Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan bersih anggota badan. Segala perjanjian telah dilakukan dalam solat mestilah dipelihara di luar solat.
Solat mendidik manusia sentiasa mengingati Allah s.w.t dan mematuhi perintah-Nya. Solat boleh memelihara manusia daripada melakukan kejahatan, seperti Firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar...."
Solat memberi ketenangan jiwa. Solat membawa kejayaan kepada orang mukmin tetapi hendaklah dilakukan dengan khusyuk.
Firman Allah s.w.t.; "Sesungguhnya solat itu satu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin." (An-nisa': 103)
Syarat wajib Solat ada lima iaitu:
- Islam
- Baligh
- Suci daripada haid dan nifas
- Berakal
- Berada dalam kesedaran (tidak tidur)
Syarat sah solat itu terdiri daripada 5 perkara iaitu:
- Yakin telah masuk waktu
- Menutup aurat
- Mengadap kiblat
- Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
- Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Tertib Solat rasulullah s.a.w. : Hadith:
Dari Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w. memulai solat baginda dengan takbir. Sesudah itu baginda membaca surah al-Fatihah. Apabila baginda rukuk, kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung). Apabila baginda bangkit dari
rukuk, baginda tidak sujud sebelum baginda berdiri lurus lebih dahulu. Apabila baginda mengangkatkepala dari sujud (pertama) baginda tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih dahulu. Tiap-tiap selesai dua rakaat baginda membaca Tahiyat sambil duduk menghimpit kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Baginda melarang duduk seperti syaitan duduk atauseperti binatang buas duduk. Dan baginda menyudahi solat dengan membaca salam.
Thursday, December 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment