Tuesday, April 13, 2010

Buku Isteri dan Puteri Rasulullah

Dari FB Ustaz Zahazan Mohamed
Buku ini bermula dengan membawa pros­pektif dan senario kaum wanita sebelum Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di dunia. Kemudian dibentangkan profil dan ciri-ciri wanita Mus limah. Seterusnya dipersembahkan riwayat hidup dan keistimewaan para isteri Rasulullah SAW serta perbandingannya dengan peranan Muslimah kontempo rari. Berikutnya digarap peranan Rasulullah sebagai suami misali yang ber tanggungjawab. Kemudian dibawakan pula biodata serta peranan yang dimainkan oleh puteri-puteri Rasulullah SAW yang menjadi figur untuk melahirkan contoh wanita pendidik dan pejuang yang menanamkan keberanian dan kejujuran kepada generasi akan datang. Buku ini disudahi dengan menyenaraikan peranan Baginda sebagai bapa dan ketua keluarga yang mampu untuk memimpin ahli keluarga serta masyarakat ke arah melahirkan generasi pelapis yang sanggup untuk memikul tugas mengembalikan agama Islam dianuti oleh pengikut-pengikut yang bertakwa supaya Islam itu sekali lagi menuju ke zaman keagungannya.

Nama Penulis: Muhammad Mahdi al-Istambuli & Musthafa Abu Nashr al-Syilby
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: Semenanjung M’sia: RM23.00 / Sabah & S’wak: RM25.00
Kod Produk: TBBK1150
ISBN: 978-967-5102-80-6
Saiz: 14 x 21 (cm)
Mukasurat: 192 msTarikh produk berada di pasaran: Mac 2010
Boleh didapati di MPH, Popular, Kedai2 buku agama dan stesen Petronas terpilih. Juga boleh didapati di kedai-kedai maya dari pengedar2 stormreaders.

No comments: