Sekali-sekala ayah aku arrange for sesuatu spesel bila aku dan adik2 balik
kampung. Kadang2 dia suruh masak nasik ayam dan beberapa menjak ni selalu ajak picnic kat pantai bila aku dan adik2 lain balik. Sekali-sekala berkumpul dan makan ramai2 memang seronok. Budak2 kecik punya syok mandi laut.
Rupanya ayah aku pentingkan keluarga jugak akhir2 ni. Masa raya baru ni dia ada kata nak ambik gambar satu keluarga. Oleh kerana sorang adik aku beraya di kampung isteri, so tak jadi la ambik gambar keluarga. Tu lah kali terakhir kami berkumpul. Beramai2 kami beraya ke KT, bertolak ke sana pada raya ke-2. Pergi lah rumah sedara-mara yang aku jarang pegi.
Ayah aku dan adik-beradik dia memang baik2 je. Tak de masalah semenjak kematian datuk dan nenek aku. Tambah pulak ayah aku jenis yang bertoleransi.
Thursday, December 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment