Aku adalah antara anak yang ayah aku suka peringatkan. Mungkin nature aku yang tak ambik hati. Walaupun rimas, tapi aku terpaksa faham bahawa dia sayang kami dan selalu memberi peringatan.
Aku ingat lagi satu Ramadhan/ leapas raya bebeapa tahun lepas (time aku masih bujang) ayah aku tanya aku khatam quran tak time bulan posa. Aku malu sbb tak khatam. Tahun depannya aku sakan pulun mengaji dan dapat khatam dgn harapan aku dpt jawab "ye" kalu ayah aku tanya lagi. Malangnya dia tak tanya pun. Berapa lah agaknya pahala dgn niat khatam untuk jawab pertanyaan ayah aku.
Once in a while ayah aku akan bising lah, pasal mengaji coz dia memang tak dengar kami mengaji kot. Mcm aku tak duduk Kuantan, sekali sekala balik, dia pun tak tau lah aku mengaji ke tak.
Mak mertua aku pun selalu tanya dan aku salahkan laki aku lah. Aku kata laki aku tak tunjuk contoh baik...hehehe..sori ye hubby.
Tuesday, December 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment