Ustaz Nawawi Yusoh, Radio IKIM.
Kata ustaz, kematian dikira kiamat kerana berakhirnya kehidupan bagi seseorang.
Kematian orang lain menjadi tanda2 kimat kecil bagi orang yang maish hidup.
Bila kita dengar kematian seseorang yg kita kenal i.e. saudara mara, jiran2, bermakna itu menandakan kematian kita pun makin hampir. Ada seorang nabi yg didatangi oleh malaikat maut. Nabi itu bertanya pada malaikat "kau datang ni nak menziarahi atau cabut nyawa aku". Kata malaikat maut "dua2". Nabi tu kata "Kenapa kau tak utuskan tanda2?". Malaikat maut tanya tentang si polan dan si polan i.e. jiran dan saudara mara nabi tu. Nabi tu kata "mereka semua dah mati". Malaikat maut berkata "itulah tanda kematianmu".
Nabi juga berkata salah satu tanda kematian adalah beruban. Dan menghilangkan uban adalah makruh kerana menghilangkan tanda kematian pada kita sedangkan kita disuruh mengingati kematian apatah lagi bila tanda sudah nampak.
Lagi tanda kematian ialah penyakit.
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment