Thursday, April 29, 2010

Kelebihan Membaca Al-Quran

Kelebihan Membaca Al-Quran

1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan

2. Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran: Menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.

3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.

4. Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.

5. Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.

6. Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.

7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.

8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin.

10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.

11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.

12. Jika dibaca dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.

13. Membaca secara tadarrus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.

14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.

15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.

16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.

17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

18. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar kelak.

19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.

Petikan dari buku ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ – terbitan Telaga Biru

Tuesday, April 27, 2010

Quotes

Abraham Lincoln said: “You cannot escape the responsibility of tomorrow by evading it today”.

Clarence Darrow said: “As long as the world shall last, there will be wrongs, and if no man objected and no man rebelled, those wrongs would last forever”.

Monday, April 26, 2010

Dekat Dengan Allah

Allah berfirman:

Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu mengenaiKU, maka (beritahu mereka): "Sesungguhnya Aku sentiasa dekat (kepada mereka). Aku memperkenankan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (iaitu dgn mematuhi perintahKu), dna hendaklah mereka beriman supaya mereka mendapat petunjuk."

(Surah Al-Baqarah 2: 186)

Tip dan Pantang Larang Sirat

Seperti disebut Rasullah:

Banyakkan sedekah - siapa yg perbaguskan sedekah di dunia, ia berjaya melintasi sirat

Melazikan diri ke masjid - org menjadikan masjid rumahnya, maka Allah menjamin untuknya rahmat, kenikmatan dan berjaya melintasi sirat

Amalan buruk yg merencatkan kelancaran titian sirat: Membuat tuduhan dusta ke atas mukmin.

Abu Daud meriwayatkan dari Muaz bin Anas al-Jauhani:
"Sesiapa yg menjaga seorang mukmin daripada munafik (gangguan), maka Allah akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahana. Dan sesiapa berbuat dusta kepada seornag mukmin untuk memburukkan namanya, maka Allah akan menghentikan langkahnya di atas titian sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut."

Sumber: Solusi

You are what you read

- Bahan bacaan = makanan kepada akal.
- Jika akal kotor, hati pun kotor.
- Berhenti membaca = berhenti memimpin
- Leaders are learners
- Membaca perlu liputi: Kenal huruf, baca, faham, serap, amal, kritik, buat perbandingan, analisa, buat kesimpulan
- Ilmu bertambah bila digunakan
- Ilmu lindungi pemilik. Harta perlukan perlindungan oleh pemilik
- Ilmu dan amal bantu meniti sirat


Piramid Bacaan:

1 - Ql-quran (paling byk dan paling perlu)
2 - Hadis
3 - Ilmu2 asas syariah - aqidah, fiqah, akhlak
4 - Buku2 pengetahuan am/ pengkhususan
5 - Buku motivasi dan pengalaman hidup org lain yg ada 'ibrah
6 - Buku tentang pendidikan anak2, keluarga, masyarakat etc
7 - Buku tentang analisis sejarah - terutama sirah Nabi dan sahabat
9 - Bacaan hiburan yg tak tersasar dari ajaran Islam i.e. novel, sajak

Sumber: Solusi

Cinta Akhirat

Sabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yg menjadikan akhirat harapannya Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi siapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya. (Riwayat at-Tirmizi)


Firman Allah yg bermaksud:

Sesiapa yg mengkehendari keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menkehendati keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat. (Surah al-Syura 42:20)


Untung cinta akhirat:
1. Siapa yg beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkan dunianya.
2. Siapa yg memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia lain.
3. Siapa yg memperbaiki keadaan batinnya, Allah akan memperbaiki keadaan lahirnya
4. Siapa menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan terlewat satu hari pun melainkan dia akan kembali.

Sumber: Solusi

Thursday, April 22, 2010

Amin dlm Al-fatihah

Ni dgr kat Radio - tak ingt ustaz nama apa.
Katanya nabi smlm sebut amin, dia sebut "rabbighfirli" - Tuhanku, ampunkan aku.

Lagi yg lain, kalu solat dgn imam kne tunggu kejap slm kata Amin, supaya amin sama dgn amin malaikat.

Yg ni pulak dgr kat tv.
Ustaz tu kata Amin tu, "min" bleh baca 2, 4 atau 6 haraat bergantung kepada pjg mad (aridh lissukun ke?)ayat2 sebelumnya.