Friday, February 19, 2010

Keturunan Soleh

Dari Ust Zahzan's FB page:

Renungkan : Al-Hafiz Abu Nu’aim dan al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan daripada imam tabiin ahli tafsir di Makkah yang bernama Mujahid bin Jabr (w. 103 H), “Sesungguhnya Allah s.w.t. memperbaiki anak cucu seseorang kerana kesolehan dirinya.” Ucapan serupa diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd wa a...

--------------------------------

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
Al-Ahqaaf - Ayat 15. Antara doa yang boleh diamalkan...

------------------------------------
bru2 ni seorg ustaz tasauf ada bagitahu bahawa pentingnya doa org terdahulu utk kebaikan zuriat keturunanya... walau kadang2 seorng anak itu agak nakal tapi atas doa datuk-nenek yg mahukan kebaikan keturunan maka dgn Rahmat Allah anak cucu akn tetap cenderung kpd kebaikan apabila semakin meningkat dewasa...

---------------------------------
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Surah Ibrahim ayat 40

---------------------------

dan anak cucu pun kena doa kan juga tok nenek yg telah mendoakan dia..........

No comments: