Firman Allah swt dalam ayat 1-4 , maksudnya : (1) Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) (2) (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam), (3) Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, (4) Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Pengenalan Surah :
Surah ini diturunkan di Mekah, turut dikenali dengan nama surah Li Ilafi Quraisy. Tema utamanya adalah huraian tentang nikmat anugerahNya kepada bangsa arab khasnya Quraisy dan kesan daripda nikmat itu.Tujuan diperingatkan nikmat itu kepada bangsa Quraisy adalah supaya mereka menghentikan penentangan kepada Nabi saw kerana baginda membawa perutusan berupa perintah daripada Allah yang telah memberikan berbagai nikmat kepada mereka.Tanda mensyukuri nikmat-nikmatNya adalah dengan mentaatiNya, beribadah kepadaNya tanpa melakukan sebarang perbuatan syirik kepadaNya.Apabila sesuatu umat itu mentaati perintah Allah, maka mereka sebenarnya melorongkan diri untuk memperolehi berbagai perkara lain.Hakikat ini dapat kita perhatikan menerusi ayat ke 96 surah al-A’raf, apabila Allah swt berfirman yang bermaksud : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Sunday, June 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment