Friday, February 6, 2009

Cara2 Untuk Kekal Dalam Iman

Dari buku Lambaian Wajah Kematian

Menjaga dan membenteng iman

1) Mengawal iman supaya tidak rosak - tiga cara; melalui iktiqad, perkataan dan perbuatan. Contoh iman rosak: ragu2 pada Allah dan sifat2nya, percaya ada kuasa lebih dari Allah, ragu2 pada Nabi2, Malaikat2, mengatakan Al-Quran tidak sempurna dan perlu tambahan.

2) Iman yang diperoleh melalui mujahadah solat dan ibadat sunat dan tafakur hendaklah dikawal supaya syaitan dan nafsu tidak dapat mencelah. Ibadah mesti yakin dan ikhlas. Istiqamah dalam beramal dan beribadah dengan beradab dan tatasusila

3) Sentiasa memperbaharui syahadah - jadikan sebagai amalan harian sebab mati tak tentu waktu.

4) Bersangka baik terhadap Allah

5) Sentiasa berada dalam kebajikan - baca Quran dan zikir, jauhi sifat2 buruk, banyak bersyukur, sentiasa memohon maaf jika buat silap, langsaikan hutang, rasa dalam hari bahawa kita makhluk Allah yang hina dan Allah tidak perlukan taat kita, sebaliknya kita yang perlukan RahmatNya, berpesan2 kepada ahli keluarga agar patuhi perintah Allah.

No comments: