Friday, July 22, 2011

Selamat Menunaikan Haji -sikit tips

Sikit tips yg aku sempat dengar kat radio tadi - oleh TH Travel


- Ada dua jenis vaksin wajib - influenza dan pneumoccocal
- Buku rekod kesihatan kena bawak. Byk jemaah yg lupa bawak dan lagi sekali kena vaksinasi bila tiba kat arab saudi
- Ubat yg biasa makan kena bawak dan rekod dalam buku. Jgn bwk ubat yg takde dlm rekod i.e. jamu mak dara, nanti kena rampas. TH juga ada sediakan ubat tapi takut tak sesuai dgn pulak sbb dh biasa makan ubat yg jenis lain
- Rokok kena rampas - Mekah dan Madinah ialah bandar larangan merokok. Jangan merokok dlm bilik dan membahayakan kesihatan roommate pulak dah. Pikir org lain sama ye.
- Ada penyakit yg kerap menimpa perokok jadi TH nasihatkan bila dh konfirm dpt buat haji terus hentikan la merokok (tambahan aku - lagipun buat ape nak merokok lagi kan ada isu rokok ada kandungan babi - tak geli ke?)
- Minum byk air supya tak kena sawan dan heat stroke - sekurang2 8 gelas. Ada jemaah kata taknak minum air sbb taknak kerap gi toilet. Ada petua kawan aku ckp, boleh minum air tapi minum sikit2. Jgn minum segelas sekali harung. Break kepada beberapa kali - so kencing pun dapat kurang.
- Penting juga minum air supaya tak mudah dapat jangkitan penyakit yg biasa jadi di sana i.e. batuk, selsem dan jugak hidung berdarah kerana panas.
- Cirit birit pun biasa jadi. Kata org TH tu, jgn beli makanan yg dijual digerai2 krn tahap kebersihan tak terjamin. Even makanan yg TH bekalkan pun kene mkn tak lebih dari masa 2 jam, kalau lebih mungkin boleh kene cirit birit jugak.

Takat tu saja yg aku dgr dan ingat. Yg lain cover dlm kursus haji kot...
-

No comments: