Tuesday, February 24, 2009

Syaitan & Penyakit

Aku ingat dari bacaan:

Syaitan mengalir dalam darah umat Adam a.s.
Syaitan masuk melalui makanan
Penyakit pun disebabkan makanan. Aku ada baca bahawa penyakit2 ada disebabkan oleh syaitan yg hidup dalam badan manusia.
Sebab tu lah ada penyakit parah i.e. kanser yg peringkat tunggu mati boleh sembuh dengan dibacakan Quran ke atas badan pesakit tu.
Bacaan Quran kira mcm ubat la. Macam2 ayat untuk macam2 tujuan.
Tak tau la ayat akubetul ke tak sbb aku pun ada baca kalau percaya pada ayat2 tertentu boleh syirik. Tapi pada pendapat aku, bukan percaya kekuasaan ayat tu, tapi percaya dan yakin pada Allah, juga kerana berkat mengamalkan bacaan Quran.
Ada yang kata kalau tak tau nak baca apa, baca lah apa2 pun dari ayat Quran, insya Allah hasil baik.
Aku juga baca penyakit disebabkan oleh syaitan dan jin yang hidup pada tubuh manusia. Tak kira la nak kata aku kolot ke, hantu memang ada sbb syaitan ada. Syaitan yg jadi hantu daaa...tu nak sesatkan kita la tu.
Sihir? Walaupun ayah aku marah percaya (baca kisah benar kat bawah), tapi hakikatnya Nabi SAW sendiri pun kena sihir dengan perempuan Yahudi. So ubat dia Muawwizatain di samping yg lain i.e. Ayat Qursi.

Pengalaman aku sendiri tentang sihir:
Bukan aku kena sihir..tapi anak angkat tuan rumah lama yg keluarga aku duduk sekarang. Kami panggil Kak L*. Kami baik jugak la sbb hari2 jumpa la sbb kami sewa kedai mak&ayah angkat dia, depan umah dia je. Akak ni dah bercinta dgn sorang mamat ni yang dah guna2kan dia. Mengikut cerita abang akak ni, mamat ni ada bagi tangkal kat akak ni suruh simpan. Tangkal mengenakan akak tu la kut. Kami teramat heran, akak tu kira educated la and nak pulak dekat mamat tu yg tak setaraf la, si samping ada kecacatan sikit.

Oleh kerana abang kepada akak tu dah menentang perhubungan mereka bila dah agak akak ni kena sihir, dia pun kena balik kampung. One day kami satu keluarga pegi le umah dia saja melawat2. Nak dijadikan cerita itu jam jugak la dia jagi lembik terbaring je, sakit semacam. Ayah aku marah kami sakan jakun dgn kejadian tu (dia marah percaya).

Then kami pun blk Kuantan, cerita apa yang menimpa akak ni dekat ex-boipren dia (mamt tu la) then mamat tu boleh nak confirm dgn kami dgn beritahu hari dan timem kajadian tu. Macam mana dia takde kat situ tapi boleh tau kejadian tu? Ada yg kata time jadi tu dia tgh puja akak tu la sampai jadi mcm tu. Ish ish..memang aku saspen tgk kejadian tu. So ni aku tak kelentong ye, aku lihat mangsa tu dan pemangsa pun bagi input jugak.

Orang kata zaman sekarang ni mana ada benda tu. Apa pulak, zaman sekarang la makin mejdai sbb iman makin menipis so tak kira halal haram asal puas hati. Dgr kata pemilihan parti pun byk kejadian2 aneh sbb acara sihir menyihir ni la. Bomoh membomoh etc.

Lagi satu yg ayah aku marah percaya benda ni sbb dia ada dgr cerita bomoh sendiri sihir pesakit supaya pesakit dtg berubat dan datang lagi dan datang lagi, So ada la sumber pendapatan bomoh tu.

Satu lagi dulu aku pun selalu kena sleep paralyse. Doktor kata tu olah istilah dia tapi mana la tau disebabkan jin (fyi, scan ke MRI ke pun tak boleh nampak jin/ setan kan..so aku yg kolot ni percaya sbb jin/setan la) cuma mereka yg sebabkan badan jd tak function mcm sepatutnya dan baru lah sains bagi istilah kepada keadaan tu. Pening tak? mcm berbelit je kan? Dulu aku ala2 rock kan, mana nak ingat zikir, Quran sgt, skrg Alhamdulillah, dah lama tak kena (cant recall the last time kena). Time kena tu bukan takat kaku je, nampak hantu la, nampak suasana jadi lain la, dan mcm2 yg pelik2 tapi time aku sedar, bukan mimpi.

No comments: