Berzikir Berdasarkan Zikir Rasulullah (Berdasarkan Hadis-Hadis Yang Tsabit)
Sebahagian Firman Allah s.w.t. Berkenaan Zikir:
َهَّللا اوُرُآْذا اوُنَمآ َنيِذَّلا اَهُّيَأ اَي اًريِثَآ اًرْآِذ
Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya; (al-Ahzaab (33): 41)
َّللا ِفلاِتْخاَو ِضْرلأاَو ِتاَواَمَّسلا ِقْلَخ يِف َّنِإ ِباَبْللأا يِلولأ ٍتاَيلآ ِراَهَّنلاَو ِلْي() َهَّللا َنوُرُآْذَي َنيِذَّلا لاِطاَب اَذَه َتْقَلَخ اَم اَنَّبَر ِضْرلأاَو ِتاَواَمَّسلا ِقْلَخ يِف َنوُرَّكَفَتَيَو ْمِهِبوُنُج ىَلَعَو اًدوُعُقَو اًماَيِقِراَّنلا َباَذَع اَنِقَف َكَناَحْبُس
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Ali Imran (3): 190-191)
ُبوُلُقْلا ُّنِئَمْطَت ِهَّللا ِرْآِذِب لاَأ ِهَّللا ِرْآِذِب ْمُهُبوُلُق ُّنِئَمْطَتَو اوُنَمآ َنيِذَّلا
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (ar-Ra’d (13): 28)
Sebahagian Hadis Nabi s.a.w. Berkenaan Amalan Zikir:
Maksudnya: "Bandingan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dan orang-orang yang tidak berzikir mengingati Tuhannya seperti orang yang hidup dengan orang yang mati." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Hadis No.: 6407)
Maksud Hadis Qudsi:
"Sesiapa yang berzikir mengingati diri-KU dalam dirinya, AKU akan mengingatinya dalam diri-KU. Sesiapa yang berzikir mengingati-KU dalam kelompok ramai manusia, AKU mengingatinya dalam kelompok makhluk yang lebih baik daripada mereka." (Sahih Bukhari, Hadis No.: 7405, Sahih Muslim, Hadis No.: 2675)
Kelebihan Dan Saranan Mencontohi Zikir Rasulullah:
َنَسَح ٌةَوْسُأ ِهَّللا ِلوُسَر يِف ْمُكَل َناَآ ْدَقَل اًريِثَآ َهَّللا َرَآَذَو َرِخلآا َمْوَيْلاَو َهَّللا وُجْرَي َناَآ ْنَمِل ٌة
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab (33): 21)
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment