Ada seorang lelaki berkata kepda Hasan “Apakah seseorang tidak akan berasa malu terhadap Tuhannya? Bukankah dia melakukan perbuatan dosa lalu memohon keampunan kemudian mengulangi perbuatan dosa lalu memohon keampunan dan seterusnya?”
Hasan menjawab "Syaitan sangat berharap dia berjaya menggoda kamu. Oleh itu jangan kamu meninggalkan istighfar selama2nya”
Dalam Musnad Abu Hanifah disebut sebuah riwayat dari Jabir bin Abdullah. Suatu hari ada orang datang berjumpa Rasulullah dan berkata “Wahai Rasulullah aku sama sekali belum diberi rezeki berupa anak dan aku tidak memiliki anak.” Rasulullah berkata “Di mana kamu memperbanyakkan istighfar dan sedekah, maka kamu akan diberi rezeki lantaran kedua2nya.”
Lelaki itu buat seperti disuruh dan akhirnya dikurniakan 9 orang anak lelaki.
Dalam salah satu ceramahnya Syeikh Aidh al-Qarni ceritakan bahawa ada seorang wanita mandul yang tidak boleh mempunyai anak. Semua doktor dan ubatan2 tidak berkesan. Wanita itu bertanya seorang ulama yang menyarankan kepadanya untuk perbanyakkan istighfar. Wanita itu kemudiannya dikurniakan anak.
Tuesday, February 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment