Saturday, November 26, 2011

Mencari yang halal adalah wajib

Tgk2 status org kat facebook, makan kat Tony Ramas, Chili's, Hard Rock Cafe etc.
Hmmm...byk yg ala2 western n american ni, chef diorang dah la masak bk guna wine, vodka pun ada.
Ntah apa2 seasoning.

Ada kisah sorang yg kata "buat apa u tanya apa bahan guna ut masak? Ha kan daha dari boleh makan dh jadi tak boleh makan"
Ek eh cik jah ni...bukan ke cari yg halal tu wajib. Jafi mmg betul lah org tu tanya.
Bukan main ngap aje.

Jugak kisaj sorang yg mak pak biasa beli dari kedai cina. N dia pun biasa beli dari kedai cina. And i bet nanti anak cucu pun sama.

Wah wah, aku pun sedap kata org. Aku pn bukan baik dgt, tapi selagi boleh elak, aku elak.
Dulu aku suka sgt makan kat satu kedai taiwan yg ada tampal sijil halal. Lama2 baru dpt tau dari internet forum yg kedai tusijil halal dia yg dia tempek tu palsu/ meragukan.
Terus aku stop makan, walaupun kdg2 rasa teringin sgt nak try.

Cheese- byk yg diguna di restoren western/ amariiiikaa ni tak tentu halal nye, sbb nak buat tu perlu guna rennet, tak silap dari perut lembu.
So kalau lembu tak sembelih???? Ada jgk yg tak guna rennet, yg guna vegetable base. Tapi andai kata guna rennet, kan dah jadi satu isu.

Ingat ayah aku dulu, ada polis beri aku burger utk makan.
Ayah aku suruh buang je sbb dia takut tak halal.
Kan bagus semua parents, termasuk aku mcm tu.

Kalau anak dapat party pack,aku tgk mcm2 jenis makanan yg ads, byk yg mcm ragu2 je halalnye. Yg china made pun ada. Di samping tu isu kesihatan barang china pun jadi satu hal jugak.
So parents, kalau buat party ke, buat party pack ke, make sure la coklat2 tu sume ada cop halal ye. Dan brand2 yg biasa didegar dan diketahui halal.
Peringatan utk aku jgk.

Ladsng2 terfikir, byk org skrg perangai pelik2 Sbb punca dari makanan lah.
Itu yg jadi hati keras, tak boleh ditegur. Tegur sikit, nak kaki tangan, keluar parang etc.

Moga Allah jadikan kita org bertakwa dan beriman jugak berpunca dari makanan halal. Amin

Friday, November 25, 2011

Sedar tak dah syirik????

Kenapa lah masih ramai yg percaya atau pun takut dgn benda berantai ni.
Aku kalu dpt email mcm ni aku reply balik kepada sender.
Aku kata tak boleh percaya takut jadinsyirik.
Kdg2 serba salah nak reply mcm tu sbb pertama mcm la aku ni terer sgt
Kedua, hampir semua org percaya benda ni.
Takpun, yg cuba2 forward mana la tau kot jadi seperti yg diclaim oleh surat berantai tu.

Kena ingat ye, kalau kita percay a sesuatu jadi sbb kita forward atau tak forward surat tu, bermakna kita percaya surat tu ada kuasa.
Bila kita percaya begitu, kita telah menduakan Allak aka mensfirikkan Allah.
Dosa syirik ni bukan boleh main2 ye, dosa besar ni!!!

Aku ada tanya ustaz jgk pasal kite percaya pantang larang org melayu dulu2 i.e. Kalu menyanyi kat dapur, dapat laki tua, kalu makan bekas anak, anak lawan mak bapak, kalau muka anak lelaki ikut muka ayah, hubungan panas. Kalau ada tahi lalat kat kaki, akan berjalan jauh.
Semua tu kalu percaya syirik lah.
Sbb semua tu kalau jadi pun adalah kebetulan semata2.

Pada aku simple je, kalau benda tu tak dapat dibuktikan secara saintifik, klinikal maka takde asa utk percaya kebenarannya.
Alangkan makan ubat, jadi sembuh dan claim ubat tu bagus, mujarab pun boleh jadi syirik, walaupun ia terbukti secara klinikal, sbb yg berkuasa menyembuhkan adalah Allah.
Jadi nak percaya yg bukan2 yg tak terbukti tu lagi lah tak patut dan mmg sah syirik.

Ke mana dibelanjakan

Ada sedara aku ckp pasal duit dan brg2 yg dibeli, nanti kat akhirat kena soal duit yg Allah rezekikan pada kita, apa yg dibuat.
Terbayang2 soalan malaikat dan jawapan aku.

Q: duit gaji tiap2 bulan buat apa?
A: bayar hutang umah, hutang kete sekian ratus sekian ribu
Q: kenapa nk kena beli yg harga sekian2. Napa tak beli yg lagi murah. Duit yg lebih tu boleh sedekah.
Duit bonus buat apa?
A: beli baju, handbag, kasut, pegi menlancong
Q: napa tak utamakan pegi haji dari melancong? Napa tak pakai je beg, baju kasut sampai buruk, baru beli yg lain. Duit lebih tu sedekah lah

Teringat Nabi yg miskin harta sbb terlalu byk bersedekah.
Kita pulak terlalu byk simpan beli dan simpan harta, fikir utk sendiri sendiri je.
Agaknya harta aku (bkn la byk sgt pun) akan tolong aku tak kat akhirat nanti?
Belanja kawan dan sedara pun lagi byk dari sedekah kepada org miskin dan anak yatim yg lebih memerlukan. Sebab taknak dikatakan kedekut? Ish... ish..payahnye nak ikhlas.

Sbb tu jgn lah mengata org sbb kita taktau amalan dia yg lebih baik dari kita contohnya org duk kata Siti Nurhaliza pakai tudung tak betul, tapi dia byk bersedekah dgn yayasan nurjiwa dia tu. Kita? Dh la sedekah sikit, dosa mengata pulak yg byk.

Thursday, November 24, 2011

ASB/ASN berdasarkan Majlis Fatwa Negeri Selangor

Aku dengan dlm radio IKIM rancangan USt Zaharuddin.
Byk kali org tanya pasal hukum labur dlm ASB ASN.
Dia cakap Majlis fatwa negara putuskan harus hukumnya.
Tapi majlis fatwa selangor kata haram (yg ni tak diwar warkan secara terang lagi bersuluh. Takde publisiti langsung).
Maka ustaz kata, ambik lah mana2 ikut kesesuaian diri utk putuskan nak labur/ tak labur.
Aku kata, tepuk dada tanya iman.
Aku pun dh lama tutup ASB dan pindah Tabung Haji.
Bukan lah aku ni baik sgt, tapi apa yg mudah utk dibuat, aku buat.
Dh cukup lah dosa riba yg sedia ada, taknak tambah lagi.

It's not what you eat...

....ibut it's what you dont eat
Sekali je aku dengar 'pepatah' ni.
Masa tu dgr briefing pasal pemakanan.
Speaker tu cakap byk org particular tentang apa yg dimakan.
Tapi ak kisah tentang benda yg mereka tak makan.
Contoh nye ada org tak makan makanan lemak dan bersantan, bergoreng, telur konon banyak kolestrol.
Tapi mereka juga tak makan sayur dan buah dalam kuantiti sepatutnya. Ada yg langsung tak makan sayur.
Sebenarnya, kalau makan sayur dan buah yg tinggi kandungan serat, lemak dan kolestrol akan melekat pada fiber dan dinyahkan dari badan bersama najis yg mengandungi serat.
Testimoni aku, aku mmg suka makanan goreng, lemak etc.
Tapi aku suka makan sayur dan buah.
Alhamdulillah, so far Allah masih berikan kesihatan yg baik. Takde masalah berkaitan lemak, kolestrol dan jantung berdasarkan result medical checkup aku dua tahun lepas.
Doktor kata aku bleh dtg lagi after sepuluh tahun

Byk org yg masuk syurga kerana...

Dengar kat ikim.fm.
Ustaz cakap byk org yg masuk syurga adalah org yg berakhlak baik.
Teringat kisah seorang wanita ahli ibadah yg siksa kucing dan masuk neraka.
Juga kisah wanita yg dikabarkan oleh rasulullah akan masuk neraka kerana menyakiti jiran.
Juga seorang lelaki yg dikatakan rasulullah masuk syurga. Sahabat2 menyelidik dan mendapati dia bukan lah ahli ibadah seperti mereka tetapi rupanya2 dia masuk syurga kerana sifatnya yg memaafkan semua org yg bersalah padanya - yang merupakan antara akhlak yg mulia.
Moga kita tergolong antara org berakhlak mulia dan menjadi contoh baik kepada sesama muslim dan menjadi tarikan kepada bukan islam utk mendekati islam.
Amin...

Wednesday, November 23, 2011

Tidak beriman sehingga...

Hadis riwayat Bukhari dan Muslin yg lebih kurang bermaksud tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudara seislamnya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Bagi pendapat aku yg bukan bagus sangat ni, dan bukan lah kuat iman sangat:
- tak sanggup sakiti sedara seislam
- sanggup maafkan sedara seislam
- kalau tak sanggup maafkan, maknanya tak sayang sedara tu
- kalau tak sayang, maknanya tak sempurna iman la
- maka, sesiap pun yg bersalah kat kita, kita maafkan saja. Tak kesian ke org tu nanti masuk neraka sbb kesalahan dgn kita
- kalau tak sanggup maafkan dia, maknanya kita tak kasihi dia dan kita pun bukan org beriman. Silap2 kita pun sama2 masuk neraka
- ada kawan aku yg merupakan anak ustaz kata, di akhirat nanti, org yg memaafkan semua orang dan tak dapat claim pahala2 dari org yg bersalah kat dia (di akhirat nanti semua main bayar guna pahala, kan), dia akan dpt keistimewaan. Mungkin dia akan masuk syurga dgn mudah? Mudah2 an.

Kalau sayangkan sedara seislam kita, jgn kedekut utk doakan mereka.
Contonhnya, setahun sekali bila ucap happy birthday, jgn la ucap "happy birthday" togel semata2. Tambah la doa i.e. " semoga panjang umur, murah rezeki, dirahmati, bertambah amal, iman dan taqwa". Malaikat pun akan doakan kita sama bila kita doakan orang lain. Taknak ke doa yg didoakan oleh malaikat?

Doa lepas solat pun ada utk muslimin dan muslimat sekali. Jadi kalau kita doa pada Allah utk ampunkan dosa seluruh Muslimin, maka sudilah kiranya kita maafkan org yg bersalah pada kita. Lagi pun kita ni bukan bagus sgt pun, byk keburukan dan kekurangan, mungkin itu juga jafi punca org bersalah pada kita. Maka itu peluang utk baiki diri kita, jgn marah bila org komen pasal kita termasuk hakikat buruk yg kita taknak dengar. Belek2 lah kekurangan diri. Orang beriman mesti selalu selidik kelemahan diri.

Tuesday, November 22, 2011

Doa yang tak dimakbulkan

Dengar di Ikim.fm rancangan kak ti dgn adik2 (nama sebenar rancangan tak tau).

Katanya doa kita yg tak makbul di dunia akan jadi pahala di akhirat.

Mungkin berkat sabar dan redha juga atas doa yg tak kesampaian tu.

Saturday, November 5, 2011

Quran pemberi syafaat terbaik

Dapat dari emel. Dikatakan quran pemberi syafaat yg terbaik, lebih baik dari syafaat Nabi.
Disarankan jgk khatam quran dua kali setahun.
Hmmmm..payah gak tu, moga dapat la dibuat