Tuesday, December 2, 2008

Tazkirah Ustaz - Kisah 3 Jenis Manusia dan Nabi Musa

Ini bab keikhlasan beribadat dan rasa takut pada Allah.

Ada kisah seorang pemuda nak pergi berjumpa Nabi Musa. Dalam perjalanan dia jumpa seorang wanita di gua terasing. Dia pun tanya wanita tu, apa dia buat sorang2 di situ. Wanita ni pun bercerita yang dia mengasingkan diri dari orang ramai (yg pada pandangannya tak berapa baik) untuk beribadat pada Allah. Dia kata lagi kepada pemuda tu, "Kalau kau jumpa Nabi Musa, tanyakan dia di syurga mana tempat aku.". Pemuda tu pun bersetuju.

Dia pun jalan2 lagi dan jumpa seorang lelaki tgh nyawa2 ikan. Dia pun tanya apa jadi kepada lelaki tu. Lelaki tu kata, dia kena serang oleh sekumpulan manusia padahal dia tak bersalah apa dan dia ternaniaya. Dia suruh pemuda tu tanya pada Nabi Musa "Di syurga mana tempat aku.". Pemuda tu pun bersetuju.

Dia pun jalan lagi dan berjumpa sekumpulan manusia dgn senjata nak menyerang. Pemuda ni tak takut pun. Dia siap gertak (bercakap dgn keyakinan) dan sebut nama Allah. Dia kata bunuh je lah, dia tak takut. Gerombolan tu pun tanya dia, nak ke mana. Pemuda tu kata dia nak jumpa Nabi Musa. Mereka pun kata. "Kalau kami bunuh kamu, genap lah 100 orang yg kami bunuh. Kau tanyakan Nabi Musa, neraka manakah untuk kami." Pemuda tu pun bersetuju.

Pemuda tu pun tanyakan Nabi Musa akan tempat ketiga2 golongan tu. Nabi Musa kata wanita dan lelaki tu akan berada di neraka dan kumpulan pembunuh akan berada si syurga. Kerana wanita dan lelaki tu takde rasa gerun pada Allah dan merasakan mereka cukup baik utk masuk syurga. Sedangkan kumpulan pembunuh tu merasa takut pada Allah dan rasa hanya layak masuk neraka.

No comments: