Salah satu yang dapat membantu seseorang di alam barzakh dan hari akhirat adalah anak yang soleh. Tapi adakah semua orang betul2 mendidik anak jadi seorang yang soleh?
Bila aku baca kisah2 penggali kubur dlm projek memindahkan kubur, katanya banyak mayat yang berpaling dari kiblat. Baca jugak kisah2 dari buku2 yang kata celaka lah orang dalam kubur kerana keadaan mereka memang teruk2.
Memang rasa gerun, sedangkan amalan aku sendiri tak tau dapat tolong ibubapa atau tak.
Anak2 aku pun entah la boleh diharap ke tak. Ada orang kata zaman sekarang memang tak boleh harap anak2 sangat. Memang pun, byk kes anak2 abaikan mak bapak, bila dah berjaya, mak bapak dibiarkan atau dihantar ke rumah kebajikan dan tak jenguk2 lagi, sampai ada orang tua yang declare sebatang kara supaya bila mati jgn hubungi sesiapa, anak2 tak perlu tau hidup matinya orang tua tu.
Katakan la aku mati sblm anak aku besar dan tak boleh tolong aku, macamana la gamaknya.
Sebab tu la, apa2 hal jgn harapkan orang lain. Harapkan diri sendiri dan Allah je. Kalau rasa banyak dosa, mintak ampun banyak2, buat ibadat banyak2.
Kerana di akhirat nanti tiba waktu hisab anak2 akan menyalahkan mak bapak kerana tak didik mereka dan buat mereka celaka di sana. Di sini kita tak nampak azab, tapi di sana azab depan mata dan anak2 dan mak bapak pun sanggup bergaduh2 nak pertahankan diri masing2.
Sekarang ni pun aku pun pikir jugak amalan yang membantu ibubapa aku cuma kadang2 aku rasa funny mungkin aku ni yang lebih perlu pertolongan bila mati. Amalan aku lagi kurang kut. Satu hal lagi adakah aku ni anak yang soleh dan amalan2 aku diterima?
Aku rasa walaupun hadis Nabi ada sebut doa anak yang soleh, tapi jgn la berharap sgt sebab kita tak tau adakah anak itu akan selama2nya soleh atau adakah dia panjang umur utk doakan kita. Yang penting kita ni buatlah amal.
Jgn ingat ibadat kita yg sedikit akan senang2 waive dosa2 yang lain. Ni peringatan utk aku sendiri, banyak sgt salah walaupun secara tak sengaja. Jgn ingat sekadar soalt 5 waktu tapi boleh lepas dosa mengumpat, mengejek orang lain/ ciptaan Allah.
Friday, February 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment