Wednesday, December 22, 2010

Doa mengelak dari menjadi pelupa

Ustaz Zahazan Mohamed

Doa mengelak dari menjadi pelupa

اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأَرْضِنَا

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat Ahmad no. 224)

Amalan: Menurut al-Tirmizi, al-Nasa’i dan al-Hakim, doa ini dibaca oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.

Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Kasihilah ayah ketika ada.

Ustaz Zahazan Mohamed

Kasihilah ayah ketika ada.

Buat yang sudah tidak mempunyai ayah, ingat, tidak terputus amalan seseorang yang sudah meninggal dunia melalui doa anak yang soleh. Berdoalah selalu kepada Allah akan kesejahteraan ayah (dan ibu) kita di sana... Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan Allah.Dalam hadis rwyt al-Hakim, Nabi saw ditanya, oleh seorang lelaki dari kalangan Bani Salamah, Wahai RasulalLah apakah masih ada peluang bagiku berbuat baik kpd ibu bapa selepas kematian mereka ? Jawapan Nabi saw : Ya ! Berdoalah utk keduanya, memohon keampunan utk keduanya, menunaikan janji mereka, Memuliakan teman2 mereka, menjalinkan silaturrahim terhadap kerabat mereka" ( 21/ 7260 ) Cet th 2002 dar al-Kutub al-Ilmiyyah

Kisah Solat

Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.

Doa sekiranya ditimpa kesakitan / penyakit

Doa sekiranya ditimpa kesakitan / penyakit
by Ustaz Zahazan Mohamed on Tuesday, 21 December 2010 at 09:14
Usman bin Abu Al- ‘Ash As-Saqqafi berkata : “Saya telah pergi bertemu Rasulullah SAW, sedang pada masa itu saya mengalami suatu penyakit yang agak berat, maka Rasulullah SAW bersabda :

“Usapkan tangan kananmu pada tempat yang sakit itu dan jampilah dengan doa ini sebanyak 7 kali.

أعوذُ بِعزّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرّ مَا اَجِدُ

Maksudnya: “Dengan nama Allah , aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kecelakaan yang aku alami.”

(Hadis riwayat Nasa’i)

Maka aku pun melakukan seperti yang di ajarkan oleh rasulullah itu, lalu Allah Ta’ala menyembuhkan aku.”

Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.

Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.
by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday, 22 December 2010 at 11:01
Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini: (Jika sukar membaca, copy, pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Bagi yang ingin mendapatkan doa2 seperti ini sila dapatkan daripada buku 101 Doa drp hadis2 sahih Terbitan Telaga Biru sdn Bhd.

Khutbah Jumaat

Ustaz Zahazan Mohamed

Taqwa adalah satu pesanan yang wajib diperdengarkan dalam khutbah Jumaat. Seorang lelaki yang berumur 45 tahun akan mendengar sekurang-kurangnya 1560 kali pesan taqwa dalam hidupnya (jika dia tidak pernah meninggalkan solat Jumaat bermula dari umurnya 15 tahun)

Saturday, November 27, 2010

Celaan Membawa Semangat.

Celaan Membawa Semangat.
by Ustaz Zahazan Mohamed on Monday, 22 November 2010 at 12:13
Petikan dr Majalah Solusi isu 25 (Mujahadah Melawan Nafsu), kolum Mahmudah oleh Us Umar M Nur hafizahulLah.

Celaan Menjadi Semangat.
Ramai tokoh dalam Islam bangun hasil celaan seseorang. Kita ambil beberapa tokoh sebagai contoh antaranya yang berasal dari negeri Mesir ini, namanya Ahmad bin Muhammad bin Salamah Al-Tahawi, gelarannya Abu Jaafar. Beliau lahir di desa Taha pada tahun 237 H, lalu terkenal sebagai seorang faqih mazhab Hanafi sekali gus seorang ahli hadis bergelar al-Hafiz. Setiap orang yang membaca buku-buku karangannya seperti Syarh Ma’ani al-Atsar, Syarh Musykil al-Atsar dan lain-lain dapat dengan jelas melihat kepakaran beliau dalam kedua ilmu ini.

Pada awalnya, Abu Jaafar Al-Tahawi ini hanya seorang pemuda biasa. Beliau juga bukan pengikut mazhab Hanafi, akan tetapi seorang pengikut mazhab Syafii. Beliau mempelajari mazhab ini daripada pakciknya yang bernama Abu Ibrahim Al-Muzani, seorang murid Imam al-Syafii. Pada suatu hari, Abu Jaafar banyak melakukan kesilapan dalam membaca kitab fiqh di hadapan pakciknya ini. Al-Muzani mencela dan memakinya. Dalam emosi, beliau bersumpah, “Demi Allah, engkau tidak akan berjaya dalam pelajaran!”

Mendengar celaan dan makian ini, Abu Jaafar Al-Tahawi menjadi sangat marah. Beliau lalu meninggalkan majlis al-Muzani dan beralih kepada Ibn Abi Imran untuk mengaji fiqh Hanafi daripadanya. Kekesalannya dek celaan al-Muzani membakar semangatnya untuk belajar dengan penuh kesungguhan. Akibatnya, beberapa tahun kemudian al-Tahawi tampil sebagai ulama terkemuka sekali gus pembela mazhab Hanafi terbesar hingga ke hari ini. Kepakarannya dalam hadis membuat ijtihad-ijtihad Imam Abu Hanifah yang sebelumnya dikenal sebagai ahli Ra‎’yi terlihat sangat dekat dengan hadis Nabi s.a.w.

Al-Muzani telah lama wafat apabila Abu Jaafar al-Tahawi menjadi ulama sebesar ini. Abu Jaafar al-Tahawi berkata, “Semoga Allah merahmati Abu Ibrahim Al-Muzani. Andai beliau masih hidup pada saat ini, beliau perlu membayar kaffarah untuk menebus sumpahnya.”

Kisah ini dapat anda temukan di buku-buku karangan al-Hafiz al-Dzahabi seperti Tazkirat al-Huffaz, Siar A’lam al-Nubala dan lain-lain.

Sikap ini menjadi pilihan orang berhati bersih dan berjiwa luas. Celaan mendorong orang seperti ini untuk menjadi insan yang lebih baik dan lebih sempurna. Ia bertekad merubah celaan tersebut menjadi penyebab kita meraih pujian di kemudian hari, sama ada di dunia ataupun di akhirat. Dan sikap ini menjadi pilihan tokoh-tokoh besar dunia Islam seperti yang terjadi pada diri Abu Jaafar Al-Tahawi di atas.

Sibawaih
Selain al-Tahawi, saya menemukan banyak sekali tokoh Islam lain yang juga pandai merubah celaan menjadi semangat. Salah seorangnya adalah Abu Bisyr ‘Amr bin ‘Usman bin Qanbar, terkenal dengan gelaran Sibawaih (w. 180 H). Setiap orang yang pernah belajar Bahasa Arab pasti mengenal nama ini. Beliau seorang ulama Nahwu yang memberi sumbangan tidak ternilai dalam perkembangan bahasa Arab hingga namanya tetap hidup hingga ke hari ini.

Seperti al-Tahawi, Sibawaih pada mulanya hanyalah seorang pemuda biasa. Suatu hari, apabila belajar hadis kepada Imam Hammad bin Salamah di Basrah, beliau tersilap membaca sebuah kata yang terdapat di dalam hadis tersebut. Satu lafaz yang seharusnya dibaca mansub, ia baca marfu’. Hammad menghardiknya di hadapan orang ramai, “Engkau keliru, wahai Sibawaih!”

Hardikan itu sangat berkesan di hati Sibawaih. Beliau merasa malu dan marah. Di dalam hati, beliau segera bertekad, “Aku akan menuntut sebuah ilmu yang dapat menjagaku daripada disalahkan oleh orang lain.” Beliau lalu mendatangi ulama Nahwu terbaik di masanya, iaitu Al-Khalil bin Ahmad, untuk belajar semua ilmu yang berkaitan dengan bahasa Arab. Beliau belajar dengan sungguh-sungguh hingga beberapa lama kemudian namanya dikenali sebagai tokoh bahasa Arab terbesar sepanjang sejarah.

Kisah ini saya lalui apabila membaca kitab Nahwu karangan Imam Ibn Hisyam al-Ansari yang bertajuk Mughni al-Labib ’an Kutub al-A’arib dalam majlis Syeikh Usamah al-Rifa’i di Damsyiq Syiria.

Ibn Sina
Kisah lain yang lebih dahsyat saya temukan dalam kitab Lathaif al-Minan Wal Akhlak karya Imam Abdul Wahab al-Sya’rani. Beliau menukilkan daripada Imam Taqiyuddin al-Subki yang bercerita tentang kisah Abu Ali Ibn Sina seorang filosof Islam yang sangat pandai dan genius.

Suatu hari seseorang mencela Ibn Sina kerana ia tidak hafal al-Quran. Mendengar celaan itu, Ibn Sina menjadi sangat malu dan marah. Beliau lalu terdorong untuk menghafal seluruh al-Quran, dan beliau melakukannya hanya dalam satu malam! Padahal sebelumnya ia hanya menghafal surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sahaja.

Bagi saya, kisah ini sangat mengagumkan dan luar biasa sehingga nampak agak sukar untuk dipercayai. Allah yang lebih tahu akan kesahihan kisah ini.

Menata Hati Menghadapi Celaan
Setiap manusia tidak dapat lari daripada celaan dan cemuhan orang lain. Siapa pun kita, di mana pun kita berada, selalu sahaja terdapat orang yang akan mencela bahkan mencemuh kita. Malah Allah dan rasul-Nya pun tidak terlepas dari lidah keji manusia-manusia seperti ini. Seorang penyair Arab berkata: “Manusia menuduh Allah punya anak, mereka juga berkata: Rasul seorang tukang sihir. Tidak selamat Allah dan rasul-Nya daripada lidah manusia, apatah lagi saya?”

Kerana celaan suatu kepastian, maka kita mesti pandai menata hati. Jangan biarkan ucapan negatif orang lain itu mengeruhkan hidup kita, menguruskan tubuh kita dan menahan kita daripada aktiviti yang bermanfaat untuk masa depan kita.
Kita mesti pandai memanfaatkan energi positif yang terdapat di dalam celaan untuk membakar semangat menuju kejayaan. Setiap kali mendengar celaan, pandanglah ia sebagai obat, semakin pahit rasanya semakin baik untuk kesihatan kita.

Marah dan dua pilihan
Saya tidak tahu dengan anda, akan tetapi setiap kali mendengar celaan, apalagi jika berlaku di hadapan orang ramai, hati saya terasa sangat sakit. Telinga terasa terbakar, muka merah padam, dan emosi terasa hendak meletup. Malu terasa bercampur dengan kemarahan.

Jika anda merasakan hal yang sama, itu pertanda anda manusia normal. Sebagai manusia, celaan sangat menyakitkan hati dan membakar kemarahan. Hanya orang bodoh sahaja yang tidak marah ketika orang lain menyentuh kehormatan dan meruah dirinya. Imam al-Syafii berkata, “Barang siapa yang dibuat supaya marah namun tidak marah, maka ia adalah keldai.” Keldai adalah simbol untuk kebodohan yang sangat parah.

Pada saat penuh emosi ini, kita dihadapkan dua pilihan yang siap untuk diambil. Apa yang kita pilih biasanya ditentukan oleh karakteristik jiwa kita.

Pilihan pertama adalah merubah kemarahan itu menjadi dendam, lalu menyimpannya di dalam hati dan menunggu saat yang tepat untuk diaktualkan. Ia menanti dengan penuh waspada masa keemasan untuk membalas sakit hatinya dengan berbagai perbuatan yang dapat merosakkan orang lain, bahkan dirinya sendiri. Sikap ini menjadi pilihan ni orang yang berjiwa kotor dan hina. Celaan dan makian yang ia dengar bukan sahaja merosak hatinya, malah juga meruak masa depannya.

Pilihan kedua adalah menyimpan kemarahan itu di dalam hati lalu merubahnya menjadi pembakar api semangat untuk memperbaiki diri. Celaan memang menyakitkan, namun ia menyedarkan kita kepada kekurangan diri yang mesti diperbaiki. Tidak ada yang lebih menyakitkan hatinya daripada membiarkan kekurangan tersebut tetap berada di dalam dirinya sehingga mengundang berbagai celaan lain sepanjang hidupnya.

Celaan sebuah ubat, pujian sebuah racun
Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumiddin berkata, “Sering kali manfaat yang kita dapatkan daripada celaan orang-orang yang memusuhi kita lebih banyak daripada manfaat yang kita dapatkan dari teman-teman yang selalu memuji kita.”

Ya, pujian jauh lebih merbahaya daripada celaan. Ia memang manis, namun mengandungi racun yang dapat merosak hati manusia. Semakin terbiasa seseorang mendengar pujian, semakin hatinya tertutup daripada kebenaran. Pada saat itu, ia tidak akan pernah tersedar daripada kekurangan dirinya apalagi tergerak untuk merubah dan memperbaikinya. Tanda seseorang sangat hina di mata Allah, Allah membiarkannya tenggelam dalam pujian.

Sebaliknya, celaan memang pahit namun ia berisi ubat yang akan merubah hidup kita menjadi lebih sempurna. Syaratnya kita mesti pandai merubah celaan itu menjadi pembakar semangat seperti yang dilakukan tokoh-tokoh berjiwa besar. Jika anda memiliki jiwa sebesar mereka, anda pasti melakukan apa yang mereka lakukan. Wallahu a’lam.

Doa mengelak dari men

Doa mengelak dari menjadi pelupa

اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأَرْضِنَا

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat Ahmad no. 224)

Amalan: Menurut al-Tirmizi, al-Nasa’i dan al-Hakim, doa ini dibaca oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.

Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Sunday, November 21, 2010

Doa Agar Suami dan Isteri Saling Mengasihi

Doa Agar Suami dan Isteri Saling Mengasihi
by Ustaz Zahazan Mohamed on Friday, 12 November 2010 at 10:15
اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan
Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Hikmah Korban

Hikmah Korban; sumber dari kitab Sabil al-Muhtadin terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
by Ustaz Zahazan Mohamed on Thursday, 18 November 2010 at 14:41
Hikmah Korban

Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadilat dan implikasinya. Malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman terhadapnya. Tidak kurang yang memandang ringan terhadap ibadah ini. Mereka mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan korban dan akikah ini.

Penjelasan dan pengisian yang terkandung dalam kitab ini dapat membantu kefahaman masyarakat tentang ibadah korban serta akikah. Malah akan timbul keinginan atau meningkatkan kesungguhan untuk sama-sama mencari pahala daripada kedua-dua ibadah ini.

Antara persoalan yang sering terdengar dalam masyarakat ialah:
• Apakah sebenarnya korban dan akikah itu?
• Apakah perbezaan antara korban dan akikah?
• Apakah hukum melakukannya?
• Berapa kali kita dituntut melakukan korban sepanjang hayat kita?
• Apakah syarat-syarat binatang yang hendak dikorbankan?
• Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk korban dan sebahagian lagi untuk akikah?
• Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?

Penyembelihan Korban
Korban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat sunat Aidiladha) dan pada tiga hari tasyrik berikutnya iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah. Korban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada Allah SWT dan tidak boleh untuk tujuan selain itu. Syiar ini adalah sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak memintaminta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”
(Surah al-Hajj 22: 36)

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”
(Surah al-Kawthar 108: 2)

Daripada Aisyah r.ha. Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.”
(Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: “Mereka telah bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah udhiyyah (korban) itu?’ Nabi Muhammad SAW menjawab: ‘Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.’ Mereka bertanya lagi: ‘Apakah ia untuk kita?’ Rasulullah SAW menjawab: ‘Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.’ Mereka bertanya: ‘Bagaimana bulu yang halus pula?’ Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.’”
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Hukum Korban
Korban hukumnya sunat mu’akkad (sunat yang dituntut) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
• Islam.
• Merdeka (bukan hamba).
• Baligh lagi berakal.
• Mampu untuk berkorban.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu.”
(Riwayat al-Tirmizi)

“Telah diwajibkan kepadaku korban dan tidak wajib bagi kamu.”
(Riwayat al-Daruqutni)

Walaupun hukum berkorban itu sunat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.”

Hikmah Dan Fadilat Korban
• Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
• Mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
• Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah SWT.
• Menghapuskan dosa dan mengharap keredaan Allah SWT.
• Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
• Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”

Friday, November 12, 2010

Cara Mengelak Azab Kubur/ Kematian yg lepas azab kubur

Drg dlm ikim.fm tadi, Dr Zulkifli

Pjg le huraian dan dalil, ni aku ambik mana yg ingt je;

1) Jihad - i.e. mati syahid
2) Baca surah Mulk setiap malam
3) Baca surah Al-ikhlas
4) Zikir Lailahaillahah, almalikul haqqul mubin
5) Mati sakit perut
6) Ditimpa sakit dan redha
7) Mati hari jumaat atau malamnya

Takat ni je yg aku dgr.

Disebut juga ttg hadis nabi bahawa nabi buh pelepah tamar atas kubur 2 org yg sedang diazab utk ringankan siksa. Sorang tu disebabkan bersuci tak bersih dan sorang lagi suka bawak mulut.

Saturday, November 6, 2010

YA ALLAH AKU BERIMAN AKAN KEBENARAN SYURGAMU TAPI MENGAPA DIRI INI KERAP TERLUPA ?

YA ALLAH AKU BERIMAN AKAN KEBENARAN SYURGAMU TAPI MENGAPA DIRI INI KERAP TERLUPA ?
by Ustaz Zahazan Mohamed on Friday, 08 October 2010 at 08:13
Syurga menjadi negeri yang indah untuk didiami kerana seluruh penghuninya memiliki hati yang jernih dan saling mencintai. Tidak ada lagi iri hati, hasad dengki dan terkilan apabila melihat saudara atau jirannya mendapatkan nikmat. Tidak ada lagi kata-kata dosa atau ucapan tak berguna. Yang terdengar hanyalah ucapan salam yang disebutkan berulang-ulang, juga tasbih dan pujian kepada Allah sebanyak hembusan nafas.

Negeri penuh kedamaian ini terbuka hanya untuk orang yang berhati damai (qalb salim), iaitu hati yang dipenuhi keimanan kepada Khalik dan cinta kepada makhluk. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sebelum beriman. Dan iman kamu tidak akan sempurna sebelum saling mencintai. Dan mahukah kamu aku beritahukan suatu amalan yang jika dilakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.”

Jadi, hadis ini memberitahukan bahawa menyebarkan salam akan membawa ke Dar al-Salam. Namun anjuran ini tentulah bukan sekadar ucapan tanpa makna, akan tetapi diiringi tekad untuk menyebarkan kedamaian dan keselamatan kepada seluruh manusia. Sebab salam pada hakikatnya ialah doa yang kita sampaikan kepada seseorang agar diri dan agamanya diselamatkan daripada segala kerosakan, aib dan penyakit. Perkara ini sangat jelas jika kita amati satu persatu kata-kata yang terdapat dalam ucapan salam.

Imam al-Nawawi menambah, “Salam juga mengisyaratkan hilangnya permusuhan, hasad dengki, niat buruk apalagi gangguan yang hendak kita timpakan kepada orang tersebut.” Menuyebarkan salam dengan begitu, sama dengan menyebarkan kedamaian ke seluruh dunia dan membuka pintu persaudaraan kepada semua manusia.

Setiap Muslim yang memiliki kondisi hati yang damai seperti ini ditetapkan sebagai ahli syurga meskipun ia masih berjalan di muka bumi. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya daripada Anas bin Malik r.a., bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, maksudnya: “Akan datang kepada kalian seorang lelaki dari ahli syurga.” Tidak lama kemudian masuk seorang lelaki daripada kalangan Ansar. Setelah ditanya oleh Abdullah bin ‘Amr tentang amalannya, lelaki Ansar itu menjawab: “Dalam hatiku tidak pernah ada kebencian dan hasad dengki kepada seorang pun daripada kaum Muslimin.”

Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam kitab Lata’if al-Ma‘arif menukil ucapan ulama salaf yang berkata, “Amalan yang paling utama adalah menjaga hati, bersifat dermawan dan tulus kepada semua Muslimin. Dengan sifat-sifat inilah seseorang boleh tiba ke syurga, bukan dengan memperbanyakkan puasa atau solat (sunat).”

Prinsip yang disebutkan Ibn Rajab ini sangat penting untuk kita sebarkan kepada seluruh lapisan masyarakat kita pada hari ini. Terutama pada masa kini, setiap orang berasa dirinya memonopoli kebenaran dan membantah pendapat orang lain seolah-olah sedang berjihad menentang orang kafir. Sikap seperti ini bukan mendekatkan diri kita kepada syurga, malah menjauhkannya. Hanya hati-hati yang penuh kedamaian dan suka menebarkan kedamaian yang dapat membawa diri kita ke syurga Dar al-Salam yang kekal abadi.

JIKA SEMUA GOLONGAN YG ALIM BERSIKAP SEPERT

JIKA SEMUA GOLONGAN YG ALIM BERSIKAP SEPERTI MALIK RA petikan dr Majalah Solusi Kolum Us Umar M Nur hafizahulLah
by Ustaz Zahazan Mohamed on Thursday, 21 October 2010 at 14:47
Sebagai tokoh rujukan umat Islam, nama Imam Malik bin Anas sangat harum di sisi penguasa Abbasiah di Baghdad. Khalifah Abu Jaʻfar al-Mansur (w. 158H) sangat mengagumi dan menghormati beliau. Ketika Khalifah al-Mansur datang ke Makkah untuk melaksanakan ibadah haji, beliau segera menjemput Imam Malik untuk menemuinya. Kedua-duanya berbincang tentang pelbagai permasalahan agama. Tampak sekali, Khalifah sangat teruja dengan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Imam ahli Madinah ini.
Khalifah al-Mansur lalu berkata, “Saya berniat untuk menyalin bukumu yang bertajuk al-Muwatta’ dan mengutusnya ke seluruh negeri. Lalu akan aku perintahkan semua rakyat untuk melaksanakan isinya dan meninggalkan kitab-kitab yang lain. Ini kerana aku berpendapat bahawa mazhab yang benar adalah riwayat dan pendapat ahli Madinah.”
Abu Jaʻfar al-Mansur terkenal sebagai seorang khalifah yang sangat tegas dan disegani rakyatnya. Jika beliau memerintahkan sesuatu, tidak ada yang berani membantahnya. Dan ucapan beliau kali ini berisi tawaran untuk menjadikan kitab al-Muwatta’ satu-satunya rujukan hukum dan fatwa Imam Malik satu-satunya fatwa yang bakal diguna di tengah-tengah masyarakat.
Namun, apa agaknya respons Imam Malik terhadap tawaran ini? Beliau berkata, “Wahai Amirulmukminin, janganlah engkau lakukan niat ini! Sesungguhnya masyarakat telah mempunyai pendapat mereka sendiri. Mereka juga membaca hadis dan pelbagai riwayat. Setiap orang mengamalkan pendapat yang menurutnya benar sesuai dengan berbagai-bagai fatwa para sahabat Nabi s.a.w. Mencabut amalan dan pendapat yang selama ini diyakini bukan perkara ringan. Maka biarkanlah setiap orang melaksanakan pendapat yang menjadi pilihan mereka.”
Mendengar jawapan bijaksana yang keluar dari mulut Imam Malik ini, Khalifah al-Mansur mengurung niatnya. Beliau berkata, “Demi Allah, andai engkau setuju, nescaya aku akan segera melaksanakan niatku ini.”

Beruntungnya menjadi wanita Islam!

Beruntungnya menjadi wanita Islam!
by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday, 27 October 2010 at 15:31
ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

Mengutamakan ibu ke atas bapa.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”

Baginda menjawab, “Ibumu!”

Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.
“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.

Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.

“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)

Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.
“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)

Hak wanita diiktiraf.
Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”

sumber: Solusi25, mukasurat 70 dalam ruangan Info

Tazkirah: Hikmah Wakaf

Tazkirah: Hikmah Wakaf
by Ustaz Zahazan Mohamed on Thursday, 04 November 2010 at 12:25
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali melalui tiga sumber; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa untuknya.

Hikmah Wakaf
1. Sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
2. Membuka jalan bagi orang beriman yang suka memberi wakaf dan berlumba-lumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala.
3. Memberi pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematian selagimana harta wakaf tersebut kekal dimanfaatkan.
4. Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah perkuburan dan sebagainya.
5. Membantu mengurangkan beban orang fakir dan miskin serta anak yatim.

Syukur & Warak

Tazkirah hari ini, Nabi saw bersabda, maksudnya : "Jadilah warak agar kau dapat keenakan beribadah, jadilah orang yang bersifat qana'ah, agar kau menjadi orang yg paling bersyukur! ( rwyt al-baihaqiy )

Qana'ah pula bermaksud merasa puas dengan anugerah Allah, ia biasanya dikaitkan dgn rezki.Nabi saw sering berdoa, maksudnya : "Ya Allah jadikan rezki keluarga Muhammad setakat keperluan! ( rwyt al-Bukhari & Muslim )

Dalam qamus cthnya aqrabul Mawarid Warak bermaksud meninggalkan sebarang bentuk maksiat dan perkara syubhat kerana Allah swt, ataupun meninggalkan perkara2 yg dianggap biasa kerana takut ia dinilai sebagai dosa, ini termasuk kata2 yg tidak berfaedah 2/1444

Saturday, October 9, 2010

AGAR BEROLEH REZKI YG BERTERUSAN & KESIHATAN YG BERPANJANGAN

AGAR BEROLEH REZKI YG BERTERUSAN & KESIHATAN YG BERPANJANGAN

dari kitab 101 Doa drp Hadis Sahih Terbitan Telaga Biru
by Ustaz Zahazan Mohamed on Tuesday, 05 October 2010 at 10:48

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدِّينِ وَ الدُّنْيَا والآخِرَةِ
Ya Allah , aku memohon kepadaMu keafiatan ( sejahtera ) dunia dan akhirat .HR al-Tirmizi no 3594
Petua Beramal

Walaupun kita boleh meminta kepada Allah apa sahaja yang kita kehendaki dari urusan dunia dan akhirat , Nabi saw mengajar kita untuk memohon kesejahteraan dunia dan akhirat . Sesetengah manusia bahagia di dunia , sengsara di akhirat . Sebahagian yang lain pula bahagia di akhirat tetapi susah di dunia . Namun yang paling baik adalah bahagia di dunia dan akhirat .
Dalam sebuah hadith sahih riwayat al-Tirmiziyang lain , Nabi saw bersabda , maksudnya : Mohonlah kepadaAllah keampunan dan afiat kerana sesungguhnya seseorang itu tidak diberi setelah keimanan yang lebih baik daripada afiat .

REBUTLAH NIKMAT YG KEKAL BUKANNYA YG SEMENTARA

REBUTLAH NIKMAT YG KEKAL BUKANNYA YG SEMENTARA

by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday, 06 October 2010 at 13:53
Imam Tajuddin Ibn al-Subki (w. 771H) bercerita dalam bukunya Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra (beliau menukilnya daripada Tarikh Nisabur karya Imam al-Hakim) tentang seorang perempuan yang suaminya yang baru sahaja mati syahid. Ia lalu bermimpi berjumpa dengannya di dalam syurga. Suaminya memberi perempuan ini sedikit daripada makanan syurga yang sedang disantapnya. Wanita itu berkata, “Bentuknya seperti roti, namun warnanya lebih putih daripada salji dan susu. Rasanya lebih manis daripada madu dan gula. Lebih lembut daripada mentega dan samin.”

Setelah terjaga dari tidurnya, wanita ini berasa sangat kenyang. Dan sejak hari itu, ia tidak pernah berasa lapar dan haus lagi. Beliau juga tidak pernah mengeluarkan najis hingga akhir hayatnya.

YA ALLAH AKU BERIMAN AKAN KEBENARAN SYURGAMU TAPI MENGAPA DIRI INI KERAP TERLUPA ?

YA ALLAH AKU BERIMAN AKAN KEBENARAN SYURGAMU TAPI MENGAPA DIRI INI KERAP TERLUPA ?

by Ustaz Zahazan Mohamed on Friday, 08 October 2010 at 08:13
Syurga menjadi negeri yang indah untuk didiami kerana seluruh penghuninya memiliki hati yang jernih dan saling mencintai. Tidak ada lagi iri hati, hasad dengki dan terkilan apabila melihat saudara atau jirannya mendapatkan nikmat. Tidak ada lagi kata-kata dosa atau ucapan tak berguna. Yang terdengar hanyalah ucapan salam yang disebutkan berulang-ulang, juga tasbih dan pujian kepada Allah sebanyak hembusan nafas.

Negeri penuh kedamaian ini terbuka hanya untuk orang yang berhati damai (qalb salim), iaitu hati yang dipenuhi keimanan kepada Khalik dan cinta kepada makhluk. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sebelum beriman. Dan iman kamu tidak akan sempurna sebelum saling mencintai. Dan mahukah kamu aku beritahukan suatu amalan yang jika dilakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.”

Jadi, hadis ini memberitahukan bahawa menyebarkan salam akan membawa ke Dar al-Salam. Namun anjuran ini tentulah bukan sekadar ucapan tanpa makna, akan tetapi diiringi tekad untuk menyebarkan kedamaian dan keselamatan kepada seluruh manusia. Sebab salam pada hakikatnya ialah doa yang kita sampaikan kepada seseorang agar diri dan agamanya diselamatkan daripada segala kerosakan, aib dan penyakit. Perkara ini sangat jelas jika kita amati satu persatu kata-kata yang terdapat dalam ucapan salam.

Imam al-Nawawi menambah, “Salam juga mengisyaratkan hilangnya permusuhan, hasad dengki, niat buruk apalagi gangguan yang hendak kita timpakan kepada orang tersebut.” Menuyebarkan salam dengan begitu, sama dengan menyebarkan kedamaian ke seluruh dunia dan membuka pintu persaudaraan kepada semua manusia.

Setiap Muslim yang memiliki kondisi hati yang damai seperti ini ditetapkan sebagai ahli syurga meskipun ia masih berjalan di muka bumi. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya daripada Anas bin Malik r.a., bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, maksudnya: “Akan datang kepada kalian seorang lelaki dari ahli syurga.” Tidak lama kemudian masuk seorang lelaki daripada kalangan Ansar. Setelah ditanya oleh Abdullah bin ‘Amr tentang amalannya, lelaki Ansar itu menjawab: “Dalam hatiku tidak pernah ada kebencian dan hasad dengki kepada seorang pun daripada kaum Muslimin.”

Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam kitab Lata’if al-Ma‘arif menukil ucapan ulama salaf yang berkata, “Amalan yang paling utama adalah menjaga hati, bersifat dermawan dan tulus kepada semua Muslimin. Dengan sifat-sifat inilah seseorang boleh tiba ke syurga, bukan dengan memperbanyakkan puasa atau solat (sunat).”

Prinsip yang disebutkan Ibn Rajab ini sangat penting untuk kita sebarkan kepada seluruh lapisan masyarakat kita pada hari ini. Terutama pada masa kini, setiap orang berasa dirinya memonopoli kebenaran dan membantah pendapat orang lain seolah-olah sedang berjihad menentang orang kafir. Sikap seperti ini bukan mendekatkan diri kita kepada syurga, malah menjauhkannya. Hanya hati-hati yang penuh kedamaian dan suka menebarkan kedamaian yang dapat membawa diri kita ke syurga Dar al-Salam yang kekal abadi.

Doa berlindung dari kehilangan ni’mat

Doa berlindung dari kehilangan ni’mat DRP Buku 101 Doa drp Hadis2 Sahih Terbitan Telagabiru Sdn Bhd

by Ustaz Zahazan Mohamed on Friday, 08 October 2010 at 08:17

اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُبِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ ، وَ تَحَوُّلِ عاَفِيَتِكَ ، وَ فُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
Ya Allah , aku berlindung kepadaMu dari hilangnya nikmat Mu , hilangnya afiat yang Engkau berikan , kemurkaanMu yang datang secara tiba-tiba dan keseluruhan kemurkaanMu [1]

Petua Beramal

Nikmat anugerah Allah hendaklah disyukuri . Hakikatnya nikmat tersebut tidak ternilai dengan wang ringgit . Aqal , mata , pendengaran , kekuatan mengingat dan kesihatan merupakan kurniaan Allah yang penting . Tanpanya hidup ini menjadi susah .
Antara usaha yang dilakukan untuk memelihara keupayaan pemberiaan Allah itu ialah kita menggunakannya pada hal-hal ketaatan . Banyakkanlah berdoa dengan doa yang terbukti menjadi amalan Nabi saw ini , mudah-mudahan ia dapat kekal tanpa hilang dari kita .
[1] HR Muslim no 2379

Friday, October 8, 2010

Panjang Umur

Petikan dari Solusi:

Hidup mati telah tersurat tetapi mati termasuk perkara yg yg Allah boleh hapuskan jika dikehendakinya (dlm luh mahfuz)

Ditambah Kuantiti Umur: Panjang Usia

1. Akhlak mulia
Rasulullah bersabda maksudnya silaturrahim boleh menambah umur

2. Berbuat baik terhadap jiran tetangga

3. Solat di MAkkah dan Madinah


Ditambah Kualiti Usia: Pahala BErganda

1. Solat di MAkkah dan Madinah
2. Solat berjamaah di masjid
3.Solat sunat di rumah
4. Mengamalkan adab2 dlm Islam
5. Bersedekah
6. Tolong orang lain


Manfaat setelah tamat usia: Pahala Berterusan

1. Berjihad
2. Sedekah jariah
3. Anak yg soleh
4. Mengajar ilmu dan membukukannya

Perniagaan yg menyelamatkan dari azab

Firman Allah:

Wahai orang yang beriman! Sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya (As-shaff 61:10-11)

Friday, October 1, 2010

IBN ATHIYYAH

IBN ATHIYYAH YG SERING SAYA SEBUT DI RANCANGAN TAFSIR DI IKIM
by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday, 01 September 2010 at 09:10

Ibn Athiyyah nama sebenarnya Abu Muhammad Ab Haq bin Ghalib bin ‘Athiyyah al-Andalusiy.Lahir pd 481 H- 541 H.Berasal dr keluarga Arab iaitu datuknya Athiyyah bin Khalid bin Khifaf al-Muharibiy yg terlibat dlm pembukaan Andalus ( Spain ).Bapanya adalah al-Hafiz Abu Bakar Ghalib bin Ab Rahman bin Ghalib al-Andalusiy al-Gharnatiy al-Maliky antara ulama Andalus terkemuka pd zamannya.Beliau disifatkan oleh Ibn Basykuwal dlm al-Silat dan al-Zahabiy dlm Siyar A’lam al-Nubala` merupakan seorg yg mempunyai daya ingatan yg cukup luarbiasa, mengetahui hadith, ilalnya dan asmak al-rijalnya.Beliau telah mengulang pembacaan al-Jamik al-sahih lilBukhari sebanyak 700 kali.

Ibn ‘Athiyyah lahir sejurus lepas kemenangan tentera al-Murabitin pimpinan Yusuf bin Tasyifin ke atas kristian, dan sekaligus ke ats pimpinan glgn Tawaif yg memerintah mengikut kepentingan masing2 yg sebenarnya mempelawa kristian membantu mereka utk memerangi muslim yg lain.Beliau telah berguru dgn kebanykan ulama Andalus terutamanya ayahnya sendiri, al-Hafiz al-Naqid Abu Ali al-Ghassaniy, al-Hafiz Abu Ali al-Sadafiyy, al-Imam al-Muqri’ Ibnul Bazisy dan al-Faqih Abu Muhammad Ab Rahman bin Muhammad bin Attab al-Qurtubiy.

Beliau telah menulis al-Quran selepas memikirkan beberapa ketika ttg kemampuannya dlm ilmu lantas beliau mendapati kemahiran berbahasanya mendesak beliau agar menulis tafsirnya ini.Bapanya al-Hafiz Abu Ghalib bin Ab Rahman turut menjadi pendorong utama beliau dlm penulisan di mana ayahnya yg tercinta ini sering menggerakkannya sehingga sampai 2 kali pd waktu malam agar menyempurnakn tulisan tafsirnya.Akhirnya kitab tafsir tersebut telah diterbitkan penuh dengan fakta daripada ayat-ayat yang mempunyai kesalingan yang rapat dengan ayat itu di samping hadis2 yang menyokongnya.Beliau kemudiannya akan memberikan pandangannya terhadap sesuatu masalah itu yang menampakkan kemampuan ilmunya yang begitu tinggi.Kitab tafsir beliau itu dinamakan sebagai al-Muharrar al-Wajiez ( Karangan yang ringkas.

Al-Zahabiy menjelaskan dlm Siyar A’lam al-Nubala` bahawa Ibn Athiyyah telah dibenarkan berfatwa seawal usianya 13 th tetapi krn sifatnya yg wara’ menybabkn beliau masih lagi mengelilingi negara Andalus utk berguru dan bermuzakarah dgn tuan2 guru yg masih ada pd zamannya.Pd usianya 20 th beliau telah mula menduduki tempat yg mulia di klgn ahli Andalus.

Pada th 529 beiau telah dipilih menjadi Qadhi di bandar al-Muryat iaitu pd akhir zmn al-Murabitin.Kata Ibn Furhun dlm al-Dibaj al-Muzhib beliau terkemuka sebagai seorg hakim yg adil, matang dlm keputusannya dan berhati2.Beliau memgang amanah jawatan ini selama melebihi 10 th.Beliau meninggal dunia pd usia 60 th pd pertengahan Ramadhan 541 H.

Kebnyakan ulama dari Andalus yg dtg selepasnya telah dipengarui oleh gaya penulisannya.Ini termasuk al-Qurtubiy, Ibn Juzay , Abi Hayyan dan al-Tha’alibiy. Semuga Allah merahmati Ibn Athiyyah dengan sumbangannya menerusi karya-karya beliau yg sering menjadi rujukan golongan terkemudian terutamanya dalam bidang tafsir.
Comment · Like · Share

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-anak dalam Islam,

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-anak dalam Islam,

petikan drp Kitab Anakku Hebat Anakku Saleh Terbitan Telaga Biru
by Ustaz Zahazan Mohamed on Friday, 17 September 2010 at 11:07

1) Menjaganya semenjak bayi di dalam rahim ibu. Islam tidak hanya menjaga anak selepas ia keluar tetapi sebelum itu lagi dan perkara ini dapat dilakukan dengan cara :-
a) Memilih isteri yang sesuai dan baik kerana perkara ini penting untuk dapatkan zuriat yang baik sampailah ke hari mati. Nabi s.a.w. ada bersabda:
(تخيَّروا لنطفكم)[1]

Maksud: Pilihlah isteri yang sesuai untuk benih-benih kamu (anak-anak).


Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa. Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab Umar : Ya! Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”? Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran. Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu. Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”. Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

- Usman b. Abi - Al 'Ash juga ada berkata kepada anak-anaknya : Aku telah memuliakan kamu semua dengan ibu-ibu kamu yang mulia, orang yang nikah itu adalah petani, maka hendaklah seseorang petani itu memastikan tempat dia meletak tanamannya.

Jika dia berjaya berbuat demikian sesungguhnya dia telah berjaya mendidik anaknya 20 tahun atau lebih sebelum anak itu dilahirkan lagi. Seorang ahli bijaksana ada berkata : Mulakanlah tarbiyyah anakmu 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan.

b) Menjaga kesihatan ibu yang hamil :

Ini termasuk menjaga makan minumnya supaya dapat menjaga kesihatan bayi. Semua yang baik dan buruk akan memberi kesan pada anak itu. Juga menjaga hubungan dengan isteri yang hamil itu supaya dia tidak terasa sakit hati. Ibu juga dinasihatkan tidak mengambil makanan yang memudharatkan semasa mengandung seperti merokok, minum arak dan lain-lain.

Terdapat banyak bukti menunjukkan kesan-kesan sampingan yang dahsyat pada anak-anak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang memakan bahan-bahan yang merosakkan itu seperti yang tercatat dalam kajian-kajian yang dijelaskan.

Tekanan perasaan, sakit jiwa dan spiritual anak banyak dipengaruhi oleh suasana semasa ia berada dalam kandungan dan semasa ia menyusu. Seorang ahli perubatan Perancis mengatakan tindak-tanduk anak selalu dipengaruhi oleh keadaannya semasa 5 tahun pertama hidup di dunia. Kajian juga menunjukkan seseorang yang sakit jiwa selalunya telah terdedah kepada unsur-unsur negatif di zaman kanak-kanaknya.

Realiti ini berkaitan rapat dengan tempoh hidup kanak-kanak yang pertama (5 tahun pertama) semenjak dilahirkan termasuk tempoh dia berada dalam kandungannya.

c) Menjaga hak harta pesaka bayi.

Jika bapanya mati, maka harta yang ditinggalkan tidak boleh dibahagikan sampai bayi itu dilahirkan supaya masa depannya terpelihara. Jika dibahagikan juga, maka hendaklah dikhaskan sebahagian yang tertentu untuk diberi kepada bayi itu bergantung kepada jantinanya. Sekiranya anak yang dilahirkan itu tidak tepat seperti yang dijangkakan, maka hendaklah diberikan yang baki yang merupakan haknya atau hendaklah dipotong sebahagiannya.



d) Menjaga kesihatan janin.

Islam meringankan beberapa perkara ke atas wanita hamil untuk memudahkannya. Sebagai contoh wanita hamil dibolehkan berbuka puasa.


e) Islam juga mengenakan hukuman yang berat ke atas pembunuh anak walaupun ianya masih lagi janin seperti di dalam hadith :
(في الجنين غرّة عبد أو وليدة) [2]

Maksud: Dalam membunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau perempuan.

Begitu juga perempuan hamil kerana zina tidak dikenakan hukuman hudud atasnya sehingga dia melahirkan anak. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada perempuan Al-Ghamidiyyah yang berzina, Baginda melewatkan hukuman ke atasnya sehingga dia melahir dan kemudian menyusukan anaknya.

2) Menjaga anak selepas kelahirannya.

a) Menjaga nasabnya iaitu si anak layak dinasabkan kepada ayahnya selepas dilahirkan. Nasab yang dimaksudkan ialah 'bin' anak itu. Anak yang dilahirkan mesti di 'bin' kan kepada ayahnya. Anak-anak ayahnya yang lain adalah adik-beradiknya.
Anak zina tidak boleh di'bin'kan kepada lelaki yang berzina dengan emaknya walaupun ada ikatan darah daging antaranya dengan anak zina itu. Ini kerana syara' tidak mengiktiraf perbuatan terkutuk itu sebagai cara mendapatkan anak. Anak zina tidak layak mendapat harta ayah zinanya dan juga tidak berhak mewarisi harta ayahnya itu.

Nasab itu juga sabit dengan cara tidur sekali bagi suami isteri. Ini kerana anak itu adalah hasil perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu (jika dilahirkan dalam tempoh yang sedia diketahui dalam Islam)

Di antara hak anak juga untuk mengetahui saudara-maranya dan kaum kerabatnya. Budaya hidup dengan maksiat seperti yang berleluasa di negara-negara barat dan falsafah Karl Marx yang mengajak dan menyeru kepada hidup bebas tidak mengenal hak ini. Falsafah-falsafah seperti inilah yang melahirkan generasi yang tidak kenal bapa mereka. Merekalah yang di hina dan dicaci dalam masyarakat disebabkan ketiadaan bapa yang dapat melindungi mereka. Tempat-tempat penjagaan seperti tadika, nurseri dan sebagainya tidak akan dapat memainkan peranan sebuah keluarga yang dipimpin oleh seorang ayah yang dicurahkan kasih sayang oleh seorang ibu.

Memandangkan kepentingan keturunan inilah, Islam meminta seseorang muslim untuk memastikan kesahihan nasabnya dan Saidina Umar r.a. ada berkata : Pelajarilah ilmu nasab kerana ia merapatkan hubungan kekeluargaan antara kamu.

b) Memberi nama yang baik :

Itulah hak-hak anak-anak ke atas bapa-bapa. Bapa hendaklah memberi nama yang baik kerana Rasulullah ada bersabda :
(إنكم يوم القيامة تدعون بأسمائكم،وأسماء آبائكم،فأحسنوا أسماءكم)[3]

Maksud: Kamu akan di seru Hari Qiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu.

Nama yang buruk yang menjadi ejekkan pada orang lain perlu dielakkan. Nama sebenarnya memberi kesan pada jiwa anak-anak itu sendiri. Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya : Apakah hak anakku ini, jawab Baginda : Berilah nama yang baik kepadanya, ajarlah ia akhlak yang baik dan letakkanlah dia di tempat yang baik. Di dalam hadith disebut, sebaik-baik nama adalah nama yang menyembah dan menyucikan Allah . Sebagai contoh satu hadith dari Ibnu Umar r.anhuma :

(إن أحب اسمائكم الى الله عز وجل:عبد الله،وعبد الرحمن)[4]

Maksud : Sebaik-baik nama kamu di sisi Allah ialah Abdullah dan
Ab. Rahman.

Al-Mawardi mensyaratkan nama yang baik itu mestilah ada 3 perkara :-

1) Nama ibu adalah nama orang-orang soleh.
2) Hurufnya pendek, senang disebut dan mudah.
3) Sesuai dengan tuan punya nama sendiri.

Dengan sebab itulah kita lihat Nabi sering mengubah nama-nama sahabatnya yang kurang elok daripada segi makna. Anak Saidina Umar R.A yang bernama 'Asiah' (آسية) ditukar oleh Nabi kepada Jamilah (جميلة) kerana nama yang pertama tadi maknanya orang yang berbuat maksiat. Nabi juga mengubah nama seorang yang bernama Hazen (حزن) yang bererti duka kepada Sahal (سهل) yang bermakna mudah. Hazen tadi tidak setuju dengan perubahan itu dengan alasan tidak mahu mengubah nama yang diletakkan oleh bapanya lalu berkekalanlah sifat duka padanya selepas itu. Demikianlah riwayat Said bin Al-Musayyib.

Nama menggambarkan apa yang ada dalam naluri seseorang. Ia juga memberitahu cara pemikiran seseorang dan ia akan kekal sampai matinya. Dengan sebab itulah Islam meminta menamakan dengan nama yang baik.

Pada hari ini kita lihat banyak nama diambil dari nama-nama yang di import di mana kebanyakkannya mempunyai makna kurang baik.

c) Hak anak untuk menyusu :
Menjadi tanggungjawab bapa menyediakan penyusu bagi si anak dalam tempoh 2 tahun. Firman Allah :

(وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ
[5] لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ)

Maksud: Dan ibu-ibu yang melahirkan anak-anak, menyusukan anak-anak mereka 2 tahun bagi yang ingin menyusukan.

Walaupun jumhur ulama' berpendapat ibu tidak wajib menyusukan anaknya secara hukuman tetapi perbuatan itu dianggap berdosa jika ditinggalkan. Penyusuan ibu anak itu sendiri lebih memberi faedah pada anaknya berbanding dengan perempuan yang lain. Saya cenderung untuk menghukum ibu wajib menyusukan anaknya.


d) Haknya untuk dapat penjagaan.

Sekiranya ibu tidak mampu menjaga anak itu, si bapa hendaklah mencari perempuan lain yang dapat mengganti si ibu. Pengganti itu hendaklah seorang yang beragama, berakhlak dan menepati syarat-syarat yang diletakkan oleh Islam.

e) Hak mendapat perbelanjaan. (nafkah sara hidup).

Wajib atas bapa membelanjakan untuk anak-anak mereka selagi mereka tidak memiliki wang sendiri. Bagi anak lelaki, tanggungjawab bapanya berterusan sehingga dia bekerja dan bagi anak perempuan sampai berkahwin. Jika bapa tidak melaksanakan perkara yang di pertanggungjawabkan ke atasnya ini berdosalah dia berdasarkan hadith Nabi S.A.W :
(كفى بالمرء إثمًا أن يضيّع من يقوت)[6]

Maksud: “Cukuplah seseorang itu berdosa jika dia meninggalkan memberi makan yang di bawah jagaannya”.

Disebabkan manusia lebih suka anak lelaki, maka Nabi telah mewasiatkan untuk menjaga anak perempuan dengan baik. Sabda Nabi S.A.W :-
(من عال جاريتين دخلت أنا وهو الجنة كهاتين،وأشار باصبعيه: السبابة،
والتي تليها)[7]

Maksudnya : Sesiapa yang menjaga 2 orang anak perempuan (dengan baik) nescaya akan masuk syurga. Aku dan dia seperti ini dan menunjuk 2 jarinya jari telunjuk dan jari tengah.

Bapa perlu membelanjakan untuk anak-anaknya. Kalau tiada ayah, maka datuk atau yang lain yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab itu. Hendaklah pihak yang bertanggungjawab itu berusaha menjadikan mata pencariannya daripada yang halal supaya ALLAH MEMBERKATI REZEKINYA ITU.

f) Haknya untuk belajar.

Penting bagi bapa mengajar dan mendidik anak-anaknya dengan cara tarbiyyah yang betul supaya dia tidak rugi di dunia dan akhirat. Antara perkara penting yang mesti dititik beratkan dalam tarbiyyah ialah memahamkan anak tentang tauhid yang betul, cara-cara ibadat, di samping mengajar mereka akhlak, cara-cara berurusan juga mengajar mereka yang halal dan haram.

Perkara-perkara ini penting bagi mewujudkan kesedaran pada anak tentang keperluan dan tujuan hidup untuk mencapai redha Allah.
Mendidik dan mengajar ilmu adalah wajib atas ibubapa kerana ilmu penting dalam kehidupan anak tadi.


Akhir sekali ada beberapa hak yang lain yang perlu juga ditunaikan berbentuk hukum-hakam seperti sunat menggembirakan seorang yang akan dikurniakan anak, ucapkan tahniah bagi yang dikurniakan anak, sunat Tahniq تحنيك ) (untuk anak yang baru dilahirkan (memberi makan bahan yang manis). Banyak lagi perkara yang serupa yang sudah di ketahui oleh para pembaca..... Bagi yang berminat bolehlah membaca kitab Tuhfatul-Maudud Fi Ahkamil Maulud ((تحفة المودود في أحكام المولود)) oleh Ibnu Qayy'm Al-Jauziyyah.

Sekiranya semua ini dilaksanakan sepenuhnya, tentulah generasi yang bakal dilahirkan akan dapat menyelesaikan masalah-masalah. Saya katakan di sini : Lihatlah Islam telah mengiktirafkan kedudukan anak semenjak 15 kurun yang lalu sedangkan di Barat, mereka hanyalah mengambil berat tentang kanak-kanak pada awal kurun ini dengan pelbagai undang-undang yang diwujudkan. PBB berjaya mengadakan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak pada tahun 1959. Undang-undang ini diwujudkan berikutan usaha-usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Undang-undang ini menitikberat masalah-masalah kesihatan, pendidikan untuk melatih kebolehan dan kemahirannya, keperluan untuk pendidikan agama, berakhlak dengan nilai-nilai yang tinggi dan hak untuk menikmati semua peluang yang ada dan untuk melakukan hobinya.Apa yang ada dalam undang-undang ini boleh dikatakan sebahagian kecil dari hak-hak yang dianugerahkan oleh Islam untuk anak-anak.



[1] Diriwayatkan oleh Ibn Maajah


[2] Muttafaqun Alaih.


[3] Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad.


[4] Diriwayatkan oleh Muslim.


[5] Surah Al-Baqarah : 233.


[6] Diriwayatkan oleh Ahmad,Abu Daud,Hakim dan Baihaqie.


[7] Diriwayatkan oleh Muslim.

Syafaat Rakan2

Al-Syeikh al-Akbar Muhyiddin Ibn ‘Arabi (w. 638H) dalam kitabnya al-Futuhat al-Makkiah berkata, “Syafaat malaikat ini khas untuk orang yang melakukan maksiat namun masih memiliki akhlak yang mulia.”

Selain itu, keluasan rahmat-Nya, Allah membuka kesempatan kepada setiap Muslim untuk memberi syafaat kepada Muslim yang lain. Dalam hadis panjang riwayat Muslim no. 302 daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bercerita tentang peristiwa yang akan berlaku di akhirat nanti. Antara lain Baginda bersabda yang bermaksud,

“Setelah kaum Mukminin selamat daripada neraka, maka demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, setiap orang daripada mereka meminta kepada Allah dengan memaksa agar dikeluarkan rakan-rakannya yang berada di neraka. Mereka berkata: ‘Ya Allah, mereka dahulu pernah solat, berpuasa dan haji bersama kami.’ Lalu dikatakan kepada mereka: ‘Keluarkanlah orang yang kamu kenal dari neraka itu.”

Masya-Allah, persahabatan yang terjalin di jalan Allah berlanjut hingga ke akhirat. Teman-teman yang pernah bersama-sama dengan kita melaksanakan solat berjemaah, umrah, haji bersama, dan silaturrahim yg kita jalin,suatu hari nanti dapat mengeluarkan kita daripada api neraka. Semakin banyak teman yang kita punya, semakin besar peluang untuk kita memperoleh syafaat itu.

Oleh sebab itu, Islam menganjurkan kita untuk memperbanyak teman dan kenalan. Jalinlah hubungan baik dengan orang-orang Mukmin di sekitar kita, lalu berusahalah menebarkan kebaikan kepada mereka. Kita tidak pernah tahu apa yang akan menimpa kita di akhirat nanti.

Kebaikan Kecil Bermanfaat utk Keluarkan dari Neraka

Ust Zahazan FB


Jika ternyata kita harus masuk ke Neraka, maka kebaikan sekecil apa pun yang pernah kita lakukan di dunia akan berguna untuk mengeluarkan kita daripada seksa neraka.Petikan drp majalah Solusi, kolum Akhir Zaman oleh Us UmarMuhd Nur al-Muhaddis

MENGAPA RASULULLAH SAW MENANGIS

by Ustaz Zahazan Mohamed on Friday, 01 October 2010 at 10:23
dalam sebuah hadis rwyt al-Barra` dlm al-Tarikh olh al-Bukhari ketika Nabi saw melalui sebuah kawasan dgn para sahabat kelihatanlah di situ sekumpulan manusia sedang berkumpul, lalu Nabi saw merapati mereka lantas bertanya, apakah yg sedang dilakukan, jwapannya ialah mereka sedang menggali kubur utk si mati.Nabi saw telah mendekatkan diri ke sambil melutut di tempat kubur itu digali, dan ternyata baginda mula menangis.Pesan yg terbit drp mulut baginda saw adalah : Wahai saudara2ku, untuk perkara ini, buatlah persiapan ! ( Rwyt al-Bukhari dlm al-Tarikh )

Abu Bakar r.a seperti yg diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim amat kuat menangis, hinggakan dlm solat apabil beliau menjadi imam, amat payah baginya meneruskan bacaan kerana orang sepertinya amat memahami tuntutan ayat, dan maksud di sebaliknya.Oleh itu beliau menjadi amat takut apabila membaca ayat-ayat tentang amaran daripada Allah dan peringatanNya.Demikian pula Umar al-Faruq r.a, seperti yg dilaporkan dlm sebuah hadis riwayat al-Bukhari secara mu'allaq dlm bab al-Azan drp Abdullah bin Syaddad, maksudnya apabila beliau menjadi imam lalu sampai pd ayat ke 86 surah Yusuf yg bermaksud : (Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya) , beliau menangis hinggakan suaranya didengari oleh makmum pd saf yg terakhir .Jangan pula kita sangka saf mereka ni pendek macam saf solat kita pd hari ni !
Usman bin Affan juga terkemuka dgn tabiat kuat menangis, sebagai contohnya apabila berada di perkuburan beliau akan menangis hinggakan basah janggutnya seraya berkata yg bermaksud : "RasululLah saw bersabda yg bermaksud, kubur adalah tempat persinggahan yg pertama drp kehidupan akhirat, jika seseorang selamat di situ maka apa yang sesudahnya mudah baginya , sebaliknya jika di situ dia sudah tidak selamat, selepasnya akan menjadi lebih payah baginya ( rwyt al-Tirmizi, sahih )
Abdurrahman b Auf, sahabat yg terkemuka sebagai hartawan yg unggul pernah dihidangkan utknya makanan.Tidak semena-mena beliau menangis.Apabila ditanyakan kpdnya sebab tangisannya, jawapan beliau adalah aku teringat akan sahabat kita Mus'ab bin Umair yg telah mati sbelum kita sebagai syahid.Dia ternyata lebih baik drp ku.Walaupun demikian apabila dia terkorban dlm perang uhud itu tiada kain kapan yg cukup untuk menutupinya, apabila ditutup kepalanya kedua kakinya akan terdedah dan apabila ditutupi kakinya wajahnya akan terdedah...Aku bimbang segala nikmat dunia yg dianugerahkan ini merupakan suatu yg telah disegerakan oleh Allah utk dunia kita...dan diakhirat kelak, kita tidak akan memperolehi lagi nikmat2 ...Lalu semua yg hadir menangis bersama2 dgnnya. ( Rwyt Muslim )
Apabil belajar ttg hadis2 seperti ini drp guru2 kami, antara al-Muhaddis al-Marhum al-Syikh Walied al-'Ani al-Hasani , barulah kami memahami bahawa tangisan adalah disebabkan rasa kebersalahan dlm diri kerana dosa .Ia berpunca daripada ilmu yg mantap dan pengetahuan terhadap tanggungjawab kita terhadap Allah yg belum dipenuhi.Juga disebbkan pergaulan kita dgn orang2 salih srta pengajaran yg diambil krn interaksi dgn merela.Harus ingat hati yg tak menangis terhadap kelemahan diri merupakan satu tanda penyakit hati sudah menimpa kita...atau dlm perkataan lain krn ia sudah keras...bimbanglah jika ia mati...

WASIAT TENTANG TAQWA

by Ustaz Zahazan Mohamed on Saturday, 02 October 2010 at 10:41
Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah berwasiat tentang taqwa iaitu :
التقوى هو الخوف من الجليل والرضا بالقليل والعمل بالتنزيل والاستعداد ليوم الرحيل

Maksudnya : taqwa ialah [1] takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] Mengamalkan redha dengan anugerah Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan apa yang terdapat dalam al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan untuk perjalanan ke akhirat

Taqwa Budak Hitam Penggembala Kambing

by Ustaz Zahazan Mohamed on Saturday, 02 October 2010 at 10:47

Sebagai contoh adalah kisah Saiyidina Umar r.a yang menemui ketika beliau dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah seorang penggembala kambing yang miskin. Umar ingin menduga sifat amanah pemuda yang miskin, tidak terdidik, dan bahkan hidup di tengah kampung tidak jauh dari kebisingan kota. Umar berkata kepadanya: "Mahukah anda menjual satu dari kambingmu yang banyak itu?". Pemuda itu dengan tegas menjawab: "Saya bukan pemilik kambing-kambing itu. Saya hanya pengembala". Umar menduga lagi: "Katakan saja kepada tuanmu bahawa seekor srigala telah datang memakannya". Tapi dengan sangat tegas pemuda itu menjawab: " lalu di mana Allah? " Umar menangis dengan ketegasan pemuda itu, dan keesokan harinya beliau menemui tuannya dan dibelinya kambing itu sehingga pemuda itu dapat dibebaskan dari perhambaan.
Inilah yang dinamakan dengan sifat muraqabatulloh yang lahir dari taqwa. Jika ianya digabungkan dengan keimanan dan keyakinan bahawa semua amalan kita akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak, maka akan terjalinlah hubungan sesama manusia yang harmoni jauh dari sebarang masalah.

Hadis - 3 perkara ini & kemanisan beribadah

Ust Zahazan FB:


Dalam sebuah hadis rwyt al-Bukhari & Muslim, Nabi saw bersabda yg bermaksud : Barangsiapa yg ada pd dirinya 3 perkara ini, maka dia akan mendapat kemanisan beribadah kpd Allah:Kecintaannya kpd Allah & Rasul melebihi yg lain,kecintaannya kpd saudara seaqidah semata krn Allah swt dan kebenciannya kembali kpd kufur setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana dia benci dilempar ke dlm api...

Hadis - Apakah Jalan Keselamatan

Dlm sebuah hadis rwyt Ibnul Mubarak dlm Kitabuzzuhd, seorang sahabat telah datang kpd Nabi saw lantas bertanya, Wahai rasulalLah, apakah jalan keselamatan ? Jawab baginda, peliharalah lisanmu, hendaklah engkau merasa sentiasa seronok melakukan ibadah di rumahmu ( selain drp solat berjemaah bagi lelaki ) dan tangisilah akan dosa2mu.

Tuesday, September 21, 2010

BANGGA MENJADI HAMBA ALLAH

Dari FB Ust Zahazan



Saya masih ingat ketika pertama kali membaca rantaian sanad yang menghubungkan diri saya dengan kitab “Sunan Al-Tirmidzi”. Saya begitu gembira melihat nama-nama ulama yang tercantum di dalamnya sambil membayangkan kebesaran jiwa dan ketinggian ilmu mereka. Salah satu dari nama itu sangat saya kenali, iaitu Abdul Wahab bin Ahmad Al-Sya’rani.

Beliau seorang ulama Mesir yang dilahirkan pada tahun 898 H dan wafat pada tahun 973 H. Beliau sempat berjumpa dengan Imam ahli hadis di Mesir, Jalaluddin Al-Suyuthi, dan belajar dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Zakaria Al-Anshari, Nashiruddin Al-Laqani, Syihabuddin Al-Ramli dan lain-lain. Singkat cerita, Asy Sya’rani kemudian terkenal sebagai seorang ulama Mesir yang memiliki ramai murid. Bukan hanya itu, tokoh-tokoh besar kerajaan juga sering berkunjung ke tempatnya.

Saya teringat suatu kisah. Suatu hari Perdana Menteri Ali Pasya berkata kepadanya, “Besok aku akan menghadap sultan. Jika engkau mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepadanya, beritahukan kami.” Apakah jawapan al-Sya’rani? Sebagai ulama yang bangga dengan kedudukannya di sisi Allah, beliau hanya tersenyum lalu berkata, “Alhamdulillah, kami tidak memerlukan apa-apa daripada sultan. Namun jika engkau mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepada Allah, beritahukan kami.”

Mendengar itu, Ali Pasya menunduk beberapa lama. Dia lalu berkata, “Astaghfirullah. Kalian sangat bergantung kepada Allah, sementara kami sangat bergantung kepada hamba-Nya. Kalian yang lebih benar. Sebab Allah memiliki semua kerajaan di langit dan di bumi.”

Monday, September 20, 2010

Al-quran memberi syafaat kepada pembaca

Imam Muslim meriwayatkan , Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat sambil memberi syafaat terhadap pembacanya. Bacalah dua surah yang sangat terang (al-zahrawain), al-Baqarah dan Ali ‘Imran. Sesungguhnya kedua-dua surah ini akan datang pada hari kiamat bagaikan awan, atau bagaikan sekumpulan burung, lalu membela orang yang membacanya.”

Malaikat sebagai wakil al-Quran

Ustaz Zahazan Mohamed

Para ulama mentafsirkan bahawa Allah akan menciptakan malaikat sebagai wakil al-Quran untuk membela pembacanya daripada seksaan neraka. Berkata Imam Abu Abdillah al-Qurtubidalam al-Tazkirah, “Demikianlah, Allah akan menciptakan dua malaikat sebagai balasan atas amalan membaca al-Quran dan berpuasa, lalu kedua-duanya memberi syafaat bagi orang yang melakukan ibadah ini. Begitu juga seluruh amal soleh yang lainnya.”

Saturday, September 4, 2010

Awasi Hati Yang Mudah Berbolak Balik

Awasi Hati Yang Mudah Berbolak Balik
by Hasanuddin Mohd Yunus on Monday, 30 August 2010 at 07:33
من اطَلع على أسرار العباد ولم يتخلًق بالرحمة الإلهيًة كان اطًلاعه فتنة وسببا لجرَ الوبال إليه


"Barangsiapa yang Allah dedahkan kepadanya rahsia (kelemahan) hamba-hambanya, dalam keadaan dia tidak meniru sifat Rahmat Allah, nesyaya pendedahan itu akan menjadi penyebab bencana dan bahaya pada dirinya sendiri"

Fadullah Khairi ketika cuba menerangkan maksud Ibn Athaillah, dalam perjalanan seorang yang sedang menyucikan dirinya, menuju Allah S.W.T kadang-kadang Allah bukakan rahsia dan kelemahan hambaNya yang lain.

Ketika Allah dedahkan rahsia dan kelemahan hambaNya yang lain itu, sedangkan dia tidak menyediakan diri (tidak meniru) dengan sifat Pemaaf, Belas, dan Rahmat Allah, nescaya dia akan memandang kecil hamba Allah yang lemah tadi. Malangnya, akan datang sifat sombongnya sehingga dia sendiri akan rosak dengan pengetahuannya tentang hamba Allah yang lemah tadi.

Sepatutnya dalam perjalan menuju Allah S.W.T, bila dia mengetahui kelemahan orang lain, dia semakin insaf dan cuba melihat kelemahan orang lain itu, sebagai bahan menyuci dirinya, cuba membaiki, bukan, menghina orang yang lemah itu dan mula berputik membangga diri... dan.... dan... Semakin jauh dia dari perjalanan mulia ini...dan mula menghasut orang lain untuk hidup dalam kelompoknya yang sempit....dan merasakan mereka sahaja yang betul dan hinanya orang lain

Al-Anfal Ayat 2 - Orang Beriman

Ustaz Zahazan Mohamed

Firman Allah swt dlm surah al-Anfal ayat ke 2 maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Sila

Friday, September 3, 2010

Solat Tahajjud & Bangun Malam

"Dan pada sebagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Surah al-Isra' 17: 79)
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )


"Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud)." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat 79).

Dari Abu HUrairah r.a., Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang.
“Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)

"Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan." [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]

Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam ; "Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu." (HR Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;"
Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat." (HR Tirmidzi).

Pemerintahan Saiyidina Ali Diejek

Dari Radio IKIM.fm 91.5

Ada seorang lelaki bertemu Ali dan berkata "Engkau ni Ali, nampak mcm hebat tapi kau tak hebat mcm Umar dulu"

Ali kata "Zaman Umar hebat sebab rakyat dia mcm aku. Dan zaman aku tak hebat sebab rakyat mcm engkau ni" dgn sinisnya.

4 golongan dirindui syurga

Tazkirah hari ini

4 golongan yang dirindui syurga: orang2 yang suka membaca alquran,orang yang menjaga lidahnya, golongan yang memberi makan org2 yg lapar dan mereka yang berpuasa di bulan ramadhan. mudah2an kita termasuklah kedalam semua golongan tersebut,.

TAHUKAH KITA SUASANA YG AKAN KITA LALUI KELAK

TAHUKAH KITA SUASANA YG AKAN KITA LALUI KELAK

by Ustaz Zahazan Mohamed on Friday, 03 September 2010 at 15:47
Imam Abu Daud dan al-Hakim meriwayatkan drp Hasan al-Basri daripada Aisyah r.ha. isteri Nabi s.a.w., ia berkata: “Suatu hari aku teringat akan neraka sehingga membuatku menangis. Rasulullah s.a.w. lalu bertanya kepadaku, ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Aku teringat akan neraka, lalu aku menangis. Apakah anda akan mengingat keluarga anda nanti pada hari kiamat?’”

Rasulullah s.a.w. menjawab yang bermaksud: “Adapun pada saat tiga keadaan, maka tidak ada seorang pun yang akan mengingati orang lain. Iaitu (pertama) pada saat penimbangan (amal) hingga ia tahu timbangan kebaikannya lebih berat atau lebih ringan. (Kedua) pada saat buku-buku catatan amal beterbangan hingga ia tahu buku itu jatuh ke tangan kanannya, tangan kiri ataukah dari belakangnya? Dan (ketiga) pada saat melintasi titian (sirat) yang terletak di atas neraka hingga ia melaluinya.”

Al-Munafiqun, ayat 10 - Bersedekah

"Dan belanjakanlah sebahagian drp apa yg telah Kami berikan kpdmu sblm dtg kematian pd salah s'org antara kamu, lalu ia berkata:"Ya Tuhanku, mengapa Engkau tak menangguhkan kematianku sampai waktu yg dekat, yg m'nyebabkan aku dpt bersedekah & aku t'masuk org2 yg soleh".

Al-Munafiqun, ayat 10.

Hadis - Membantu

Drp Abu Hurairah r.a. b'kata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:-
"Siapa yg m'mudahkan satu kesusahan dunia seorang Muslim, Allah akan memudahkan satu kesusahan pd hari kiamat. Dan brg siapa yg m'bantu seseorg dlm kesulitan, Allah akan m'permudahkan org itu di dunia & di akhirat.

Hadis - Memaafkan

Abu Hurairah meriwayatkan drp Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:
Musa bin Imran bertanya:"Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yg plg mulia di sisiMu? FirmanNya:"Siapa yg mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu utk mblas kejahatan org lain."

Hadis - berakhlak baik dan byk diam

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan drp Rasulullah s.a.w., sabdanya:
"Hendaklah kamu berakhlak baik dan bykkan diam, demi yg jiwaku di tangan-Nya alangkah cantiknya brg siapa yg menghiasi diri dgn akhlak sumpamanya."

Drp Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. b'sabda: "Siapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia bercakap baik atau diam"

Hadis - Jangan Marah (3x)

Drp Abu Hurairah r.a.,

Eeorg lelaki telah meminta kepada Rasulullah s.a.w.: "Berilah wasiat kepadaku." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Jgn engkau marah." Kemudian dia mengulangi permintaan itu beberapa kali. Sabda baginda:"Jangan engkau marah."

Timbangan - Surah al-Anbiya’ 21: 47

Ustaz Zahazan Mohamed

“Kami akan mengenakan timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah seseorang dirugikan walau sedikit pun. Dan andai (amalan itu) hanya seberat zarrah (biji sawi) sekalipun pasti kami akan mendatangkannya. Cukuplah kami sebagai pembuat perhitungan.” (Surah al-Anbiya’ 21: 47)

DOA AGAR DIKURNIAKAN KEAMPUNAN, HIDAYAH, REZEKI DAN KESELAMATAN drp Kitab Doa Zikir & Wirid di Tanah Suci

DOA AGAR DIKURNIAKAN KEAMPUNAN, HIDAYAH, REZEKI DAN KESELAMATAN drp Kitab Doa Zikir & Wirid di Tanah Suci

by Ustaz Zahazan Mohamed on Friday, 03 September 2010 at 15:41
اللهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Maksudnya: "Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.[1]
[1] HR al-Nasa`ei no 209 , Ibn Majah no 1356 , lihat sahih sunan al-Nasa`ei no 356 dan sahih Ibn Majah no 226
Comment · Like · Share

Wednesday, September 1, 2010

Solat Witir

Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw

Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.”

Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

“Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.”

Hadis riwayat at-Thabran

“Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan
dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!

Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir.

Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Monday, August 30, 2010

MENASIHATI BUKAN SETAKAT BERKATA2 SAHAJA

MENASIHATI BUKAN SETAKAT BERKATA2 SAHAJA

! Petikan drp Kolum Mahmudah Dlm Majalah Solusi, catatan Syikhuna Us Umar Muhd Nur
by Ustaz Zahazan Mohamed on Tuesday, 31 August 2010 at 08:40
Jarir bin Abdillah Al-Bajali (w.51 H) seorang sahabat Nabi s.a.w. yang sangat kacak rupanya. Khalifah Umar bin Al-Khattab pernah memanggilnya sebagai “Nabi Yusuf” umat ini. Jarir masuk Islam pada tahun 10 H di Madinah dan berbai’ah kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata, “Aku berbaiah kepada Rasulullah s.a.w. untuk selalu mendirikan solat, membayar zakat dan memberi nasihat terhadap setiap Muslim.” Alhamdulillah, sampai akhir hayatnya, Jarir tetap berpegang teguh dengan tiga janji yang ia ucapkan ini.
Imam Al-Tabarani dalam Mu’jam Al-Kabir meriwayatkan bahawa pada suatu hari Jarir pergi ke pasar dengan pembantunya untuk membeli seekor kuda. Setelah melihat kuda yang diinginkannya, Jarir memerintahkan supaya membelinya. Pembantunya dan pemilik kuda sepakat dengan harga tiga ratus dirham, lalu mereka mendatangi Jarir untuk mengambil wang yang disepakati.
Jarir bertanya, “Berapa harganya?” Pemilik kuda berkata, “Tiga ratus dirham.” Jarir berkata, “Kuda ini bernilai lebih dari itu.” Orang itu bertanya, “Berapa harganya menurutmu?” Jarir berkata, “Kamu harus menjualnya antara 500 hingga 800 dirham.” Ia lalu memberikan jumlah itu kepada pemilik kuda tersebut. Ketika ditanya mengapa ia melakukan hal itu, Jarir menjawab, “Saya berjanji kepada Rasulullah s.a.w. untuk selalu menasihati kaum Muslimin.”

Raih Keberkahan Di Pagi Hari

Raih Keberkahan Di Pagi Hari
Diposkan oleh Bermanfaat Bagi Yang Lain di 15.44 . Sabtu, 20 Maret 2010

http://wirausahapesantren.blogspot.com/2010/03/raih-keberkahan-di-pagi-hari.html

Saudaraku, Islam ternyata sangat peduli dengan dinamika dan semangat beraktivitas di awal waktu. Setiap hari selalu diawali dengan datangnya waktu pagi. Waktu pagi merupakan waktu istimewa. Ia selalu diasosiasikan sebagai simbol kegairahan, kesegaran dan semangat. Barangsiapa merasakan udara pagi niscaya dia akan mengatakan bahwa itulah saat paling segar alias fresh sepanjang hari. Pagi sering dikaitkan dengan harapan dan optimisme. Pagi sering dikaitkan dengan keberhasilan dan sukses. Sehingga dalam peradaban barat-pun dikenal suatu pepatah berbunyi: ”The early bird catches the worm.” (Burung yang terbang di pagi harilah yang bakal berhasil menangkap cacing).

Dalam sebuah hadits ternyata Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam juga memberi perhatian kepada waktu pagi. Sehingga di dalam hadits tersebut beliau mendoakan agar ummat Islam peduli dan mengoptimalkan waktu spesial dan berharga ini.



Nabi shollallahu ’alaih wa sallam berdoa: “Ya Allah, berkahilah ummatku di pagi hari.” Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam biasa mengirim sariyyah atau pasukan perang di awal pagi dan Sakhru merupakan seorang pedagang, ia biasa mengantar kafilah dagangnya di awal pagi sehingga ia sejahtera dan hartanya bertambah.” (HR Abu Dawud 2239)

Melalui doa di atas Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam ingin melihat umatnya menjadi kumpulan manusia yang gemar beraktifitas di awal waktu. Dan hanya mereka yang sungguh-sungguh mengharapkan keberhasilan dan keberkahan-lah yang bakal sanggup berpagi-pagi dalam kesibukan beraktifitas. Oleh karenanya, saudaraku, janganlah kita kecewakan Nabi kita. Janganlah kita jadikan doa beliau tidak terwujud. Marilah kita menjadi ummat yang pandai bersyukur dengan adanya waktu pagi. Marilah kita me-manage jadwal kehidupan kita sehingga di waktu pagi kita senantiasa dilimpahkan berkah karena kita didapati Allah dalam keadaan ber’amal.

Janganlah kita menjadi seperti sebagian orang di muka bumi yang membiarkan waktu pagi berlalu begitu saja dengan aktifitas tidak produktif, seperti tidur misalnya. Biasanya mereka yang mengisi waktu pagi dengan tidur menjadi fihak yang sering kalah dan merugi. Bagaimana tidak kalah dan merugi? Pagi merupakan waktu yang paling segar dan penuh gairah... Bila di saat paling baik saja seseorang sudah tidak produktif, bagaimana ia bisa diharapkan akan sukses beraktifitas di waktu-waktu lainnya yang kualitasnya tidak lebih baik dari waktu pagi hari...???

Maka, di antara kiat-kiat agar insyaAllah kita selalu memperoleh keberkahan di pagi hari adalah:

Pertama, jangan biasakan begadang di malam hari. Usahakanlah agar setiap malam kita bersegera tidur malam. Idealnya kita jangan tidur malam melebihi jam sepuluh malam. Kalaupun banyak tugas, maka pastikan mulai tidur jangan lebih lambat dari jam sebelas. Kalaupun tugas sedemikian bertumpuknya, maka pastikan bahwa pukul duabelas tengah malam merupakan batas akhir kita masih bangun.

Kedua, pastikan bahwa sedapat mungkin kita bisa bangun di tengah malam sebelum azan Subuh untuk mengerjakan sholat tahajjud dan witir. Idealnya kita selalu berusaha untuk sholat malam sebagaimana Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam, yaitu sebanyak delapan rakaat tahajjud dan tiga rakaat witir. Namun jika tidak tercapai, maka kurangilah jumlah rakaatnya sesuai kesanggupan fisik dan ruhani sehingga minimal dua rakaat tahjjud dan satu rakaat witir. Tapi ingat, ini hanya dikerjakan bila kita terpaksa karena tidur terlalu larut malam mendekati jam duabelas malam. Yang jelas, usahakanlah setiap malam agar kita selalu bisa melaksanakan sholat malam (tahjjud plus witir). Karena Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menjamin bahwa orang yang menyempatkan diri untuk bangun malam dan sholat malam, maka ia bakal memperoleh semangat dan kesegaran di pagi harinya. Dan sebaliknya, barangsiapa yang tidak menyempatkan diri untuk bangun dan sholat malam, maka di pagi hari ia bakal memiliki perasaan buruk dan malas.



“Dari Abu Hurairah radhiyallahu ’anhu bahwa Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Syetan akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila ia tidur dengan tiga ikatan. Syetan men-stempel setiap simpul ikatan atas kalian dengan mengucapkan: Bagimu malam yang panjang maka tidurlah. Apabila ia bangun dan berdzikir kepada Allah ta’aala maka terbukalah satu ikatan. Apabila ia wudhu, terbuka pula satu ikatan. Apabila ia sholat, terbukalah satu ikatan. Maka, di pagi hari ia penuh semangat dan segar. Jika tidak, niscaya di pagi hari perasaannya buruk dan malas.” (HR Bukhary 4/310)

Ketiga, pastikan diri tidak kesiangan sholat subuh. Dan khusus bagi kaum pria usahakanlah untuk sholat subuh berjamaah di masjid. Sebab sholat subuh berjamaah di masjid merupakan sarana untuk membersihkan hati dari penyakit kemunafikan.



Bersabda Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam: “Sesungguhnya sholat yang paling berat bagi kaum munafik adalah sholat isya dan subuh (berjamaah di masjid). Andai mereka tahu apa manfaat di dalam keduanya niscaya mereka akan mendatanginya walaupun harus merangkak-rangkak. (HR Muslim 2/123)



”Dan sungguh dahulu pada masa Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam tiada seorang tertinggal dari sholat berjama’ah kecuali orang-orang munafiq yang terang kemunafiqannya.” (HR Muslim 3/387)



Keempat, janganlah tidur sesudah sholat subuh. Segeralah isi waktu dengan sebaik-baiknya. Entah itu dengan bersegera membaca wirid atau ma’tsurat pagi atau apapun kegiatan bermanfaat lainnya. Barangkali bisa membaca buku, berolah-raga atau menulis buku atau bahkan berdagang sebagaimana kebiasaan sahabat Sakhru bin Wada’ah. Orang yang tidur di waktu pagi berarti menyengaja dirinya tidak menjadi bagian dari umat Islam yang didoakan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam memperoleh berkah Allah di pagi hari. Ia menyia-nyiakan kesempatan berharga. Pagi merupakan saat paling berkualitas sepanjang hari. Alangkah naifnya orang yang sengaja membiarkan waktu pagi berlalu begitu saja tanpa aktifitas bermanfaat dan produktif. Tak heran bila Nabi shollallahu ’alaih wa sallam justru memobilisasi pasukan perangnya untuk berjihad fi sabilillah senantiasa di awal hari yakni di waktu pagi sehingga fihak musuh terkejut dan tidak siap menghadapinya.

Ya Allah, berkahilah kami di pagi hari selalu. Ya Allah, kami berlindung kepada Engkau dari kemalasan dan ketidakberdayaan dalam hidup kami, terutama di waktu pagi hari.

Hadis: Tidur

Ustaz Zahazan Mohamed

Imam al-Nasa’i meriwayatkan dan disahihkan oleh Ibn Hibban, daripada Jabir sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Jika seorang manusia mendekati tempat tidurnya, malaikat dan syaitan segera mendekatinya. Malaikat berkata: ‘Tutuplah (amalmu) dengan kebaikan.’ Syaitan berkata: ‘Tutuplah dengan keburukan.’ Jika ia menyebut nama Allah lalu tidur, maka malaikat itu menjaganya hingga pagi...”

Sunday, August 29, 2010

Masjid & Bukan Islam - Dr Maza

Bukan Muslim, Masjid Dan Mainan Politik
Disiarkan pada Aug 29, 2010 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |
BUKAN MUSLIM, MASJID DAN MAINAN POLITIK
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya amat bimbang apabila isu-isu agama dipolitikkan. Islam cuba ditafsirkan menurut kepentingan politik masing-masing. Hukum-hakam syarak menjadi mangsa. Permainan politik sanggup menggadaikan segalanya. Amat berbeza antara penilaian berteraskan politik kepartian dengan penilaian yang berasaskan metodologi ilmu dalam Islam.

Politik kepartian sering menilai isu atau sesuatu berasaskan kepentingan (political interest), persepsi dan prejudis. Sementara ilmu Islam yang sahih menilai sesuatu berdasarkan dalil dan fakta. Kebenaran dalam Islam itu buta warna parti atau kumpulan. Kebenaran itu kebenaran, tanpa mengira dari mana dan kepada siapa ia berpihak. Firman Allah: (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat 8).

Orang politik datang dan pergi. Parti politik juga demikian. Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia. Orang politik boleh musnah, parti juga boleh hancur. Manusia tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Namun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar. Islam mesti kekal bersih, membimbing semua manusia. Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival mereka!
Tambah Keliru
Bukan muslim bertambah keliru dengan hukam-hakam berkaitan mereka yang dikeluarkan kebelakangan ini. Fatwa-fatwa ‘ala-Taliban’ yang menggambarkan sikap keras Islam terhadap pihak lain dicadang dan didendangkan oleh sesetengah media. ‘Juru-juru fatwa’ yang boleh ditekan suisnya oleh pihak politik bersedia menunggu. Islam dikaburkan oleh permainan yang seperti ini. Dalam Islam, hubungan dengan bukan muslim bermula dengan terang dahulu, setelah diperjelaskan dan masih ada permusuhan barulah tindakan ‘peperangan’ boleh diambil jika ada keperluan. Ini dalam masyarakat kita ‘perang dahulu’ tanpa sebarang penerangan awal yang jelas.
Saya telah ulas dalam banyak media tentang isu doa kebaikan kepada bukan muslim. Kini timbul pula isu bukan muslim masuk masjid. Ya, isu ini bermula dengan orang politik. Namun janganlah dalam keghairahan hendak menghentam musuh politik, fakta Islam pula yang dimangsakan. Jika kita enggan menerima mereka masuk, itu persoalan lain. Tetapi menggambarkan kepada mereka bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam ala melayu atau Islam yang ada dalam sejarahnya yang gemilang? Rasulullah menerima perwakilan dalam masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid diharamkan untuk mereka?!
Masuk Masjid
Ya, para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat. Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri.
Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa:
Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?”
Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”.
Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”.
Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”.
Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”.
Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”.
Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.
Lalu Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.
Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.
Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Athal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam. Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H):
“Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi’i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair).
Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut:
“Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Athal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)
Luaskan Fungsi Masjid
Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi ‘centre for Islamic Information’ yang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam. Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka. Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara muslim dan non-muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam. Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan. Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini?!