Friday, October 12, 2012

Kata-kata Mufti Zainal Abidin Berkenaan Dakwah


Mufti Zainal Abidin kata jika ingin diterangkan hukum dakwah ini, maka ia di atas segala fardhu. Fadhu diatas segala fardhu. Ini kerana bila umat meninggalkan dakwah manusia akan meninggalkan amalan agama dan Islam itu sendiri. Perintah pertama dibuat oleh nabi Saw dan sahabah ialah dakwah. sebelum perintah lain datang, perintah dakwah adalah yang pertama. Malangnya umat tidak merasakan berdosa meninggalkan dakwah. Sehingga kita anggap kita adalah penceramah, menteri, guru, pengarah, kerani, orang melayu, orang cina. Kita terlupa kita adalah khalifah ALLAH, penyambung kerja Nabi, Pewaris Al-Quran. Bila dakwah ditinggalkan manusia akan meninggalkan masjid, zina menjadi berleluasa, judi, riba, penipuan dan semua perkara haram akan terjadi sehingga manusia dipinggir kemurtadan dan kekufuran. Orang bukan Islam tidak dapat Islam. Manusia akan beramai -ramai masuk neraka. Jalan terpantas untuk dekat diri pada ALLAH dan meningkatkan kecintaan pada Nabi SAW dan iman ialah melalui dakwah. Ibu segala tarikat dan sunnah Nabi SAW ialah dakwah. Kebanyakan masa hidup Nabi berjumpa dan memujuk manusia kepada ALLAH dan menangis didepan ALLAH. Dakwah dan iman tidak boleh dipisahkan seperti irama dan lagu. Dakwah ibu segala amalan. Bila kita buat dakwah iman kita akan terbina. Umar mula-mula masuk islam, terus buat dakwah. Sepatutnya kita akan kata, umar kau jahat, taubat dulu, tuntut ilmu dulu. Tapi diceritakan sebaik sahaja ucap syahadah terus Umar RA ajak orang lain kepada ALLAH. Sedangkan guru yang paliNG alim dan wara berada didepannya iaitu Nabi SAW. Ini kerana jalan untuk iman seseorang terbina dengan bercerita dan memujuk manusia kepada ALLAH. Malangnya hari ini, umat tidak menganggap dakwah ini sebagai perintah ALLAH dan ia hanya sunat atau pun fardhu kifayah. Sedangkan bila tidak buat dakwah iman jadi lemah. untuk pergi masjid pun tida kekuatan. Ramai orang mengadu pada saya dalam ceramah, susah nak cukup solat, malas nak pergi masjid, selalu jadi malas, tidak boleh menangis, tiada kekuatan nak buat baik dan meninggalkan yang haram. Ini kerana kita tidak bercakap kebesaran ALLAH dan akhirat kepada orang lain.(dakwah) Duit ada rm1 cuma boleh beli 2 coklat. RM 100 DAPAT 200 coklat. RM 1 JUTA, lagi banyak. Sama lah iman rm 1, cuma boleh solat 2 waktu. Iman kuat macam sejuta semua amalan jadi mudah. Semua yang haram senang dijauhi. Sahabat kata ya Rasulullah kenapa tidak terima 50 waktu solat. Mereka ingin ramadhan sepanjang tahun. Malam turun perintah aurat, esok pagi semua dah tutup aurat. Ada kawan saya kata masa dalam kereta di highway, lajunya semua kereta. Saya kata, bukan kereta laju tapi dia yang perlahan... Sama juga bila kita nak cepat dan bawa laju, kita rasa semua kereta perlahan. Amalan agama ini manis dan mudah. Tapi kenapa rasa berat. Sebab iman kita lemah. kerana meninggalkan dakwah. Ya ALLAH ampunkan dosa kami semua kerana meninggalkan dakwah dan kami tidak rasa berdosa. hinanya kami semua. Lidah kami kelu untuk bercakap kebesaranmu.- ebit lew

No comments: