah maka itulah tandanya dia mati dalam keadaan husnul khotimah.

Dari Ali bin Abi Tholib Ra, Dia berkata : "Suatu hari saya akan menunaikan sholat subuh di mesjid bersama Rasulullah Saw, tapi ditengah jalan aku bertemu dengan seseorang yang sudah renta juga mau ke mesjid untuk menunaikan sholat subuh, aku terus berjalan dibelakangnya, dan ketika kami berdua sampai di mesjid ternyata sholat berjamaah sudah usai, akhirnya aku sholat subuh berjamaah dengan kakek itu, dan ketika aku salam tahiyyat akhir si kakek tetap bersujud dan ternyata si kakek telah meninggal dunia, lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, "Ya Rasulullah, bagaimana keadaan kakek ini di akherat?" Rasulullah menjawab, "Dia masuk surga" (HR Ahmad & Daruqutni).

3. Di tinjau dari hari terakhirnya (hari jum`at), begitu banyak orang-orang sholih yang meninggal dunia pada hari jum`at, karena mati pada hari jum`at adalah tanda kematian husnul khotimah.

Dari Ibnu umar Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Tiada seorang muslim yang meninggal pada hari atau malam jum`at, kecuali Allah akan menyelamatkannya dari siksa kubur" (HR Ahmad & At-Turmudzi).

Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Sebaik-baik hari adalah hari jum`at, karena pada hari jum`at itulah Adam di ciptakan. Pada hari jum`at ia di masukkan ke surga dan pada hari jum`at ia di keluarkan dari surga. Pada hari jum`at ia wafat dan tidak akan terjadi kiamat kecuali hari jum`at" (HR As-Syafi`I dan Ahmad).

4. Di tinjau dari kondisi terakhir fisiknya. Kita sering menyaksikan seseorang meninggal dengan kondisi tubuh yang tidak wajar seperti tubuh gosong, penuh dengan luka dan nanah, berbau busuk, keluar belatung, lidah menjulur dan mata melotot atau bahkan tidak ada yang mau memandikan, mengkafani dan mensholatkan dll. Seseorang yang matinya husnul khotimah tidak akan mengalami kejadian-kejadian seperti diatas, malah sebaliknya seperti wajah mayit terlihat tenang dan damai bahkan ada yang tersenyum, banyak yang berta`ziyah dan mensholatkan dll.

Dari Abu Darda Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Tidak akan keluar ruhnya seorang mu`min sampai dia melihat tempatnya di surga, dan tidak akan keluar ruhnya seorang kafir sampai dia melihat tempatnya di neraka" (HR Al-Baihaqi).

Dari Aisyah Ra, Rasulullah bersabda: "Tidak satu mayit pun yang di sholatkan oleh seratus orang kaum muslimin dan semuanya memintakan syafa`at untuknya, pasti syafa`at mereka di terima" (HR Muslim)

Semoga kita bersama di karunia Allah Swt untuk dapat berusaha dan berdoa supaya kita mendapat gelar husnul khotimah di akhir hayat kita. Amin Amin Yaa Robbal Alamin. Wallahu a`lam bisshowaab.

http://irdy74.multiply.com/reviews/item/38

'Menganyam ' Ketupat Pulut

Bila musim2 raya ni, tu lah antara aktiviti.

Dulu mak aku ajar anyam ketupat nasi. Memang tak pernah jadi sbb tangan aku keras betul. Siap pinjam tangan orang lain suruh tarik daun2 kat tangan aku.

Raya ni (pagi raya pulak tu), mak aku ajar bungkus ketupat nasi. Walaupun menjadi la 2 bijik, tu kira nasib je lah. Bila nak buat yang ketiga dah tak jadi pulak.

Ni dok tgh makan ketupat yang tak habis lagi. Yum yumm..bestnya

Nafsu

Secara amnya nafsu terbahagi kepada 3 kategori-

1.Mutmainnah. Nafsu yang mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga.

Surah Al-Fajr [27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

[28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!

[29] Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia

[30] Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!

2.Lawwamah. Nafsu yang juga mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga, tetapi apabila tidak dapat dilakukan kebaikan itu ia kemudian mencela dirinya kerana tidak dapat melakukan kebaikan.

3.Ammarah. Nafus yang mendorong kearah kejahatan dan membawa ke neraka.


Nafsu berada didalam darah dan subur apabila makanan masuk kedalam badan. Syaitan ambil peluang melalui nafsu yang tercetus. Puasa dapat mengurangkan nafsu kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah taqwa (takut kepada Allah).

Tuesday, December 9, 2008

Hayya Bil 'Arabiyyah - Mari Belajar Bahasa Arab

Aku gembira belajar bahasa arab - bahasa Al-quran. Walaupun dah lama tinggal dan dulu pun bukan terel sgt, aku seronok kalu baca Quran dan tahu some of the makna bacaan.

Ayah aku belajar bahasa arab jugak time aku sekolah dulu. Kadang-kadang dia berlawan cakap arab dgn aku dan kdg2 dia lagi advance dan aku terpinga2 lah. Time kemas2 bilik dia baru2 ni, aku jumpa some of his arabic notes. Terharu rasa ingatkan kecintaan dia pada bahasa Al-quran.

Aku pun kena refresh balik skill bahasa arab. Insya Allah, kalu aku ada masa, aku akan citerkan some of the things yang aku belajar dulu.

Bahasa Arab memang indah tapi aku rasa rumit jugak nak boleh jadi terel. Harapan aku one day pegi Mekah, boleh cakap bahasa Arab dgn fasih.

Ada ruangan bahasa arab dlm Radio IKIM aku biasa dengar petang2 dlm kete time balik dari keje.

Mengaji Quran

Aku adalah antara anak yang ayah aku suka peringatkan. Mungkin nature aku yang tak ambik hati. Walaupun rimas, tapi aku terpaksa faham bahawa dia sayang kami dan selalu memberi peringatan.

Aku ingat lagi satu Ramadhan/ leapas raya bebeapa tahun lepas (time aku masih bujang) ayah aku tanya aku khatam quran tak time bulan posa. Aku malu sbb tak khatam. Tahun depannya aku sakan pulun mengaji dan dapat khatam dgn harapan aku dpt jawab "ye" kalu ayah aku tanya lagi. Malangnya dia tak tanya pun. Berapa lah agaknya pahala dgn niat khatam untuk jawab pertanyaan ayah aku.

Once in a while ayah aku akan bising lah, pasal mengaji coz dia memang tak dengar kami mengaji kot. Mcm aku tak duduk Kuantan, sekali sekala balik, dia pun tak tau lah aku mengaji ke tak.

Mak mertua aku pun selalu tanya dan aku salahkan laki aku lah. Aku kata laki aku tak tunjuk contoh baik...hehehe..sori ye hubby.

Tahlil 70 Ribu Kali Penyelamat Dari Api Neraka

Adik beradik aku terjumpa buku agama (tebal jugak, mcm tebal tafsir Quran) dlm bilik ayah aku. Aku tak ingat tajuk dan penulis buku. Aku tak sempat baca pun cuma kakak (2nd) aku tunjuk pasal kisah seorang pemuda yang kasyaf yang nampak ibunya dlm neraka lalu pengsan.

Ada serang yang menyaksikan pemuda itu pengsan pun bacakan La ilaaha illallaah untuk ibu pemuda itu sebanyak 70 ribu kali. Bila dah habis, pemuda yang kasyaf itu ada berkata ibunya sudah tidak lagi berada dalam neraka.

Wallaahua'lam.

Maka kami (aku dan kakak aku dan adik perempuan aku (5th) nak suruh la adik2 lelaki kami buat, tapi sampai ke la ni tak buat lagi.

Tazkiyyatun Nafsi

Baru dgr tadi dlm radio pasal pembersihan diri sempena ibadah korban.

Nabi bersabda kepada para sahabat bahawa hati manusia sentiasa berkarat. Mereka bertanya pada Nabi bagaimana nak gilap. Nabi jawab, dgn zikrullah.

Ada terbaca dalam buku pasal zikir.

Peringkat pertama adalah zikir di mulut dan di hati.
Peringkat kedua adalah zikir di hati saja.
Peringkat ketiga ialah zikir di mulut saja.

Zikir "Laa ilaaha illalaah" adalah lebih berat dari segala isi bumi.

Friday, December 5, 2008

Neraka Wail Untuk Orang Yang Solat Tanpa Kualiti

Contohnya sembahyang sebab nak menunjuk2, solat dlm keadaan tergesa2 (tak jaga kualiti atau tak ikhlas), compromise pergerakan dan bacaan, solat dlm keadaan hati tak khusyuk. Uishh..beratnya, rasa mcm mungkin je boleh masuk.

Ustaz kata nak khusyuk kena faham makna solat. Kalu dah paham tapi tak khusyuk jugak macamana ye? Harap sapa2 dapat share petua khusyuk solat. Kadang2 aku bayangkan dikelilingi api (neraka) tapi tetap tak khusyuk jugak.

Mungkin sebab tu banyak orang yang kita tgk solat buat cukup tapi ada perangai2 pelik. Aku teringat hadis lebih kurang "solat yang cukup sujud, rukuk dan khusyuk akan menghalang dari perbuatan keji dan mungkar".

Oh, patut lah aku masih tak dapt tinggalkan mengumpat, cakap kosong, berburuk sangka dan perangai2 pelik yang lain. Tapi insya Allah dah kurang sikit bila aku jadi antisocial ni.

Doa Selepas Tahiyat Akhir (Sblm Salam)

Doa ini bermaksud "Ya Allah, aku berlindung dariMu dari siksa kubur dan dan dari siksa neraka dan dari fitnah hidup dan mati serta dari fitnah Dajjal"

Dalam arab "Allaahumma innii a'uzubika min 'azaabi qabri wa min 'azaabinnaar wa min fitnati mahyaa wal mamaat wa min fitnatil masiihi ddajjaal".

Biasa aku sebut "aku dan ahli keluarga", moga doa aku makbul. Amin.

Ustaz Zahazan di Radio IKIM ada saran baca bermacam2 doa termasuk doa ini selepas tahiyat akhir. Mudah2an membawa manfaat kepada kita kelak.

Perumpamaan Orang Yang Bersedekah

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah, ayat 265:

dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas)yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai2 pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan".

Sedekah Air Untuk Orang Mati

Sedekah yang paling bermanfaat bagi orang yang sudah mati adalah air.

Dari Anas r.a. bahawa Saad r.a. mendatangi Nabi SAW lalu bertanya "Wahai RAsulullah, sesungguhnya ibuku telah mati dan tidak berwasiat. Apakah akan berguna baginya jika aku bersedekah namun pahalanya ditujukan untuknya?". Baginda bersabda "Ya, hendaklah engkau bersedekah air" - Hadis riwayat Thabrani.

Dari Sa'ad bin Ubaidah r.a. dia berkata "Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah mati, maka sedekah apakah yang elbih utama?". Baginda menjawab "Air" lalu mengambil air dari sumur (perigi kot) dan berkata "Ini untuk ibu Sa'ad".

Doa Ketika Melihat Sembelihan Aidiladhha

Sempena raya haji hari Isnin ni.

Surah Al-An'am ayat 162 & 163: "Qul inna solaatii wanusukii wamahyaaya wamamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariika lahu wabizaalika umirtu wa ana awwalul muslimin".

Al-Hakim, Ibn Marwadaih dan al-Baihaqi meriwayatkan sebuah hadis dari Imran bin Hussain bahawa Nabi s.a.w berpesan kepada Fatimah r.a. agar menyaksikan sembelihan korban dan Baginda turut ajar dia agar baca ayat di atas. Cuma perbezaannya ialah perkataan 'awwalul muslimin' ditukar kepada 'minal muslimin' (mcm dlm doa Iftitah).

Hadis ini dianggap sahih oleh al-Hakim.

Surah Al-Fatihah Ibu Segala Doa, Penawar Segala Masalah

Dari buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul di Dalam Al-quran oleh Ustaz Hj. Zahazan Mohamed.

Sural Al-Fatihah juga dipanggil ummul kitab yang menghimpunkan pujian kepada Allah, kaedah beribadat kepadaNya dan memohon hidayahNya, kisah hamba2 terdahulu, gambaran kedudukan hamba2Nya yang bahagia, derita dan sebagainya.

Al-Qurtubi menyenaraikan 12 nama bagi surah ini antaranya al-Syufa' (penyembuh), al-Wafiah (yang menyempurnakan), al-Kafiah (yang mencukupkan) al-Asas (asas), al-Hamd (pujian) dan lain2.

Sahih riwayat al-Bukhari, dari Thabit mengatakan bahawa surah ini mampu menjadi penawar segala bisa sengatan.Seorang sahabat telah menjampi dgn membacakan surah ini dgn mengumpulkan sikit ludahan yang ditiup surah ini dan disapu ke bahagian badan yang sakit.

Disebut dalam Fath al-Bari bahawa semua jenis penyakit boleh disembuhkan dgn embaca surah ini.

Zikir dan Ganjarannya Yang Sangat Banyak

Dari buku "100 Faedah Zikir dan Doa"

Di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, dari Abu Hurairah r.a. bawasanya RAsulullah s.a.w. telah bersabda:

"Barangsiapa yang mengucakpan 'Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syaiin qadiir' seratus kali dalam sehari maka ia seolah2 telah membebaskan sepuluh hamba dan ditulis baginya seratus kebaikan, dihapus baginya seratus keburukan, dan dijaga dirinya dari syaitan pada hari itu hingga petang hari dan tidak ada orang yang berbuat kebajikan yang lebih utama dari ia kerjakan kecuali orang yang berzikir lebih banyak darinya.".

Dalam hadis lain disebutkan, dari Abu Hurairah r.a. bawasanya RAsulullah s.a.w. telah bersabda:

"Barangsiapa yang mengucapkan 'Subhaanallah wabihamdihi' seratus kali dalam sehari maka akan dihapuskan kesalahannya meskipun keskipun kesalahannya bagaikan buih lautan."

HABBATUS SAUDA

Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat. Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated) , Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino. Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus sauda kaya dengan: monosaccharide glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Khasiat Mangga

Pun copy & paste

Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 - 40 meter. Dahannya tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh. Berdaun lebat berwarna merah ke coklat hingga ke hijau terang bergantung pada klon. Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa.

Mangga ranum segar mengandungi air sekitar 82 peratus, vitamin C 41 mg dan kalori 73 kalper 100 gram. Manakala, pada setiap 100 gram mangga muda yang masih belum matang, terkandung air lebih kurang 84 peratus, vitamin C 65 mg dan 65 kal. Tenaga dalam mangga muda lebih rendah kerana lebih banyak mengandungi zat pati yang akan berubah menjadi gula dalam proses pematangan. Sebahagian besar tenaga mangga berasal dari karbohidrat berupa gula yang membuatnya terasa manis. Kandungan gula ini didominasi oleh golongan sukrosa. Mangga mempunyai lebih kurang 7 - 12 peratus kandungan gula tetapi ada juga jenis mangga gulanya yang mencapai hingga 16 - 18 peratus.

Mangga juga merupakan sumber beta-karotin, kalsium dan vitamin C. Beta-karotin adalah zat di dalam tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karotin (dan vitamin C) juga tergolong dalam anti-oksida, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas.

Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok dan pengaruh-pengaruh persekitaran lain. Zat-zat gizi anti-oksida, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu kesihatan pembuluh-pembuluh darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menggelakkan produksi natrosamin iaitu satu zat pemicu kanser.

KANSER

Copy & paste dari fwded email. Walllaahua'lam. Moga sama2 berhati2.

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)-letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

Pahala sedekah

Aku dgr tazkirah kat radio IKIM pasal pahala sedekah dikira mengikut nisbah harta/duit yang kita ada. Contohnya aku ada RM 100 juta (fuh, mintak2 jadi kenyatan. Amin...) dan aku sedekah RM 1 juta. Adik aku ada RM100 dan dia sedekah RM 50.

Pahala dia lagi banyak dari pahala aku. Dia bagi 50%, aku bagi 1% je.

Kalau dulu aku selalu terfikir nak jadi kaya utk banyak bersedekah, skrg aku sedar tak kira berapa byk duit kita ada, kita still boleh dapat pahala banyak. Cuma kena rajin bersedekah sekadar yang kita ada/ mampu.

Masalahnya bila duit tak banyak, mula rasa keperluan sendiri tak cukup lagi nak bagi kat orang lain. Elok lah aku berdoa supaya kurangkan kehendak2 material.