Monday, February 16, 2009
Abdullah bin Marzuk dan Bara Api
Diriwayatkan dari Abu Saidi bahawa Abdullah bin Marzuk pada masa mudanya sangat mewah dengan harta benda. Suatu hari dia minum arak hingga lalai solat Zuhur Asar dan Maghrib. Lepas waktu solat Isyak, seorang hambanya yang tidak jemu2 mengingatkannya untuk solat datang dan bawa bara api dan letak ke kakinya. Dia tanya "Apa ni?". Hambanya kata "Ini adalah bara api di dunia, bagaimana nanti bila tuan dibakar dengan api di akhirat?". Abdullah pun menangis dan pergi kerjakan solat. Ucapan hambanya itu begitu terkesan di hatinya. Dia membebaskan hambanya dan jadi penjual sayur di pasar dan menjauhi kehidupan duniawi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment