Nabi bersabda "Allah limpahkan kasih sayang kepada makhluk 100 bahagian. 1 diberi kepada makhluk ketika di muka bumi dan 99 lagi disimpan untuk diberi di akhirat" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seorang yang membuat kebajikan dibalas dgn pahala dan syurga bukan kerana usaha tetapi kerana rahmat Allh. Jika dibandingkan ketaatan hamba dan balasan nikmat Allah, amat tidak memadai. Jika begitu dikira, seorang pun tak layak mendapat nikmatNya tetapi Allah itu maha luas rahmatNya.
Kisah dlm kita Durratunnasihin:
Nabi memberitahu para sahabat. "Baru tadi Jibril datang kepadaku menceritakan tentang seorang hamba Allah"
Hamba Allah itu telah beribadat selama 500 tahun puncak gunung yang dikelilingi lautan dan Allah memancarkan mata air tawar di celah air masin. Ada sepohon delima yang berbuah sebiji setaip hari untuk makanannya. Setiap petang dia mengambil wudhuk di perigi itu dan makan buah delima. Dia pun naik semula solat dan beribadat pada Allah. Pada suatu hari dia berdoa supaya dimatikan dalam solat/ sujud. Malaikat turun dan dapati dia dah mati.
Allah kata "Masukkan dia ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang Ku"
Hamba Allah tu kata "Bahkan sebab amalku sendiri"
Allah pun suruh malaikat menimbang pahala amalannya dan bandingkan dengan nikmat yang Allah kurniakan. Bila ditimbang, hanya nikmat mata/ penglihatan menyamai 500 tahun pahala amalannya (belum dikira nikmat Allah yang lain).
Allah pun kata kepada malaikat "Masukkan dia dalam neraka". Malaikat pun heret dia nak bawa masuk neraka, hamba itu menjerit nama Allah dan kata "Demi rahmatMu Ya Allah, Masukkan lah aku dalam syurga"
Allah berkata pada malaikat "Kembalikan dia padaku"
Allah kata padanya "Wahai hambaKu siapakah yang mencipta kamu sedangkan kamu tidak nwujud sebelum ini?"
"Engkau, Ya Allah"
"Adakah sebab amalan engkau?"
Dgn malu hamba jawab "Bahkan dgn rahmat Mu"
"Siapa yang beri kekuatan utk engkau beribadah selama 500 tahun, yg menurunkan engkau di puncak gunung di tengah2 lautan, yang keluarkan air tawar di celah air masin dan buah delima setiap hari sedangkan ia biasanya berbuah sekali setahun dan siapa yang mencabut nyawa engkau tatkala engkau sujud?"
"Semua itu adalah kerana rahamtKu dan kerana rahmatKu juga yang memasukkan kamu ke dalam syurga."
Oleh itu kita kena harapkan rahmat Allah dan berdoa agar mati dlm iman, kerana memberi iman juga kerana rahamt Allah, bukan dgn usaha kita.
"Jangan kamu mati melainkan dlm keadaan beriman" (Ali-Imran ayat 102)
Friday, December 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment