Saturday, September 4, 2010

Awasi Hati Yang Mudah Berbolak Balik

Awasi Hati Yang Mudah Berbolak Balik
by Hasanuddin Mohd Yunus on Monday, 30 August 2010 at 07:33
من اطَلع على أسرار العباد ولم يتخلًق بالرحمة الإلهيًة كان اطًلاعه فتنة وسببا لجرَ الوبال إليه


"Barangsiapa yang Allah dedahkan kepadanya rahsia (kelemahan) hamba-hambanya, dalam keadaan dia tidak meniru sifat Rahmat Allah, nesyaya pendedahan itu akan menjadi penyebab bencana dan bahaya pada dirinya sendiri"

Fadullah Khairi ketika cuba menerangkan maksud Ibn Athaillah, dalam perjalanan seorang yang sedang menyucikan dirinya, menuju Allah S.W.T kadang-kadang Allah bukakan rahsia dan kelemahan hambaNya yang lain.

Ketika Allah dedahkan rahsia dan kelemahan hambaNya yang lain itu, sedangkan dia tidak menyediakan diri (tidak meniru) dengan sifat Pemaaf, Belas, dan Rahmat Allah, nescaya dia akan memandang kecil hamba Allah yang lemah tadi. Malangnya, akan datang sifat sombongnya sehingga dia sendiri akan rosak dengan pengetahuannya tentang hamba Allah yang lemah tadi.

Sepatutnya dalam perjalan menuju Allah S.W.T, bila dia mengetahui kelemahan orang lain, dia semakin insaf dan cuba melihat kelemahan orang lain itu, sebagai bahan menyuci dirinya, cuba membaiki, bukan, menghina orang yang lemah itu dan mula berputik membangga diri... dan.... dan... Semakin jauh dia dari perjalanan mulia ini...dan mula menghasut orang lain untuk hidup dalam kelompoknya yang sempit....dan merasakan mereka sahaja yang betul dan hinanya orang lain

No comments: