Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling hampir disisi Allah ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka) - Hadith riwayat Abu Daud
Dari Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasululllah s.a.w bersabda: Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat takabbur. - Hadith riwayat Baihaqi
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai. -Hadith riwayat Bukhari
Friday, February 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment