Dalam Al Quran ada disebutkan bahawa "asalnya jin adalah takut kepada manusia tetapi selepas jin mengetahui bahawa manusia takut kepada jin maka jin menambah ketakutan pada manusia".
Apa tidaknya zaman sekarang ramai manusia dan juga orang Islam takutkan hantu dan syaitan. Sebenarnya jin dan syaitan hanya boleh menggangu manusia sekiranya diizinkan oleh Allah sahaja. Jadi mengapa perlu takut, mintalah doa kepada Allah untuk perlindungan dari gangguan jin dan syaitan.
Setengah orang Islam takutkan tempat-tempat tertentu seperti pokok besar, butan, busut, bukit dan rumah tinggal. Bila mereka melalui tempat ini ucap "datuk nenek, cucu nak tumpang lalu ...." dan berbagai sebutan-sebutan lainnya. Mereka takut kalau tak sebut sesuatu nanti "datuk" marah dan perut boleh senak atau mulut boleh senget dan lain-lainnya.
Sebenarnya orang ini ditimpa musibah tersebut adalah kerana Allah tidak memberikan perlindunganNya keatas orang tersebut lalu diizinkanNya syaitan untuk mendatangkan musibah kepada orang ini. Orang ini tidak pernah meminta perlindungan dari Allah. Sepatutnya, orang ini perlu membaca "a'uzu bikalimaatillaahi ttaammati min syarri maa khalaq" yang bermakna 'Aku minta (kepada Allah) dipelihara dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan'.
Kalau kita percaya dengan hantu, hantu gasak kita, tapi kalau yakin dengan Allah, insyaAllah Tuhan pelihara kita.
Saturday, December 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment