Sesuai buat ibu yang bekerja untuk memahami 5 karenah/karekter anak2.
POSITIF
Anak- anak yang masuk dalam kategori ini adalah anak yang mudah diuruskan. Ramai ibu bapa yang menginginkan mempunyai anak seperti ini. Biasanya Si kecil mudah menerima orang baru dan tidak mudah meragam jika pertama kali bertemu dengan orang asing. Si kecil ini ketegori lebih mudah memahami berbanding kanak-kanak sebayanya.
Kalau dia menginginkan sesuatu, ibu bapa tidak susah unutk mengalihkan perhatiannya. Dia tidak akan mengamuk hanya kerana tidak dapat apa yang diingininya. Jika anak ini sedang meragam, anda boleh memujuknya dengan mudah, malah dia juga mudah bergaul dengan rakan-rakan kerana dia boleh menyesuaikan diri dengan cepat.
SI BUKU
Semua proses pembesaran anak dalam golongan ini, sama seperti turutan dalam sebuah buku. Biasanya, Si kecil tidak mudah meragam kala bertemu degan orang asing walaupun pada peringkat awal dia mempunyai sikap malu-malu.
Anak dalam golongan ini lebih suka berada dalam lingkungan orang yang dikenalinya. Namun, jika anda sudah mendidiknya untuk bergaul dengan orang lain sedari awal, dia tidak akan menimbulkan masalah. Cuma, sebagai ibu bapa, anda perlu faham yang Si kecil dalam kategori ini lebih suka melakukan sesuatu yang ditentukan mengikut jadual.
SI SENSITIF
Anak kecil dalam kategori ini memiliki sifat sensitif dan lambat menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Dia lebih menyukai dunia yang sudah dikenalnya. Dia juga tidak suka diganggu ketika sedang asyik dengan aktivitinya. Malah, jika anda mengganggunya, dia mungkin akan marah dan menangis.
Si kecil anda mungkin disebut sebagai seorang yang pemalu itu memang benar. Di kurang bersosial dan tidak selesa dengan rakan barunya. Malah dia juga sukar berkongsi barang miliknya dengan orang lain.
Anak dalam kategori ini lebih suka melakukan aktiviti sendiri. Jadi sebagai ibu bapa lebih baik anda memberi kepercayaan kepadanya untuk berdikari. Si kecil anda pasti lebih berhati-hati dan peka dalam melakukan sesuatu kerana sifat mereka yang sensitif itu. Biasanya mereka sangat berbakat dalam bidang seni.
SI SEMANGAT
Si kecil dalam kategori ini merupakan seorang yang sangat aktif tetapi mudah marah. Biasanya marahnya sukar dikawal dan difahami. Dia suka berkawan dan mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Dia akan suka melakukan perbuatan yang disukainya dan tidak suka dihalang. Anak ini akan merasa bangga andai berjaya melakukan sesuatu.
Sebagai ibu bapa, anda perlu menjelaskan pada apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Anak ini mudah menangis dan sukar dipujuk. Malah dia boleh menangis berpanjangan. (Macam Najmi ni - sebijik)
Sewaktu menghabiskan masa bersamanya, anda perlu menetapkan aturan supaya dia tidak bersikap mengikut kepalanya sahaja. Anda juga perlu bijak mencari permainan yang sesuai untuk dia melepaskan kehendaknya. Si kecil dalam kategori ini biasanya berbakat menjadi pemimpin dan akan berusaha mencapai kehendaknya.
SI PEMARAH
Si kecil dalam kategori ini merupakan seorang yang keras kepala, pemarah dan mahukan semua benda mengikut kehendaknya sahaja. Malah, jika dia dipaksa melakukan sesuatu sebelum dia bersedia, dia akan mengamuk dan menolaknya. Dia juga tidak boleh diajar kerana dia lebih suka melakukan semuanya sendiri.
Oleh kerana sebagai anak kecil tidak banyak yang boleh dilakukannya tetapi kerana sikap ingin tahunya, dia akan menjadi kecewa dan marah kerana tidak dapat melakukan apa yang dikehendakinya.
Anak ini sering menangis akibat marah, bukan kerana sedih. Malah dia juga sukar melahirkan perasaanya, membuatkan dia menjadi seorang yang suka memaksa. Dia juga suka melakukan sesuatu mengikut moodnya. Dia juga tidak boleh dipaksa kerana ini menjadikan dia lebih keras kepala. Namun begitu, anak dalam ketegori ini biasanya kreatif, banyak akal dan bijak.
Source:http://www.mummyisma.com/
REFERENCE:
Anak Sihat & Genius: 1001 tip dari 0 hingga 6 tahun. 2010. 4th Edn. Selangor: Teguh Ringgit Publishing House.
Friday, April 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment