Thursday, May 31, 2012

Umur - ukuran singkatnya waktu

Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur 49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi. 1 tahun itu adalah waktu yang sangat singkat, tidak terasa detik demi detik, malah minggu demi minggu lalu setahun itu telah pun berlalu, tidak terasa ajal sudah di depan mata, jadi bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat? Baca lagi -> http://www.islamituindah.my/berkatilah-umur-dengan-4-perkara Berkatilah Umur Dengan 4 Perkara | Islam Itu Indah www.islamituindah.my Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini Like · · Share · 1,10239143 · 10 hours ago ·

Friday, May 25, 2012

Didik anak dgn "apa kamu ber" bukannya "apa kamu dapat"

Options SweetMuslimah.com shared Islamic Parenting Network's status update. Islamic Parenting Network Kata Prof Muhaya, Ibubapa hari ini terperangkap dgn ayat2 spt "anak awak DAPAT apa?" ..kita asyik fokus tentang apa yg anak kita DAPAT, tetapi jarang fokus pada apa yg anak kita BERI. Kita dan mak kita dulu selalu berpesan, kawan dgn org yg pandai2. Namun jarang yg pesan suruh anak tolong kawan yg tidak tahu.. Apa yg kita BERI itu yg kita akan DAPAT. Kalau bukan hari ini, Allah beri berkat pada hari esok.. Ayat Laskar Pelangi "Hiduplah utk memBERI sebanyak2nya, bukan utk menDAPAT sebanyak2nya". Moga kita mampu didik anak2 dan diri kita utk terus memberi seikhlasnya kerana Allah. . credit to Siti Mashitah Bte Sarif, ex IPN Alumni Like · · Share · 4 hours ago · 11 people like this.

Dua kalimah yg ringan diucap tapi berat timbangan

Islam Itu Indah FB Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Dua kalimat yang ringan untuk diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih, yaitu: سبحان الله وبحمده “Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan سبحان الله العظيم Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Agung” (Sahih Bukhari, Muslim and Tirmidhi) Like · · Share · 1,49515125 · 4 hours ago ·

Thursday, May 24, 2012

Nafkahkan dan jgn sempitkan sedekah

Asma’ r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.” - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim Huraian: - Allah melarang kita daripada bersifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta ke jalan Allah. - Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang kerana Allah SWT telah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah. Like · · Share · 148348 · 10 hours ago ·

Kelebihan berselawat - My Ibrah

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar” 1. melaksanakaan perintah Allah s.w.t 2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w. 3. mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bereti rahmat Baca lagi -> http://myibrah.com/kelebihan-berselawat-ke-atas-nabi-s-a-w

Wednesday, May 23, 2012

Harta Wanita yg paling Berharga = Suami

Islam Itu Indah FB Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang. Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal. Baca lagi -> http://myibrah.com/harta-berharga-bagi-seorang-isteri Harta Berharga Bagi Seorang Isteri myibrah.com Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di Like · · Share · 1,92488359 · 2 hours ago ·

Kekuatan Ibu...jadi jgn pandang remeh

Options Rahsia Perkahwinan JANGAN SESEKALI MEREMEHKAN IBU (WANITA). HARGAILAH MEREKA ! Tahukah Anda ? 1. Wanita mengandungkan janin/buah hatinya dalam kandungannya selama +- 9 bulan 10 hari tanpa sedikitpun waktu melepaskannya. Jika dikirakan rata-rata berat kandungannya adalah 1 kg maka selama itu wanita mengandungkan beban seberat (1kg x 30hari x 9bulan) + 10hari = 2.700 kg atau 2,7 Ton!!!. Sesudah melahirkan, wanita masih saja mendukung bayinya, sedangkan seorang suami apabila mendukung anaknya sebentar saja sudah merasa lelah, letih, dan pelbagai alasan yang lain. 2. Setiap hari seorang wanita memasak untuk dirinya dan keluarganya. Jika di dikirakan seorang wanita memasak mulai umur 17 hingga 55 (berarti 38 tahun) dan setiap hari ia memasak untuk 2 orang maka ia memasak sebanyak untuk 2 x 365 x 38 = 27.740 orang. 3. Setiap hari wanita membersihkan rumah/ tempat aktivitinya misalnya menyapu. Misal dikira setiap hari ia membersihkan ruangan/rumah berukuran 4 x 10 = 40 m2 dan ia menyapu sejak usia 15 tahun hingga 45 tahun (bererti 30 tahun) maka ia membersihkan seluas 40 x 365 x 30 = 438,000 m2. atau seluas 105 kali luasnya padang sepakbola. 4. Jika setiap hari seorang wanita mencuci pinggan mangkuk yang dikirakan mempunyai tinggi lebih kurang 20 cm dan mencuci selama 30 tahun maka tingginya mencapai 20 x 365 x 30 = 219.000 cm = 2,190 m atau hampir 5 kali tinggi menara berkembar Petronas. Belum ada bangunan di dunia yang mencapai tinggi 2,190 m. 5. Jika setiap hari seorang wanita mencuci baju dengan dikirakan panjang jemuran 5 meter setiap hari maka selama 30 tahun panjang jemuran akan mencapai = 5 x 365 x 30 = 54.750 m = 54,7 km. LUAR BIASA... Dahsyatnya kekuatan seorang ibu (wanita). Tentu saja masih banyak lagi kekuatan ibu yang tidak mampu difikirkan oleh kita. Ketika melahirkan kita pun , seorang ibu menggunakan semua dayanya untuk membuat kita muncul di dalam dunia ini, dengan kekuatan antara hidup dan mati. Pernah mendengar pepatah “Dibalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang wanita hebat di belakangnya”. Pepatah ini ternyata juga benar, seorang ibu (wanita) mempunyai kekuatan tersembunyi untuk melakukan hal itu. Ada suatu riwayat yang mengutamakan seorang ibu, menunjukkan bagaimana kedudukan ibu (wanita) dalam Islam itu mulia. --- Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu. (Shahih Muslim No.4621) MULIAKAN...! HORMATI...! & DO'AKAN SELALU IBUMU...! Unlike · · Share · 91541656 · 4 hours ago · You and 914 others like this. 652 shares

Jangan Bangga....kerana

Prof Dr Muhaya shared their own status update. Prof Dr Muhaya Renungan sblm berbuka puasa (sila kongsikan di wall anda) 1. Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT 2. Jgn bangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR 3. Jgn bangga dgn baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN 4. Jgn bangga dgn kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA 5. Jgn bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS. Sumber: Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)Hazrul Syazwan Like · · Share · 64311670 · 5 hours ago ·

Monday, May 7, 2012

Siti Zubaidah - kerana 4 perkara

Siti Zubaidah R.A. telah berkata " Aku mendapat keampunan kerana 4 perkara : 1- Laa Ilaaha Illallahhu Afni biha umri : Aku habiskan umurku dengan kalimah Laa Ilahaillallah. 2- Laa Ilaha Illallahhu Adkhalubiha Qabri : Aku masuk kuburku dengan kalimah Laa Ilahaillallah. 3- Laa Ilahaillallahu biha Wahdi : Aku habiskan masaku yang sunyi dengan kalimah Laa Ilahaillallah. 4- Laa Ilahaillallahu Alqi Biha Rabbi : Aku mengadap Tuhanku dengan membawa Laa Ilahaillallah

Saturday, May 5, 2012

Anak2 cermin

Prof Dr Muhaya shared Prof Dr Muhaya's status update. Ibu bapa wajib tunjuk akhlak baik pada anak anak yakni berkongsi dan mencetak keimanan dalam diri anak anak. Mereka cermin kita jika kita mengeluh ttg akhlak buruk mereka sebenarnya kita sedang kata pada diri sendiri. Jom audit. Apakah sistem nilai dan contoh yg kita beri pada anak anak kita Share