Thursday, December 4, 2008

Fadhilat Selawat

Sumber Radio KLFM - Azzikra

100 selawat setiap hari - 70 untuk hajat di akhirat dan 30 untuk hajat di dunia

Sebelum masuk rumah amalkan beri salam, selawat 1 kali dan surah A-Ikhlas

Selawat juga penghapus dosa. Ada satu riwayat seorang lelaki dan ayahnya dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan haji. Di tengah jalan, ayahnya meninggal dunia dan mukanya berubah menjadi hitam.

Si anak tertidur dan dalam mimpi dia betemu seorang lelaki yg mengusap muka ayahnya dan menjadi putih kembali. Si anak bertanya kepada lelaki itu, siapa anda dan kenapa wajah ayah saya yang hitam tukar jadi putih. Lelaki itu memberitahu padanya "Ayah mu banyak dosa tetapi kerana selalu berselawat, dosanya diampunkan". Si anak bertanya "Siapakan kamu?" Jawab lelaki itu "Aku lah Rasulullah".

Wallaahua'lam.

Banyak lagi fadhilat lain tapi ni yang aku ingat dari radio je

No comments: