Saturday, February 28, 2009

Child Learning & Development

Mula2 aku heran apasal anak aku suka sgt tgk channel 613 ni walapun siaran ulang berkali2, balik2 benda sama. Tapi bagus la orang yg buat siri utk kanak2 ni, tak memboringkan mereka pun. Very informative pulak tu.

Anak aku memang jenis yg minat belajar. Suka baca buku (konon2 baca la). Gi kedai buku mesti dia ambik buku2 suruh kami beli.

Ch 613 pun untuk learning la, siap citer Worldworld ada mention about US Education body jugak. Anak aku kalau aku tulis sms, dia akan tgk fon dan kono2 baca la, sebut la huruf2 A, B, C, S, O..ok la tu. Dia paham la tgk apa aku buat dan tahu benda tu adalah menulis. Aku ada jugak bukak Ch 611 tapi dia tak minat. OK la, ch tu pun tak informative sgt.

Baru2 ni dia pandai sebut "wait a minute", "high in the sky", "Ami love ice cream". Kadang2 terkejut jugak, tapi budak2 kan cepat tangkap.

Aku ada baca satu artikel pasal babysit budak2 dgn citer kat TV, memang tak berapa elok, tapi kalu dia tak tgk TV aku pun tak ajar dia sgt. Mesti dia main benda2 yg bukan2 aje dan rosakkan mainan dia.

Aku selalu cakap 2 bahasa dgn dia. Sekali in BM sekali lg in English. So kadang2 dia sebut word in BM kdg2 in English.

Laki aku selalu marah aku pasal lupa puji dan say thank you bila dia tolong aku. Kira manners pun laki aku beratkan. Aku pun dah ajar dia sharing. Kalau berebut2 mainan dgn kwn2 dia, aku akan ckp baik2 suruh bagi kawan dia dulu. Nanti Ami main la. Ami good boy kan. Alhamdulillah, dia cepat faham dan boleh tolak ansur.

One interesting thing about dia, masa baru2 lahir, memang mcm budak cerdik. Even nurses kat hospital pun kata "cerdik budak ni, takmau tido mcm baby lain, sibuk perhati keliling". Well, takmau la perasan sgt walaupun bangga. Perjalanan masih jauh, tak tau jadi orang ke tak nanti. Mampu usaha dan doa je la.

Di samping tu petua2 dari mak mertua aku pun aku buat setakat termampu. Mudah2an membantu

Selamat Pengantin Baru, Sri Suraiya Zakaria

Tahniah pada kawan aku ni yang baru je melangsungkan perkahwinan. Aku harap dia bahagia hingga anak cucu dan akhir hayat.

Aku dapat kad kawin Sri 2 kali. Memang patut pun kena gak datang walopun aku rasa mcm tak sempat. Had to work in PD today, dekat kul 2 baru bertolak dari PD.

To me she is a good friend, walopun aku ngan dia tak baik sgt coz different fac kat UKM dulu. Kami baik pun coz sama2 join Urusetia Kerjaya, buat projek Hari Kerjaya sama2. Aku ingat lagi dia kata dia rasa aku mcm adik dia (meaning lagi muda/ lagi budak dari dia sbb perangai aku yg mcm budak2 kot).

Moments with her:
1) Masa kat UKM, time kami beramai2 stay time cuti coz of Hari Kerjaya. Aku duk sebelah bilik dia. Pegi mana2 ngan dia dan Emy Zahara (depa ni mcm kembar).
2) Gi KL pulangkan baju maskot (Sukan Komanwel ke apa) ngan Abg Ijoi.
3) Baru tahun lepas, jumpa dia kat st. komuter KL Sentral time balik keje. Cakap2 pasal jodoh dan perkahwinan. Heheehe..tak sangka cepat jugak dia kawin after kami borak2 tu...

Tuesday, February 24, 2009

Doa Nabi2

Doa Nabi SAW menjelang wafat: Ya Allah Masukkanlah aku dalam kelompok yg mendapat kemuliaan.

Hadir riwayat Bukhari dan Muslim: Janganlah kalian mengharapkan kematian. Akan tetapi jika kalian mengharapkannya maka bacalah "Ya Allah hidupkanlah aku bila hidup ini baik bagiku dan matikanlah aku bila mati itu baik bagiku"

Doa ahli sihir Musa yang masuk Islam: Ya tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah (muslim) kepadaMu - Al-A'raf: 126

Doa yg selalu dibaca orang soleh (minta ampun dan dijauhi neraka): Rabbana innana aamanna faqhfir lana zunubana wa qina azabannar (Ali Imran: 16)

Doa Nabi Zakaria (minta anak): Rabbi habli min ladunka zuriyyatan toyyibatan innaka samiu ddua - Ali Imran: 38

Doa dibaca ibu Maryam - Ali Imran: 35-36

Doa mensyukuri nikmat - An-naml : 19 & Al-Ahqaf: 15 (pernah diajar Nabi kepada Abu Bakar setelah beliau masuk Islam. Juga kepada Bilal bin Rabah)

test

test

Bill Gates's Rules for Students

Rules for Students
These rules were put forth by Charles Sykes in his book "Dumbing Down America". They have floated through the Internet being attributed to Bill Gates. Most often they appear with 11 rules leaving off three that the original author had written.

Rule No. 1: Life is not fair. Get used to it. The average teen-ager uses the phrase "It's not fair" 8.6 times a day. You got it from your parents, who said it so often you decided they must be the most idealistic generation ever. When they started hearing it from their own kids, they realized Rule No. 1.

Rule No. 2: The real world won't care as much about your self-esteem as much as your school does. It'll expect you to accomplish something before you feel good about yourself. This may come as a shock. Usually, when inflated self-esteem meets reality, kids complain that it's not fair. (See Rule No. 1)

Rule No. 3: Sorry, you won't make $40,000 a year right out of high school. And you won't be a vice president or have a car phone either. You may even have to wear a uniform that doesn't have a Gap label.

Rule No. 4: If you think your teacher is tough, wait 'til you get a boss. He doesn't have tenure, so he tends to be a bit edgier. When you screw up, he's not going to ask you how you feel about it.

Rule No. 5: Flipping burgers is not beneath your dignity. Your grandparents had a different word for burger flipping. They called it opportunity. They weren't embarrassed making minimum wage either. They would have been embarrassed to sit around talking about Kurt Cobain all weekend.

Rule No. 6: It's not your parents' fault. If you screw up, you are responsible. This is the flip side of "It's my life," and "You're not the boss of me," and other eloquent proclamations of your generation. When you turn 18, it's on your dime. Don't whine about it, or you'll sound like a baby boomer.

Rule No. 7: Before you were born your parents weren't as boring as they are now. They got that way paying your bills, cleaning up your room and listening to you tell them how idealistic you are. And by the way, before you save the rain forest from the blood-sucking parasites of your parents' generation, try delousing the closet in your bedroom.

Rule No. 8: Your school may have done away with winners and losers. Life hasn't. In some schools, they'll give you as many times as you want to get the right answer. Failing grades have been abolished and class valedictorians scrapped, lest anyone's feelings be hurt. Effort is as important as results. This, of course, bears not the slightest resemblance to anything in real life. (See Rule No. 1, Rule No. 2 and Rule No. 4.)

Rule No. 9: Life is not divided into semesters, and you don't get summers off. Not even Easter break. They expect you to show up every day. For eight hours. And you don't get a new life every 10 weeks. It just goes on and on. While we're at it, very few jobs are interested in fostering your self-expression or helping you find yourself. Fewer still lead to self-realization. (See Rule No. 1 and Rule No. 2.)

Rule No. 10: Television is not real life. Your life is not a sitcom. Your problems will not all be solved in 30 minutes, minus time for commercials. In real life, people actually have to leave the coffee shop to go to jobs. Your friends will not be as perky or pliable as Jennifer Aniston.


Whether you like Bill Gates or not...this is pretty
cool. Here's some advice Bill Gates recently dished out
at a high school speech about 11 things they did not
learn in school. He talks about how feel-good,
politically correct teaching has created a full
generation of kids with no concept of reality and how
this concept sets them up for failure in the real
world.

Rule No. 11: Be nice to nerds. You may end up working for them. We all could.

Rule No. 12: Smoking does not make you look cool. It makes you look moronic. Next time you're out cruising, watch an 11-year-old with a butt in his mouth. That's what you look like to anyone over 20. Ditto for "expressing yourself" with purple hair and/or pierced body parts.

Rule No. 13: You are not immortal. (See Rule No. 12.) If you are under the impression that living fast, dying young and leaving a beautiful corpse is romantic, you obviously haven't seen one of your peers at room temperature lately.

Rule No. 14: Enjoy this while you can. Sure parents are a pain, school's a bother, and life is depressing. But someday you'll realize how wonderful it was to be a kid. Maybe you should start now. You're welcome.

www.truthorfiction.com/rumors/b/billgatesspeech.htm

Syaitan & Penyakit

Aku ingat dari bacaan:

Syaitan mengalir dalam darah umat Adam a.s.
Syaitan masuk melalui makanan
Penyakit pun disebabkan makanan. Aku ada baca bahawa penyakit2 ada disebabkan oleh syaitan yg hidup dalam badan manusia.
Sebab tu lah ada penyakit parah i.e. kanser yg peringkat tunggu mati boleh sembuh dengan dibacakan Quran ke atas badan pesakit tu.
Bacaan Quran kira mcm ubat la. Macam2 ayat untuk macam2 tujuan.
Tak tau la ayat akubetul ke tak sbb aku pun ada baca kalau percaya pada ayat2 tertentu boleh syirik. Tapi pada pendapat aku, bukan percaya kekuasaan ayat tu, tapi percaya dan yakin pada Allah, juga kerana berkat mengamalkan bacaan Quran.
Ada yang kata kalau tak tau nak baca apa, baca lah apa2 pun dari ayat Quran, insya Allah hasil baik.
Aku juga baca penyakit disebabkan oleh syaitan dan jin yang hidup pada tubuh manusia. Tak kira la nak kata aku kolot ke, hantu memang ada sbb syaitan ada. Syaitan yg jadi hantu daaa...tu nak sesatkan kita la tu.
Sihir? Walaupun ayah aku marah percaya (baca kisah benar kat bawah), tapi hakikatnya Nabi SAW sendiri pun kena sihir dengan perempuan Yahudi. So ubat dia Muawwizatain di samping yg lain i.e. Ayat Qursi.

Pengalaman aku sendiri tentang sihir:
Bukan aku kena sihir..tapi anak angkat tuan rumah lama yg keluarga aku duduk sekarang. Kami panggil Kak L*. Kami baik jugak la sbb hari2 jumpa la sbb kami sewa kedai mak&ayah angkat dia, depan umah dia je. Akak ni dah bercinta dgn sorang mamat ni yang dah guna2kan dia. Mengikut cerita abang akak ni, mamat ni ada bagi tangkal kat akak ni suruh simpan. Tangkal mengenakan akak tu la kut. Kami teramat heran, akak tu kira educated la and nak pulak dekat mamat tu yg tak setaraf la, si samping ada kecacatan sikit.

Oleh kerana abang kepada akak tu dah menentang perhubungan mereka bila dah agak akak ni kena sihir, dia pun kena balik kampung. One day kami satu keluarga pegi le umah dia saja melawat2. Nak dijadikan cerita itu jam jugak la dia jagi lembik terbaring je, sakit semacam. Ayah aku marah kami sakan jakun dgn kejadian tu (dia marah percaya).

Then kami pun blk Kuantan, cerita apa yang menimpa akak ni dekat ex-boipren dia (mamt tu la) then mamat tu boleh nak confirm dgn kami dgn beritahu hari dan timem kajadian tu. Macam mana dia takde kat situ tapi boleh tau kejadian tu? Ada yg kata time jadi tu dia tgh puja akak tu la sampai jadi mcm tu. Ish ish..memang aku saspen tgk kejadian tu. So ni aku tak kelentong ye, aku lihat mangsa tu dan pemangsa pun bagi input jugak.

Orang kata zaman sekarang ni mana ada benda tu. Apa pulak, zaman sekarang la makin mejdai sbb iman makin menipis so tak kira halal haram asal puas hati. Dgr kata pemilihan parti pun byk kejadian2 aneh sbb acara sihir menyihir ni la. Bomoh membomoh etc.

Lagi satu yg ayah aku marah percaya benda ni sbb dia ada dgr cerita bomoh sendiri sihir pesakit supaya pesakit dtg berubat dan datang lagi dan datang lagi, So ada la sumber pendapatan bomoh tu.

Satu lagi dulu aku pun selalu kena sleep paralyse. Doktor kata tu olah istilah dia tapi mana la tau disebabkan jin (fyi, scan ke MRI ke pun tak boleh nampak jin/ setan kan..so aku yg kolot ni percaya sbb jin/setan la) cuma mereka yg sebabkan badan jd tak function mcm sepatutnya dan baru lah sains bagi istilah kepada keadaan tu. Pening tak? mcm berbelit je kan? Dulu aku ala2 rock kan, mana nak ingat zikir, Quran sgt, skrg Alhamdulillah, dah lama tak kena (cant recall the last time kena). Time kena tu bukan takat kaku je, nampak hantu la, nampak suasana jadi lain la, dan mcm2 yg pelik2 tapi time aku sedar, bukan mimpi.

Wednesday, February 18, 2009

Istighfar - Kisah Imam Ahmad bin Hambal dan Pembuat Roti

Pada suatu malam Imam Ahmad pergi ke masjid untuk bermalam di masjid tetapi penjaga masjid tidak mengizinkannya. Dia pun kata “Aku akan tidur tepat di tempat pijakan tapak kakiku”.

Seorang pembuat roti datang dan kasihan melihatnya dan menawarkan Imam Ahmad bermalam di rumahnya. Pembuat roti itu menjamunya. Ketika pembuat roti itu menguli roti, dia sentiasa beristighfar membuatkan Imam Ahmad merasa kagum. Esok subuh, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti “Adakah engkau dapat hasil dengan istighfarmu itu?” (dia memang tahu kelebihan istighfar, sekadar bertanya faedah buat lelaki itu). Pembuat roti kata setakat ini semua yang didoanya tercapai kecuali satu iaitu niat untuk berjumpa Imam Ahmad.

Imam Ahmad kata “Akulah Imam Ahmad. Demi Allah aku benar2 ditarik ke sini untukmu.”

Tuesday, February 17, 2009

Kisah2 Istighfar – Hasan Al-Basri

Al-Qurtubi riwayatkan cerita dari Ibnu Shabih. Pada suatu hari ada seorang datang mengadu kepasa Hasan al-Basri tentang masa kemarau. Hasan berkata kepadanya “Beristighfarlah kepada Allah”

Ada pula lelaki lain mengadu akan kemiskinannya. Beliau juga berkata “Beristighfarlah kepada Allah”

Ada pula lelaki lain berkata "Doakanlah supaya Allah memberikan ku anak.” Beliau berkata “Beristighfarlah kepada Allah”.

Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya yang kekeringan. Beliau berkata “Beristighfarlah kepada Allah”.

Ar-Rabi berkata kepada Hasan “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua membaca intighfar”

Hasan jawab “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman:

“Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak2 mu dan mengadakan (pula di dalamnya) untuk mu sungai2” (Nuh: 10 - 12)

Kisah2 Kelebihan Istighfar - Mendapat Anak

Ada seorang lelaki berkata kepda Hasan “Apakah seseorang tidak akan berasa malu terhadap Tuhannya? Bukankah dia melakukan perbuatan dosa lalu memohon keampunan kemudian mengulangi perbuatan dosa lalu memohon keampunan dan seterusnya?”

Hasan menjawab "Syaitan sangat berharap dia berjaya menggoda kamu. Oleh itu jangan kamu meninggalkan istighfar selama2nya”

Dalam Musnad Abu Hanifah disebut sebuah riwayat dari Jabir bin Abdullah. Suatu hari ada orang datang berjumpa Rasulullah dan berkata “Wahai Rasulullah aku sama sekali belum diberi rezeki berupa anak dan aku tidak memiliki anak.” Rasulullah berkata “Di mana kamu memperbanyakkan istighfar dan sedekah, maka kamu akan diberi rezeki lantaran kedua2nya.”

Lelaki itu buat seperti disuruh dan akhirnya dikurniakan 9 orang anak lelaki.

Dalam salah satu ceramahnya Syeikh Aidh al-Qarni ceritakan bahawa ada seorang wanita mandul yang tidak boleh mempunyai anak. Semua doktor dan ubatan2 tidak berkesan. Wanita itu bertanya seorang ulama yang menyarankan kepadanya untuk perbanyakkan istighfar. Wanita itu kemudiannya dikurniakan anak.

Istighfar

Syaddad bin Aus meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda saiyidul istighfar ialah ucapan seseorang:

“Ya Allah, Engkau tuhanku, tiada tuhan selain Engkau yang telah menciptakan aku. Aku adalah hambaMu dan aku berada di atas sumpahku and janjiku padaMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan yang aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosa (yang aku lakukan). Maka maafkanlah aku. Sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampuni dosa2 selain Engkau.” Sesiapa yang membacanya (saiyidul istighfar) pada permulaan siang hari dengan penuh keyakinan dan dia meninggal pada siang itu sebelum masuk waktu petang , maka dia termasuk ahli syurga. Orang yang membacanya pada permulaan malam hari dengan penuh keyakinan dan dia meninggal pada malam itu sebelum masuk waktu Subuh maka dia akan masuk syurga (HR Bukhari).

Keadaan dan waktu disunatkan membaca istighfar:
1) Selesai menunaikan ibadah
2) Pada waktu petang
3) Sebagai penutup majlis
4) Untuk orang mati – setelah dikuburkan

Monday, February 16, 2009

Abdullah bin Marzuk dan Bara Api

Diriwayatkan dari Abu Saidi bahawa Abdullah bin Marzuk pada masa mudanya sangat mewah dengan harta benda. Suatu hari dia minum arak hingga lalai solat Zuhur Asar dan Maghrib. Lepas waktu solat Isyak, seorang hambanya yang tidak jemu2 mengingatkannya untuk solat datang dan bawa bara api dan letak ke kakinya. Dia tanya "Apa ni?". Hambanya kata "Ini adalah bara api di dunia, bagaimana nanti bila tuan dibakar dengan api di akhirat?". Abdullah pun menangis dan pergi kerjakan solat. Ucapan hambanya itu begitu terkesan di hatinya. Dia membebaskan hambanya dan jadi penjual sayur di pasar dan menjauhi kehidupan duniawi.

Tuesday, February 10, 2009

Kata Imam Al-Ghazali Mengenai Anak

Anak adalah amanah Allah bagi orang tuanya. Hati anak kecil dilahirkan suci, bersih dan tulus serta kosong dari segala ukiran dan gambaran. Anak akan selalu menerima segala apa yang diukir pada hatinya, dan akan cenderung terhadap apa yang mempengaruhinya. Maka jika anak2 dibiasakan dan diajarkan untuk melakukan kebaikan, nescaya akan seperti itulah anak terbentuk. Sehingga kedua orang tuanya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Namum jika si anak dibiasakan untuk melakukan kejahatan dan dibiarkan bagaikan binatang liar, maka sengsara dan celakalah dia. Dosanya akan ditanggung langsung oleh kedua orang tuanya sebagai penanggungjawab atas amanah Allah.

Orang Yang Kuat

Rasul bersabda "Orang yang kuat itu bukanlah orang yang menang bergusti tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah".

Siapakah Yang sebenarnya Muflis?

Diriwayatkan dlm satu hadis panjang oleh Imam Tirmizi, daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah telah bertanya kepada para sahabat mengenai siapakah sebenarnya yang dikatakan muflis? Oleh kerana jawapan diberikan kurang tepat, Rasulullah berikan jawapan paling tepat. Menurut baginda orang muflis sebenar ialah hamba Allah yang datang menhadapNya pada hari akhirat dengan amal kebaikan yg sangat banyak. Tapi akhirnya seluruh pahala kebajikannya habis digunakan untuk menebus kesalahannya sesama manusia. Malah apabila sudah tidak ada lagi pahala untuk menebus, dosa mere pula dipindahkan kepadanya. Akhirnya kerana muflisnya hamba itu, dia dihumban ke neraka.

Alim ulama menyimpulkan bahawa di antara mereka yang akan menuntut pahala kebajikan hamba Allah yang bakal muflis ini ialah anak isterinya sendiri. Amanah memimpin keluarga telah mereka khianati.

Ish gerunkan? Sebab tu kena mendidik anak dan isteri sebaiknya supaya di akhirat nanti takde la berlaku tuduh menuduh dan tuntut menuntut.

Perkahwinan Menurut Imam Al-Ghazali

Beliau berkata "Sesungguhnya perkahwinan itu bermakna jihad; dan latihan jihad itu ialah mengawal dan mentadbir, menunaikan hak2 keluarga, bersabar terhadap budi pekerti wanita, memimpinnya kepada jalan agama, berjuang mencari rezeki yang halal untuk mereka serta berusaha mendidik anak pinak. Maka semua tugas2 tersebut merupakan kerja2 dan tanggungjawab besar".

Lelaki yg gagal memimpin keluarga akan jadi muflis di akhirat walaupun banyak kumpul pahala amalan di dunia.

Yang Paling Berat

Imam Ghazali pernah bertanya pada muridnya apakah yang paling berat. Mereka jawab besi, baja gajah etc. Imam Ghazali kata jawapan yg paling tepat adalah amanah.

Gunung2 dan malaikat pun tak sanggup pikul amanah bila ditawarkan pada mereka tapi manusia dgn sombong menyanggupinya. Kerana itu ramai yg terjerumus dlm neraka kerana tak mampu pegang amanah.

Friday, February 6, 2009

Datanglah kepada Ilmu

Pada suatu ketika, Imam Malik rah.a telah diminta oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid untuk datang ke istana mengajarkannya kitab Al-Muwaththa’ yang dikarang oleh Imam Malik rah.a. Maka jawab Imam Malik rah.a : kita harus datang kepada ilmu dan bukan ilmu itu datang kepada kita. Demikian, sehingga Khalifah Harun Ar-Rasyid telah datang sendiri ke rumah Imam Malik rah.a untuk belajar ilmu.

Doa Rasulullah (saw) Untuk yang Telah Meninggal Dunia

Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a:

Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

Memberi Salam

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling hampir disisi Allah ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka) - Hadith riwayat Abu Daud

Dari Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasululllah s.a.w bersabda: Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat takabbur. - Hadith riwayat Baihaqi

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai. -Hadith riwayat Bukhari

Nabi Idris Merasai Mati

Nabi Idris sangat kuat beribadat hinggakan Izrail rindu nak berjumpanya. Allah beri kebenaran Izrail melawat baginda dalam rupa manusia biasa. Setelah 4 hari, baru Izrail perkenalkan siapa dia sebenarnya tetapi kunjungannya hanya nak bersahabat.

Nabi Idris mohon Izrail cabut nyawanya dgn tujuan saja nak rasa mati. Izrail minta kebenaran Allah dan setelah dipersetujui, dia cabut nyawa Nabi Idris. Bila dihidupkan kembali, baginda berkata "Aku rasa sakit mati seperti binatang yang dikupas kulit hidup2 dan sakitnya mati melebihi sakit badan dilipat seribu kali"

Nabi Musa Merasai Mati

Setelah wafat, Allah tanya pada baginda bagaimana keadaannya menghadapi kematian. Baginda beritahu "Aku seperti seekor merpati yang dilepaskan ke dalam periuk yang panas, aku menggelepar ke sana ke mari namun semuanya terlalu panas dan amat mengsengsarakan"

Ingatan Malaikat Maut Ketika Usia Kita 40, 50 dan 60 Tahun

Hai tuan puan yang berusia 40 tahun, inilah waktunya untuk berbekal. Ingatanmu masih kuat, tenagamu masih sasa.

Wahai tuan puan yang berusia 50 tahun, sudah dekatnya masa untuk kamu mengutip hasil dan menuai.

Wahai tuan puan yang berusia 60 tahun, kamu lupa akan seksa dan lalai dengan soal Munkar Nakir, nanti tiada siapa yang dapat menolong kamu.

Malaikat maut berkata kepada orang yang telah sampai ajal "Demi Allah, Dia telah mengirim beberapa tanda seperti penyakit uban, kesusahan, mata semakin kelam, telinga semakin tuli. Orang yang tidak menyedari hal ini bererti tidak mahu bertaubat dan apabila aku mencabut nyawanya aku akan berkata kepadanya "Bukankah aku telah mengirimkan beberapa tanda kepadamu?"

Malaikat Maut berkata kepada orang yang lalai dengan kematian "Alangkah hairannya aku melihat orang ini. Aku diutus untuk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa"

Empat Perkara - Selamat atau Tidak Selamat Dalam Kubur

Hukamah berkata bahawa 4 perkara yg menyelamatkan dari siksaan kubur:
1) Menjaga solat
2) Bersedekah
3) Membaca Al-quran
4) Bertasbih

Empat perkara yang menyebabkan siksaan kubur:
1) Berdusta
2) Berkhianat
3) Mengumpat
4) Tidak membersihkan air kencing pada tubuh

Cara2 Untuk Kekal Dalam Iman

Dari buku Lambaian Wajah Kematian

Menjaga dan membenteng iman

1) Mengawal iman supaya tidak rosak - tiga cara; melalui iktiqad, perkataan dan perbuatan. Contoh iman rosak: ragu2 pada Allah dan sifat2nya, percaya ada kuasa lebih dari Allah, ragu2 pada Nabi2, Malaikat2, mengatakan Al-Quran tidak sempurna dan perlu tambahan.

2) Iman yang diperoleh melalui mujahadah solat dan ibadat sunat dan tafakur hendaklah dikawal supaya syaitan dan nafsu tidak dapat mencelah. Ibadah mesti yakin dan ikhlas. Istiqamah dalam beramal dan beribadah dengan beradab dan tatasusila

3) Sentiasa memperbaharui syahadah - jadikan sebagai amalan harian sebab mati tak tentu waktu.

4) Bersangka baik terhadap Allah

5) Sentiasa berada dalam kebajikan - baca Quran dan zikir, jauhi sifat2 buruk, banyak bersyukur, sentiasa memohon maaf jika buat silap, langsaikan hutang, rasa dalam hari bahawa kita makhluk Allah yang hina dan Allah tidak perlukan taat kita, sebaliknya kita yang perlukan RahmatNya, berpesan2 kepada ahli keluarga agar patuhi perintah Allah.

Mengharap Anak Yang Soleh

Salah satu yang dapat membantu seseorang di alam barzakh dan hari akhirat adalah anak yang soleh. Tapi adakah semua orang betul2 mendidik anak jadi seorang yang soleh?
Bila aku baca kisah2 penggali kubur dlm projek memindahkan kubur, katanya banyak mayat yang berpaling dari kiblat. Baca jugak kisah2 dari buku2 yang kata celaka lah orang dalam kubur kerana keadaan mereka memang teruk2.
Memang rasa gerun, sedangkan amalan aku sendiri tak tau dapat tolong ibubapa atau tak.

Anak2 aku pun entah la boleh diharap ke tak. Ada orang kata zaman sekarang memang tak boleh harap anak2 sangat. Memang pun, byk kes anak2 abaikan mak bapak, bila dah berjaya, mak bapak dibiarkan atau dihantar ke rumah kebajikan dan tak jenguk2 lagi, sampai ada orang tua yang declare sebatang kara supaya bila mati jgn hubungi sesiapa, anak2 tak perlu tau hidup matinya orang tua tu.
Katakan la aku mati sblm anak aku besar dan tak boleh tolong aku, macamana la gamaknya.

Sebab tu la, apa2 hal jgn harapkan orang lain. Harapkan diri sendiri dan Allah je. Kalau rasa banyak dosa, mintak ampun banyak2, buat ibadat banyak2.
Kerana di akhirat nanti tiba waktu hisab anak2 akan menyalahkan mak bapak kerana tak didik mereka dan buat mereka celaka di sana. Di sini kita tak nampak azab, tapi di sana azab depan mata dan anak2 dan mak bapak pun sanggup bergaduh2 nak pertahankan diri masing2.

Sekarang ni pun aku pun pikir jugak amalan yang membantu ibubapa aku cuma kadang2 aku rasa funny mungkin aku ni yang lebih perlu pertolongan bila mati. Amalan aku lagi kurang kut. Satu hal lagi adakah aku ni anak yang soleh dan amalan2 aku diterima?

Aku rasa walaupun hadis Nabi ada sebut doa anak yang soleh, tapi jgn la berharap sgt sebab kita tak tau adakah anak itu akan selama2nya soleh atau adakah dia panjang umur utk doakan kita. Yang penting kita ni buatlah amal.

Jgn ingat ibadat kita yg sedikit akan senang2 waive dosa2 yang lain. Ni peringatan utk aku sendiri, banyak sgt salah walaupun secara tak sengaja. Jgn ingat sekadar soalt 5 waktu tapi boleh lepas dosa mengumpat, mengejek orang lain/ ciptaan Allah.