Abdullah bin Nauh seorang hartawan di Madinah. Secara tiba2 dia meninggalkan hidup mewahnya dan jadi tukang sapu di masjid dan beribadat siang malam. Anak2nya merasa hairan dan bila mereka ajak pulang, dia memencil di kubur. Setiap malam dia pergi ke kubur dan berdoa pada Allah.
Ada seorang rasa pelik dgn kelakuan dia dan bertanya apa hal yang menyebabkan dia berubah dgn mendadak. Abdullah beritahu sebabnya tapi dia suruh orang itu rahsiakan. "Pada suatu hari sedang aku bercermin, aku terpandang satu urat rambut yang jadi uban di celah2 rambut2 hitam. Aku pasti itu adalah amaran bahawa malaikat maut akan datang bila2 masa saja."
Beberapa hari kemudian, anak cucunya jumpa dia terbaring mati dalam lubang kubur yang dia gali sendiri di kubur itu.
Tuesday, December 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment