Friday, April 24, 2009

Sifat Tawaduk Rasulullah SAW

Abu Salamah berkata "Pernah saya berkata pendapat Abu Said Al-Kudri tentang sikap orang ramai dalam hal pakaian, minuman, kenderaan dan makanan. Abu Said menjawab, Wahai anak saudaraku! Makanlah kerana Allah dan minumlah kerana Allah. Dan apabila berpakaian, pakailah kerana Allah. Tetapi apabila perkara2 itu dicampuri oleh ujub, sombong, riak atau menta pujian dan sanjungan, maka ketika itu ia menjadi satu maksiat dan dosa.

"Dan amalkan juga kerja2 rumah seperti mana yang dikerjakan oleh Rasulullah SAW di rumahnya sendiri. Baginda sendiri yang memerah susu, menampal kasut, menjahit baju, dan makan bersama pelayannya. Baginda sendiri mengurus soal pembelian barang2 keperluan rumah, lalu membimbitnya sendiri ke rumah tanpa segan silu. Baginda berjabat tangan dengan si kaya dan si miskin. Baginda sering mendahului memberi salam kepada orang yang datang mengunjunginya, tidak kira kecil atau besar. Baginda menyambut baik bila diundang dan tidak pula mencaci apa saja makanan yang dijamu oleh pengundang. Bginda berpekerti lembut, baik pergaulannya, berwajah manis, tegas tanpa kekerasan, merendah diri tanpa penghinaan, murah hati tanpa boros can berhati lembut."

No comments: