Friday, April 27, 2012

dialog Antara Agama Ustaz Jamnul Azhar Mulkan UUM 2005

Dengar di IKIM fm pagi ni. ustaz kata dia jadi panel dlm dialog tu yg dihadiri oleh ahli panel Hindu Sanggam, Buddha, Kristian dan dia sendiri. ada dlm 5 ribu hadirin, majoriti bukan Islam. katanya penuh dewan hingga ke luar. Bila hujan, mereka tak berganjak. ustaz ni tak cerita byk dlm radio, tapi satu perkara saja. pastor kristian tanya kat dia "kenapa org islam mesti selawat pada nabi muhammad seolah2 dia tak selamat dan kena umatnya doakan utk dia masuk syurga". Ustaz jawab dgn memetik ayat quran bermaksud "sesungguhnya Allah dan malaikat2 berselawat ke atas nabi muhammad. Wahai org beriman selawatlah ke atas Nabi". Ustaz kata, satu selawat ke atas nabi, Allah akan selawat balik ke atas org tu sebanyak 10 kali. Maka benefit adalah kepada org yg selawat, bukan kpd nabi. Tambahan pula, selawat sebagai satu cara utk umat nabi connect dgn baginda. Ustaz pun tanya satu soalan sebagai balasan satu soalan yg pastor tanya. Sbb dlm dialog, ahli panel tak bertanya sesama mereka, yg tanya adalah pengerusi. tapi sbb pastor dh tanya ustaz satu soalan, maka ustaz pun tanya lah datu soalan kat pastor. Dia tanya "awak percaya pada second revelation tak? Pastor jawab ye, org kristian percaya Ustaz tanya kenapa? Pastor jwb "untuk melengkapkan agama kristian" Ustaz tanya "maksud awak, agama kristian skrg ni belum lengkap" Pastor jawab "tak tahu" setelah teragak2 Seorang pelajar kristian dari sabah bangun dan tanya pastor "awak tahu tak jawapan? Kalau tak tahu jgn jwb" Pastor pun terpaksa mengaku yg dia tak tahu Pelajar tu pun kata kat ustaz "now it's your turn, ustaz (to answer)" Ustaz pun jwb dgn memetik hadis nabi bahawa nabi isa akan turun di damsyik syiria dari bangunan/ masjid kubah putih, pakai baju kuning, rambut hitam...... (so detailed). Perkara pertama yg dia buat adalah hancurkan salib2, then bunuh semua babi, bunuh dajjal dan yakjuj makjuj. Tiba waktu subuh, Imam Mahdi tgh nak jadi imam dan dia nampak nabi isa dan jemput dia jadi imam. Nabi isa jawab, bila islam muncul, syariat agama yg dia bawak dah terbatal dan dia suruh imam mahdi jadi imam. Nabi isa dan imam mahdi bersama2 akan ajak org kristian masuk islam dan menentang yahudi

Thursday, April 26, 2012

Orang yg bijak

Hadis Nabi Manusia yang Sebenar-benar Bijak Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.” Huraian Hadith: Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan beramal seperti yang dituntut oleh agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang benar-benar dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong. Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat. Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup di akhirat. Wajib bagi seseorang mengelakkan diri daripada dikuasai oleh hawa nafsu yang akan membawa kepada kehancuran diri dan agama. Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/manusia-yang-sebenar-benar-bijak Like · · Share · 95212191 · 3 hours ago ·

Hadis Nabi tentang mmemutuskan silaturrahim

Muhamad Noor shared Hadis Nabi's status update. Hadis Nabi Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian baginda menjawab, Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu. Huraian Hadith: Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang. Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya. Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/berbuat-baik-dan-bersabar-di-atas-perilaku-manusia-0 Like · · Share · 7 hours ago · Ahmad Yusri and 3 others like this.

Wanita tontonan orang

Prof Dr Muhaya FB: Kauam wanita fikir apakah kita murah atau mahal, ekslusif atau tidak. Lagi buka aurat lagil murah dan tidak ekslusif tontonan semua. Di dunia terhina di akhirat papa lagi. Jangan ikut amalan ramai orang. Kaum masuk syurga kaum yg sedikit. Jangan ikut adat ikut ibadat
Zaharuddin.net Jangan memperkecilkan ketaatan yang sedikit kerana konsistennya memberi kesan kebaikan, dan jangan meremehkan dosa yang sedikit, kerana berterusannya memberi kesan sangat buruk. Demikian nasihat Imam Ibn Qudamah

Thursday, April 19, 2012

Sedekah yg Paling Besar Pahala

Abu Hurairah r.a berkata : Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab: Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah Memilikinya

waktu Doa Mustajab

Wall Photos
DOA MUSTAJAB

1.“Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi)

2.Ketika ayam berkokok. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada golongan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan".

3.Tidak terburu-buru (sabar). Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan di kabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.

4.Doa Ibu Bapa...

5.Doa ketika sujud:kerana masa itulah seorang hamba paling dekat dengan tuhanya..
Semoga apa yang dikongsikan sekit-sedikit dapat berkongsi ilmu,, sabda nabi..sampaikanlah kepadaku walaupun sepotong ayat
by: MENCARI REDHA ALLAH

Wednesday, April 18, 2012

Mati dan Bakar Kapal Sebab Dakwah.

Nabi Muhammad pernah berdakwah ke Taif tapi tak diterima penduduknya.
Malah baginda dibaling batu sejauh sepuluh kilometer berdarah2 hinggakan bertakung darahnya dalam kasut.
Baginda disuruh mendoakan bencana ke atas penduduk Taif tapi katanya biarlah, mungkin anak cucu mereka akan beriman.

sahabat2 Nabi dan anak2 sahabat2 Nabi keluar ke serata dunia untuk berdakwah. ada seorang ( tak ing apa nama) yang tak serik pegi ke Taif. nabi dah kata, jgn pergi lagi dah, kalau kau pegi naya, mati kau.
tapi dia tetap bersemangat dan pergi. Sudahnya betul mcm Nabi kata, mati dia kena bunuh.

pendakwah yg sampai ke Sepanyol ( nama lama Andalusia kot?) sampai di sana dan bakar kapal. Dia kata biar kita mati, jgn agama islam mati. masa tiba tu 1 Syawal. Kalau kita lah mana nk ingt dakwah lagi. Ingt nak raya aje.

Itulah betapa kuat dan beraninye org Islam, tak mcm kita zaman skrg, nak dakwah hujung jari pun takut. nak dakwah kat jiran2 pun takut , nak dakwah kawan2 pun takut, dakwah kat adik beradik dan sedara mara pun takut. Yg sesama Islam dah takut, yg kafir lagi la takut kan

(aku mengata diri sendiri yg penakut)

Saturday, April 14, 2012

Anak / isteri derhaka

Dgr kat IKIM.fm.

Ustaz/ ustazah cakap : barangkali anak/ isteri derhaka dgn kita sbb kita sendiri derhakakan Allah

Mari sama2 semak diri masing2

Ganjaran Seribu Kali Ganda utk Kontraktor yg Bersedekah

Kisah ni dgr kat IIKIM.fm oleh ustaz zulkifli ramli (kalau tak silap).

Hamba Allah, sorang kontraktor ni berada di kawasan org kurang berada, budak2 sekolah yg nak makan kat kantin/ kedai. So kontraktor ni ckp ke budak2 tu mkn lah apa saja, dia akan belanja.
Bil semua RM23.70. Dia pun bayar. Tak lama lepas tu dia dpt kontrak bernilaiRM23,700. Kagum lah dia dgn rezeki Allah yg kebetual angka sama dgn yg sedekah utk budak2 sekolah dulu tu.

Suatu hari surau/ masjid kawasan rumah dia mintak sumbangan RM19,000 diperlukan segera utk upgrade/ renovation. Dia adslah simpanan utk luar jangka utk bisnes dia. Last2 dia pun bg jgk la RM19,000 tu. tak lama kemudian, dia dpt kontrak bernilai RM19juta. Menangis lah dia krn terharu dgn rezeki Allah berkat dia bersedekah.

ustaz kata kalau kita suka memberi, malaikat akan mintak / doa utk Allah bagi ganti semula.
Byk org yg murah rezeki sbb suka bersedekah. aku kenal sorang yg mcm tu, laki bini suka sedekah, derma dan belanja kawan2 mmg hidup dia prosperous. Sanggup cari org susah melalu email yg dia dpt dan berikan sedekah.

Tuesday, April 10, 2012

Tidak patut minta tapi....

Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Assalamualaikum.Salam syg buat semua shbt fb ustzh.Jom hayati kata2ku ini sbg pedoman.
Tidak patut seorang yg berdoa meminta hidayah tetapi berat hati utk menghadiri majlis ilmu.Tidak patut seorang yg memohon utk mendapat rezeki yg halal tetapi malas berusaha & malas bekerja.Tidak patut seorang yg memohon kesihatan yg baik. tetapi tetapi tidak menjaga makanan yg halal.Jadi berdoalah..nescaya kita tidak akan bersendirian dlm menghadapi apa jua masalah & kebuntuan kerana ada yg sentiasa mendengarnya..namun berdoalah selaras dgn usaha yg bersungguh2 tanpa berputus asa..

Keistimewaan Solat

Kupasan menarik dari Ust Uthman El-Muhammady tentang keistimewaan SOLAT:

1. Satu2nya kemuncak "Ibadat" drpd segala ibadah manusia yg difardhukan khas kpd kaum muslimin sahaja melalui israk mikraj RasuluLlah saw penganugerah terhormat secara langsung dari Pencipta sekalian alam.

2. Satu2nya ibadat yg mana manusia berinteraksi 'live' dgn Allah Ta'ala dan Rasul-Nya, itu sbb hadis menyebut tentang larangan menganggu org yg sedang dlm solat sehingga dihukum bunuh yg berlalu di hadapannya, ini kerana Allah Ta'ala sediakan atmosphere suci disekitar yg sedang solat.

3. Solat adalah pintu soalan kpd segala soalan, kegagalan menjawabnya membatalkan soalan2 yg seterusnya. Ini kerana di dlm solat telah tersedia lafaz penyaksian umat kpd Pencipta semuanya terkandung di dlm satu ibadat, perjanjian, doa, puja-pujian, selawat, tasbih, tahmid, takbir, wirid, zikir, puasa, zakat, akuan kekalifahan dan yg utama sekali SYAHADAH.

Ilmu yg diperolehi ketika mengikut pengajian tasawuf kitab al-Risalat al-Imam Qusyairy, malam ini tadi.
-Lebai Pekan