Cedok dari forum:
"Sebaik-baik kamu ialah yg mempelajari al-Quran dan kemudian mengajarkannya" (maksud hadith riwayat Bukhari)
Jumhur ulama telah menjelaskan bahawa hukum mempelajari ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah, manakala hukum beramal dengannya adalah Fardhu 'Ain ke atas orang Islam yg Mukallaf dan berdosa sesiapa yg membaca al-Quran tanpa memelihara hukum Tajwid.
"Orang yg membaca al-Quran lagi mahir, kelak akan dapat bersama para Rasul yg mulia dalam syurga, dan orang yg membaca tetapi tidak mahir, dalam keadaan trpegun-pegun dan nampak agak berat lidahnya, ia akan mendapat dua pahala" (maksud hadith riwayat Muslim)
"Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya al-Quran itu akan mensyafaatkan orang yg membacanya pada hari kiamat" (maksud hadith riwayat Muslim)
ikhfa' agak susah skt sebab bunyinya antara izhar dan idgham, tapi kalau sebut depan tok guru dan praktis selalu insyaAllah boleh.. Dalam ilmu tajwid, sebutan kena betul, barulah mudah belajar hukum2 seperti idgham, izhar dan ikhfa', serta mad dan huruf2 tebal & nipisnya, dll. Apapun, yg penting wajib berguru, bertalaqqi, seperti mana Rasulullah saw buat setiap tahun dengan malaikat Jibrail alaihissalam. Membaca buku2 rujukan, mendengar cd, tv dsbnya sekadar boleh membantu. wallahu'alam.
http://akademikemahiran-quran.blogspot.com/
Friday, April 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment