Tuesday, February 10, 2009

Siapakah Yang sebenarnya Muflis?

Diriwayatkan dlm satu hadis panjang oleh Imam Tirmizi, daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah telah bertanya kepada para sahabat mengenai siapakah sebenarnya yang dikatakan muflis? Oleh kerana jawapan diberikan kurang tepat, Rasulullah berikan jawapan paling tepat. Menurut baginda orang muflis sebenar ialah hamba Allah yang datang menhadapNya pada hari akhirat dengan amal kebaikan yg sangat banyak. Tapi akhirnya seluruh pahala kebajikannya habis digunakan untuk menebus kesalahannya sesama manusia. Malah apabila sudah tidak ada lagi pahala untuk menebus, dosa mere pula dipindahkan kepadanya. Akhirnya kerana muflisnya hamba itu, dia dihumban ke neraka.

Alim ulama menyimpulkan bahawa di antara mereka yang akan menuntut pahala kebajikan hamba Allah yang bakal muflis ini ialah anak isterinya sendiri. Amanah memimpin keluarga telah mereka khianati.

Ish gerunkan? Sebab tu kena mendidik anak dan isteri sebaiknya supaya di akhirat nanti takde la berlaku tuduh menuduh dan tuntut menuntut.

No comments: