Tuesday, April 21, 2009

Imam Mahdi

Dengar di Radio IKIM pagi ni oleh Ust Zawawi Yusoh.

Katanya ada golongan orang yang menafikan akan datangnya seorang yg dipanggil Imam Mahdi. Katanya orang jenis ni adalah mereka yang terlalu berpegang pada logik dan tidak mahu berpegang pada hadis Nabi SAW.

Ulasnya, berdasarkan beberapa hadis Nabi SAW yang panjang saya ringkaskan lah apa yang saya faham darinya di sini:

1) Dalam hadis, Nabi SAW kata akan tiba suatu hari pada saat kebangkitan Nabi Isa, Imam Mahdi akan berada di satu tempat /masjid dan Nabi Isa akan menjemput Imam Mahdi untuk menjadi imam. Kalau bukan orang (contohnya dikatakan Imam Mahdi adalah kiasan semata2), macamana boleh pula dijemput jadi imam. So zaman dia muncul adalah zaman kemunculan Nabi Isa.

2) Nabi juga ada perincikan tentang Imam Mahdi antaranya dia berasal dari keturunan baginda dan berhidung mancung. Ustaz berlawak, katanya kalau hidung kemek, jangan lah percaya orang yg claim diri dia Imam Mahdi. Katanya perlu diberitahu serba sedikit tentang Imam Mahdi supaya tak sewenang orang nak meyamar dan bila muncul dirinya takde pulak orang menentang dan tak percayakan dia.

3) Kata Nabi SAW lagi, namanya macam nama baginda dan nama ayahnya macam nama ayah baginda. Maksudnya nama imam tu adalah Muhammad bin Abdullah, Imam Mahdi adalah gelaran saja.

4) Imam Mahdi akan membawa keadilan di dunia. Pada waktu tu memang kekejaman berleluasa dan Imam Mahdi akan perbetulkan keadaan dan bawa keadilan.

No comments: